Click here OK!

Followers

Saturday 31 March 2012

KONSERT 6IXTH SENSE DI UITM


Semalam petang aku dan kawan-kawan pergi ke konsert sixth sense kat Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam. Aku pergi pun sebab dapat pas msuk percuma dari kawan aku. Kalau tak kena bayar RM10. Benda free, siapa tak nak kan. hehehe. So, kitorang pergi je la. Mula-mula kata mula pukul 4 petang. Pukul 415 petang kitorang sampai tak mula lagi. 430 pula katanya mula. Konsert belum start, kitorang dah masuk dewan tengok diorang test2 mic dan gitar. Orang lain tak masuk lagi, kitorang dah masuk dulu. Last-last kena keluar juga sebab diorang suruh masuk ikut pintu utama pakai pas. 




Konsert nak bermula aku duduk belakang-belakang jek. Orang yang datang takde la ramai sangat. Buat hati jumaat petang, susah sket kot orang nak pergi. Mungkin ramai yang balik kampung. 

Dalam pukul 5 petang baru bermula. Pengacara petang tu Azizi Zakaria. Korang kenal?? Aku pun tak kenal siapa ni. hahaha. Dah balik rumah, aku try Google nama dia rupanya dia DIGI superstar. Ada blog gak dia ni. Klik la <sini>

Azizi Zakaria (gambar Google)
Persembahan pembukaan dari kumpulan Sleeq dari Singapura. Kenapa lah tak jemput Ramlah Ram sekali. Kalau tak boleh dengar lagu hits diorang live. hahaha. 

Kumpulan Sleeq
 
Persembahan kedua dipersembahkan oleh Amir Jahari. Yang ni pun aku tak kenal mula-mula. Membe aku cakap dia nyanyi soundtrack untuk cerita BFF. Sedap suara dia ni. Gambar dia membe aku tak ambil. So, ambil kat google je la. 

Amir Jahari
 Lepas tu pengacara tu plak nyanyi. Ok la suara dia. Persembahan last mesti la dari kumpulan 6ixth Sense kan. Menjerit-jerit budak-budak UiTM masa 6ixth Sense keluar. hahaha. Peminat-peminat fanatik la kot yang jerit-jerit macam tu. Aku layan jek dari belakang. 6ixth Sense nyanyi, aku pun ikut nyanyi sekali. Aku banyak hafal lagu-lagu 6ixth Sense ni. Sebab lagu-lagu diorang selalu jek kedengaran kat radio dan selalu jadi soundtrack drama.
6ixth Sense
Habis jek konsert ada seisi autograph bersama 6ixth Sense. Punya la berebut peminat-peminat diorang ni beratur. Masa tu aku terus balik la. Takde maknanya aku nak beratur panjang-panjang kan memandangkan perut dah meragam tak makan dari pagi. 

Konsert ini diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor. Kat sini la aku masa nak berkonvo nanti. Salah satu sebab aku pergi tadi pun sebab nak tengok persekitaran dalam dewan tu. First time la tu aku masuk dalam. Lawa tu dalam dia. Tak sabar aku nak konvo degree aku ni. 
Permandangan luar DATC
Permandangan dari dalam

OK, assalamualaikum dan selamat berblogging..........

20 comments:

~Sal Ismail~ said...

wah..mmg hebatla dewan~ selamat berkonvo nnt ya~ ^^

CINTA UNTUK KITA said...

wah untung la dpt stdi tggi2, tak mcm kyra dpt pluang bnyk untuk stdi tp masa tu blum sudi lg nk bg kyra cntnue stdi..hmm..jeles!

LubLy said...

mesti best kan br0..

~Cik Sweety~ said...

wahhh..besla dpt p konset segala.. percuma lagi..aku suka benda pecuma2 nehh..

Juliet_iRa~" said...

wahh syoknyaaa..heee.

student mmg best la sbb byk ms nak g sini, tgk konsert tu ini..hee

nt dah kerja..payah..;p

teha said...

ramai nyee orang !

shahrazali said...

saljou :
x sabar rasanya ni....tp lmbt lg ler..msuk sem ni lg 2 sem nk habis..


cinta untuk kita :
sape yg blum sudi bg tu???skrg kyra dah continue ker blum??


lubly :
best la juga tgok diorang nyanyi live...


sweet honesty :
haha...sbb percuma la pergi tu..klu tak,,RM10 tu pun berkira nak bayar.....


juliet ira :
klu dah kerja,,,masa x byk kan..lg2 dah kawin...hehehehe..


teha :
ramai la jgk....tp x penuh lg dewan tu..

CikTeddyCorner said...

abg shah pegi x ajak kite pun?uhuhu

shahrazali said...

cik teddy :
mcmana nk ajak,,,x tau cmne nk contact cik teddy...hehehe....semalam ada lg sekeping pas percuma,,klu boleh ajak,,dh lma abg shah ajak..hehe..

Anonymous said...

amir tuh budak af.
wahhh xde ke pic artis2 tuh?
lawa gak dewan konvo nnti..fuhh

shahrazali said...

maya mustwany :
aah...baru tau..semalam google dia..hehe...pic bersama artis xde..lepas abis nyanyi terus blah..hehe..

AdaM Hawa said...

wah! sonok la.. best x?

shahrazali said...

adam hawa :
best la jgk tgok diorang nyanyi live dekat2...

Anonymous said...

untung laaaaaaa

Cik Puan Muda Umi said...

dulu diorang penah datang uitm arau tapi xramai yg tahu so xramai yg pegi..rasa rugi gila,free pulak tu..huhu

shahrazali said...

el-janna :
untung sebab free...hehe..


cik puan muda umi :
kat sini pun x ramai yg tahu sgt...sbb tu x ramai yg dtg...dah la kena bayar pas RM10..nasib baik kitorang free jek..

~Sal Ismail~ said...

ala..cepat je berlalu dua sem tu..pejam celik pejam celik..tup da abes~ ;p

shahrazali said...

saljou :
pejam celik,,pejam2....tertido..
hehe..bila dah berlalu mmg rasa cepat..tp sebelum terjadi,,mmg terasa lambat..

CINTA UNTUK KITA said...

'masa' la yg blum sudi bg contnue stdi.. hehe ada je hlngn ms nk stdi.. dlu dh konvo sjil mknikal kt poli..dpt poli behrang utk dip mknikal gk tp tak g, sbb 'masa' belum bg.. haha then dah keje dlm bdang akaun hr tu dpt cntnue part time stdi kat UTM dip akaun but ttp gak 'masa' blum bg..haha sedih! tak nak cerita da.. :(

shahrazali said...

agak rumit gk tu...smuanye sbb masa...klu ada rezeki,,tak kemana kyra...insyaAllah 1 hari nnti kyra dpt apa yg kyra mahukan..

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA