Click here OK!

Followers

Monday 31 October 2011

Mahal woo tiket balik kampung

NI la tiket aku

Aku pergi beli tiket balik kampung semalam dekat seksyen 17 Shah Alam. Macam biasa la pergi kaunter Causeway Link dulu. Bas tu memang bas favorite aku sebab bas tu x pernah beri masalah pada penumpang diorang. Promote nih. hehe. Bas tu SELESA bak kata Ajib(KL Gangster). Ada satu cerita masa dekat kaunter Causeway Link tu. Ada la 3 awek jaga kat kaunter tu. Sorang bertudung manis jek, sorang cun juga la, sorang lagi x lawa. haha. Saja2 jek aku klasifikasikan orang kan. Lantak la.

Aku tanya tiket hari jumaat, awek2 tu kata"siang semua habis bang, yang ada pun tengah malam pukul 1130". Aku tak nak la kan tiket tengah malam. Ye la, sampai JB nanti baru pukul 430 pagi. Tak ke keras aku nak menunggu bas lagi untuk balik ke Pekan Nanas dari Larkin nanti. Paling awal pun pukul 8 kot. 

Lepas tu aku tanya hari sabtu punya tiket. Awek cun tu cakap ada pukul 9 pagi dengan 12 tengahari. Aku cakap la nak beli yang pagi, dengan tiba-tiba awek bertudung tu sound kawan dia "tiket sabtu kan penuh jugak, buat apa bagitau abang ni, BODOH LA KO NIH". Aku senyum je la. Awek cun tu pun buat tak tau jek. Tiba-tiba, aku pandang awek bertudung tu, aku senyum kat dia then cakap "awak jangan la cakap BODOH kat kawan awak, kesian dia". Dia pun balas " dia memang macam tu bang, sengal". Awek cun yang tadi diam terus melenting marah-marah kat awek bertudung tu. Maka bertengkar la diorang kat dalam kaunter tiket yang tak berapa nak besar tu. hehe. 

Aku cuba la nak tenangkan, tapi biasa la kan. Perempuan kalau gaduh meleret-leret. hehe. Tiba-tiba awek tak lawa tu menyampuk, (baru nak masuk watak) "sabtu petang ada bang, ok??". Aku terus cakap nak pikir dulu kejap dan terus blah. Diorang terus bertengkar. hehe. Awek cun tu malu agaknya. Mungkin bukan sebab kawan dia cakap BODOH, tapi sebab aku tegur kawan dia cakap dia BODOH. Kesian kan??hehe. 

Lepas tu pergi kaunter sebelah. Tengah tanya-tanya makcik kaunter tu, tiba-tiba ada brader sorang ni panggil tanya balik mana. Aku jawab "JB, 4 hb, tengahari. Ade??". Dia terus cakap " mai sini bang, naik Maju Liner. Lepas dia call orang-orang dia, dia terus bagi aku tiket 2 keping. Harga dia RM37.00. Biasa harga RM33 jek. Naik sudah RM4. Dia kata " ni bos punya arahan la bang. Dari 3 sampai 7 hb, tiket naik harga". Aku pun balas balik la " kalau nak murah kena balik lepas raya la ek??". Brader tu sengih-sengih jek. Lantak la kan, kalau harga tiket RM40 sekalipun, aku tetap kena beli jugak.. Nak raya haji kat kampung punya pasal. 

Selamat pulang ke kampung



 

Carling Cup


Manchester United bakal menanti kunjungan Crystal Palace di Old Trafford untuk perlawanan suku akhir Carling Cup. Pada aku ini laluan mudah la untuk budak-budak aku nih. Sebab bila tengok undian lain Chelsea lawan Liverpool, Arsenal lawan Man City, Cardiff lawan Blackburn. Kira macam laluan senang la kan untuk Man United. Tapi kalau perlawanan piala ni susah nak duga. Kadang-kadang pasukan yang biasa-biasa ni lagi bersemangat nak menang. Ye la kan, laluan diorang lagi susah dan banyak kot kalau nak banding dengan team-team kuat ni. Sebab tu team-team biasa ni lagi akan lebih berusaha ddan bersemangat untuk menang. Bukan senang beb nak masuk 8 pasukan terkuat. Sama-sama la kita nantikan siapa bakal ke separuh akhir. Harap-harap budak-budak aku (Man United) menang, masuk separuh akhir. Lepas tu menang separuh akhir dan masuk akhir. Seterunya menang perlawanan akhir Carling Cup la kan. hehe. 
GLORY-GLORY MAN UNITED..

                                                                            vs
     

Goals prediction : Man United 3-0 Crystal Palace

Sunday 30 October 2011

Malaysia VS Laos

Hari ni aku dan kawan-kawan pergi stadium Shah Alam. Tengok bola friendly Malaysia lawan Laos. Mula-mula ingat main kat stadium UITM, so kitorang pun bergegas la ke sana. Sampai jek sana, stadium UITM kosong. haha. Bila dah nampak kosong, apa lagi, blah la kan. Memang sebelum tu pun tengah konfius nak ke stadium UITM or stadium Shah Alam. Bila stadium UITM dah kosong, kitorang pergi la ke stadium Shah Alam. 

Kelam kabut juga la tadi bawak motor. Kitorang sampai lambat. Dapat la tengok sedikit game separuh masa pertama.

Apek teringat kat Dahlia

Refferee says " korang nampak tak wisel aku??jatuh tadi"


Budak milo termenung" bila la aku nak jadi macam diorang ye"

Badrul mengambil sepakan sudut mencari rakannya

Yes..menepati sasaran, tapi x gol..huhu..

Antara penyokong yang hadir
Tong tulis 100 plus, tapi air mineral jek ada..cehh
 Habis dah separuh masa pertama. Malaysia ketinggalan 0-1. Aku tak tengok pun gol macamana sebab aku datang lambat. Banyak gambar ambik, tapi letak yang gud2 je la..hehe. Lepak-lepak dulu, hisap rokok sebatang dua. Dalam berapa minit entah, pemain-pemain pun masuk kembali ke padang.


Pemain-pemain masuk ke padang dengan semangat membara


Entah apa diorang bincang ek..Bincang nak karok lagu ape malam ni kot.


Gelecek bang gelecek


Hujan turun dengan lebatnya

Pemain Malaysia berusaha merampas bola

Rebut bola di udara. Penjaga gol Laos dapat.

Sumpah lebat gila hujan, tapi dia tetap di situ pegang bola

Kau main hujan ye Drogba

Ultras Malaya yang setia menyokong walaupun dibasahi hujan

Ini lah AKU..hehe..aku berdiri kat atas sebab duduk bawah kena angin hujan walaupun bawah bumbung


.
Bola dah abis. Hujan pun berhenti. Baru SELESA nak ambil gambar


Ni tuan punya kamera. Bergambar bersama stadium yang dah kosong.
Keputusan akhir Malaysia menang 4-1. Semua gol dapat masa hujan lebat. Hujan rahmat untuk pemain Malaysia. hehe. Ada juga gol dibantu oleh hujan. Ye la, hujan lebat gila kot, padang lecak. Bola tiba-tiba berhenti depan gol. Tinggal tolak masuk gol jek. hehe. Aku tengok dah macam main bola dalam paya dah. Masa tu la teringat zaman-zaman sekolah rendah main bola masa hujan lebat dan padang lecak macam tu. Tapi aku memang puji habis la pemain-pemain Malaysia separuh masa kedua ni. Permainan bertambah bagus termasuk Khairul Fahmi. Walaupun dia banyak rilek separuh masa kedua tu. hehe. Adalah la masa untuk dia teringat kat Dahlia. hehe. 

game pilihan malam ini.

Hari ni rasa puas hati tengok bola sebab Manchester United menang 1-0 dengan Everton. Aku tengok dengan member aku kat Hakim sek 7. Ramai la juga orang kat situ. Tapi memang tiap-tiap hari ramai jek aku tengok kat situ. Lagi-lagi kalau ada game bola.

Malam ni best sket sebab Astro lagi satu bukak game Chelsea vs Arsenal. Kat skrin besar buka game Man united vs Everton. Sebab apa best?? Sebab boleh booo kat penyokong-penyokong Chelsea. hehe. Masa Arsenal gol, mesti aku bersorak juga sebab aku nak balas apa penyokong Chelsea buat kat aku minggu lepas. Padahal aku tak sokong pun Arsengal tu. 

Masa aku nak blah tu, Chelsea kena 3-2 kat halaman sendiri. Kah.kah.kah. Padan muka la kan. Tadi aku buka Livescore, Chelsea kalah 5-3 tu. Alangkah bagusnya kalau aku stay situ jek tadi. Boleh sorak sakan untuk team Arsengal. 


CHICHARITO



  Ni la gol scorer tadi.hehe.. Nice one chicharito !

Kesian Terengganu

Lepas tengok game Manchester United vs Everton tadi, aku terus bergerak ke kedai char kuew teow Sani sek 7 sebab nak tengok Final Piala Malaysia. Sampai jek sana, penuh. So, duduk kat motor je la. Nasib baik ade screen besar. Dah abis halftime baru dapat meja. Aku tengok berempat. Salah seorang member aku budak Terengganu. Siap datang pakai jersi TOP IT lagi. hehe. 

Masa Terengganu gol tu punya la suka kawan aku sorang ni. Aku pun suka juga sebab aku sokong Terengganu juga walaupun aku orang Johor. Dah kawan baik sokong, kita kena la support diorang. Lepas tu entah minit keberapa entah, N.S dapat gol sebiji. Credit diberikan kepada penjaga gol Terengganu yang terlepas bola. Ish..ish..ish..

Masa tu aku tengok Terengganu punya player dah down jek. N.S pula yang bersemangat. Masin mulut aku, N.S gol lagi sebiji. Pada aku, Terengganu memang dah buat silap dalam taktik diorang. Dah leading 1-0, tapi tak nak main defend. Asyik nak serang jek macam dah kena tinggal 3 gol. 


Kawan aku sedih, aku pun ikut sedih sebab Terengganu kalah. Nasib baik tak pergi stadium Shah Alam tu. Lagi la bengang kan. Kepada fans Terengganu, bawa bersabar yek. Boleh cuba lagi tahun hadapan. PETEH GANU PETEH. 
 

Saturday 29 October 2011

HAPPY BIRTHDAY EDWIN VAN DER SAR



Full name : Edwin van der Sar
Date of birth : 29 October 1970 (age 41)
Place of birth : Voorhout, Netherlands
Height : 6 ft 5.5 in (1.97 m)
Playing position : Goalkeeper
Senior career*
Years Team Apps (Gls)
1990–1999 : Ajax 226 (1)
1999–2001 : Juventus 66 (0)
2001–2005 : Fulham 127 (0)
2005–2011 : Manchester United 186 (0)
Total : 605 (1)

Friday 28 October 2011

aku yang gila karok

Aku memang gila karaoke. Pantang ada masa free sket, mesti nak pegi karok. Aku memang dari kecik suka nyanyi kot. Masa kecik2 selalu karok dalam bilik air, berangan nak jadi artis.haha. Kat rumah selalu juga karok dengan abang dan kakak. Tapi tak boleh kuat-kuat sebab kitorang duduk rumah teres, rumah rapat-rapat, so kalau kuat sangat, mengganggu la jiran-jiran sebelah. 

Aku jadi gila karok sejak masuk universiti la. Masa diploma jarang-jarang karok sebab tempat karok jauh kt Ipoh, aku pula kat Sri Iskandar. Kalau sebulan tu sekali je la pergi karok. Selalu pergi dengan "awek" la.hehe. Masa degree ni la aku jadi gila karok. Maklumla, dekat jek kan kat Pusat Komersial ni dengan rumah sewa.hehe. Pernah seminggu sampai 3 kali pergi karok. Ish..ish..ish.. Gila kan??haha...

Ni video aku karok. Separuh lagu jek sempat rakam. Tak tau la sedap ke tak kan. Tapi orang cakap la, bukan aku cakap. Suara aku best !!!hahahaha....(masuk lift, tekan butang sendiri la kan)

Puisi Cinta by Illusi (cover) shahrazali





Wednesday 26 October 2011

my best friend birthday.

24 hb 10 birthday membe baik aku. Kitorang sambut birthday kt parking depan Giant Komersial. Nak sambut tempat lain takut kena serbu dengan JAIS plak.hehe. Dulu masa diorang sambut birthday aku, kitorang kena halau kot dengan JAIS.hehe. Perancangan nak buat "prank" kat dia tak jadi sebab macam tak sempat nak rancang. So, buat surprise sikit2 jek.  SELAMAT HARI LAHIR MIMI !!!
Ni la birthday girl. Wan Mukminah nama dia.


Kelam kabut nk hidupkan lilin. Orang nya dah nak sampai. 

Birthday girl terharu

Tak sah kalau tak kena tepung time birthday. Sebab tu kena cari tempat sesuai nk sambut. hehe.

Aku kena lagi teruk kot malam tu. Tapi kitorang enjoy.
Gambar sempena Deepavali.hehe.

My beautiful bestfriend. Aku la yang baling tepung kat dia.hehe

 Jangan salah paham. Gambar ini hanya untuk suka-suka. Bukan bermaksud nak meniru mana-mana pihak.

Monday 24 October 2011

QPR v CHELSEA

Padan muka chelsea !!!!!!!!!!! dengan QPR pun kalah beb. Masa game MU tadi punya lah menyalak kuat. Tu la padahnya....Hahahahaha..... Aku memang dari dulu anti Chelsea sebab player2 n penyokong diorang. Sorry to say lah..

 

MAN UNITED vs man shity

Malam tadi team aku Manchester United menerima kekalahan teruk kepada Manchester City. Agak bengang juga la tadi. Bukan sebab bengang dengan Man United, tapi bengang dengan budak meja sebelah aku. Agak-agak la kan kalau nk jerit pun, ini sampai mengutuk sakan. Panas jek telinga dengar dia punya jerit. 6 biji gol MU kena, 6 kali la telinga aku panas mendengarnya. Bukan fan Man city tu agaknya. Msti budak2 Chelsea yang jerit sakan. Biasa la tu, fan2 rival memang suka tengok MU kalah. Masa dah nak abis game, aku jeling la mamat tu. Tau pun nk diam sikit. Dia x perasan ker keliling dia fan2 MU yang pakai jersey MU. Nak bersorak gol tu boleh jek, tapi agak2 la kan. Sabar je la..
                                                      






 

Sunday 23 October 2011

PLAYER

JAVIER HERNANDEZ
CHICARITO 


Strengths: Has great vision and anticipation in the box, with his decision making impressive for a player who is relatively inexperienced at the highest level ; he is great in also the air and boasts plenty of pace on the ground.
Weaknesses: Not the most physically imposing of players, though he has shown he can make up for it with his other attributes.
Career high: After an impeccable debut season with United, he was top scorer at the CONCACAF Gold Cup and was named MVP in the final as Mexico beat USA to win the tournament.
Career low: Chicharito was ready to play in the Under-17 World Cup in Peru 2005, but an injury sidelined him from the team that ultimately won the championship.
Style:A natuarl poacher, but also a forward who always works for the rest of the team, refusing to simply sit in the box and wait for assists.


Di ambil dari :



PLAYER

  NANI


Strengths: On top form, the Portuguese winger can be a nightmare for defenders. A bundle of pace and trickery, his ability to create and score spectacular goals makes him an important attacking outlet.
Weaknesses: Defensively weak and still too often wasteful in possession, needs to understand that sometimes the simple pass or cross will do.
Career high: A 30-yard winner against Spurs in 2007 was his first goal for the club and lives long in the memory, but his performance against Arsenal at the Emirates in January 2010 was one of the best displays of individual attacking flair of the season.
Career low: Being ruled out of the 2010 World Cup with a shoulder injury three days before the opening match of the tournament.
Style: Pacy, skilful, creative; Nani is a devastatingly explosive winger with the ability to produce moments of magic.



Di ambil dari :
http://soccernet.espn.go.com/player/_/id/67716/luis-carlos-almeida-da-cunha-nani?cc=4716

PLAYER

WAYNE ROONEY


Strengths: Powerful and strong on the ball, Rooney's ability to pick a pass, shoot from distance and unselfishly work for the team is unparalleled in world football. His passion can never been called into question.
Weaknesses: He suffers when the red mist descends and has a propensity to lose his cool in key games. Sometimes an impetuous customer, prone to easy frustration.
Career high: His stunning debut hat-trick for Manchester United is a strong contender, but it cannot top being named as the best player in the country by his fellow professionals, as he scooped the PFA Players' Player of the Year Award in for the 2009-10 season.
Career low: Being sent off against Portugal in the 2006 World Cup for stamping on a rather delicate area of Ricardo Carvalho's, after working so hard to be fit for the tournament following a metatarsal injury.
Style: Powerful, hard-working, passionate; an unselfish superstar.



Diambil dari :
http://soccernet.espn.go.com/player/_/id/21046/wayne-rooney?cc=4716

Saturday 22 October 2011

manchester united

Minggu ni game best. X sabar rasanya nak tunggu ahad malam tengok game Manchester United VS Manchester City. Man city season ni memang makin hebat. Player2 semua bagus2, permainan rancak. Tapi bila jumpa Man United, jangan mimpi la diorang nak menang. Manchester United adalah team terbaik dunia. Player2 xde la star mana, tapi semangat diorang terbaik, mentaliti pemain pun kuat.


Untuk game esok, aku predict Manchester United menang 2-0 ke atas Man City...YEEAAHHHH...

MANCHESTER UNITED        2-0        MANCHESTER CITY

piala malaysia

Yeahhh...... Terengganu ke final. aku sokong terengganu sebab kawan2 aku sokong. hehe. aku jenis support kawan2 beb. Insyallah final piala Malaysia nanti pergi stadium. Itu pun kalau ada yang nak belanja tiket. haha. Tadi tengok bola kat kedai char kuew teow sani. Xde la ramai sangat orang. penyokong Terengganu pun berapa ketol jek. Ye la kan, tengok kat shah alam, xkan la penuh dengan penyokong Terengganu kan. hehe.

So, good luck la untuk pasukan Terengganu untuk final nanti...

TERENGGANU VS NEGERI SEMBILAN

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA