Click here OK!

Followers

Showing posts with label gambar cun. Show all posts
Showing posts with label gambar cun. Show all posts

Wednesday, 19 June 2013

GAMBAR CUN RASMI 'AKU DAN CLASSMATES'


Hi, Assalamualaikum semua. Malam tadi aku melayan perasaan, sambil melayan lagu jiwang, sambil menatap gambar-gambar ex aku. Masa tengah selongkar folder-folder kat laptop tu terjumpa la folder gambar-gambar masa sekolah. Dulu-dulu ada la diorang ni upload kat FB, jadi aku save la. Sekarang aku nak share kat blog aku ni. Tengok la perubahan wajah aku masa sekolah. hehehe.

 
Gambar atas ni aku tak ingat darjah 1 or 2 di Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas. Nama guru kelas aku Cikgu Shamsuddin bin Adam. Ingat lagi masa cikgu ni nak pindah, satu kelas menangis bagai nak rak. hehehe. Kitorang sayang sangat dengan cikgu ni sebab dia sangat baik. 

 Gambar atas masa aku di tingkatan 2 Dahlia, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat. Sekolah bistari katanya. hehehe. Nama guru kelas aku tak ingat plak. Tapi yang aku ingat, dia sangat sempoi orangnya. Masa ni aku memang bergaul dengan pelajar Chinese. Aku suka kacau diorang, pastu diorang mengumpat aku, satu patah pun aku tak paham. hahaha.

Gambar atas masa tingkatan 3 Kekwa di sekolah yang sama. Aku duduk depan sebab jadi Penolong Ketua Kelas atas lantikan majoriti. hehehe. Aku diturunkan kelas dari Dahlia ke Kekwa atas sebab-sebab tertentu. Walaupun aku berada di kelas paling hujung, aku seronok berada dalam kelas ni sebab semua budak-budak dalam kelas ni jenis boleh masuk kepala. Semua best-best. Nama guru kelas aku Cikgu Mek Limah. Garang tau. hehehe. 

Gambar atas masa tingkatan 4 Elektrik 1. Lepas PMR, dapat keputusan ok, aku sambung belajar di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor. Aku amik jurusan Pengajian Kejuruteraan Elektrik. Nama guru kelas Cikgu Rosnani. Dia sangat comel dan wangi. hehehe. Seronok belajar dengan dia. Tapi dia selalunya garang sebab aku kan jenis malas dan nakal. huhuhu. Masa tingkatan 4 ni la aku ada buat kes tu. Sejarah hitam dalam hidup aku terjadi masa tingkatan 4 ni la. Kalau nak tau kes apa, klik SINI dan SINI.  

Gambar atas masa di tingkatan 5 Elektrik 1. Guru kelas pun sama. Tapi layanan dia pada aku bertambah baik sebab aku agak rajin masa tingkatan 5 ni. Lepas dari buat kes masa tingkatan 4 tu, aku berubah sikit la menjadi lebih baik. SPM pun aku dapat ok la. Semua subjek utama Matematik Tambahan, Fizik, Kimia lulus. Padahal masa tingkatan 4, tak pernahnya lulus semua subjek tu, dari ujian sampai la peperiksaan akhir tahun. Sekolah ni banyak meninggalkan kenangan untuk aku sebab banyak pengalaman yang aku dapat masa kat sekolah ini. 

Gambar atas masa aku belajar Diploma di UiTM Sri Iskandar Perak. Gambar ni diambil masa kitorang semester 5. Banyak kenangan aku kat sini lebih-lebih lagi dengan ex-girlfriends aku. Ada dua orang ex-girlfriend aku dalam gambar ni. Yang mana orangnya??? Mana boleh bagitau.. hahaha. Yang tengah tu bukan lecturer ye. Dia member sekelas juga. Aku belajar kat UiTM Perak ni selama 3 tahun dari tahun 2007 hingga tahun 2010. Kira gambar ni masa hujung tahun 2009 la. Segak kan aku?? hahaha.










Ok la. Ini sahaja la gambar-gambar yang aku ada yang nak dikongsikan dengan rakan-rakan blogger.
Assalamualaikum dan selamat berblogging......
>>> Jerebu semakin hari semakin teruk kat tempat aku ni. Agak sesak nafas dan pedih mata dibuatnya. Yang peliknya, tengah jerebu macam ni pun masih ada yang membakar sampah lagi.

Monday, 27 May 2013

GAMBAR-GAMBAR CUN ISTIADAT KONVOKESYEN UITM KE 78

Assalamualaikum semua. Di sini aku nak kongsikan sedikit beberapa gambar yang cun melecun masa konvo hari tu. hehehe. Banyak lagi gambar yang belum dapat sebenarnya, tapi aku upload dulu la mana yang ada. Konvokesyen UiTM ke 78 ni diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam pada 20 hb Mei 2013. Pendek betul masa yang ada untuk lepak-lepak ambil gambar macam ni. Ye la kan, masing-masing ada keluarga masing-masing dah tunggu nak balik. Termasuk ahli keluarga aku yang menunggu. So, terpaksalah kitorang bergambar cepat-cepat. Tapi yang pastinya, gambar-gambar kitorang tetap cun. hahaha.


My best girlfriends. Dari kiri Fira, Mimi, Amnah, Zati








Ibu tersayang

Sejak masuk uitm nak bergambar kat sini, last2 masa konvo jek jadi. hehe.

Sekian sahaja gambar-gambar cun istiadat kovokesyen uitm ke 78 ini.
Assalamualaikum dan selamat berblogging......................

Tuesday, 31 July 2012

OH DARNEL 17

Aktiviti kat rumah, takde lain selain tidur dan tengok TV. Sekarang kan musim Olimpik, jadi asyik tengok je la sukan macam-macam. Hari tu aku tengok game bola tampar perempuan. Aku terpegun dengan seorang pemain Turkey ni. Dah la cantik, menarik, main bagus pula tu. 
Tak pasal-pasal aku tengok game tu sampai habis. hehehe. Perempuan main takde la laju sangat macam lelaki, tapi bole tahan juga la hebatnya. Mari kita tengok gambar-gambar dia. 

Nama sebenar dia Neslihan Darnel. Nama samaran dia Iron Lady. Tengok pada rupa dan gaya, macam tak percaya dia ni dah ada anak satu umur 5 tahun. Dia juga la yang memegang bendera Turkey semasa perarakan kontijen pasukan Turkey pada majlis pembukaan tu. Cantik woooo...









Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging........
Selamat berpuasa. PUASA JANGAN TAK PUASA...

Sunday, 6 May 2012

GAMBAR-GAMBAR CUN MPG 2012

Untuk entri sebelum ni aku ada heboh pasal MPG kan?? Klik <SINI> untuk ke entri sebelum ni. Aku rasa MPG ni Malam Pra Graduan, tapi malam tu aku tengok diorang tulis Majlis Pra Graduan. Tak kisah la kan mana betul mana salah. hehe. Di sini aku nak kongsi gambar-gambar cun malam pra graduan tu. Ada lebih kurang 400 keping gambar di ambil dari kamera roomate aku ni. Itu tak termasuk lagi gambar-gambar dari kamera lain. hehe. Biasa la kan. Dah pakai smart-smart, cantik-cantik, mesti la kitorang gila kamera sket. Macam korang jugak. hehehe. 

Setelah ditapis sendiri oleh aku, ini la gambar-gambar yang hendak aku kongsikan. Tengok la kalau sudi, kalau tak sudi pun takpe la. 

Suasana sebelum majlis
Classmates
Majlis perasmian
Ini la yang kitorang makan. Harga - RM30 seorang. Tak berbaloi. hehe.
Persembahan solo dari budak kos aku, tapi lain kelas.Best suara dia.
Aku dan kawan-kawan semeja. hehe.
Classmates
Classmates
Classmates n lecturers. Lecturers 3 dan 4 dari kiri.
Classmates. (baju hijau tu Najwa Latiff celop. haha)
Classmates
With lecturers and owner kamera
Classmates (my family)
Classmates
Classmates
Classmates





Sekian sahaja gambar-gambar yang ingin aku kongsikan. hehehe. Mana lagi cun kalau nak banding dengan sem lepas punya?? Semester lepas kawan-kawan aku takde la sebab bukan untuk diorang. Aku pergi pun sebab buat persembahan. Klik <SINI> untuk tengok gambar MPG sem lepas. 


Lepas ni aku nak kongsi gambar-gambar aku bersama gadis-gadis plak. hehehe.
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...........................................................



 

Friday, 13 April 2012

GAMBAR - GAMBAR CUN MALAM ANUGERAH DEKAN


Selesai sudah malam yang membuat hati aku gelisah. Selesai sudah aku dan kawan-kawan buat persembahan. Jom kita layan gambar-gambar sekitar majlis.

Kiri dewan
Kanan dewan
Practice kat belakang pentas sebelum perform (muka risau)
Kitorang ada nama band yang di beri Emergency Lift. Hahaha. Ini membe aku la letak ni. Emcee majlis tiba-tiba minta nama band kitorang, dan dia nak cepat. Itu nama yang terlintas di fikiran membe aku. Aku layan je la. hehe. 
Kitorang perform betul-betul depan meja Dekan. (lagu pertama)
(lagu kedua)

(lagu ketiga)
Maka berakhir lah persembahan kitorang...... Overall ok la walaupun ada buat silap sikit masa nyanyi. hehehe.

Lepas kitorang nyanyi, makan la apa lagi kan. Lauk biasa-biasa jek sebab majlis makan malam ni percuma untuk yang diraikan dan percuma untuk artis-artis macam kitorang.hahaha. (artis la SANGAT). Tau-tau la kalau benda percuma ni kan. Memang biasa-biasa je la. Tapi, alhamdulillah kenyang juga kan.


Makan buffet jek. Bajet rendah. hehe. Takpe la, asalkan free
Selepas persembahan kitorang, baru la penyampaian sijil anugerah dekan bermula. 

fuhhhhhhh
Selepas penyampaian sijil untuk beberapa kos, tibalah masa persembahan kedua daripenyanyi jemputan dari kos pendidikan. Diorang nyanyi lagu "I GO", "CARTA HATI", dan apa ntah lagi satu. hehe. Tak remember plak.


Not bad la performance diorang

 Kemudian, sambung semula upacara penyampaian sijil anugerah dekan kepada kos-kos selebihnya. 

fuhhhhhhh

Mula daripada sini, kamera dah kat tangan aku. So, aku snap la gambar-gambar ikut suka aku. Ada jek budak-budak berkumpul nak ambil gambar, aku snap juga. hehe.




 
Mencari barang???

Jumpa pun. Muka lega selepas persembahan

My guitarist, and photographers

Gambar klasik. (lain ler muka aku.haha) - Lokasi : bilik persalinan belakang pentas
Thanks sudi tatap gambar-gambar cun sekitar malam anugerah dekan ni. hehehe. 
Video???? Tengok la dulu macamana. hehehehe. 

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.................


Mood : Masih tension sebab banyak assignment dan banyak kerja untuk Final Year Project. Arrghhhh !!!!!!! Emm, biasa la tu kan. Nama pun student. hehehe. Think positive !!!!

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA