Click here OK!

Followers

Saturday 31 March 2012

CINTA MUKA BUKU NYANYIAN ZIZAN???

Dah pernah tengok??? Ok, takpe. Belum pernah tengok?? Tengok la sendiri ye. hehe. 




Walaupun aku tak berapa nak dengar lirik-lirik Zizan tu, tapi aku rasa nak ketawa juga sebab tengok Najwa ketawa jek. hehehe.

KONSERT 6IXTH SENSE DI UITM


Semalam petang aku dan kawan-kawan pergi ke konsert sixth sense kat Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam. Aku pergi pun sebab dapat pas msuk percuma dari kawan aku. Kalau tak kena bayar RM10. Benda free, siapa tak nak kan. hehehe. So, kitorang pergi je la. Mula-mula kata mula pukul 4 petang. Pukul 415 petang kitorang sampai tak mula lagi. 430 pula katanya mula. Konsert belum start, kitorang dah masuk dewan tengok diorang test2 mic dan gitar. Orang lain tak masuk lagi, kitorang dah masuk dulu. Last-last kena keluar juga sebab diorang suruh masuk ikut pintu utama pakai pas. 




Konsert nak bermula aku duduk belakang-belakang jek. Orang yang datang takde la ramai sangat. Buat hati jumaat petang, susah sket kot orang nak pergi. Mungkin ramai yang balik kampung. 

Dalam pukul 5 petang baru bermula. Pengacara petang tu Azizi Zakaria. Korang kenal?? Aku pun tak kenal siapa ni. hahaha. Dah balik rumah, aku try Google nama dia rupanya dia DIGI superstar. Ada blog gak dia ni. Klik la <sini>

Azizi Zakaria (gambar Google)
Persembahan pembukaan dari kumpulan Sleeq dari Singapura. Kenapa lah tak jemput Ramlah Ram sekali. Kalau tak boleh dengar lagu hits diorang live. hahaha. 

Kumpulan Sleeq
 
Persembahan kedua dipersembahkan oleh Amir Jahari. Yang ni pun aku tak kenal mula-mula. Membe aku cakap dia nyanyi soundtrack untuk cerita BFF. Sedap suara dia ni. Gambar dia membe aku tak ambil. So, ambil kat google je la. 

Amir Jahari
 Lepas tu pengacara tu plak nyanyi. Ok la suara dia. Persembahan last mesti la dari kumpulan 6ixth Sense kan. Menjerit-jerit budak-budak UiTM masa 6ixth Sense keluar. hahaha. Peminat-peminat fanatik la kot yang jerit-jerit macam tu. Aku layan jek dari belakang. 6ixth Sense nyanyi, aku pun ikut nyanyi sekali. Aku banyak hafal lagu-lagu 6ixth Sense ni. Sebab lagu-lagu diorang selalu jek kedengaran kat radio dan selalu jadi soundtrack drama.
6ixth Sense
Habis jek konsert ada seisi autograph bersama 6ixth Sense. Punya la berebut peminat-peminat diorang ni beratur. Masa tu aku terus balik la. Takde maknanya aku nak beratur panjang-panjang kan memandangkan perut dah meragam tak makan dari pagi. 

Konsert ini diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor. Kat sini la aku masa nak berkonvo nanti. Salah satu sebab aku pergi tadi pun sebab nak tengok persekitaran dalam dewan tu. First time la tu aku masuk dalam. Lawa tu dalam dia. Tak sabar aku nak konvo degree aku ni. 
Permandangan luar DATC
Permandangan dari dalam

OK, assalamualaikum dan selamat berblogging..........

Friday 30 March 2012

Tak reti la auto, manual boleh la



"Tak reti la auto, manual boleh la"

Haaaaa. Pernah dengar orang cakap macam ni?? Berkenaan apa ayat ni?? Mesti la mengenai memandu kereta. Aku kadang-kadang rasa pelik kalau ada orang yang tak pandai bawak kereta auto, tapi pandai pula bawak kereta manual. Sebenarnya bukan mereka tak pandai nak memandu kereta auto, cuma diorang tak biasa memandu kereta tanpa cluth dan gear pulas-pulas… hehe.
Masa belajar memandu kat sekolah memandu pun, mana ada belajar memandu dengan kereta auto kan, so, rasa janggal la bila orang suruh bawak kereta auto. Tapi kalau tak silap aku, kat negara lain macam Singapura diorang belajar memandu guna kereta auto. Kalau tak silap la kan. Kalau silap, mintak maaf la. Haha. Aku dengar-dengar hari tu kat Malaysia pun akan ada belajar dan ujian memandu guna kereta auto dengan syarat kereta yang akan diorang beli dan pandu mesti kereta auto. 

Pada aku, ini tak menjadi masalah. Tak ada istilah tak reti nak bawak kereta auto. Samada tak biasa atau tak pernah jek. Hehe. Aku selesa jek bawak kereta tak kisah la manual ke auto. Kalau aku lagi suka bawak kereta auto sebab lagi rilek bawak kereta. Kalau jalan sesak pun kurang la sikit penat kan. Tapi kadang-kadang rasa bosan juga. Hehe. Kereta auto sesuai untuk perjalanan yang jauh (ini member aku cakap). Betul la kot. Sebab perjalanan yang jauh mengambil masa yang lama dan lebih penat kan, jadi bila bawak kereta auto, kita boleh rilek sedikit.

Jadi kalau ada dengar orang cakap macam ini, boleh la terangkan kepada mereka “bukan kau tak reti nak bawak kereta auto, cuma korang tak biasa jek nak bawak”. Lagi senang apa, masuk kat D, turun handbrek, tekan minyak dah boleh jalan. Tekan brek kalau nak perlahan atau berhenti. Masuk kat N kalau berhenti lama. Kalau dah parking masuk kat P. Kalau nak gostan (reverse), masuk kat R. Senang kan?? Hehe. 
2 dengan L tu kalau tak silap untuk memandu naik bukit yang curam untuk lebih power lg kereta tu naik. hehehe.
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...... Kalau ada salah silap, betulkan la ye. 

Wednesday 28 March 2012

KOMUNIKASI 'LAMPU TINGGI' DIANTARA PEMANDU


Mesti korang selalu kan dapat isyarat lampu tinggi daripada kenderaan-kenderaan lain samada dari depan atau belakang. Banyak sebenarnya maksud disebalik lampu tinggi selain daripada suluh jalan gelap gelita. Komunikasi lampu tinggi ni lebih sopan kalau nak dibandingkan dengan membunyikan hon. Ada yang tahu, ada yang mungkin tak tahu. Jom baca situasi-situasi dibawah dan maksudnya. 

Situasi dimana kenderaan arah bertentangan bagi lampu tinggi (sekelip dua la)
  • Ada roadblock di depan kita (lagi-lagi kalau 2,3 kenderaan bagi isyarat macam tu)
  • Kita terlupa nak padam lampu tinggi kenderaan kita (waktu malam). Menyusahkan orang kot kalau kita berselisih kenderaan dengan kenderaan yang 'on' lampu tinggi.
  •  Kita memotong barisan kenderaan secara bahaya. Membahayakan kenderaan yang datang dari arah bertentangan. 

Situasi dimana kenderaan si simpang 3 arah bertentangan bagi lampu tinggi
  • Meminta jasa baik kenderaan dari depan supaya kita dapat masuk simpang dulu. 
  • Kita menyuruh kenderaan di depan kita supaya masuk simpang terlebih dahulu.

Situasi dimana kenderaan bagi lampu tinggi dari belakang kita
  • Kita memandu perlahan di lorong laju/lorong memotong.
  • Kita memandu masuk ke jalan raya secara tiba-tiba dan membahayakan kenderaan yang terpaksa perlahan secara tiba-tiba disebabkan kita.  
Siapa yang selalu bawak kereta, mesti pernah kena 'high beam'  ni kan. Tak pun pernah bagi isyarat 'high beam' kat orang lain. Kepada yang selalu naik kereta dengan siapa-siapa pun mesti pernah juga kan. Kalau korang perasan la. Kalau korang tidur jek dalam kereta tu, memang la tak ada rasa apa-apa. hehe. 


Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...










Emm...ada orang pernah cakap, kalau kita tengah memandu kat highway seorang diri, then, tiba-tiba, ada kereta dari arah belakang asyik bagi isyarat lampu tinggi jek kat kita, maknanya ada 'something' kat atas kereta kita. Mungkin ada yang menumpang. Kalau kita rasa kereta kita berat semacam tu ye la kot. Kalau jadi macam tu, baca-baca la apa-apa yang patut k. 

Kalau kak limah, tumpangkan aje balik rumah. hehe.

Tuesday 27 March 2012

MENJAGA HATI KEKASIH


Korang dah ada kekasih?? Adakah kekasih korang senang bercinta dengan korang?? Adakah korang sentiasa menjaga hati kekasih?? Bagaimana nak menjaga hati kekasih?? Setiap orang ada cara tersendiri menjaga hati kekasih mereka. Tapi kadang-kadang korang tak perasan korang dah melukakan hati kekasih tanpa korang sedari. Dapat pula kekasih yang jenis pendam kalau korang buat sesuatu yang tak jaga hati dan perasaan dia. Memang dia senyap je la disebabkan terlalu sayang kat korang kan. 

Haaaaa... Macamana tu???

  • Mesti menepati masa setiap kali ada temujanji. Bukan setakat tepati janji sahaja nak datang jumpa, tapi kena tepati masa juga. Jangan jadi macam BoBoi dalam Lawak Ker Der?? tu.
  • Jangan terlalu memuji perempuan/lelaki lain dihadapan mereka. Kekasih terasa hati beb kalau kita puji kecantikan or kekayaan lelaki/perempuan di depan mereka. Lebih-lenih lagi kalau memuji kawan-kawan sejantina kekasih kita sendiri.
  •  Jangan tengking/marah mereka di khalayak ramai. Ini sangat tak boleh. (pelik dengan orang yang suka marah-marah kekasih dia ni. Tak perlu kot nak tunjuk yang korang tu kuat mengawal kekasih korang).
  • Jangan suka merajuk tak tentu pasal di khalayak ramai. Walaupun korang anggap merajuk manja, tapi kadang-kadang akan membuatkan kekasih geram dan sakit hati. 
  • Jangan terlalu mempersoalkan sikap mereka tentang sesuatu perkara. Masa mula-mula couple dulu, takde pun nak komen2 bagai.
  • Hargai setiap pemberian mereka. Jangan tanya pasal harga pemberian tersebut.  Dan jangan sesekali beri pada orang lain walaupun kawan baik korang sendiri.
  • Jangan mengata kekasih sendiri di belakang mereka. Kalau korang cerita kekurangan or kesilapan kekasih korang kat kawan-kawan, tak mustahil boleh sampai ke telinga kekasih anda sendiri. 
  •  Jangan perkecilkan keupayaan dan kebolehan kekasih korang walaupun korang memang tahu dia tak boleh dan tak berupaya nak buat or capai. 
Walaupun kadang-kadang ada yang kita buat tu kita anggap gurau dan niat untuk mengusik kekasih kita, tetapi mereka tetap akan terasa hati. Kalau mereka beritahu kita mereka terasa takpe la kan. Tapi kalau mereka pendam dalam senyuman, susah tu. Kalau dah banyak sangat pendam kelukaan hati, kasih sayang kekasih pada kita akan semakin berkurang. 

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging. 
Klik 'LIKE' or 'SHARE' kalau nak.

EMMMM. SIAPA NAMA EK?? TAK INGAT LA

 Kemana sahaja kita pergi biasanya kita akan dapat kawan kan. Disebabkan aku ni belajar kat banyak tempat, aku pun dapat kenal ramai orang, especially perempuan. Hehehe. Aku pun pernah kerja kat banyak tempat,jadi ramai la orang yang aku jumpa dan kenal. Ada yang jadi rapat, jadi awek, ada yang jadi musuh, ada yang kenal gitu-gitu jek.
Aku pasti semua orang akan jadi macam ni kalau mereka selalu pergi ke banyak tempat. Semua orang pastikan suka kenal ramai orang dan suka berkawan kan melainkan korang suka sorang-sorang jek. Kadang-kadang terjumpa kawan-kawan lama yang kita kenal masa sekolah rendah or sekolah menengah, mesti nak terkeluar cerita masa dulu-dulu kan. Lebih-lebih lagi diorang tu kawan rapat masa dulu-dulu. Kalau jumpa kawan yang kerja sama-sama dulu, mesti ada keluar juga cerita-cerita best dan panas, tanya khabar kawan-kawan kerja yang lain, macam-macam lagi la.

Tapi pernah tak korang ada masalah tak ingat nama diorang????? Macam aku ni kadang-kadang ada masalah sikit, ingat muka tapi tak ingat nama. Ada yang aku ingat nama panggilan kat sekolah/asrama (nama agak pelik la sampai malu nak panggil lagi), tapi tak ingat nama betul dia. Pernah sekali aku jumpa kawan lama masa sekolah menengah, aku panggil la dengan nama panggilan dia kat asrama, terus malu muka dia di tengah orang ramai. Hahaha. Lepas tu dia sound aku panggil la nama betul dia.
Bila terjumpa kawan-kawan lama yang aku tak ingat nama diorang, aku dengan cepat akan cuba ingat masa dulu-dulu, mana tau ingat nama dia kan. Fikir secara pantas la nama diorang apa kan. Bila dah tak ingat nama, memang tegur tak panggil nama la. Contohnya, “Eh ko”, “weiii ko”, “ Eh mat, pe cer”, “woi bro”, “alo kawan”, “alo geng”. Ada teguran yang nampak macam friendly, tapi sebenarnya tak ingat nama. Hahaha.
  
 Selalunya aku tanya jek nama diorang siapa kalau aku tak ingat lansung. Bagi jek alasan lupa. Lepas tu mesti la kena perli kejap kan lagi-lagi kalau diorang ingat nama aku. Haha. Tapi ada juga yang aku tak tanya sebab segan. Berbual je la macam biasa. Ada sekali tu aku terjumpa kawan lama sekolah menengah, kenal muka tapi tak ingat nama. Aku pun tegur la “alo kawan, buat apa kat sini”, dia pun balas “eh ko, saja jalan-jalan”. Lepas tu kitorang borak la sikit. Then masa nak blah tu, dia mintak no telefon sebab dia kata no aku dah hilang sebab tukar phone. Ye ye jek kan. Ntah-ntah memang tak pernah ada no aku. Haha. Aku miscall dia masa tu jugak. Lepas tu dengan muka tak malu aku tanya, “ Errrr…. Nak save apa nama ko ek?? Aku tak ingat la”. Lepas dia cakap nama dia, dia plak tanya aku nama siapa. Hahaha. Dua-dua tak ingat nama kawan lama. Ok la kan macam tu sebab dua-dua tak ingat. Ada yang aku segan nak tanya nama aku buat bodo jek. Save nama unknown or LupaNama. Haha. Lepas tu kalau lain kali dia ada call, buat-buat tanya la siapa yang telefon ni. Lepas dah tau nama contoh Ahmad, tanya lagi Ahmad yang mana, mesti dia akan beritahu tempat terakhir berjumpa. Jadi kita tahu la nama kawan kita tu. Bila diorang tanya kenapa tak ada nombor phone diorang, beritahu diorang yang kita tukar phone/phone lama hilang.   
Tapi masalah ini terjadi biasanya bila terjumpa kawan-kawan yang tak berapa nak rapat la, kawan-kawan masa sekolah rendah yang dah lebih 10 tahun tak jumpa, kawan-kawan yang kita tak biasa nak panggil nama betul dia dulu dan kawan-kawan kerja yang kita selalu berbual tanpa tanya nama diorang.
Macam aku ni nama perempuan senang la aku ingat. Hehehe. Lagi-lagi yang aku suka tengok dan berbual. Biasa yang aku lupa ni nama kawan-kawan lelaki. Kita pun terjumpa kawan-kawan lama ni secara kebetulan dan tiba-tiba kan, sebab tu kadang-kadang terlupa nama.



Nak senang tegur kawan lama, tegur kat facebook jek. Hehehe. Kan dah ada nama diorang melainkan diorang letak nama glamour or pelik-pelik. Haha.


Sunday 25 March 2012

SAKIT BADAN !!!! ADA SIAPA-SIAPA NAK URUTKAN ???

Tolong ! Tolong ! Ada siapa-siapa nak tolong urutkan badan aku????

Bangun tidur tengahari tadi, badan aku lemah jek. Badan sengal-sengal, sakit-sakit. Ini semua sebab penat sangat masa kat PD hari. Yang paling memenatkan badan masa kitorang bersuka ria naik banana boat tu la. 4 kali jatuh tengah laut maknanya 4 kali la kitorang kena berhempas pulas untuk naik balik ke banana boat tu. Paham-paham je la kan orang badan besar macam aku ni. Susah sikit nak naik. Kaki aku hampir kejang masa nak naik balik banana boat tu. Penat mandi laut, penat bercamping, penat banana boat,penat drive pergi dan balik, tapi yang penting semua seronok dan puas hati.

Masa tengah seronok memang tak rasa. Bila dah balik, dah sampai rumah, dah tidur, bangun balik, tu dia, baru rasa sengal-sengal badan. 





Bayar RM2 untuk 6 minit dok kat kerusi urut Rest n Go sangat melegakan badan. Kan bagus kalau ada sebiji kat rumah sewa ni. 

Gambar contoh (dari Google)


Sementara menunggu member aku shopping kat Giant petang tadi, aku lepak la kat kerusi urut tu. Dapat 6 minit jek bersamaan dengan RM2 sebab aku dah tak ada duit kecil. Tak kan nak masuk RM10 kan. hehehe. Kalau RM10 bersamaan dengan 30 minit. Memang terlena la aku kat situ kalau duduk setengah jam. hahaha.   




Selesa betul muka kucing ni kan. hehe


Ingatkan nak pergi rumah urut. Tapi 'segan' la plak. hahaha. Kang dapat plak tukang urut amoi cantek, lagi la aku 'segan'. hahaha. Lain jadinya nanti. Jadi, lebih baik lah aku cari kerusi urut ni je. Takde siapa nak marah atau larang. Malam ni ingat nak duduk lagi la kerusi urut ni. hehehe.

Kan bagus kalau aku dah kahwin, dapat bini plak jenis pandai urut. Bini boleh selalu urut aku, aku plak boleh urutkan bini. Aku pandai gak urut sikit-sikit. Haaaaa. Korang tengah membayangkan ker laki/bini korang urutkan badan sesama sendiri??????hahahaha. Yang belum kahwin macam aku, berangan je la dulu ok. 
 
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging....... 

GAMBAR-GAMBAR MACHO (LA SANGAT) - PORT DICKSON

Tu dia tuan blog beraksi

Sabtu pukul 9 malam kitorang sampai la ditempat yang dituju. Pantai Teluk Kemang sebab kat sini boleh pacak khemah untuk bermalam dan buat barbeque. Kat Pantai Port Dickson tak dibenarkan rasanya. Sampai-sampai terus naik khemah 2 buah, bentang tikar, keluarkan segala apa stok makanan yang ada. Lepas tu buat persediaan nak berbarbeque. Bakar ayam dan sosej. Lepas makan-makan, pergi surau bergilir-gilir campur mandi sekali. Lepas tu, dalam pukul 1230 kitorang main game. Teka nama drama/movie. Lelaki lawan perempuan. Seorang buat aksi dan gaya, tanpa mengeluarkan suara, yang selebihnya meneka apa tajuk drama/movie tu. Seronok la juga kan buat aktiviti macam tu. Dalam pukul 3 pagi baru habis main sebab ramai dah mengantuk. Seorang demi seorang lena dibuai mimpi kecuali aku. Ada yang tidur dalam khemah, ada yang dalam kereta. Khemah ada dua, satu untuk lelaki, satu untuk perempuan. Aku tak tidur sebab nak jaga kawasan sekeliling, jaga khemah, jaga kereta, jaga makanan. Pagi-pagi masa diorang dah bangun dan berkemas baru aku tidur sekejap sementara tunggu diorang siap berkemas.




Keesokannya, kitorang bergerak ke pantai Port Dickson. Sampai jek sana, kitorang pergi sarapan dulu. Aku tak makan sebab tak lalu nak makan sarapan kat situ.

Lepas tu kitorang jalan-jalan disekitar kedai-kedai baju dan cenderamata. 

Ambil gambar jek ni. Diorang tak beli pun. Orang kedai dok jeling jek. hehe.

 Lepas tu tiba-tiba ada banyak polis berjaga kat jalanraya, Perdana Menteri kita Dato' Seri Najib nak lalu katanya. Kitorang pun berkumpul di tepi jalan seperti kanak-kanak riang. hehehe. 

 Tu dia rombongan Dato' Seri Najib dah lalu.

Lepas tu kitorang terus melintas jalan dan menuju ke Pantai Port Dickson. Perkara pertama kena buat pacak khemah. Lepas tu main bola tampar pantai sekejap. 


Lepas tu tiba masa mandi laut. Aku orang pertama masuk laut. Yang menyedihkan air laut tak dalam. Lebih kurang 100 meter aku jalan, air masih parat peha. 
Gambar orang tengah-tengah tu aku la. hehe. 

Memang tak puas mandi tadi sebab tak dalam. Nasib baik ada banana boat. Sorang bayar RM10 jek. Berapa kali nak jatuh abang tu kata suka hati kitorang. hehe. Tapi kitorang minta 4 kali jatuh jek. Itu pun aku dah rasa penat. Bukan penat sebab jatuh, tapi penat sebab nak naik banana tu balik lepas jatuh. 

Gambar ni bukan nak tunjuk aku posing ye. Nak tunjuk banana boat yang kitorang naik. hehe.



Ok, lepas semua dah bersiap bilas badan (maksudnya mandi air bersih lepas mandi laut), kitorang pun bersiap untuk bergerak balik ke Shah Alam. Mana aku?? Aku kat tempat driver la. Tata PD. 

Selamat membaca dan melihat gambar-gambar ni. Assalamualaikum dan selamat berblogging..... 
 

Friday 23 March 2012

JOM PERGI PD

Esok, jumaat aku dan kawan-kawan akan bergerak ke Port Dickson. Kami bertolak dari Shah Alam dalam pukul 5 petang. Esok kitorang takde kelas sebenarnya. Boleh jek kalau nak gerak pagi. Tapi disebabkan esok pukul 3 petang hingga 430 petang kitorang ada taklimat untuk Latihan Industri, kena la bertolak lepas habis taklimat. 



Pergi PD sebab nak berpiknik bersama kawan-kawan sekelas. Sementara kerja belum menimbun ni, kitorang saja la nak pergi jalan-jalan makan angin kan. Rancangnya nak bermalam kat sana. Nak buat barbeque (betol ker aku eja ni ek). Sabtu tengahari bertolak la kot balik Shah Alam. 


Kepada kawan-kawan blogger dan pembaca setia yang disayangi, doakan aku selamat sampai ke sana, dan selamat sampai balik ke Shah Alam ok. 










Kepada sesiapa yang kebetulan pergi PD juga esok (jumaat), kalau ternampak aku, tegur-tegur la k. hehehe. 


OK, assalamualaikum dan selamat berblogging................

Thursday 22 March 2012

TERIMA KASIH NUR


Hari tu aku ada komen kat entri seorang blogger Nur_za. Klik gambar kt atas untuk ke entri dia ok kawan-kawan,



Then, selang 2 hari, dia komen kat entri aku plak,

Pada mulanya aku gurau-gurau jek suruh dia buat. Tapi dia buat betul-betul. hehe. Ni kali pertama aku didoodlekan. Hehehehe. Thanks banyak-banyak Nur_za. Usaha nur amatlah saya hargai.

Gambar asal

Selepas didoodlekan
Haaaaaaaa... ok x??? hehehe.

Tuesday 20 March 2012

APA NAK JADI DENGAN LELAKI INI??

Apa nak jadi dengan insan-insan yang bernama lelaki tapi perwatakan wanita ini. Adakah mereka tidak tahu apa akibatnya lelaki yang menyerupai perempuan?? Apakah mereka tidak tahu tentang dosa-dosa yang mereka dapat bila lelaki menyerupai perempuan?? Apakah mereka tidak berasa malu dengan masyarakat sekeliling sebab mereka adalah lelaki yang menyerupai perempuan???

NAK JADI LELAKI TAK HENSEM,,NAK JADI PEREMPUAN,, TAK LAWA......
MAKA TERJADILAH MEREKA..

Kat Shah Alam ni aku ada beberapa kali juga lah terserempak dengan mereka. Tapi setiap kali ternampak mereka, aku jadi takut nak memandang. Padahal mereka sejenis dengan aku. Apa yang aku ada, diorang pun ada, melainkan diorang dah buang 'benda' tu. Ish, Ish, Ish. Ini jenis yang dah jauh terpesong jantinanya la. Seram nih.

Aku rasa korang tau apa yang aku cuba sampaikan ni. Kalau korang ada kawan-kawan atau saudara-mara sebegini, cubalah nasihatkan mereka. Terpulang la kepada mereka samada nak dengar atau tidak kan. Asalkan kita dah cuba. 

Jangan main kasar dengan mereka sebab mereka mungkin lebih kuat daripada anda ! Ye la kan. Perwatakan jek perempuan, tapi kudrat lelaki tu. hehehe. 
Gambar sekadar hiasan.
Gambar ni sekadar hiasan jek ok !. Dia bukanlah yang aku maksudkan. Awie ni lelaki sejati. Rock sejati kot. Dengan lagunya "Sejati,,,,,,itu yang kau ucapkan,,,,,bila janji kugenggam,,,bawah pohon,,,,,kemboja !!" hehe. Aku memang peminat Awie dari dulu lagi. Aku selalu 'karok' lagu-lagu dia kot. Pinjam gambar ye Awie. hehe. Macam biasa ambil kat Google.








Aku tak salahkan mereka-mereka yang dah memang sedia perwatakan lembut sejak kecil lagi. Mungkin mereka pun tidak meminta untuk jadi macam tu. Yang aku sampaikan kat atas ni mereka yang dahulunya lelaki, tetapi membuat perubahan besar pada diri mereka untuk menjadi perempuan dan pakai pakaian perempuan. Ish, Ish, Ish...........

NAK JADI LELAKI TAK HENSEM,,NAK JADI PEREMPUAN,, TAK LAWA......
MAKA TERJADILAH MEREKA..

Ok la. Assalamualaikum dan selamat berblogging.....................................



 

Monday 19 March 2012

PEREMPUAN WAFER?? SIAPAKAH DIA??


Siapa lah perempuan wafer ni kan????? Aku panggil dia perempuan wafer sebab aku tak kenal dia siapa. Aku tak tahu nama dia, aku tak tahu nombor telefon dia (ehh, tiba-tiba), pendek kata memang tak kenal la dia siapa. Yang aku tahu, dia bekerja kat kedai jual wafer. 


Masa cuti sem lepas, aku selalu kot pergi beli wafer semata-mata nak tengok dia, nak senyum kat dia, nak tengok dia senyum. Setiap kali aku pandang wajah dia, setiap kali tu la aku jatuh cinta kat dia. Wahhhhh.. Ini bukan cinta pandang pertama, tapi cinta pandang berkali-kali. hehehe. Kalau aku tak nak beli, setiap kali keluar rumah, mesti aku akan lalu depan kedai dia untuk curi-curi pandang dia. hehe. Bukan apa, cuma setiap kali pandang muka dia, hati aku rasa tenang jek.


Tapi aku tak berani lansung nak ajak dia berbual. Tak tahu kenapa. Padahal aku memang pantang jumpa perempuan, mesti nak tegur la, tanya khabar la, apa-apa la. Setiap kali pegi kedai dia, sama jek dialog yang akan keluar.


Aku : Bagi salam
Dia : Mesti la jawab salam kan. 
Lepas tu dia akan tanya
Dia : Ye abang, nak beli apa??
Aku : Nak wafer coklat kacang. (memang ini yang aku akan beli selalu)
Lepas dia siapkan, dia bagi kat aku, aku bayar, aku balik. 


Aku nak sangat berbual dengan dia, tapi aku segan. Budaknya cantik, manis, sangat comel dari pandangan aku. Mungkin aku rasa dia terlalu muda kot sebab tu aku macam segan nak tegur. hehehe. Aku anggarkan umur dia dalam 18 tahun. Muda la kan kalau banding dengan umur aku yang dah suku abad ni. 

Diingatkan kepada semua, aku bukan lah tergila-gilakan sangat perempuan tu. Jangan fikir aku obses dengan perempuan tu plak ye. Cuma aku suka sangat tengok muka dia. Tapi masih belum ada niat nak 'try' dia lagi. Tengok la nanti macamana. Orang kata " Jangan tunggu lama-lama, nanti dikebas orang", pada aku biarlah siapa-siapa nak mengorat dia, nak kebas dia. Aku tak kisah pun. Kalau ada jodoh aku dengan dia, ada la kan suatu hari nanti. hehehe.  


OK, assalamualaikum dan selamat berblogging.............
 

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA