Click here OK!

Followers

Monday 12 August 2013

JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2013/2014 UNTUK MANCHESTER UNITED


Assalamualaikum semua !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Bola sepak Inggeris bermula kembali dengan musim baru yang sungguh mengujakan. Sekarang tengah sibuk pasal pemindahan-pemindahan pemain bintang dari satu kelab ke kelab lain. Banyak sangat rumors pasal perpindahan pemain terutama untuk kelab Manchester United. Aku sebagai penyokong kuat MANCHESTER UNITED sejak dahulu lagi berharap David Moyes, pengurus baru Manchester United akan membawa 'budak-budak' aku ni mempertahankan kejuaraan liga perdana Inggeris. Semoga kelab Manchester United ini akan merangkul kejuaraan ke 21 pada penghujung musim baru ini..

 
Zaman kegemilangan Sir Alex Ferguson sudah berakhir
 

Zaman kegemilangan David Moyes baru bermula


Di sini aku sertakan jadual perlawanan EPL untuk kelab Man United. Untuk kelab lain, aku tak nak ambik tahu.. hahahahaha.. GLORY-GLORY MAN UNITED..



Ok, Assalamualaikum dan selamat berblogging....................


Wednesday 7 August 2013

PERUTUSAN KHAS DARI SHAHRAZALI

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua rakyat Malaysia. Saya selaku orang biasa di dalam Malaysia ini ingin mengucapkan 
Terima kasih kepada yang sudi menghadirkan diri ke Blog SembangShahrazali ini. Sokongan anda semua amatlah saya hargai. Lama dah aku tak update blog ni. Sejak kerja ni rasa macam sibuk sentiasa walaupun tak sibuk sangat sebenarnya. Kerja kat Amal Bisnes Department di Johor Corporation ni memang banyak aktiviti di bulan puasa. Kena arrange event sana sini, attend event sana sini. Dan macam-macam lagi lah. 
Sekarang dah sebulan aku bekerja. Gaji pertama pun dah dapat. hehehehehe.. ( tu dia sengih sampai telinga) hahahaha.. Maknanya dapatlah menyumbangkan sedikit kepada mak aku untuk raya kali ini. Duit raya untuk anak-anak saudara pun dah disiapkan. Untuk tahun ni, bajet duit raya hanyalah untuk anak-anak saudara. Untuk kanak-kanak yang lain, tunggu tahun depan ye. hehe. 
Cuti raya mula hari rabu (hari ini) sampai la ke hari ahad (raya keempat). Raya kelima (Isnin) dah mula bekerja. Orang baru kerja macam aku ni tak boleh cuti lama-lama. hehe. Layankan je la. Lagipun aku takde la kena balik kampung jauh-jauh pun. 
Menu hari raya untuk tahun ni macam tahun-tahun lepas. Ketupat segera, ketupat pulut, ayam masak kicap, daging masak rendang, serunding. Tahun ini ada tambahan pulut kuning dan ayam masak kari. Mak aku buat sebab tanda syukur aku dah dapat kerja. hehehe. Sweet kan my mom.  
Sekian sahaja lah perutusan khas dari Shahrazali untuk rakan-rakan blogger sekalian..
Assalamualaikum dan selamat berblogging....... 
Ucapan khas
 SHAHRAZALI BIN SAHLAN
Saya dengan ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua kawan-kawan, rakan-rakan, ex-girlfriendsss, musuh-musuh, bakal-bakal isteri dan sahabat handai.. Ampun maaf dipinta jika ada salah dan silap. Minta halal segala apa jua yang diberikan kepada saya tak kira dalam apa jua bentuk. Semoga kita semua dipertemukan kembali jika umur panjang. Semoga sambutan Aidilfitri kali ini lebih bermakna buat semua dan semoga kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ini tahun hadapan......
 

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA