Aku ada terjumpa kawan fb aku share something. Lepas aku baca, rasa tersentap sikit la. Sebab kadang-kadang benda macam ni memang kita tak perasan. Betapa leka dan lalainya kita hidup di dunia ini. Mencari kebahgiaan dan kesenangan di dunia, tanpa memikirkan sangat pasal kebahgiaan dan kesenangan di akhirat. Harap dengan tersentapnya hati aku membacanya, dapatlah aku buat hati korang semua tersentap sekali kan. Bila dah sama-sama sedar, harap dapatlah aku dan korang semua buat apa yang patut untuk membetulkan keadaan diri sendiri. Semoga kita yang telah leka dan lalai ni tidak menjadi lebih leka dan lalai lagi pada masa hadapan. In sha Allah....
Click here OK!
Followers
Showing posts with label pengajaran. Show all posts
Showing posts with label pengajaran. Show all posts
Saturday, 22 June 2013
Monday, 1 April 2013
JAUHKAN DIRI DARI PEREMPUAN SEPERTI INI
Hai, assalamualaikum semua. Sedang menyelongkar wall FB, aku ada terjumpa kawan aku share pasal ni. Jadi, aku nak share juga pasa kawan-kawan blogger kat sini. Kepada kaum lelaki, jauhilah selagi boleh mereka-mereka ini. Kepada kaum perempuan, jauhkanlah diri dari menjadi seperti ini supaya kamu semua akan memperoleh jodoh yang baik dan juga dapat menjadi isteri yang solehah di sisi suami kamu.
6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi..
Lelaki digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia :
1. Al-Anaanah :
Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.
2. Al-Manaanah :
Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.
3. Al-Hunaanah :
Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.
4. Al-Hudaaqah :
Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.
5. Al-Hulaaqah :
Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.
6. As-Salaaqah :
Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, dan macam-macam cara yang lain . Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.
SUMBER : FACEBOOK PANDUAN ISLAM
Di sini, aku nak sama-sama mengingatkan diri sendiri dan orang lain supaya menjauhi diri dari perkara-perkara yang tidak elok. Tapi diingatkan, untuk memiliki sesuatu yang baik, kita mestilah menjadi yang lebih baik dahulu. Jangan suka mempersoalkan peribadi orang lain sedangkan peribadi kita jauh lebih buruk dari mereka. Kepada kaum lelaki, jika ditakdirkan kita mendapat isteri seperti mereka, jangan cepat melatah, tapi bimbinglah mereka ke jalan yang betul sambil memperbetulkan diri kita sendiri. Kepada kaum perempuan, berusahalah untuk menjadi yang lebih baik untuk suami kerana suami lah tempat kamu bergantung demi kebaikan di dunia dan di akhirat kelak.
Wednesday, 27 March 2013
KATA-KATA PSYCHO
Hai kawan-kawan. Assalamualaikum........
![]() |
| "Psycho tak muka gua???". hahaha |
Aku ada terjumpa something yang telah di 'share' oleh kawan fb aku dan aku nak share pada kawan-kawan blogger sekalian.
Ada betulnya juga apa yang tertulis ni. Kadang-kadang kita tak perasan apa perasaan kita yang sebenar. Kadang-kadang kita tak perasan apa yang kita buat tak sama dengan apa yang kita rasa. Kadang-kadang kita tak perasan, apa yang kita maksudkan lain dengan apa yang orang disekeliling kita rasa mengenai kita. Di sini aku nak merumuskan sedikit apa yang aku rasa.
NO 1 - Benda kecik jek, tapi ketawa bagai nak rak sampai orang jadi pelik kenapa nak ketawa sampai macam tu sekali. Kadang-kadang orang lain dah stop ketawa, tapi dia sorang jek tak berhenti. Kalau jumpa orang macam ni, selalu-selalu la tanya khabar kat dia dan selalu teman dia pergi mana-mana. Mungkin dia sangat kesunyian. hehehe. Tak pun orang macam ni baru lepas ditinggalkan orang yang dia sayang.
NO 2 - Kerjanya asyik tidur jek kalau ada masa lapang. Selalu nak bersendirian dalam bilik, atas katil, pikir macam-macam, then tidur. Kalau tak ada apa-apa nak buat, aktiviti utama dia adalah tidur. Mungkin sebab dia penat, jadi nak berehat lama, atau mungkin dia kesedihan dan nak alami sorang-sorang jek. Kalau jumpa orang macam ni, cuba la tanya apa masalah dia kan.
NO 3 - Orangnya memang kurang bercakap, dan hanya bercakap benda-benda yang penting untuk diri dia sahaja. Tapi ada masa dia akan banyak bercakap dan cakap kelam kabut. Tandanya dia ada rahsia yang takut terbongkar. Tak pun, dia ada tahu rahsia sulit tentang orang yang bercakap dengan dia. Jadi dia macam nak cepat blah atau nak cepat mengelak la dari orang tersebut. Kalau jumpa orang macam ni, tanya jek dia ada apa-apa rahsia nak beritahu ker???, ada apa-apa yang tak kena ker???. Kalau dia rasa selesa dengan kita, mesti dia akan beritahu.
NO 4 - Punya la susah nak rasa sedih atau nak keluar air mata. Selalunya orang lelaki la macam ni. Ego tinggi la katakan. Orang yang menangis ni hati lembut la, macam perempuan la, hati jambu la, x macho la. Sedangkan orang yang tak menangis ni la orang-orang yang lemah. Sebab dia takut nak mengaku perasaan sendiri, takut orang lain tahu perasaan sebenar dia, takut orang lain tahu kelemahan dia. Boleh dikatakan hati pengecut dalam diam la. Kalau jumpa orang macam ni, cuba lah bercerita macam-macam perkara kat dia. Kadang-kadang orang macam ni jenis tak pernah rasa susah dan sedih, jadi diorang tak tahu macamana menangis tu boleh menggambarkan perasaan mereka.
NO 5 - Biasa dia makan sikit-sikit jek. Nak diet katanya, tapi tiba-tiba dia makan banyak dan macam-macam plak tu. Cara dia enjoy makanan dia pun lain. Macam dah lama sangat tak jumpa makanan macam tu. Tengok cara dia makan, kita pun boleh jadi kenyang. Maknanya mereka dalam keadaan tertekan. Banyak masalah dalam kepala. Kadang-kadang bila terlalu memikirkan masalah, sampai diorang tak perasan pun makanan apa dan berapa banyak kuantiti yang diorang makan. Dan sebaliknya la. Selalu makan banyak, tiba-tiba sesuap nasi pun tak lalu nak masuk mulut. Memang orang macam tu ada masalah yang merunsingkan mereka. Kalau jumpa orang macam ni, ajak diorang keluar makan, sambil makan tanya la masalah diorang.
NO 6 - Sikit-sikit nangis, sikit-sikit nangis. Hati lembut sangat. Biasanya orang perempuan la kan. Tapi kadang-kadang ada juga lelaki yang macam ni. hehehe. Pantang dengar cerita sedih sikit, dah nangis. Pantang tengok drama/movie yang sedih sikit, dan berjujuran air mata walaupun hakikatnya dah tahu diorang ni berlakon jek. Pantang kena tegur/marah sikit, dah nangis teresak-esak. Hati mereka selembut tauhu putih yang bergoyang-goyang bila disentuh. Kalau jumpa orang macam ni, jangan la berkasar atau menengking mereka. Mereka sangat sensitif. Walaupun hati mereka ni lembut, tapi mereka adalah pendengar yang setia kalau kita ada masalah. Bila kita bercerita sesuatu kepada mereka, mereka akan cepat memahami dan masuk dalam cerita kita tu.
NO 7 - Benda kecik semut, tapi rasa macam sebesar gajah. Pantang orang buat silap sikit kat dia, mula lah nak melenting. Suka sangat nak marah-marah orang di sekeliling dia. Hati keras macam ais. Kenapa aku cakap ais??? Sebab hati mereka bukan selamanya atau sentiasa keras, cuma kurang kasih sayang jek. Benda ni terjadi kebiasaannya kepada mereka-mereka yang tak ada cinta dalam hati mereka. Tak ada sesuatu yang manis untuk diperkatakan atau nak diingatkan. Jadi hati mereka keras macam ais. Kalau jumpa orang macam ni, carikan mereka pasangan untuk mereka bercinta. Agar pasangan itu dapat menjadi haba untuk menghangatkan hati dia dengan kasih sayang dan cinta. Bila dah hangat bercinta, hati yang keras macam ais tu akan cair dan lembut. Kurang la marahnya kan. hehehe..
-LIKE kalau suka, SHARE jika berguna-
Sumber gambar : GOOGLE
Cuba la memahami hati orang di sekeliling kita. Bukan nak menjaga tepi kain orang, tapi cuma mengambil berat sahaja. Bila kita beri perhatian kepada orang lain, kita juga akan diberi perhatian yang secukupnya oleh orang lain. Dalam hidup ini, kita memerlukan orang lain untuk berjaya, dan orang lain juga memerlukan kita. Hargailah orang-orang yang menghargai kita.
Pesanan ini dibawakan khas oleh saya, Shahrazali Sahlan.
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.............
Wednesday, 14 November 2012
DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN
Assalamualaikum dan selamat berblogging..............
Semoga tahun baru yang akan bermula malam ini menjadi lebih baik dari sebelumnya...
aminnnnnnn......
Saturday, 3 November 2012
LAKUKANLAH DEMI ORANG TERSAYANG
![]() |
| Ingatlah orang tersayang, maka kita akan lebih berhati-hati |
Kita menggunakan jalanraya setiap hari. Betul atau tidak?? Sememangnya betul sebab kita menggunakan jalanraya untuk pergi ke mana-mana kan. Pergi kerja, balik kerja, pergi kedai, pergi mana-mana sahaja. Lainlah ada yang duduk dan hidup di hutan belantara kan. hehehe.
Jadi, bila kita dah menggunakannya setiap hari, kita mesti dah tau tentang perangai atau sikap pemandu-pemandu di jalanraya kan?? Macam-macam perangai pemandu yang boleh kita jumpa dalam seumur hidup kita berada di jalanraya.
Tentang sikap dan perangai buruk orang lain, tak perlu sangat kita nak smbil berat. Sikap dan perangai orang susah kita nak kawal kan. Apa yang penting, sikap kita sendiri yang perlu kita jaga demi keselamatan diri sendiri dan orang lain.
Kita yang memandu di jalanraya seharusnya tahu akan peraturan-peraturan di jalanraya. Sebab kita boleh memandu adalah kerana kita mepunyai lesen memandu kan. Semasa proses mendapatkan lesen memandu, kita telah "di sekolahkan" oleh penceramah tentang peraturan jalanraya. Semasa menjawab soalan pun kita dapat tahu tentang undang-undang jalanraya. Jadi apa sebabnya kita melanggar peraturan??? Adakah sebab kita tak tahu peraturan?? atau adakah sebab kita tak suka kan peraturan?? atau adakah kita sudah lupa peraturan di jalanraya??
Aku pernah terfikir, kenapa ujian lesen memandu ni tidak dijalankan setahun sekali jek. Setiap kali nak perbaharui lesen, kena amik ujian terlebih dahulu, dan kena lulus dengan markah 42 dan ke atas macam masa ambil ujian L. Sebelum ambil ujian, terlebih dahulu kita wajib datang ceramah berkenaan undang-undang jalanraya. Barulah orang kita sentiasa diberi pendedahan tentang undang-undang jalanraya kan.
Ada lagi 1 cadangan. Warga asing yang datang dari negara lain, "TERISTIMEWANYA" buat warga Singapura juga haruslah diberi pendedahan lebih tentang undang-undang jalanraya di negara Malaysia ini. Mereka haruslah ambil ujian dan lulus cemerlang jika nak memandu di jalanrya di Malaysia ini. Ini kerana mereka sangat ambil remeh tentang peraturan di jalanraya di Malaysia ini. Sebagai contoh kuat, warga Singapura, mereka sangat ikut peraturan jika berada di negara mereka, tetapi, jika di Malaysia, mereka adalah antara pemandu-pemandu "kurang ajar".
![]() |
| Gambar hiasan |
Membe aku ada cakap, "orang Singapura kena setelkan semua saman trafik di negara mereka sebelum mereka hendak ke Malaysia, kalau tak, mereka tak dapat masuk keluar dari negara mereka, tapi bila mereka nak balik semula ke Singapura (dengan barang-barang shopping yang banyak), kita tak ada pun nak periksa saman trafik mereka. Main lepas macam tu jek. Sebab tu mereka tak berapa nak kisah jika mereka di saman kat Malaysia". Membe aku cakap la, bukan aku cakap.
Kita dah tahu kita menggunakan jalanraya setiap hari, kita kena la jaga tingkahlaku kita semasa di jalanraya. Memandu ikut peraturan bukannya menyusahkan pun. Biar orang lain langgar peraturan, tapi kita jangan. Pastikan sentiasa memandu di lorong yang betul supaya tidak membahayakan diri sendiri dan orang lain. Jangan memandu ikut sedap rasa jek dan menyusahkan orang lain. Sentiasa awas dengan kenderaan sekeliling kita. Cermin dah ada, gunakan la sepatutnya. Cermin pandang belakang dan sisi untuk melihat kenderaan lain ye, bukan untuk perhatikan muka kita jek.
![]() |
| Sentiasa la ikut nasihat papan tanda di setiap bahu jalan ok. |
Akhir kata, pandulah dengan cermat, ingatlah orang tersayang... Selain kita sendiri berhati-hati, sentiasa la awas dengan pergerakan kenderaan lain. Kadang-kadang kita dah cukup berhati-hati dan cermat memandu, tapi orang lain tidak. Berlaku juga kemalangan kan. Sentiasalah fokus ketika memandu, jangan asyik berangan jek ye. hahaha.
Gambar : GOOGLE
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...........................
>>> Malam ni Man Utd lawan Arsenal. Best3x....Harap Man Utd menang bergaya.. GGMU..
PANDU DENGAN CERMAT, INGATLAH ORANG TERSAYANG
Thursday, 1 November 2012
MARI BACA NASIHAT SAYA
Hai semua !!!! Ada yang merindui aku update blog??? hehehe. Syukur la kalau ada ye. Kalau tak ada pun, tetap bersyukur ada yang menjenguk blog ini. Aku banyak jek menaip, tapi tak ada kesempatan nak post jek. hehehe. Jadi semua yang aku taip, aku save kat dalam laptop jek. Hari ni aku agak lapang. Kat ofis ni pun tengah tak ada kerja, jadi aku amik sedikit masa la untuk menaip dan update blog ni.
Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan blogger yang bagi respon dan pendapat tentang wajah baru blog sembangshahrazali ni. Aku hargai sangat-sangat. Ramai juga yang bergurau tentang logo Manchester United aku tu. hahaha. Takpe la kan.
Background hitam tu aku dah cukup puas hati, cuma header tu nampak poyo sket la. hahaha. Aku rasa macam nak tukar. Tengok la malam nanti aku godeh-godeh header macamana nak letak. hehehe. Tapi yang penting, mesti nak ada logo Man United tu. hahaha.
Di sini aku nak selitkan sedikit nasihat buat rakan-rakan blogger aku. Jangan cepat percaya kepada khabar angin dan berita-berita yang dibaca di internet. Perkara ni bukan khusus untuk sesuatu perkara, tapi melibatkan semua perkara. Banyak cerita yang dilaporkan di internet yang menceritakan tentang individu-individu tertentu, lebih-lebih lagi individu yang dikenali ramai.
Kini semua benda boleh dibaca dan diketahui di internet. Kita seharusnya sentiasa ambil tahu tentang perkembangan dunia, tapi hendaklah bersesuaian dengan peringkat kita. Selepas mendapat info atau ilmu di internet, janganlah terus percaya bulat-bulat, ataupun kotak-kotak. hehe. Tapi kita kena siasat lebih mendalam lagi atau mencari sumber-sumber lain yang berkaitan.
Pada aku, tak perlulah nak share something kat FB tentang sesuatu yang kita pun tak pasti tentangnya. Lebih elok kalau kita share something berkenaan pengajaran hidup dan agama kita. Kalau ada sesuatu berita menarik perhatian kita, mesti kita akan baca kan. Yang baik dijadikan pedoman, yang buruk dijadikan sempadan.
Pesanan ini dibawakan khas oleh saya sendiri, Shahrazali bin Sahlan.
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.................................
Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan blogger yang bagi respon dan pendapat tentang wajah baru blog sembangshahrazali ni. Aku hargai sangat-sangat. Ramai juga yang bergurau tentang logo Manchester United aku tu. hahaha. Takpe la kan.
Background hitam tu aku dah cukup puas hati, cuma header tu nampak poyo sket la. hahaha. Aku rasa macam nak tukar. Tengok la malam nanti aku godeh-godeh header macamana nak letak. hehehe. Tapi yang penting, mesti nak ada logo Man United tu. hahaha.
Di sini aku nak selitkan sedikit nasihat buat rakan-rakan blogger aku. Jangan cepat percaya kepada khabar angin dan berita-berita yang dibaca di internet. Perkara ni bukan khusus untuk sesuatu perkara, tapi melibatkan semua perkara. Banyak cerita yang dilaporkan di internet yang menceritakan tentang individu-individu tertentu, lebih-lebih lagi individu yang dikenali ramai.
Kini semua benda boleh dibaca dan diketahui di internet. Kita seharusnya sentiasa ambil tahu tentang perkembangan dunia, tapi hendaklah bersesuaian dengan peringkat kita. Selepas mendapat info atau ilmu di internet, janganlah terus percaya bulat-bulat, ataupun kotak-kotak. hehe. Tapi kita kena siasat lebih mendalam lagi atau mencari sumber-sumber lain yang berkaitan.
Pada aku, tak perlulah nak share something kat FB tentang sesuatu yang kita pun tak pasti tentangnya. Lebih elok kalau kita share something berkenaan pengajaran hidup dan agama kita. Kalau ada sesuatu berita menarik perhatian kita, mesti kita akan baca kan. Yang baik dijadikan pedoman, yang buruk dijadikan sempadan.
Pesanan ini dibawakan khas oleh saya sendiri, Shahrazali bin Sahlan.
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.................................
Wednesday, 3 October 2012
PENDAPAT SHAHRAZALI - BAGAIMANA MENJADI PENDENGAR YANG BAIK
Dalam hidup kita, banyak kisah yang ingin kita kongsi bersama rakan-rakan dan keluarga. Begitu juga orang lain. Jika kita jenis orang yang mereka percayai, mereka juga akan berkongsi dengan kita. Ada yang menceritakan pengalaman mereka, ada yang menceritakan apa yang mereka tahu, ada cerita sedih, ada cerita gembira. Untuk aku, aku selalu mendengar cerita atau masalah orang lain sebab aku selalu menjadi pendengar yang baik. Mereka selesa bercerita dengan aku. Banyak dah kisah-kisah yang aku dengar tentang banyak benda. Selain aku rasa aku menjadi tempat mengadu, aku juga rasa semua kisah-kisah mereka boleh dijadikan pengajaran dan tauladan buat aku di masa akan datang dan menjadikan diri aku semakin matang menghadapi kehidupan.
![]() |
| "npe ni awk nanis2?? shite tan ade bole denar masalah awk..." |
Di sini aku kongsikan pendapat aku tentang bagaimana menjadi pendengar yang baik.
1. Sentiasa memberi respon yang baik dan semulajadi apabila mereka bercerita.
Contohnya selalu angguk kepala menandakan kita paham atau setuju atau sentiasa bertanyakan apa jadi lepas tu atau sentiasa menyahut “oooo”, “emmm”, dan lain-lain. Jangan asyik memandang tempat lain atau tengok jam atau handphone jek. Tak manis la kan. Kalau boleh sentiasa tatap mata mereka kalau boleh tahan la. hehehe.
2. Mendengar setiap cerita mereka dengan bersungguh, dan ingat part2 kemuncak supaya kita dapat ulas balik dengan nasihat berguna
Nasihat yang diberi mestilah yang logik dan tidak merepek. Mereka kadang-kadang bukan perlukan sangat nasihat kita, tapi cuma nak kan keprihatinan kita dan pandangan dari kita tentang masalah mereka. Bagi sahaja nasihat apa-apa untuk mereka dengar, tapi bukan paksa mereka untuk ikut nasihat kita. Apa yang penting, kita nasihat dengan ikhlas.
3. Sentiasa memihak kepada mereka jika ada yang mereka tak puas hati. Biar mereka rasa masih ada lagi yang memihak kepada mereka walaupun orang lain tidak. Mereka kadang-kadang bercerita pada kita tentang seseorang. Jika boleh, sentiasalah memihak kepada mereka. Sokong mereka lebih daripada orang yang sakiti hati dia. Lepas tu, baru la bagi nasihat sikit-sikit.
4. Lebih banyak mendengar daripada sama-sama bercerita. Kita seharusnya bagi peluang kepada mereka untuk bercerita panjang lebar. Biarlah mereka keluarkan semua yang terpendam. Tak perlu kita nak menyampuk cerita benda lain. Orang tengah macam tu, memang tak masuk apa-apa kalau kita buka cerita pasal lain.
5. Jangan potong cakap mereka dengan cerita lain atau pasal keadaan sekeliling. Ini sangat penting bagi mereka yang betul-betul bermasalah. Mereka akan tersentap jika kita tiba-tiba keluar topik pasal benda sekeliling masa mereka sedang bercakap. Mereka mungkin akan hilang mood untuk bercerita dan terus muram
6. Senyum jika mereka bercerita tentang kebahgiaan mereka dan rasa simpati jika cerita mereka menyedihkan. Kalau dah mereka beritahu mereka dapat sesuatu yang bagus, kita kena la sama-sama tumpang gembira, bukan memperlekehkan apa yang mereka dapat walaupun kita tak berminat dengan apa yang mereka dapat tu. Kalau mereka bersedih, kita juga harus kekal dengan mood sedih. Tunjuk yang kita ambil berat pasal mereka. Bukan apa, hanya untuk menguatkan hati mereka. Bersedih sekali bukan hanya bererti menangis sekali dengan mereka. Cukup sekadar kita diam dan tenangkan mereka dengan ayat-ayat yang tenang.
7. Cuba selami cerita mereka dengan berfikir dan membayangkan kita ada dalam situasi mereka. Jadi kita cepat paham situasi mereka. Kadang-kadang apa yang mereka lalui, kita dah laluinya dulu. Jadi kita boleh nasihatkan mereka berdasarkan pengalaman kita. Kalau tidak pun, sekurang-kurangnya kita boleh beri nasihat yang munasabah jika kita betul-betul paham masalah mereka.
8. Jangan menunjuk yang kita tahu semua benda semasa mereka bercerita. Walaupun info yang diceritakan atau kisah yang mereka ceritakan kita dah pernah tahu atau rasa sebelum-sebelum ni, cubalah berlakon yang kita belum pernah dengar atau tahu mengenainya. Ini supaya tidak menghilangkan mood mereka untuk bercerita.
Kesimpulannya, kita haruslah sentiasa bijak mengawal suasana dan situasi setiap kali ada orang bercerita kisah, pengalaman atau masalah kepada kita. Perkara paling penting sekali adalah keikhlasan kita untuk mendengarnya. Selain itu, tahap layanan kita kepada mereka apabila mereka berbicara juga amat penting.
Apa yang aku bebel panjang lebar ni hanyalah pendapat sendiri. Kalau ada silap dan salah, betulkanlah. Kalau ada pendapat lain, beritahulah ye.
Ok, assalamualaikum dan selamat berbloggging………………
-LIKE KALAU SUKA, SHARE JIKA BERGUNA-
Saturday, 29 September 2012
SENYUM TAK PERLU KATA APA-APA
Senyum itu satu sedekah. Mari kita memperbanyakkan sedekah dengan senyuman kepada sesama manusia.
Muka aku ni kalau tak senyum, kalau serius, mesti orang akan kata aku garang, sombong. Jadi aku kena la selalu senyum, lebih-lebih lagi kat perempuan. hehehe.
Masa kat tempat kerja, aku selalu senyum kat orang memandangkan aku ni budak baru kat situ. Tapi nak senyum ni kena tengok juga dengan siapa ye. Bukan apa, takut orang salah anggap dengan senyuman kita.
Jika kita selalu senyum, itu juga tandanya kita ni orang yang boleh dipercayai. Jadi, orang akan mudah bercerita kepada kita jika ada masalah, orang akan yakin dengan kemampuan kita untuk menerima arahan.
Ini semua sangat penting.
Senyum juga adalah tanda kita setuju dengan sesuatu perkara yang dibincangkan. Selain itu, senyum juga adalah tanda kita menerima gurauan kawan-kawan kita selain kita ketawa sama-sama.
Senyum juga menjadi pengubat kepada orang yang tengah marah dan juga sakit hati.
Senyum juga adalah salah satu cara melembutkan hati orang lain.
Senyum banyak memberi makna kepada orang yang memandang kita. Kadang-kadang senyuman kita mampu mengubah ekspresi orang terhadap kita dalam sekelip mata. Tak perlu membodek atau mengampu untuk mendapat kepercayaan orang. Hanya dengan senyuman, kita mampu mendapatnya.
Kesimpulannya, senyumlah supaya kehidupan kita dan orang sekeliling menjadi lebih ceria dan bahgia.
Senyumlah senyumlah
Ah! Hai!
Cek mek molek
Ah! Hai!
Cek mek molek
-LIKE AND SHARE OK-
Thursday, 26 July 2012
DOAKAN DIA CEPAT BAIK
Tengahari tadi aku pergi hospital lagi untuk melawat anak kepada sepupu aku kat Hospital Sultan Ismail. Hari ni dah kali ketiga aku pergi melawat dia. Mak aku betul-betul risaukan anak sepupu aku tu sebab luka dia agak parah.
![]() | |
| Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru |
Kitorang panggil dia Amie jek. Bapak dia sepupu rapat la dengan aku. Budak tu jatuh motor pada jam 4 pagi kat Ulu Tiram rasanya. Katanya dia bawak motor dalam keadaan mengantuk. Dia terlelap dalam sesaat dua, dan terus jatuh sebab hilang keseimbangan. Terseret atas jalanraya dalam 10 meter, terlanggar bahu jalan, then tercampak ke dalam longkang.
Tengok pada keadaan dia, memang lambat lagi rasanya nak baik sebab bukan setakat kaki jek patah, tapi daging pun hancur dan koyak. Jadi teruk camtu sebab masa dia jatuh tu, dia pakai seluar pendek. Malang tidak berbau kan. Kalau dah memang nak kena, memang kena la. Dah kena sambut puasa kat hospital. Tak dapat la dia nak berpuasa sebab pesakit memang tak boleh puasa sebab kena makan ubat dan masuk ubat antibiotik. Raya nanti pun, mungkin kena sambut kat hospital juga.
Yang aku kesian budak tu ada peperiksaan besar tahun ni. Umur dia 17 tahun, Spm tahun ni. Kaki dah masuk besi, memang terlantar je la kat katil.
Sempena bulan baik ni, mari kita sama-sama berdoa agar pembedahan-pembedahan seterusnya akan berjaya. Berdoa agar luka cepat baik, dan tulang kaki dia pun cepat baik. Lepas ni akan ada pembedahan lagi untuk dia. Pembedahan masuk besi dah. Lepas tu ada pembedahan untuk tampal daging plak kot.
Nasihat kepada orang ramai, jangan menunggang motosikal atau memandu kereta dalam keadaan mengantuk kerana malang tidak berbau. Berhati-hati di jalanraya dan sentiasa berjaga-jaga dengan kenderaan sekeliling kerana walaupun kita dah cukup berhati-hati, tapi orang lain mungkin tidak.
Kat bawah ni ada gambar kaki budak tu. Kalau korang lemah semangat nak tengok, baik tak payah tengok la. Scroll laju-laju. hehe.
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...............
![]() |
| Selepas jatuh, sebelum dicuci |
![]() |
| Selepas dicuci dan dimasuk besi |
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN, BERHATI-HATI DI JALANRAYA. INGATLAH ORANG TERSAYANG.....
Sunday, 20 May 2012
NIKAH BUKAN PERKARA MUDAH
Bila cakap pasal nikah kahwin, mesti seronok kan bila difikirkannya. Bila dah lepas kahwin, masing-masing ada tanggungjawab sendiri samada lelaki atau perempuan. Dalam akad nikah, rasanya semua orang dah tau kot apa yang akan dilafazkan oleh lelaki. Tak kisah la pengalaman sendiri atau pun ahli keluarga kan.
Lafaz akad nikah ni memang susah nak dilafazkan bagi orang yang betul-betul memahaminya kan. Sebab tu ramai lelaki yang berasa gementar kan. hehe. Selesai jek akad nikah dilafazkan, tok kadi dan saksi-saksi sahkan, maka sah la hubungan suami isteri antara lelaki dan perempuan.
"Aku terima nikah si dia binti si ayah dia dengan maskahwinnya RM.... tunai”
Bunyi mcm senang kn?? Tp, erti sebenar dia :
"Aku tanggung dosa2 si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yg dia
buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan
bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal
anak-anak aku. Kalau x didik, maka aku fasik, dayus & aku rela
masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan
aku.."
Berat kan tanggungjawab seorang lelaki kepada isteri dan bakal anak-anaknya. Kepada lelaki, bimbing lah isteri dan anak2 ke jalan yang benar. Kepada perempuan pula, taat lah kamu kepada suami dan tunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan sempurna. Jangan la menambah beban yang sedia ada untuk lelaki sebaik sahaja mendirikan rumahtangga.
Lagi satu, lelaki kalau lepas kahwin masih ada tanggungjawab untuk ibu bapa. So, jangan la sebab diri dah ada anak bini, ibu bapa diabaikan.
Aku sekadar berkongsi dan sama-sama mengingatkan diri sendiri.
Sumber atas tu daripada fb kawan aku.
Ni entri lama, saja post balik sebab nak masuk musim orang kahwin kan... hehehehe..
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...................................
Friday, 27 April 2012
KIAMAT TIDAK AKAN BERLAKU JIKA ..........................
Masih ingat andaian kiamat 2012 ?
Tahun ni kan??
JANGAN percaya lagi !!!!!
Sebab Kiamat menurut Agama Islam
... ... ... ... ... ... ... ...
- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Turunnya Nabi Isa (AS)
- Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,
- Pemusnahan Kabah,
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi
Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."
Tahun ni kan??
JANGAN percaya lagi !!!!!
Sebab Kiamat menurut Agama Islam
... ... ... ... ... ... ... ...
- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Turunnya Nabi Isa (AS)
- Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,
- Pemusnahan Kabah,
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi
Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."
(Klik share or LIKE ok)
Kita selalu kirim ribuan bende kat facebook, tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berfikir-fikir.
Allah berfirman : "Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari SyurgaKu"
Sumber : Islam Iman Ihsan (facebook)
Teringat iklan shampoo yang dia mula-mula kata "2012 dunia berakhir?"..hehe..
sekadar berkongsi. Kepada yang dah pernah baca, bagus lah. Yang baru baca, renung-renungkan lah.
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...................................
sekadar berkongsi. Kepada yang dah pernah baca, bagus lah. Yang baru baca, renung-renungkan lah.
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...................................
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA
-
Orang lelaki pun sangat suka diberi hadiah. Jangan ingat orang lelaki ni suka beri hadiah pada perempuan je. Tapi ramai orang cakap susah...
-
Zaman sekarang ni memang dah banyak perigi cari timba . Maklum la, nisbah perempuan sekarang ni lebih banyak berbanding lelaki. Cuba tengok...
-
Hai kawan-kawan. Assalamualaikum........ "Psycho tak muka gua???". hahaha Aku ada terjumpa something yang telah di ...
-
Tau apa itu alahan makanan (alergi)?? Mengikut fakta yang aku rasa-rasa sendiri, alahan makanan adalah kita tak boleh makan sesetengah maka...
-
Assalamualaikum. Korang tengok kilauan emas?? Aku layan tau dari minggu pertama sampai minggu akhir. Disebabkan mak aku minat dan nak tengok...































