Assalamualaikum semua !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Bola sepak Inggeris bermula kembali dengan musim baru yang sungguh mengujakan. Sekarang tengah sibuk pasal pemindahan-pemindahan pemain bintang dari satu kelab ke kelab lain. Banyak sangat rumors pasal perpindahan pemain terutama untuk kelab Manchester United. Aku sebagai penyokong kuat MANCHESTER UNITED sejak dahulu lagi berharap David Moyes, pengurus baru Manchester United akan membawa 'budak-budak' aku ni mempertahankan kejuaraan liga perdana Inggeris. Semoga kelab Manchester United ini akan merangkul kejuaraan ke 21 pada penghujung musim baru ini..
Zaman kegemilangan Sir Alex Ferguson sudah berakhir
Zaman kegemilangan David Moyes baru bermula
Di sini aku sertakan jadual perlawanan EPL untuk kelab Man United. Untuk kelab lain, aku tak nak ambik tahu.. hahahahaha.. GLORY-GLORY MAN UNITED..
Ok, Assalamualaikum dan selamat berblogging....................
Assalamualaikum semua. Hari ni hari yang agak seronok dan puas hati bagi aku sebab Manchester United menang pagi tadi seterusnya dengan bergayanya memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris bagi sesi 2012/2013. Aku sebagai penyokong setia dan 'kipas susah mati' Manchester United yang tidak berdaftar ini ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada para pemain, jurulatih dan juga Big Boss MU, Sir Alex Ferguson kerana memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang ke 20 ini.
Pagi tagi Manchester United melayan kunjungan kelas Aston Villa. Game pagi tadi memang best sebab Manchester United main dengan bagus dan bersahaja. Separuh masa pertama dah mendahului 3-0. Hat trick daripada Robin Van Persie sudah cukup untuk Manchester United memenangi perlawanan pagi tadi seterusnya memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang ke 20 untuk Manchester United dan yang pertama untuk Robin Van Persie yang memakai jersi no 20. Kegembiraan di wajah Robin Van Persie memang nampak sangat puas hati. Mana taknye kan. 7 tahun kat Arsenal tak memang apa-apa piala. Masuk jek Manchester United, terus menang kejuaraan liga.
Mungkin ada yang kata Manchester United menang kejuaraan Liga Perdana Inggeris kali, 'all thanks to V.Persie', 'MU menang sebab ada V.Persie', ' V.Persie makes the difference'. Tapi cuba kita lihat ke belakang seketika, selama 7 tahun V. Persie kat Arsenal, kenapa Arsenal tidak memenangi apa-apa kejuaraan besar??? Kalau kita tengok pada game Manchester United, V. Persie tak dapat pun jaringkan gol tanpa kelibat Rooney, Kagawa, Giggs, Carrick dan yang lain-lain. Pujian juga harus diberikan kepada jentera pertahanan dan penjaga gol yang sentiasa bertahan jika penyerang mereka menjaringkan gol. Tak guna pun V. Persie jaringkan 40 gol kalau pertahanan bolos sampai 30 gol. Jadi V. Persie bukan la sahaja penyebabnya Manchester United menang. Setiap orang dalam dalam kelab manchester United ada sumbangan mereka tersendiri.
Manchester United dengan bergayanya merampas kembali piala kejuaraan dari 'the noisy neighbour' iaitu Manchester City. Tapi katanya memang Manchester United hanya meminjamkan sahaja piala itu untuk setahun, so dah habis masa pinjam, haruslah dikembalikan kan. hahaha. Bak kata komentator pagi tadi, 'they silence the noisy neighbour'. hahaha.
Harap musim depan, Manchester United dapat mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris ini. Matlamat musim depan, gelaran yang ke -21 plak. Not Arrogant, Just Better, B.E.L.I.E.V.E, GGMU.........
Saksikan video pemain-pemain Menchester United meraikan kejayaan mereka di bilik persalinan. Arak adalah haram untuk orang Islam. Tapi untuk mereka tidak.
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...........................
Lama dah aku tunggu musim baru bola sepak England ni. Hujung minggu tanpa game Manchester United memang membosankan. Untuk musim baru kali ni, mungkin aku banyak tengok kat rumah je kot sebab geng-geng tengok game Man Utd ada kat Shah Alam lagi. Kat Pekan Nanas ni ada jek kedai mamak yang penuh setiap kali ada game bola, tapi bukan geng-geng aku. Banyak penyokong Chelsea dan Liverpool jek. Hampeh... hahaha. Teringat keriuhan tengok bola kat Restoran Hakim sek 7 Shah Alam tu.
Ini lah jadual perlawanan team Manchester United untuk musim baru 2012/2013.
Kepada yang tak minat bola tu, or yang anti dengan Manchester United, abaikan je la ek. hehehe.
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging..................
>>> Syawal semakin dekat, Ramadhan semakin meninggalkan kita. huhu. Harap dapat jumpa lagi Ramadhan tahun depan.... InsyaAllah....
Aku baru lepas tengok bola di Restoran Hakim Sek 7 ni. Tengok dua game hari ni. Mula-mula Manchester United vs Queen Park Rangers, lepas tu Arsenal vs Manchester City.
Anton Ferdinand with Wayne Rooney
Malam yang sungguh puas hati sebab Manchester United kalahkan QPR 2-0, dan Arsenal kalahkan Manchester City 1-0. Dengan tiba-tiba aku jadi penyokong Arsenal kejap tadi. hahaha. Saja nak panaskan hati penyokong-penyokong Manchester City. Sokong Arsenal dengan memakai baju Manchester United.
Penjaring gol tunggal Arsenal (Mikel Arteta)
Dengan kemenangan Manchester United dan kekalahan Manchester City ni malam ni, memang berkemungkinan besar Manchester United bakal mendapat takhta Liga Perdana Inggeris yang ke-20. Ok, mood aku malam ni sangat baik. Mari kita saksikan table terkini liga perdana inggeris..
Apa pendapat anda Roberto Mancini???? Adakah anda rasa ini mungkin musim terakhir anda bersama Manchester City???
Ok, maaf. Mungkin anda mengalami tekanan ye. Apa pula kata Sir Alex Ferguson???
Yeahhh.. Itu dia. Gelaran juara liga perdana inggeris yang ke-20 dalam genggaman.
Mesti korang ada yang tak paham kan apa yang aku rasa sekarang ni. hehehe. Saja melalut sorang-sorang. Esok (isnin) ada test weyhhhhh pukul 2 petang. Test 1 Islamic Business. Ada 3 chapter wa cakap lu. Tapi aku masih rilek lagi ni tak start apa-apa lagi. Bak kata membe aku,, "test jek kot", rilek-rilek sudah". Haaa... lagi satu kerja. Assignment Internatinal Busibess pun nak kena hantar ni esok. Adoiyai, malas btul la. Tapi terpaksa juga buat dan terpaksa juga study untuk test.
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.................................
Topik menarik dalam bola sepak. Chelsea kalah lagi di laman sendiri. Jarang aku tengok game Chelsea kecuali lawan Man Utd atau team-team kuat macam Liverpool, Arsenal dan sekarang Man City. Masa tengok tadi aku tak sokong mana-mana pun. Aku nak dua-dua kalah. hehe. Boleh tak ek nak macam tu. hehe. Mana boleh kan.
Hari tu Chelsea kalah di laman sendiri dengan Arsenal 5-3. Kali ni kalah lagi di laman sendiri 2-1 dengan Liverpool. Muka penyokong-penyokong Chelsea tadi muram jek aku tengok. Diorang pun mungkin dapat rasa defender Chelsea tadi agak lemau sikit.
Aku suka sebenarnya Chelsea kalah. Dah la semalam Man Utd menang. hehe. Walaupun menang tipis dengan team baru nak naik Swansea, tapi menang juga kan. Kalau team lain kalah, aku rasa biasa jek. Tapi bila Chelsea kalah, suka betul aku. hehe. Maaf ye penyokong Chelsea.
Hari ni rasa puas hati tengok bola sebab Manchester United menang 1-0 dengan Everton. Aku tengok dengan member aku kat Hakim sek 7. Ramai la juga orang kat situ. Tapi memang tiap-tiap hari ramai jek aku tengok kat situ. Lagi-lagi kalau ada game bola.
Malam ni best sket sebab Astro lagi satu bukak game Chelsea vs Arsenal. Kat skrin besar buka game Man united vs Everton. Sebab apa best?? Sebab boleh booo kat penyokong-penyokong Chelsea. hehe. Masa Arsenal gol, mesti aku bersorak juga sebab aku nak balas apa penyokong Chelsea buat kat aku minggu lepas. Padahal aku tak sokong pun Arsengal tu.
Masa aku nak blah tu, Chelsea kena 3-2 kat halaman sendiri. Kah.kah.kah. Padan muka la kan. Tadi aku buka Livescore, Chelsea kalah 5-3 tu. Alangkah bagusnya kalau aku stay situ jek tadi. Boleh sorak sakan untuk team Arsengal.
CHICHARITO
Ni la gol scorer tadi.hehe.. Nice one chicharito !
Padan muka chelsea !!!!!!!!!!! dengan QPR pun kalah beb. Masa game MU tadi punya lah menyalak kuat. Tu la padahnya....Hahahahaha..... Aku memang dari dulu anti Chelsea sebab player2 n penyokong diorang. Sorry to say lah..
Malam tadi team aku Manchester United menerima kekalahan teruk kepada Manchester City. Agak bengang juga la tadi. Bukan sebab bengang dengan Man United, tapi bengang dengan budak meja sebelah aku. Agak-agak la kan kalau nk jerit pun, ini sampai mengutuk sakan. Panas jek telinga dengar dia punya jerit. 6 biji gol MU kena, 6 kali la telinga aku panas mendengarnya. Bukan fan Man city tu agaknya. Msti budak2 Chelsea yang jerit sakan. Biasa la tu, fan2 rival memang suka tengok MU kalah. Masa dah nak abis game, aku jeling la mamat tu. Tau pun nk diam sikit. Dia x perasan ker keliling dia fan2 MU yang pakai jersey MU. Nak bersorak gol tu boleh jek, tapi agak2 la kan. Sabar je la..
Minggu ni game best. X sabar rasanya nak tunggu ahad malam tengok game Manchester United VS Manchester City. Man city season ni memang makin hebat. Player2 semua bagus2, permainan rancak. Tapi bila jumpa Man United, jangan mimpi la diorang nak menang. Manchester United adalah team terbaik dunia. Player2 xde la star mana, tapi semangat diorang terbaik, mentaliti pemain pun kuat.
Untuk game esok, aku predict Manchester United menang 2-0 ke atas Man City...YEEAAHHHH...