Click here OK!

Followers

Sunday, 11 March 2012

PERKARA YANG ORANG KITA BUAT SEMASA MEMANDU DI JALANRAYA

  • Menyanyi kuat-kuat bagi menghilangkan rasa bosan dan mengantok. ( tingkap kena tutup rapat, kalau buka, pastikan tak ada kereta berdekatan)
  • Makan kerepek, jajan, gula-gula dan macam-macam lagi. (Selagi tak sampai dan tak habis stok, susah nak berhenti)
  • Merokok untuk hilangkan mengantok. (bagi perokok sahaja, yang bukan perokok jangan sesekali mencuba ya)
  • Tengok plat kereta lain sambil mereka perkataan daripada plat tersebut. (BDH = BODOH, JHT = JAHAT, WTF = …………)
  • Cari perkataan tersembunyi semasa berada dalam kesesakan jalan raya. (permainan bersama kawan-kawan 1 kereta)
  • Bercakap pasal kereta yang berada di depan atau yang sedang memotong kereta kita dengan laju. (kereta tu kuat makan minyak, kereta tu laju, kereta tu jimat)
  • Cari model kereta yang sedap mata memandang bila berada di atas jalanraya kalau terasa nak beli kereta baru. (kereta ni smart, kereta tu stylo,)
  • Skodeng kereta lain tengok awek-awek hot bagi pemandu lelaki, dan tengok jejaka-jejaka hot bagi pemandu perempuan. (untuk yang gatal-gatal)
  • Mengumpat orang kereta sebelah, depan, belakang, dan mana-mana lah. (lagi-lagi kalau nampak couple mesra alam, orang korek hidung ker)
  • Mengutuk orang kereta sebelah, depan, belakang dan suka hati diorang la nak kutuk.  ( Cermin kereta tutup rapat)
  • Bercerita sesama sendiri pengalaman-pengalaman semasa memandu sebelum ni. (sesat, kena langgar, langgar orang, jumpa kak limah)
Banyak lagi sebenarnya kan?? Cerita la kat sini kalau ada yang lain.

14 comments:

LiNda said...

hehe..memang semuanye betul...ape lagi nak buat tambah2 kalo jalan jem kan

Domu-kon said...

baekk..yang kedua tu adalah misz domu... hehehe

sorry yer..lmbat menjenguk ke blog nie,, peace yooh

AdaM Hawa said...

hehehe.. betul2.. tu la aktiviti dlm kete... x kire dengan sape di dalam kete.. ;)

emy zulaiha said...

emy suke reke dialog perbualan org dlm kete lain.hahaha

shahrazali said...

linda - btol tu...klu jalam jem,,mmg xde kerja nk buat..

Domu-kun - kuat makan ye domu ni..hehe

Adam Hawa - btol tu...ngn sape2 pun sama jek...

emy zulaiha - hahaha...menarik tu...x pernah lg shah cuba...

محمد شهريل القنيطري said...

1 lg ko lupa...sambil bwa kereta smbil tidor..pastu..........

shahrazali said...

dalca - lepas tu tido sampai bila2.....xpun bangun tido sedar2 terbaring kat hospital...

O CIKTEDDY said...

er..ntah.cik kecik lg,x penah bwk kreta..msuk kete je terus tido.haha

shahrazali said...

cik teddy - nnti bila dah mula bwk kete,,cik teddy tau la mcmana...

lisa said...

makan asam lagi satu. hehehe ;D

shahrazali said...

lisa - makan asam pun ye jgk....utk hilangkan ngantok kn...hehe..tp sy jarang mkn asam,,sbb x tahan masam sgt..

CekbOlat-bOlat said...

har har har , mngutuk tu eden selalu buat.. tpi bolat tak memandu pun =="

apakah?

c'axoera ヅ said...

kalau lelaki cabut bulu hidung...sungguh kurang sopan!

shahrazali said...

cik bolat-bolat - x baik tau sllu kutuk2 org....hehehe...tp skali skala xpe kot..

c'axoera - hahaha..pernah tgok la tu kan....myb lelaki tu x perasan ada yg perhati..

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA