Click here OK!

Followers

Friday, 30 March 2012

Tak reti la auto, manual boleh la



"Tak reti la auto, manual boleh la"

Haaaaa. Pernah dengar orang cakap macam ni?? Berkenaan apa ayat ni?? Mesti la mengenai memandu kereta. Aku kadang-kadang rasa pelik kalau ada orang yang tak pandai bawak kereta auto, tapi pandai pula bawak kereta manual. Sebenarnya bukan mereka tak pandai nak memandu kereta auto, cuma diorang tak biasa memandu kereta tanpa cluth dan gear pulas-pulas… hehe.
Masa belajar memandu kat sekolah memandu pun, mana ada belajar memandu dengan kereta auto kan, so, rasa janggal la bila orang suruh bawak kereta auto. Tapi kalau tak silap aku, kat negara lain macam Singapura diorang belajar memandu guna kereta auto. Kalau tak silap la kan. Kalau silap, mintak maaf la. Haha. Aku dengar-dengar hari tu kat Malaysia pun akan ada belajar dan ujian memandu guna kereta auto dengan syarat kereta yang akan diorang beli dan pandu mesti kereta auto. 

Pada aku, ini tak menjadi masalah. Tak ada istilah tak reti nak bawak kereta auto. Samada tak biasa atau tak pernah jek. Hehe. Aku selesa jek bawak kereta tak kisah la manual ke auto. Kalau aku lagi suka bawak kereta auto sebab lagi rilek bawak kereta. Kalau jalan sesak pun kurang la sikit penat kan. Tapi kadang-kadang rasa bosan juga. Hehe. Kereta auto sesuai untuk perjalanan yang jauh (ini member aku cakap). Betul la kot. Sebab perjalanan yang jauh mengambil masa yang lama dan lebih penat kan, jadi bila bawak kereta auto, kita boleh rilek sedikit.

Jadi kalau ada dengar orang cakap macam ini, boleh la terangkan kepada mereka “bukan kau tak reti nak bawak kereta auto, cuma korang tak biasa jek nak bawak”. Lagi senang apa, masuk kat D, turun handbrek, tekan minyak dah boleh jalan. Tekan brek kalau nak perlahan atau berhenti. Masuk kat N kalau berhenti lama. Kalau dah parking masuk kat P. Kalau nak gostan (reverse), masuk kat R. Senang kan?? Hehe. 
2 dengan L tu kalau tak silap untuk memandu naik bukit yang curam untuk lebih power lg kereta tu naik. hehehe.
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...... Kalau ada salah silap, betulkan la ye. 

24 comments:

hanniKASIM said...

betul bagai yg ditulis...(",)

LiNda said...

haha..bf aku mcm tu, lagi hebat bwak manual dr auto, pasrahh aku tengoknyer..tp kalo da tau manual of coz boleh le bawak auto kan..auto lg senang, especially utk prempuan

alyn adnan said...

Tapi Auto tak best laaa... ngee :D

AdaM Hawa said...

dua² ok.. InsyaAllah.. kalau dapat beli kete mau beli auto.. bile memikirkan jalan jem.. huhuhu

LubLy said...

dulu lebly manual br0..c0z 0f jammed lebly dh guna aut0..sng..kah3

Ayuni said...

hm, sye ske manual sebabnye x biase auto....

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

aku xleh bawa kereta manual.. konpem terkial.. mata tu kalo boleh nak pandang gear.. hahaha...

Cik mama said...

Cik mama dari auto ker manual, gilerr susah nak suaikan masa nak drive tu, keta asik menrauuumm jerr.. hehehhe tapi skg dah expert tau... hahhahahah

saffiya_aleesya @ echa said...

aku ok jer bawak manual ngn auto..ala mana yang tak reti bwk auto tu bukan nyer tak reti cuma kekok sbb dah terbiasa bawak manual kan..

shahrazali said...

hanniKASIM :
hehe....hanni cmtu ker..


Linda :
btol...auto lebih senang dr manual...klu aku pun suka manual dr auto..


alyn adnan :
auto x best dan x puas bwk,,,tp menyenangkan la..


adam hawa :
klu memikirkan jem,,auto la pilihan sesuai...

shahrazali said...

lubly :
bagus la bole bwk dua2 jenis....jalan yg selalu sesak mmg mmbuatkan org nk guna auto jek..


ayuni :
haaa...nasib baik ckp x biasa,,bukan x reti..hehe...


C.M.A :
dulu masa amik lesen lepas jgk kn walaupun terkial...hehe...biasa la tu org pompuan takut2 bwk manual..


cik mama :
btul....mmg susah masa awal2..bila dah biasa,,xde masalah pun kan..


echa :
btol la...x biasa,,bukan x reti...x reti tu alasan utk org yg takut2 nak cuba..hehe..
(lama x nampak echa)..

c'axoera ヅ said...

hahaha sowwie auto lah bang kekekeke

MaYa MustWany said...

ececeh..nnti shah ajar mas ek..hahah

mas memang berharap ambik lesen auto..xnak manual.hahah..tapi takut problem kat cap jari nnti

shahrazali said...

c'axoera :
auto mmg lagi senang,,,tp manual lebih puas hati..


maya mustwany :
boleh jek..hehe...ada apa masalah dgn cap jari??

~SaL IjOu~ said...

masa tgh amek lesen dulu, x sabar2 nak abes sbb nak bwk auto..hehe~

Juliet_iRa~" said...

haha btol..

ira bw auto..manual dah lama xbw..so xberani bw..haha ;p

pdhal dl test manual kot..kuikui..sll mati enjin kalo bw mnual..heee

shahrazali said...

saljou :
perempuan mmg suka bwk auto jek...hehe...lg senang kan..


juliet ira :
sy pun pernah mati2 enjin masa belajar dulu..biasa la tu..hehe...
skrg ni mana2 boleh..tp lebih suka manual la..

shahrazali said...

saljou :
perempuan mmg suka bwk auto jek...hehe...lg senang kan..


juliet ira :
sy pun pernah mati2 enjin masa belajar dulu..biasa la tu..hehe...
skrg ni mana2 boleh..tp lebih suka manual la..

El-Janna said...

batul sy lbh biasa pki manual^^

shahrazali said...

el-janna :
sme la...lg suka dan biasa manual...

~SaL IjOu~ said...

yep yep..lagi senang..tp mmg tabik dekat kwn pompuan yg suka bwk manual..tp kite kira bersyukur la, boleh gak bwk kete..drpd x ley bwk langsung,kan~ ;) maksud sy, ramai kwn pompuan sy yg x berani nak bwk kete walopun auto..~

shahrazali said...

saljou :
sy ada kawan perempuan sorang expert gila bwk kete manual..sbb dari start bwk lesen dia bwk manual..bwk auto lg la dia boleh kn...

btol la tu..ramai jek pompuan ada lesen,,tp masih x berani nk bwk kete sendiri walaupun auto..

alyn adnan said...

hurm betul2.. Tapi kete kalau auto mahal eak..?

shahrazali said...

alyn adnan :
mahal sket dari manual...

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA