Click here OK!

Followers

Showing posts with label about me. Show all posts
Showing posts with label about me. Show all posts

Sunday, 4 August 2019

MENAIP KEMBALI SETELAH 3 TAHUN LEBIH BLOG BERSAWANG.. HAHA

Assalamualaikum...


masih ada lagi ker yang membaca blog ini???


semoga yang membaca blog ini diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang luas dan dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat.. amin...


Selasa, 29 Mac 2016 adalah tarikh post terakhir blog ini.. Dulu berblogging menjadi pengisian tetap dalam hidup.. sejak habis belajar dan mula bekerjaya, memang dah jarang sangat aku nak update blog dan blogwalking ke blog-blog yang lain..


Hari ni, 4 Ogos 2019, aku tiba-tiba nak update blog. hahaha. Sebenarnya baru hari ni aku terfikir password nk log in. Sebelum ni aku nk log in pun tak ingat apa email dan password nya.


Sekarang ni kalau menaip kat sini pun berfikir entah ada atau tak orang baca. Sebab orang dah tak membaca lagi di blog rasanya. Yang releven sekarang ni membaca di Facebook sahaja kan.


Kepada yang masih lagi membaca blog ini, semoga kalian sentiasa dirahmati Tuhan dan sentiasa berjaya dalam apa jua yang kalian buat.


Bye..


Assalamualaikum......


Gambar terbaru bersama isteri tercinta. Kami bernikah pada 4 Januari 2019 dan bersanding pada 5 Januari 2019 yang lalu.. hehe








Wednesday, 19 June 2013

GAMBAR CUN RASMI 'AKU DAN CLASSMATES'


Hi, Assalamualaikum semua. Malam tadi aku melayan perasaan, sambil melayan lagu jiwang, sambil menatap gambar-gambar ex aku. Masa tengah selongkar folder-folder kat laptop tu terjumpa la folder gambar-gambar masa sekolah. Dulu-dulu ada la diorang ni upload kat FB, jadi aku save la. Sekarang aku nak share kat blog aku ni. Tengok la perubahan wajah aku masa sekolah. hehehe.

 
Gambar atas ni aku tak ingat darjah 1 or 2 di Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas. Nama guru kelas aku Cikgu Shamsuddin bin Adam. Ingat lagi masa cikgu ni nak pindah, satu kelas menangis bagai nak rak. hehehe. Kitorang sayang sangat dengan cikgu ni sebab dia sangat baik. 

 Gambar atas masa aku di tingkatan 2 Dahlia, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat. Sekolah bistari katanya. hehehe. Nama guru kelas aku tak ingat plak. Tapi yang aku ingat, dia sangat sempoi orangnya. Masa ni aku memang bergaul dengan pelajar Chinese. Aku suka kacau diorang, pastu diorang mengumpat aku, satu patah pun aku tak paham. hahaha.

Gambar atas masa tingkatan 3 Kekwa di sekolah yang sama. Aku duduk depan sebab jadi Penolong Ketua Kelas atas lantikan majoriti. hehehe. Aku diturunkan kelas dari Dahlia ke Kekwa atas sebab-sebab tertentu. Walaupun aku berada di kelas paling hujung, aku seronok berada dalam kelas ni sebab semua budak-budak dalam kelas ni jenis boleh masuk kepala. Semua best-best. Nama guru kelas aku Cikgu Mek Limah. Garang tau. hehehe. 

Gambar atas masa tingkatan 4 Elektrik 1. Lepas PMR, dapat keputusan ok, aku sambung belajar di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor. Aku amik jurusan Pengajian Kejuruteraan Elektrik. Nama guru kelas Cikgu Rosnani. Dia sangat comel dan wangi. hehehe. Seronok belajar dengan dia. Tapi dia selalunya garang sebab aku kan jenis malas dan nakal. huhuhu. Masa tingkatan 4 ni la aku ada buat kes tu. Sejarah hitam dalam hidup aku terjadi masa tingkatan 4 ni la. Kalau nak tau kes apa, klik SINI dan SINI.  

Gambar atas masa di tingkatan 5 Elektrik 1. Guru kelas pun sama. Tapi layanan dia pada aku bertambah baik sebab aku agak rajin masa tingkatan 5 ni. Lepas dari buat kes masa tingkatan 4 tu, aku berubah sikit la menjadi lebih baik. SPM pun aku dapat ok la. Semua subjek utama Matematik Tambahan, Fizik, Kimia lulus. Padahal masa tingkatan 4, tak pernahnya lulus semua subjek tu, dari ujian sampai la peperiksaan akhir tahun. Sekolah ni banyak meninggalkan kenangan untuk aku sebab banyak pengalaman yang aku dapat masa kat sekolah ini. 

Gambar atas masa aku belajar Diploma di UiTM Sri Iskandar Perak. Gambar ni diambil masa kitorang semester 5. Banyak kenangan aku kat sini lebih-lebih lagi dengan ex-girlfriends aku. Ada dua orang ex-girlfriend aku dalam gambar ni. Yang mana orangnya??? Mana boleh bagitau.. hahaha. Yang tengah tu bukan lecturer ye. Dia member sekelas juga. Aku belajar kat UiTM Perak ni selama 3 tahun dari tahun 2007 hingga tahun 2010. Kira gambar ni masa hujung tahun 2009 la. Segak kan aku?? hahaha.










Ok la. Ini sahaja la gambar-gambar yang aku ada yang nak dikongsikan dengan rakan-rakan blogger.
Assalamualaikum dan selamat berblogging......
>>> Jerebu semakin hari semakin teruk kat tempat aku ni. Agak sesak nafas dan pedih mata dibuatnya. Yang peliknya, tengah jerebu macam ni pun masih ada yang membakar sampah lagi.

Friday, 7 June 2013

ROMEO KAH AKU ????

Assalamualaikum semua !!! Bertemu lagi kita dalam rancangan !!!!!!! SembangShahrazali... Clap18x... hahaha. 

Hari ni aktiviti aku pergi Hospital Kota Tinggi melawat makcik aku masuk wad hospital sana. Semoga dia cepat sembuh. Aminnnn. 

Tadi lepas Maghrib aku saja membongkar cari gambar konvo masa diploma, terjumpa plak 1 fail yang dipenuhi surat-surat cintan, kad-kad raya, dan gambar-gambar gadis yang aku kenal dulu. Aku keluarkan semua, baca satu persatu. Mula la nak teringat balik zaman-zaman dulu dikala aku sebagai romeo. hahaha. Romeokah aku??? Ada yang panggil 'abang' ada yang panggil 'abg shah', ada yang panggil 'abi', ada yang panggil 'sayang', dan lain-lain lagi. Semua tu surat-surat dan kad-kad raya antara tahun 2002 hingga 2007. Ketawa sorang-sorang aku baca. Kalau masa dulu-dulu, mana ada pakai handphone. Bergayut guna public phone jek, tak pun telefon rumah. Tapi kalau guna telefon rumah kadang-kadang je la kan. Bil melambung, kena bebel plak. hehe. Surat-menyurat tu biasanya sebab nak minta gambar jek. Dulu-dulu mana ada main facebook. Nak tengok gambar kena pos atau bagi masa dating.


Aku ada ramai gadis yang sayang aku dulu-dulu. Dulu asal jumpa perempuan cun jek, selamber jek mengorat sampai dapat no telefon. Bila dah dapat no phone, anggap jek la dah selesai sebab aku sangat manis bila berbicara kat dalam telefon. Memang perempuan akan cair dengan suara dan lenggok aku bercakap. Aku ni jenis matang awal pasal hati perempuan dan macamana nak cairkan hati perempuan. hehehe. Ada sesetengah perempuan ni yang jatuh cinta kat aku hanya dengan berbual di telefon tanpa pernah berjumpa. Ada yang sampai ke sudah, sampai putus hubungan tak pernah jumpa. Hanya berkasih dan bercinta di dalam telefon. Romeokah aku??? haha..

Dulu aku sangat suka mewakili sekolah dalam acara sukan. Sebabnya dapat cari awek sekolah lain. hahaha. Masa form 2, main bola tampar kat sekolah area Pontian, ada la jumpa sorang awek jaga papan markah ni. Muka dia sangat manis dan comel. Kecik jek orangnya. Sepanjang main, memang susah nak fokus sebab asyik nak tengok dia jek. Ada sekali, pasukan lawan serve lambung ke belakang, datang tepat kat aku. Tapi disebabkan aku asyik main mata dengan awek tu ( dia pun bagi respon baik), bola tepat menepek kat muka aku, dan pritttttt, wisel pengadil bertiup. Mata untuk pasukan lawan. hehehehe. Aku dikeluarkan sementara. Coach sound aku sebab main main-main. haha  Lepas game, terus jumpa dia kat papan markah, terus terang mintak no telefon sebab minat kat dia. Nombor macam biasa dapat, tapi umur 3 tahun lagi tua dari aku. huhu. Lepas tu dia jadi akak angkat, then terputus hubungan lepas 3 tahun. Romeokah aku ??? haha..

Masa form 5 pun ada dapat sorang awek masa wakil sekolah main bola tampar. Kat sekolah dalam JB la. Bila dah kenal-kenal, rupa-rupanya orang Iban, agama pun kristian. Tapi dia punya cun, memang superb la. hehehe. Hubungan tak kekal lama sebab janggal nak bercinta dengan orang bukan Islam. huhu. Romeokah aku??? huhuhu..


Dulu masa form 5, aku berulang -alik dari Pontian ke JB untuk ke sekolah. Budak 'baik' la katakan. Berulang -alik sebab kena buang asrama. (ikuti kisah di DISINI dan seterusnya DISINI). Selalu la lepak bustand larkin tu. Kalau ada nampak awek budak-budak sekolah, mesti aku akan tegur tanpa segan silu. Bagi ayat-ayat manis sket, sampai dapatkan no telefon. Kadang-kadang tak dapat, tapi kebiasaannya dapat la. hehehe. Layan dalam seminggu dua, bila dah bosan, cari perempuan lain. ( Masa ni tahun 2004, dah pakai handphone, jadi senang la nak ngorat perempuan kan). Romeokah aku????? hehehe..

Ada banyak lagi kisah romeo aku, tapi tak perlu nak nak bercerita lebih-lebih kat sini. Takut orang meluat plak baca. hahaha. Tapi ini semua dulu. Masa zaman muda remaja baru nak kenal dan ngorat awek. hahahaha. Kebanyakannya berlaku zaman sekolah menengah la. Pada aku la, hidup masa remaja, kalau tak nakal dan tak buat hal memang tak seronok. Kurang pengalaman dan cerita untuk diceritakan kepada orang lain. Kan tak best tu. hehehe. Sekarang ni memang dah tak la buat semua-semua ni. Aku berhenti menjadi mat Romeo masa umur aku masuk 18 tahun. Romeo kerrrrrrrrrrr??? hahaha....

Terima kasih kepada yang sudi baca. hehehe. Ini semua kisah-kisah aku bersama gadis-gadis. Kalau la dapat kongsi isi-isi surat cintan yang diberi kat aku, mesti lagi gempak kat sini. hahaha. Baru boleh nampak betapa Romeonya aku. hahaha. 

Akhir kata. SELAMAT JALAN ROMEO . hehe.
Assalamualaikum dan selamat berblogging.......................






Tuesday, 9 October 2012

SEJARAH PENDIDIKAN SAYA (TADIKA)

Dah lama aku tak cerita perihal diri aku kan. Kali ni nak sambung sedikit cerita mengenai aku. Tajuk untuk kali ini adalah Sejarah Pendidikan Shahrazali. Kita mulakan dengan kisah aku pada tahun 1993. Aku akan ceritakan serba sedikit pengalaman aku masa sekolah tadika. Marilah baca ye. Kalau rasa bosan, baca sedikit pun jadi la. Kalau bosan juga, tak yah la baca. Tinggalkan komen apa-apa. Kalau suka, tekan Like ye. hehehe. Kepada pembaca setia blog ini, baca semua tau. hehe.



Tahun 1993

Kali pertama aku mendapat seorang guru iaitu guru tadika. Namanya aku pun dah tak ingat. hehe. Aku bersekolah di Tabika Kemas di Pekan Nanas, Pontian. Walaupun aku tak berapa ingat nama guru masa tu, tp aku masih ingat lagi pengalaman-pengalaman masa tadika. Antara yang paling aku ingat aku muntah dalam kelas lepas minum pagi. Kuih yang aku makan, kuih seri muka, minum dengan air milo. Lepas dua2 jenis ni masuk dalam perut, terus jek termuntah keluar. Habis baju dan meja belajar terkena muntah aku. hehehe. Lepas tu aku ditempatkan di bilik air sampai habis waktu sebab takut muntah lagi. Duduk dalam bilik air dengan tak berbaju. hahaha. Dengar cikgu mengajar dari dalam bilik air jek.
Letak gambar kartun supaya tak nampak sangat muntah tu. hehe

Pengalaman lain, sebelum mula belajar, kitorang akan bermain di taman permainan, dan aku plak antara jaguh buaian masa tu. Selalu berlawan siapa paling tinggi berayun. Ada sekali tu aku lawan dengan budak perempuan, dan dengan kehebatan aku berayun, aku menjadi pemenangnya. Bila dah menang, mula la nak berlagak. Aku terus berayun tinggi walaupun budak perempuan tu dah tarik muka dan berhenti sebab kalah. Nak dijadikan cerita, tiba-tiba cikgu tadika aku menjerit panggil semua murid beratur untuk masuk ke dalam kelas. Semua budak berlari ke arah kelas kecuali aku. Kenapa?? Sebab aku masih berayun tinggi lagi. Cikgu kata nak denda siapa-siapa yang lambat masuk barisan. Kelam kabut semua nak masuk barisan kecuali aku yang masih berayun. Aku dah takut dah kena denda masa tu. Dengan nekad aku terus terjun dari buaian yang masih berayun tinggi. Agak jauh juga jarak aku mendarat dari buaian tu. Kepala aku hampir-hampir terhantuk pada pasu bunga kat situ. Semua budak kat situ ketawa termasuk cikgu. Memang geram la sebab kita dah jatuh, orang bantai gelak plak. Kalau la tehantuk kepala aku masa tu, memang jadi genius la aku. hahaha.
Tak agak-agak nak cik Emma. hahaha
Masa dulu kecik-kecik tak ada perasaan sangat kan. Kalau sekarang pikir balik, entah macamana la perasan tengok budak perempuan pakai kain main buai tinggi-tinggi. Masa naik ok, tapi masa turun balik, tak ke mengembang kain tu masuk angin. hahahahaha.

Masa tadika dulu, aku sangat aktif bersukan. Masuk banyak acara, tapi jarang-jarang menang. hahaha. Contohnya bawa bola pingpong guna sudu, lari dalam guni, penuhkan botol air dengan air guna span. main pijak belon orang, dan macam-macam lagi. Ada 1 acara jek kot yang aku dapat hadiah. Kalau tak silap, main lompat gegelung. Lumba siapa sampai dulu ke garisan penamat. Aku main ngelat masa tu, sebab tu menang. hahahaha.
Salah tu caranya dik. hehehe.

Ada juga aku join aktiviti luar masa tadika dulu. Contohnya aku join sukaneka kat Klinik Pekan Nanas. Acara feveret adalah cari gali gula dalam tepung. hehe. Kira hebat juga la aku dulu main acara tu sebab pernah menang. Dapat hadiah Tuperware (tak tau nak eja..haha) pun dah cukup bangga tau dulu.

Kalau kat dalam kelas, aku ni bukan budak rajin. Asyik nak main jek rasa. Tapi aku ada minat subjek Seni dan Mengira. Aku suka lukis-lukis (suka menconteng sebenarnya..hehe). Tapi kadang-kadang leceh kalau masa subjek seni, dia suruh tampal-tampal kertas warna pada gambar buah. Cikgu suruh koyak kertas kecik-kecik supaya nampak cantik. Tapi aku degil, tampal kertas besar-besar supaya cepat siap. hahaha. Subjek mengira plak aku suka sebab aku memang suka mengira. Memang dari kecik aku suka dengan Matematik, sampai la sekarang aku cepat paham kalau berkenaan dengan Matematik. Sekarang belajar pun dalam bidang Matematik kan.

Aku jarang ponteng masa tadika sebab aku suka kesekolah. Kat sekolah ada ramai geng, tak kira lelaki ke perempuan. Cikgu pun baik-baik. Demam-demam pun aku akan ke sekolah. Pernah ponteng pun sebab kena tinggal bas sekolah. Sebab selalu bangun lambat pagi-pagi. Kecik-kecik dan naik bas tau pergi sekolah. Nama bas tu Bas Pak Haji sebab orang yang bawak bas pakai songkok aji. hehe. Kalau on the way balik, kitorang akan lalu rumah cina kat selekoh. Rumah cina ni pula ada pokok rambutan yang buah-buahnya melambai-lambai kat jalan. Setiap kali bas lalu selekoh tu, tangan-tangan kitorang akan keluar daripada bas untuk capai buah-buah rambutan yang tergantung. hehehe. Lepas tu kena jerit dengan Pak Haji. hahahaha.
Macam ni la rupa bas yang aku naik dulu

Pernah sekali aku tertinggal bas, then kejar bas sejauh dalam 100 meter. Dalam sekelip mata jek bas pergi jauh meninggalkan aku. Kita kalau naik bas ke sekolah ni, kena tunggu sebelum bas sampai, bukan bas yang tunggu kita bersiap. hehehe. Kalau kena tinggal, aku nangis-nangis suruh mak aku hantar aku gi sekolah naik basikal. hahaha. Sebab aku takut cikgu marah dan semestinya nak jumpa kawan-kawan kat sekolah la. Kalau bapak aku ada kat rumah, dia la hantarkan. Kalau bapak aku tak ada, tak boleh la nak hantar. Agak jauh kalau mak aku nak hantar naik basikal kan.

Sekian sahaja la sedikit sebanyak kisah aku masa tadika tahun 1993. Korang yang membaca pun mesti ada pengalaman lebih kurang macam aku kan???? Cerita la sikit. Buat entri macam aku ni ker..hehe..Tak pun tinggalkan komen kat bawah ini, cerita pasal korang masa tadika serba ringkas.
"Lepas shite bace pasal ni tan, lase tak syaba nak pedi beladar tat tadita tau. shute, shute...." dia kata la. hahaha

Sumber gambar : GOOGLE

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...................

Sunday, 16 September 2012

WARKAH ISTIMEWA BUATMU


Warkah istimewa buatmu


Tahun 2006 adalah detik pertemuan kita.
Pada waktu itu, 
kau menjadi di antara yang aku sayang.
Kau sangat cantik pada masa tu.
Lansung tiada cacat cela di mataku.
Kau sentiasa menemani ku sewaktu aku pergi ke tempat kerja.
Malah kau sanggup menemaniku sewaktu aku membawa kekasihku.
Kau tidak pernah rasa jemu atau cemburu sebab kau setia denganku.
Kemana sahaja aku pergi, selalu kau ikut bersama.

Tahun 2007, kita kemalangan bersama. 
Kita sama-sama dihantar ke hospital, tapi hospital yang berlainan.
Kecederaan aku tidak seteruk kau.
Kau terpaksa membuat pembedahan kerana cedera parah.
Walaupun aku yang bersalah kerana menyebabkan kemalangan, kau tetap tidak pernah marah kepadaku, kerana kau sangat setia denganku.

Tahun 2009, kau ikut aku merantau sampai ke negeri Perak 
kerana nak menemaniku belajar di sana.
Kau sanggup merantau jauh menaiki lori semata-mata untuk 
memudahkan dan meringankan beban aku di sana.
Semasa di Perak,setiap hari kau menemaniku pergi menghadiri kelas.
Semasa di Perak, 
kau masih lagi sanggup menemaniku membawa kekasihku 
walapun aku sudah bertukar kekasih.
Kau tidak pernah rasa jemu dan cemburu 
kerana kau sangat setia denganku.

Tahun 2010, aku menyambung pelajaran di Shah Alam.
Kau tetap pergi bersamaku 
semata-mata ingin menemaniku di sana.
Kau sanggup menaiki lori lagi 
kerana kau juga ingin berada di Shah Alam bersamaku.
Setiap hari, kau menemani ku pergi ke kelas untuk belajar.
Kau membawaku pergi ke kedai makan.
Kau membawaku ke mana sahaja kerana kau sangat setia kepadaku.

Tahun ini, tahun 2012. Aku dah habis belajar di Shah Alam.
Kau pun sekali lagi sanggup menaiki lori 
untuk mengikutku balik ke kampung halaman di Pontian, Johor.
Tempat asal kita bersama.

Tanggal 31 Ogos 2012, aku terpaksa melepaskanmu. 
Kerana dengan keadaan kau, 
aku rasa tidak yakin kau masih boleh menemani ku lagi.
Berat hati ini untuk berpisah dengan kau.
Kerana aku sememangnya sayang pada kau.
Kerana kau sangat berjasa kepadaku selama ini.
Kerana kau sangat setia kepadaku selama kita bersama.
6 tahun kita bersama.

Tapi, ini dah memang takdir kita.
Aku harap kau dapat jumpa orang yang dapat menjaga kau dengan baik selepas ini.

Warkah ini hanya buatmu JJU6207


Untuk aku, kau tidak perlu risau kerana aku sudah ada pengganti. 
Namanya JNU 7431.



Walaupun aku sudah ada pengganti, aku tetap tidak akan lupa jasa-jasamu.
Terima kasih JJU6207.
Sekian…..

Ok. assalamualaikum dan selamat berblogging...
Lama dah aku karang warkah ni, baru teringat nak update. hehe. 

Wednesday, 4 April 2012

All about me (My name is……)


Untuk Entri kali ini, aku nak bercerita pasal sejarah nama aku sendiri
Cerita pasal aku, letak gambar aku la kan. hehe.


Nama penuh aku Shahrazali bin Sahlan. Maksud nama Razali = Bulan yang penuh (bak kata mak aku la), Shah tak ada maksud kot. Nama panggilan aku banyak. Contohnya Zali, Jali, Yoli, Shah, Az, Razali. Lain orang kadang-kadang lain cara panggilan kat kita kan. Ikut la kawan-kawan dan saudara-mara aku selesa nak panggil apa. Nama Razali ni dicadangkan oleh pakcik aku. Bila dapat cadangan nama tu, mak dan abah terus setuju dengan nama tu.
 
Mak aku ada cakap dulu sebelum nama Shahrazali ni dicadangkan, ada yang cadangkan nama aku Shahmubarak. Masa mula-mula aku dapat tahu, aku ketawa sebab nama tu nampak macam kelakar walaupun pada hakikatnya Mubarak tu ada maksud yang bagus. Aku pun tak tahu sebenarnya maksud Mubarak, aku cakap maksud dia bagus sebab aku kaitkan dengan Ramadan al-Mubarak. Aku tak pernah jumpa lagi orang nama Mubarak kecuali sorang pelakon lelaki tu Mubarak Majid. Agak-agak la kan, kalau nama aku Shahmubarak, mesti ada orang panggil aku dengan panggilan Barak. Dah nak dekat dengan perkataan berak dah. Hahaha. 
 
Kenapa mesti ada Shah?? Sebab semua adik beradik aku ada nama Shah. Bermula dengan abang aku yang sulung nama dia Shaharuddin (dah meninggal pada tahun 1978, umur dia 12 tahun masa tu. Aku tak lahir pun lagi). Abang kedua nama dia Shahanizam (sekarang jadi abang sulung la), lepas tu kakak aku yang pertama Shahzalina, dan kakak kedua Shahfaezah. Yang last dan bongsu aku la Shahrazali. Dulu kalau ada orang call rumah aku, nak cakap dengan Shah, mesti nak kena tanya balik Shah yang mana.  
 
Korang pun mesti ada juga kan sejarah terciptanya nama-nama korang. Kongsi la sikit kat sini. Beritahu juga apa maksud nama korang yang indah-indah tu. Tinggalkan komen ye. Nak buat entri juga pun takpe. hehe. Jangan lupa bagitau kalau ada buat. Kalau laaaa....hehe..
 
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.............. 

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA