Click here OK!

Followers

Showing posts with label Gambar holiday. Show all posts
Showing posts with label Gambar holiday. Show all posts

Sunday, 25 March 2012

GAMBAR-GAMBAR MACHO (LA SANGAT) - PORT DICKSON

Tu dia tuan blog beraksi

Sabtu pukul 9 malam kitorang sampai la ditempat yang dituju. Pantai Teluk Kemang sebab kat sini boleh pacak khemah untuk bermalam dan buat barbeque. Kat Pantai Port Dickson tak dibenarkan rasanya. Sampai-sampai terus naik khemah 2 buah, bentang tikar, keluarkan segala apa stok makanan yang ada. Lepas tu buat persediaan nak berbarbeque. Bakar ayam dan sosej. Lepas makan-makan, pergi surau bergilir-gilir campur mandi sekali. Lepas tu, dalam pukul 1230 kitorang main game. Teka nama drama/movie. Lelaki lawan perempuan. Seorang buat aksi dan gaya, tanpa mengeluarkan suara, yang selebihnya meneka apa tajuk drama/movie tu. Seronok la juga kan buat aktiviti macam tu. Dalam pukul 3 pagi baru habis main sebab ramai dah mengantuk. Seorang demi seorang lena dibuai mimpi kecuali aku. Ada yang tidur dalam khemah, ada yang dalam kereta. Khemah ada dua, satu untuk lelaki, satu untuk perempuan. Aku tak tidur sebab nak jaga kawasan sekeliling, jaga khemah, jaga kereta, jaga makanan. Pagi-pagi masa diorang dah bangun dan berkemas baru aku tidur sekejap sementara tunggu diorang siap berkemas.




Keesokannya, kitorang bergerak ke pantai Port Dickson. Sampai jek sana, kitorang pergi sarapan dulu. Aku tak makan sebab tak lalu nak makan sarapan kat situ.

Lepas tu kitorang jalan-jalan disekitar kedai-kedai baju dan cenderamata. 

Ambil gambar jek ni. Diorang tak beli pun. Orang kedai dok jeling jek. hehe.

 Lepas tu tiba-tiba ada banyak polis berjaga kat jalanraya, Perdana Menteri kita Dato' Seri Najib nak lalu katanya. Kitorang pun berkumpul di tepi jalan seperti kanak-kanak riang. hehehe. 

 Tu dia rombongan Dato' Seri Najib dah lalu.

Lepas tu kitorang terus melintas jalan dan menuju ke Pantai Port Dickson. Perkara pertama kena buat pacak khemah. Lepas tu main bola tampar pantai sekejap. 


Lepas tu tiba masa mandi laut. Aku orang pertama masuk laut. Yang menyedihkan air laut tak dalam. Lebih kurang 100 meter aku jalan, air masih parat peha. 
Gambar orang tengah-tengah tu aku la. hehe. 

Memang tak puas mandi tadi sebab tak dalam. Nasib baik ada banana boat. Sorang bayar RM10 jek. Berapa kali nak jatuh abang tu kata suka hati kitorang. hehe. Tapi kitorang minta 4 kali jatuh jek. Itu pun aku dah rasa penat. Bukan penat sebab jatuh, tapi penat sebab nak naik banana tu balik lepas jatuh. 

Gambar ni bukan nak tunjuk aku posing ye. Nak tunjuk banana boat yang kitorang naik. hehe.



Ok, lepas semua dah bersiap bilas badan (maksudnya mandi air bersih lepas mandi laut), kitorang pun bersiap untuk bergerak balik ke Shah Alam. Mana aku?? Aku kat tempat driver la. Tata PD. 

Selamat membaca dan melihat gambar-gambar ni. Assalamualaikum dan selamat berblogging..... 
 

Wednesday, 7 March 2012

GAMBAR-GAMBAR MACHO (LA SANGAT) HARI KETIGA

Ingat lagi aku pernah bercuti kat Terengganu dulu. Kan aku ada post gambar-gambar macho aku dulu, hahaha..(sangat la). Hari pertama part 1, hari pertama part 2, dan hari kedua aku dah post sebelum ni. Kali ni hari ketiga plak. Sebelum ni terlupa nak upload. Saja nak kongsi gambar kenangan aku kat Terengganu hari tu. Kalau bosan tengok, maaf la ye. Gambar ambik guna kamera phone jek sebab tak ada kamera. Tak kisah la, asalkan dapat ambil gambar untuk dijadikan kenangan kan.

Bergambar kenangan di seperti di atas




Khemah sape ntah ni

Baru balik shopping di Pasar Payang

Sekali main 4 layang-layang. Teka yang mana aku main??haha..



Membe aku amnah. Sama x dia dengan yg gmbar belakang tu???hahaha.

Thursday, 2 February 2012

GAMBAR-GAMBAR MACHO (LA SANGAT) HARI KEDUA

Berjumpa lagi kita dalam rancangan gambarku untuk tatapanmu. Hampeh jek rancangan macam ni. hahahaha. Sekarang ni kan musim cuti, jadi tak apa lah kan berkongsi gambar-gambar. hehe. Aku memang tengah banyak idea nak menaip ni. Tapi aku taip dulu kat tempat lain. Lepas dah habis gambar-gambar aku nak post baru aku nak publish. hahaha. 

Hari kedua aku cuma pergi Pantai Kelulut Marang. Tak ada ambil gambar sebab sibuk makan kat sana. hahaha. Dengan angin laut yang menyamankan, mengantok jek mata lepak tepi laut tu. 

Tapi pagi tu Iz bawak aku pergi Benteng. Tempat ni dekat jek dengan rumah dia. Pagi2 lagi kitorang dah pergi. Nak tengok matahari terbit sebenarnya, tapi sampai sana dah 730, matahari dah memancar dah. hehehe. Kat sini memang cantik tempatnya. Banyak batu-batu buat benteng. Sebab tu la nama dia Benteng kot. Agaknya la. Sini tempat port memancing bagi kaki pancing.
Iz (Kiz Garden)
  
Banyak gambar-gambar aku jek kan. Sebenarnya nak ambil gambar permandangan kat sini jek, tapi daripada kosong tak ada orang, baik aku jadi model kan. hahahaha. 


Gambar ni jek kitorang ambil masa kat Pantai Kelulut. Bersungguh-sungguh amnah dengan mimi buat. hehe. Begini la hasilnya. Masa ni aku tengah lepak kekenyangan. haha. Gambar bawah pula gambar masjid terapung. Dapat sembahyang zohor kat sini. Alhamdulillah, sampai hajat. hehehe. Masa kat masjid ni, ada orang ramai sebab ada pasangan nak nikah. Best gak kan dapat nikah kat masjid ni. Emmmm..kena cari orang Terengganu la macam ini. hahaha. 



Sekian sahaja untuk gambar percutian hari kedua. 
Assalamualaikum dan selamat berblogging......

Tuesday, 31 January 2012

GAMBAR-GAMBAR MACHO (LA SANGAT) HARI PERTAMA-PART 2

Maaf kalau entri-entri yang lepas dan kali ni berat dengan gambar-gambar.

Bersambung dari <part 1>

Dari kiri - fathi,iz,aku,mimi,amnah
Pengawal pintu..hahahaha..


Sekian sahaja untuk hari pertama percutian di Terengganu. hehehe. Banyak lagi gambar sebenarnya, tapi pilih yang suka hati aku nak pilih la. hahaha. Best dapat tengok rekabentuk masjid-masjid luar negara ni. Yang aku paling puas hati dapat sembahyang kat masjid kristal. Kitorang sembahyang mahgrib kat masjid kristal. Siang-siang nampak cantik, tapi malam-malam lagi cantik sebab masjid nya bertukar-tukar warna lampu. 

 
Nanti ada gambar lagi untuk hari kedua dan ketiga. Harap pembaca setia blog ini tak bosan..hahaha...
Assalamualaikum dan selamat berblogging................

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA