Click here OK!

Followers

Showing posts with label perempuan. Show all posts
Showing posts with label perempuan. Show all posts

Monday, 1 April 2013

JAUHKAN DIRI DARI PEREMPUAN SEPERTI INI


Hai, assalamualaikum semua. Sedang menyelongkar wall FB, aku ada terjumpa kawan aku share pasal ni. Jadi, aku nak share juga pasa kawan-kawan blogger kat sini. Kepada kaum lelaki, jauhilah selagi boleh mereka-mereka ini. Kepada kaum perempuan, jauhkanlah diri dari menjadi seperti ini supaya kamu semua akan memperoleh jodoh yang baik dan juga dapat menjadi isteri yang solehah di sisi suami kamu.




6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi..

Lelaki digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia :

1. Al-Anaanah : 

Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.

2. Al-Manaanah : 

Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.

3. Al-Hunaanah : 

Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.

4. Al-Hudaaqah : 

Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al-Hulaaqah : 

Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.

6. As-Salaaqah : 

Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, dan macam-macam cara yang lain . Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

SUMBER : FACEBOOK PANDUAN ISLAM 

Di sini, aku nak sama-sama mengingatkan diri sendiri dan orang lain supaya menjauhi diri dari perkara-perkara yang tidak elok. Tapi diingatkan, untuk memiliki sesuatu yang baik, kita mestilah menjadi yang lebih baik dahulu. Jangan suka mempersoalkan peribadi orang lain sedangkan peribadi kita jauh lebih buruk dari mereka. Kepada kaum lelaki, jika ditakdirkan kita mendapat isteri seperti mereka, jangan cepat melatah, tapi bimbinglah mereka ke jalan yang betul sambil memperbetulkan diri kita sendiri. Kepada kaum perempuan, berusahalah untuk menjadi yang lebih baik untuk suami kerana suami lah tempat kamu bergantung demi kebaikan di dunia dan di akhirat kelak. 

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...................

Tuesday, 4 December 2012

CERITA PASAL TUALA WANITA


Semua orang tahu kan pasal tuala wanita. Tipu la kalau ada yang masih tertanya-tanya apa itu tuala wanita, melainkan kanak-kanak yang masih kecil. Sebagai orang lelaki yang budiman, kenapa mesti aku bercerita pasal tuala wanita??? Haaaa,, aku bukan apa, cuma ingin menyatakan pendapat tentang iklan tuala wanita ini. 

Iklan tuala wanita sering dipaparkan di televisyen zaman sekarang ni. Berbagai-bagai jenis tuala wanita yang sering dikomersialkan di kaca-kaca tv untuk tontonan umum. Kalau iklan lampin pakai buang untuk bayi tu tak kisah la kan, tapi iklan tuala wanita ni aku rasa macam tak manis rasanya. 

Gambar Hiasan

Kalau dulu, rasanya orang perempuan cukup malu untuk bercakap mengenai tuala wanita. Tapi sekarang, untuk promosi punya pasal, banyak iklan-iklan yang kebanyakkannya dijayakan oleh artis tempatan muncul kat tv. Di dalam iklan, mereka sering menunjukkan susuk tubuh badan mereka atau menunjukkan keselesaan memakai tuala wanita tersebut. Kalau ada model yang bertudung tu lagi la tak manis kan.

Gambar Hiasan

Ada orang cakap, tuala wanita dipakai di kawasan sulit pada tubuh badan perempuan, jadi tuala wanita juga adalah sesuatu yang sulit untuk diperkatakan. 

Bila difikirkan balik,, jarang aku nampak iklan bra kat tv. Kalau ada pun sikit la. Tapi iklan tuala wanita ni berleluasa plak kan. Kenapa tak tayang jek iklan bra yang memberi keselesaan kepada perempuan secara berleluasa macam iklan-iklan tuala wanita tu. Adakah payudaya perempuan lebih sulit kalau nak banding dengan kemaluan mereka??

Ada orang cakap juga,, tuala wanita ini sesuatu yang sangat diperlukan orang perempuan untuk keselesaan mereka di masa-masa tertentu, sebab tu banyak iklan-iklan kat tv nak mempromosi brand mana yang paling bagus dan sesuai untuk orang perempuan. 

Gambar Hiasan

Aku rasa lagi bagus bertanya kepada adik-beradik atau saudara-mara yang lebih dewasa tuala wanita mana yang sesuai dipakai dari melihat apa yang artis-artis kita ni pakai kan. Artis-artis tu promosi jek lebih. Entah diorang pakai ke tak apa yang diorang promote tu.

Gambar Hiasan

Syarikat-syarikat tuala wanita ini hanyalah mementingkan keuntungan mereka. Mereka selalu menjadi penaja untuk banyak program, jadi tak hairanlah asyik iklan mereka jek yang terpampang kat tv. Mereka dah pun bayar stesen-stesen tv, jadi tv kenalah siarkan iklan mereka kan. Yang selalu ada iklan macam ni, TV3 la. Kan??...

Kalau kat rumah, setiap kali ada iklan tuala wanita ni, mak aku mesti cakap, "Ntah apa-apa siarkan iklan ni, tak malu agaknya diorang ni. Benda macam ni pun nak tunjuk kat orang ramai"...

Aku sekadar menyatakan pendapat. Ini blog aku, jadi suka hati aku la kan. hehehe. Terima kasih kepada yang sudi baca. Komen la kalau korang rasa nak komen, LIKE kalau suka, SHARE jika berguna.Maaf jika ini ada menyentuh sensitiviti orang perempuan. 


Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging........
>>> Lagi 2 minggu nak habis praktikal. Rasa macam nak kerja terus kat Audit Negara ni. huhuhu.


 JANGAN LUPA !!!!!!!!!



SAKSIKAN PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PERTAMA 
MALAYSIA VS THAILAND
AHAD
9 DISEMBER 2012
8 MALAM
HIDUP HARIMAU MALAYA

Saturday, 13 October 2012

BERFIKIRAN POSITIF INI PATUT, TAPI,,,,,,

Kita haruslah sentiasa berfikiran positif.......... Ok, semua tahu pasal ni kan....

Tapi pada aku, bukan semua benda kita boleh fikir secara positif. Berfikir secara positif kena la ikut pada tempat dan keadaannya. Jika ada sesuatu yang terjadi pada kita atau orang sekeliling, kita tak boleh la terus berfikir positif sentiasa. Kena la berfikir secara mendalam. Fikir pasal diri sendiri dan orang lain. Ada orang yang sentiasa cakap dia ni berfikiran positif. Tapi sebenarnya dia berfikiran cetek, dan tak sukar fikir panjang. Bila ada apa-apa masalah berlaku, dia bagaikan tidak berfikir kenapa dan macamana masalah itu boleh terjadi, apa kesan-kesan daripadanya, dan siapa yang terlibat dan penyebab kepada masalah tersebut. Untuk orang yang cetek pemikirannya, dia akan anggap semua benda senang jek. Cara penyelesaian pun cepat sangat diputuskan tanpa berfikir panjang. Mereka bagaikan tidak fikir panjang adakah keputusan mereka akan memberi kesan baik atau buruk kepada mereka di masa akan datang, ataupun adakah keputusan mereka memberi kesan baik atau buruk kepada orang lain. Apa yang mereka fikir hanyalah di dalam kotak pemikiran mereka dan tidak meluas.

Aku minta maaf kalau apa yang bakal aku ungkapkan ini mengecilkan hati orang lain. Mereka-mereka yang berfikiran ala positif (maksudnya sentiasa berfikiran cetek) ini selalunya adalah perempuan. Orang kata otak perempuan memang lebih kecil daripada lelaki kan. Jadi, tak hairan la kan. Tapi aku rasa perempuan memang dijadikan untuk malas berfikir panjang. Selalu buat keputusan hanya ikut perasaan dan pengaruh orang lain, dan bukan buat keputusan dengan berfikir panjang. Ini mungkin kerana hati perempuan lebih lembut dari lelaki. Lelaki ni pula jenis banyak berfikir demi kesenangan mereka dan orang lain. Sebab itu dalam dunia ini banyak lelaki yang kuat menipu dan lelaki buaya darat, sebab lelaki ni lebih pandai berfikir punca, alasan, sebab dan cara mengatasi masalah. Yang baiknya lelaki ni juga pandai berfikir untuk menguruskan rumah tangga mereka, menguruskan perbelanjaan mereka, dan juga menguruskan kehidupan mereka lebih daripada perempuan. 



Hadoiiiii, apa yang aku merepek panjang ni. hahaha.......

Kesimpulannya, kita sememangnya digalakkan untuk sentiasa berfikiran positif, tapi mesti la kena pada tempat dan keadaan kan. Kita kena berhati-hati sebab orang yang selalu berfikiran positif ini senang dan selalu ditipu oleh orang lain. Untuk bukti, ramai perempuan ditipu dan diperdaya oleh kaum lelaki. Ini kerana perempuan selalu berfikiran positif dan lelaki pula selalu berfikir secara mendalam dan meluas. 

INGAT !!!!!!! AKU TAK MAKSUDKAN SEMUA PEREMPUAN DAN TAK MAKSUDKAN SEMUA LELAKI SEPERTI YANG DIBEBELKAN INI YE.....HANYA SESETENGAH SAHAJA...

Jika ada apa-apa kesalahan, harap dimaafkan dan dapat diperbetulkan..
So, apa pendapat korang???????

Ok, assalamualikum dan selamat berblogging.....................
-LIKE DAN SHARE JIKA MAHU-


>>>> Ntah apa la dalam kepala aku nih...huhu...Tengah berfikir apa yang sudah terjadi dan bakal terjadi...

Tuesday, 31 July 2012

OH DARNEL 17

Aktiviti kat rumah, takde lain selain tidur dan tengok TV. Sekarang kan musim Olimpik, jadi asyik tengok je la sukan macam-macam. Hari tu aku tengok game bola tampar perempuan. Aku terpegun dengan seorang pemain Turkey ni. Dah la cantik, menarik, main bagus pula tu. 
Tak pasal-pasal aku tengok game tu sampai habis. hehehe. Perempuan main takde la laju sangat macam lelaki, tapi bole tahan juga la hebatnya. Mari kita tengok gambar-gambar dia. 

Nama sebenar dia Neslihan Darnel. Nama samaran dia Iron Lady. Tengok pada rupa dan gaya, macam tak percaya dia ni dah ada anak satu umur 5 tahun. Dia juga la yang memegang bendera Turkey semasa perarakan kontijen pasukan Turkey pada majlis pembukaan tu. Cantik woooo...









Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging........
Selamat berpuasa. PUASA JANGAN TAK PUASA...

Sunday, 29 July 2012

KENALI PEREMPUAN






Apa contra nya lelaki dengan pernyataan di atas yek???? Emmm...mungkin sama, mungkin tidak kan..............

Sunday, 20 May 2012

NIKAH BUKAN PERKARA MUDAH

Bila cakap pasal nikah kahwin, mesti seronok kan bila difikirkannya. Bila dah lepas kahwin, masing-masing ada tanggungjawab sendiri samada lelaki atau perempuan. Dalam akad nikah, rasanya semua orang dah tau kot apa yang akan dilafazkan oleh lelaki. Tak kisah la pengalaman sendiri atau pun ahli keluarga kan. 
Lafaz akad nikah ni memang susah nak dilafazkan bagi orang yang betul-betul memahaminya kan. Sebab tu ramai lelaki yang berasa gementar kan. hehe. Selesai jek akad nikah dilafazkan, tok kadi dan saksi-saksi sahkan, maka sah la hubungan suami isteri antara lelaki dan perempuan. 
  "Aku terima nikah si dia binti si ayah dia dengan maskahwinnya RM.... tunai”

Bunyi mcm senang kn?? Tp, erti sebenar dia :

"Aku tanggung dosa2 si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yg dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau x didik, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku.."
Berat kan tanggungjawab seorang lelaki kepada isteri dan bakal anak-anaknya. Kepada lelaki, bimbing lah isteri dan anak2 ke jalan yang benar. Kepada perempuan pula, taat lah kamu kepada suami dan tunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan sempurna. Jangan la menambah beban yang sedia ada untuk lelaki sebaik sahaja mendirikan rumahtangga. 
Lagi satu, lelaki kalau lepas kahwin masih ada tanggungjawab untuk ibu bapa. So, jangan la sebab diri dah ada anak bini, ibu bapa diabaikan. 
Aku sekadar berkongsi dan sama-sama mengingatkan diri sendiri. 
Sumber atas tu daripada fb kawan aku.  
Ni entri lama, saja post balik sebab nak masuk musim orang kahwin kan... hehehehe..
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...................................

Saturday, 21 April 2012

PENDAPAT SHAHRAZALI - RAGAM LELAKI BILA TERPIKAT DENGAN PEREMPUAN LAIN

Entri untuk perempuan :


Korang ada boyfriend?? Pernah merasai perubahan diri dan sikap mereka dengan tiba-tiba??
Lelaki mudah berubah sikap jika mereka terpikat dengan perempuan lain. Sebabnya lelaki memang jujur mengenai perasan mereka. hehehe. Dan sesetengah lelaki ada memegang prinsip bahawa lelaki bebas memilih pasangan mereka dan berhak memilih yang PALING  sesuai untuk mereka jadikan pasangan hidup selagi mereka tidak ada apa-apa ikatan. So, berjaga-jaga lah. Jangan terlalu taksub dengan pasangan anda selagi mereka tidak menjadi pasangan hidup anda yang sah. 


Maksud taksub di atas merujuk kepada terlalu sayangkan boyfriend sehingga sanggup serahkan apa sahaja kepada mereka, ataupun terlalu melebihkan boyfriend berbanding keluarga sendiri dan terlalu memuja boyfriend korang (cinta mati, cinta jiwa dan raga, cinta buta).

Emm, ok. Back to our topic. Apa ragam boyfriend bila mereka terpikat dengan perempuan lain??
  • Mereka banyak termenung dari bercakap kalau tengah dating.
  • Kalau berbual pun topik dah semakin berkurang.
  • Kalau keluar makan, menu makan mereka akan lain daripada biasa.
  • Selalu tengok jam masa dating
  • Phone tak kan terkeluar dari poket mereka. Phone akan sentiasa dalam poket jek la.
  • Keprihatinan semakin berkurang. Banyak sebut "tak kisah la apa-apa, mana-mana".
  • Selalu sibuk bila korang ajak keluar. Kalau keluar pun bukan weekend, tapi hari biasa.
  • Mereka akan ada minat baru. 
  • Fesyen rambut betukar dengan tiba-tiba. 
  • Kritikan pada korang berkurang or mungkin dah xde. 
  • Aktiviti bersama kawan semakin banyak.
  • Selain minat baru, mereka akan ada aktiviti baru.
  • Selalu ungkit kesilapan korang 
  • Selalu cari gaduh. Kadang-kadang sampai buat korang benci.
  • Mereka tiba-tiba tanya masa depan korang dengan mereka.



Ini berdasarkan pendapat sendiri, pengalaman sendiri, dan kisah orang-orang yang saya kenal dan tidak mencilok mana-mana sumber. Sekadar berkongsi. 

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.......................................

Wednesday, 4 April 2012

DOA HANYA UNTUK WANITA SAHAJA

Aku jumpa kawan fb aku share. Jadi aku pun nak share untuk kawan-kawan blogger tersayang yang kebanyakkannya terdiri daripada perempuan. 


Terjemahannya : Ya Allah, jadikanlah daku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah daku dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya.
(Bagi yang kurang nampak terjemahannya)


Bagi yang dah lama tahu, bagus la. Bagi yang baru tahu, amalkan la ye. Tapi ingat !! Jangan pasal jodoh jek baru nak ingat berdoa ye. Pasal lain pun haruslah meminta kepadaNya juga. Tunaikan kewajipan, banyak berdoa. InsyaAllah....

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging..................................

Tuesday, 27 March 2012

MENJAGA HATI KEKASIH


Korang dah ada kekasih?? Adakah kekasih korang senang bercinta dengan korang?? Adakah korang sentiasa menjaga hati kekasih?? Bagaimana nak menjaga hati kekasih?? Setiap orang ada cara tersendiri menjaga hati kekasih mereka. Tapi kadang-kadang korang tak perasan korang dah melukakan hati kekasih tanpa korang sedari. Dapat pula kekasih yang jenis pendam kalau korang buat sesuatu yang tak jaga hati dan perasaan dia. Memang dia senyap je la disebabkan terlalu sayang kat korang kan. 

Haaaaa... Macamana tu???

  • Mesti menepati masa setiap kali ada temujanji. Bukan setakat tepati janji sahaja nak datang jumpa, tapi kena tepati masa juga. Jangan jadi macam BoBoi dalam Lawak Ker Der?? tu.
  • Jangan terlalu memuji perempuan/lelaki lain dihadapan mereka. Kekasih terasa hati beb kalau kita puji kecantikan or kekayaan lelaki/perempuan di depan mereka. Lebih-lenih lagi kalau memuji kawan-kawan sejantina kekasih kita sendiri.
  •  Jangan tengking/marah mereka di khalayak ramai. Ini sangat tak boleh. (pelik dengan orang yang suka marah-marah kekasih dia ni. Tak perlu kot nak tunjuk yang korang tu kuat mengawal kekasih korang).
  • Jangan suka merajuk tak tentu pasal di khalayak ramai. Walaupun korang anggap merajuk manja, tapi kadang-kadang akan membuatkan kekasih geram dan sakit hati. 
  • Jangan terlalu mempersoalkan sikap mereka tentang sesuatu perkara. Masa mula-mula couple dulu, takde pun nak komen2 bagai.
  • Hargai setiap pemberian mereka. Jangan tanya pasal harga pemberian tersebut.  Dan jangan sesekali beri pada orang lain walaupun kawan baik korang sendiri.
  • Jangan mengata kekasih sendiri di belakang mereka. Kalau korang cerita kekurangan or kesilapan kekasih korang kat kawan-kawan, tak mustahil boleh sampai ke telinga kekasih anda sendiri. 
  •  Jangan perkecilkan keupayaan dan kebolehan kekasih korang walaupun korang memang tahu dia tak boleh dan tak berupaya nak buat or capai. 
Walaupun kadang-kadang ada yang kita buat tu kita anggap gurau dan niat untuk mengusik kekasih kita, tetapi mereka tetap akan terasa hati. Kalau mereka beritahu kita mereka terasa takpe la kan. Tapi kalau mereka pendam dalam senyuman, susah tu. Kalau dah banyak sangat pendam kelukaan hati, kasih sayang kekasih pada kita akan semakin berkurang. 

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging. 
Klik 'LIKE' or 'SHARE' kalau nak.

Monday, 19 March 2012

PEREMPUAN WAFER?? SIAPAKAH DIA??


Siapa lah perempuan wafer ni kan????? Aku panggil dia perempuan wafer sebab aku tak kenal dia siapa. Aku tak tahu nama dia, aku tak tahu nombor telefon dia (ehh, tiba-tiba), pendek kata memang tak kenal la dia siapa. Yang aku tahu, dia bekerja kat kedai jual wafer. 


Masa cuti sem lepas, aku selalu kot pergi beli wafer semata-mata nak tengok dia, nak senyum kat dia, nak tengok dia senyum. Setiap kali aku pandang wajah dia, setiap kali tu la aku jatuh cinta kat dia. Wahhhhh.. Ini bukan cinta pandang pertama, tapi cinta pandang berkali-kali. hehehe. Kalau aku tak nak beli, setiap kali keluar rumah, mesti aku akan lalu depan kedai dia untuk curi-curi pandang dia. hehe. Bukan apa, cuma setiap kali pandang muka dia, hati aku rasa tenang jek.


Tapi aku tak berani lansung nak ajak dia berbual. Tak tahu kenapa. Padahal aku memang pantang jumpa perempuan, mesti nak tegur la, tanya khabar la, apa-apa la. Setiap kali pegi kedai dia, sama jek dialog yang akan keluar.


Aku : Bagi salam
Dia : Mesti la jawab salam kan. 
Lepas tu dia akan tanya
Dia : Ye abang, nak beli apa??
Aku : Nak wafer coklat kacang. (memang ini yang aku akan beli selalu)
Lepas dia siapkan, dia bagi kat aku, aku bayar, aku balik. 


Aku nak sangat berbual dengan dia, tapi aku segan. Budaknya cantik, manis, sangat comel dari pandangan aku. Mungkin aku rasa dia terlalu muda kot sebab tu aku macam segan nak tegur. hehehe. Aku anggarkan umur dia dalam 18 tahun. Muda la kan kalau banding dengan umur aku yang dah suku abad ni. 

Diingatkan kepada semua, aku bukan lah tergila-gilakan sangat perempuan tu. Jangan fikir aku obses dengan perempuan tu plak ye. Cuma aku suka sangat tengok muka dia. Tapi masih belum ada niat nak 'try' dia lagi. Tengok la nanti macamana. Orang kata " Jangan tunggu lama-lama, nanti dikebas orang", pada aku biarlah siapa-siapa nak mengorat dia, nak kebas dia. Aku tak kisah pun. Kalau ada jodoh aku dengan dia, ada la kan suatu hari nanti. hehehe.  


OK, assalamualaikum dan selamat berblogging.............
 

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA