Click here OK!

Followers

Saturday 29 September 2012

SENYUM TAK PERLU KATA APA-APA


Senyum itu satu sedekah. Mari kita memperbanyakkan sedekah dengan senyuman kepada sesama manusia.

Muka aku ni kalau tak senyum, kalau serius, mesti orang akan kata aku garang, sombong. Jadi aku kena la selalu senyum, lebih-lebih lagi kat perempuan. hehehe.

Masa kat tempat kerja, aku selalu senyum kat orang memandangkan aku ni budak baru kat situ. Tapi nak senyum ni kena tengok juga dengan siapa ye. Bukan apa, takut orang salah anggap dengan senyuman kita. 

Jika kita selalu senyum, itu juga tandanya kita ni orang yang boleh dipercayai. Jadi, orang akan mudah bercerita kepada kita jika ada masalah, orang akan yakin dengan kemampuan kita untuk menerima arahan.

Ini semua sangat penting.


Senyum juga adalah tanda kita setuju dengan sesuatu perkara yang dibincangkan. Selain itu, senyum juga adalah tanda kita menerima gurauan kawan-kawan kita selain kita ketawa sama-sama.

Senyum juga menjadi pengubat kepada orang yang tengah marah dan juga sakit hati. 

Senyum juga adalah salah satu cara melembutkan hati orang lain.

Senyum banyak memberi makna kepada orang yang memandang kita. Kadang-kadang senyuman kita mampu mengubah ekspresi orang terhadap kita dalam sekelip mata. Tak perlu membodek atau mengampu untuk mendapat kepercayaan orang. Hanya dengan senyuman, kita mampu mendapatnya.

Kesimpulannya, senyumlah supaya kehidupan kita dan orang sekeliling menjadi lebih ceria dan bahgia.



Senyumlah senyumlah
Ah! Hai!
Cek mek molek


-LIKE AND SHARE OK-

Sunday 23 September 2012

MENANGANI STRESS DENGAN BIJAK


Stress ialah tindak balas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan.

Stress merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panic, perasaan gemuruh, kebimbangan, kemurungan dan hilang daya yang biasa berlaku apabila berlakunya perubahan pada tubuh badan atau fikiran sendiri. 



Kenapa kita stress ???

Diri sendiri – kecewa

Keluarga – masalah rumahtangga, kewangan, anak dan sebagainya.

Pekerjaan – tidak cemerlang dalam kerja, tidak naik pangkat, dibuang kerja, kena tukar dan sebagainya

Komuniti – bertengkar dengan jiran

Kesesakan lalulintas

Persekitaran yang tidak selesa

Tragedy menunggu lama

Tanda – tanda stress

Jantung berdegup kencang

Cepat marah

Rasa tidak gembira

Hilang selera makan

Hilang minat terhadap kerja

Tidak cukup tidur

Suka menengking

Cuba jauhkan diri

Apa yang harus dilakukan apabila kita marah ???

  • Bertenang, tarik nafas dan lepas perlahan-lahan

  • Kenalpasti punca anda marah

  • Mendapat nasihat orang lain

  • Beredar ke tempat lain bagi mengawal kemarahan

  • Berbincang dengan ahli keluarga atau rakan

  • Membiasakan diri memaafkan dan menerima bahawa manusia juga melakukan kesalahan



Amalkan 10 B

Bertenang

Bernafas dengan dalam

Berkata : Relakslah….

Beribadat

Bercakap dengan seseorang

Berurut

Berehat dan mendengar muzik

Beriadah

Bersenam

Berfikiran positif


Sumber : Risalah dari Hospital Pontian. 
Saja taip balik dan publish. Sekadar berkongsi..............

-LIKE AND SHARE-

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.............

Monday 17 September 2012

PENANGAN LAMPU 'SIGNAL'




Kadang-kadang geram tengok kalau ada orang yang tidak ambil berat pasal lampu signal ni. Signal ke kanan adalah untuk belok ke kanan atau menukar ke lorong kanan atau ingin memotong kenderaan di hadapan. Signal kiri adalah untuk belok ke kiri atau menukar ke lorong kiri atau ingin berhenti di bahu jalan. Semua orang dewasa tau kot pasal ni. 

Kadang-kadang orang lupa untuk memberi signal untuk membelok. Menyusahkan pada orang yang berada di simpang. Katakanlah kita berada di simpang jalan, then ada sebuah kenderaan datang dari arah kanan. Oleh kerana mereka di jalan utama, maka kita kena la menunggu mereka berlalu dulu, baru kita keluar simpang. Tapi semakin dekat, kereta mereka semakin perlahan dan dengan tidak disangka-sangka mereka membelok ke kiri. Kan dah membuang masa kita tunggu kan.

Menyusahkan juga bagi yang sedang mengekori di belakang. Katakanlah kita sedang mengekori kenderaan dari belakang. Kat depan ada simpang, tapi oleh kerana tak ada lampu signal diberikan, maka dalam kepala kita, kenderaan di depan nak terus je lah kan. Tapi dengan tiba-tiba kenderaan di depan kita brek dan terus membelok ke kiri. Dah membahayakan kenderaan di belakang mereka.

Ihsan Google - Sekadar hiasan


Ada juga sesetengahnya yang lupa untuk memadamkan lampu signal mereka. Bagi yang tidak padam secara automatic selepas membelok la. Ini juga menyusahkan dan membahayakan orang lain. Katakanlah kita berada di simpang jalan, then ada sebuah kenderaan datang dari arah kanan dengan lampu signal ke kiri yang menyala. Dalam kepala kita, mesti la fikir kenderaan tersebut nak membelok ke kiri, jadi setelah tengok jalan belah kiri kita CLEAR, kita pun meneruskan perjalanan kita dengan membelok ke kanan dan BAMMMMMMMMMMM kenderaan tersebut melanggar kita kerana dia nak terus, tetapi kerana lupa untuk mematikan lampu signalnya, bertembung la kenderaan dia dengan kenderaan kita. Kan dah jadi satu kemalangan. 

Banyak lagi kerenah orang pasal lampu signal di jalan raya ni. Tapi aku cuma bebelkan pasal ni je la. Aku membebel panjang kat sini pasal ni sebab aku dah banyak kali kena dengan orang yang tak ambil berat pasal signal ni. Tapi tak pernah la sampai kemalangan, cuma hampir-hampir jek. Secara jujurnya, aku pun kadang-kadang terbuat juga secara tak sengaja. Perkara ini sangat penting bagi pemanduan yang selamat, tapi kita sebagai manusia biasa ni selalu melakukan kesilapan. Dengan itu, marilah kita sama-sama mengingatkan rakan, keluarga dan orang sekeliling kita supaya ambil berat dengan lampu signal kenderaan masing-masing ye. Hehehe. 

Pandu dengan cermat, ingatlah orang tersayang.

Ok, Assalamualaikum dan selamat berblogging................
Habis dah cuti 3 hari. Esok nak masuk pejabat balik.

Sunday 16 September 2012

WARKAH ISTIMEWA BUATMU


Warkah istimewa buatmu


Tahun 2006 adalah detik pertemuan kita.
Pada waktu itu, 
kau menjadi di antara yang aku sayang.
Kau sangat cantik pada masa tu.
Lansung tiada cacat cela di mataku.
Kau sentiasa menemani ku sewaktu aku pergi ke tempat kerja.
Malah kau sanggup menemaniku sewaktu aku membawa kekasihku.
Kau tidak pernah rasa jemu atau cemburu sebab kau setia denganku.
Kemana sahaja aku pergi, selalu kau ikut bersama.

Tahun 2007, kita kemalangan bersama. 
Kita sama-sama dihantar ke hospital, tapi hospital yang berlainan.
Kecederaan aku tidak seteruk kau.
Kau terpaksa membuat pembedahan kerana cedera parah.
Walaupun aku yang bersalah kerana menyebabkan kemalangan, kau tetap tidak pernah marah kepadaku, kerana kau sangat setia denganku.

Tahun 2009, kau ikut aku merantau sampai ke negeri Perak 
kerana nak menemaniku belajar di sana.
Kau sanggup merantau jauh menaiki lori semata-mata untuk 
memudahkan dan meringankan beban aku di sana.
Semasa di Perak,setiap hari kau menemaniku pergi menghadiri kelas.
Semasa di Perak, 
kau masih lagi sanggup menemaniku membawa kekasihku 
walapun aku sudah bertukar kekasih.
Kau tidak pernah rasa jemu dan cemburu 
kerana kau sangat setia denganku.

Tahun 2010, aku menyambung pelajaran di Shah Alam.
Kau tetap pergi bersamaku 
semata-mata ingin menemaniku di sana.
Kau sanggup menaiki lori lagi 
kerana kau juga ingin berada di Shah Alam bersamaku.
Setiap hari, kau menemani ku pergi ke kelas untuk belajar.
Kau membawaku pergi ke kedai makan.
Kau membawaku ke mana sahaja kerana kau sangat setia kepadaku.

Tahun ini, tahun 2012. Aku dah habis belajar di Shah Alam.
Kau pun sekali lagi sanggup menaiki lori 
untuk mengikutku balik ke kampung halaman di Pontian, Johor.
Tempat asal kita bersama.

Tanggal 31 Ogos 2012, aku terpaksa melepaskanmu. 
Kerana dengan keadaan kau, 
aku rasa tidak yakin kau masih boleh menemani ku lagi.
Berat hati ini untuk berpisah dengan kau.
Kerana aku sememangnya sayang pada kau.
Kerana kau sangat berjasa kepadaku selama ini.
Kerana kau sangat setia kepadaku selama kita bersama.
6 tahun kita bersama.

Tapi, ini dah memang takdir kita.
Aku harap kau dapat jumpa orang yang dapat menjaga kau dengan baik selepas ini.

Warkah ini hanya buatmu JJU6207


Untuk aku, kau tidak perlu risau kerana aku sudah ada pengganti. 
Namanya JNU 7431.



Walaupun aku sudah ada pengganti, aku tetap tidak akan lupa jasa-jasamu.
Terima kasih JJU6207.
Sekian…..

Ok. assalamualaikum dan selamat berblogging...
Lama dah aku karang warkah ni, baru teringat nak update. hehe. 

Friday 14 September 2012

Selesai minggu pertama


Hai semua. Masih ingatkah kepada jejaka ini. hehehe. Lama aku tak update blog. Minggu pertama praktikal dah lepas. Aku rasa sibuk jek. Sibuk berehat. hahaha. Praktikal kat jabatan kerajaan ni syok sebab banyak rehat. Untuk awal-awal ni, tak banyak kerja la diberikan kat aku. 

Untuk hari pertama, aku daftar kat Jabatan Audit Negara Negeri Johor kat Menara Ansar tu. Lepas daftar dia beritahu aku akan dihantar ke jabatan-jabatan untuk belajar selok-belok audit ni. Ada yang kat Nusajaya (Kota Iskandar), ada yang kat Wisma Persekutuan, dan lain-lain. 

Bila aku dapat tahu kat Nusajaya ada, aku terus buat permintaan untuk dihantar ke sana. Diorang pun tak ada apa halangan untuk aku ke sana. Jadi, hari kedua hingga hari kelima (hari ini) aku ditempatkan di Nusajaya di bahagian Bendahari Negeri Johor (Unit Audit). 



Office aku kat bangunan ni la. Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak
Google la gambar-gambar Kota Iskandar kalau ada yang tak tahu tempatnya ok. Thanks Google.  


Kat Nusajaya ni best sebab orang dalam ofis sikit jek. 6 orang termasuk aku. 5 lelaki termasuk aku dan seorang perempuan. Bila orang sikit, kita jadi senang rapat dengan diorang. Diorang semua dah pangkat brother-brother dah. Tapi semua perangai sempoi dan kelakar. Aku selesa lepak dengan diorang. Sorang perempuan tu aku panggil dia akak la sebab lebih tua dari aku. Orang nya sangat baik. Meja sebelah aku, banyak juga la kitorang sembang. 

Aku pernah cakap nak praktikal 3 bulan terus kat situ. Sebab aku rasa selesa bekerja kat situ. Tapi masa hari lapor diri tu diorang cakap lepas 2 minggu aku akan dihantar ke tempat lain. Tak tahu lah macamana nanti. 

Semalam ada mesyuarat Unit Audit Bendahari Negeri Johor. Aku secara tak lansung pun kena pergi sekali kat Wisma Persekutuan. Masa mesyuarat tu aku diam seribu bahasa jek. Aku dengar jek semua yang diorang bincangkan, tapi tak paham apa yang dibincangkan. hehehe. Lepas mesyuarat, ada jamuan makan. Ini part paling best. haha. Bos siap buat Tiramisu untuk anak-anak buah dia. Sedap plak tu. Lepas abis mesyuarat, kitorang pergi Rumah Terbuka MBJB plak. Makan lagi. Naik dah berat badan aku. hahaha. Kali pertama pergi rumah terbuka besar macam tu. Jumpa orang-orang besar, ketua-ketua pengarah jabatan. Sangat janggal sekali bagi aku. 

Hari ini hari jumaat, esok hari sabtu, hari cuti. Lama dah rasanya tak bangun pagi lambat. hahaha. Selamat bercuti kawan-kawan. SELAMAT HARI MALAYSIA. 

Sayangi jalur gemilang kita
JANGAN JADI MACAM BUDAK-BUDAK SENGAL NI.
Pengaruh negara asing. Nak ikut macam bendera Singapura plak

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging............


Thursday 6 September 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU KIZ



1 September lepas aku dan member-member pergi Felda Air Tawar, Kota tinggi. Ada apa kat sana?? Ada orang kahwin la. Member aku merangkap classmate, housemate dan roommate masa kat rumah sewa kat Shah Alam kahwin. Aku rasa ramai juga yang kenal member aku ni sebab dia pun blogger juga. Nama blog dia Kiz Garden. 

Member aku, Iz nama dia. Budak Terengganu dapat jodoh orang Johor. Jauh gak kan. Aku tumpang gembira la dia dah kahwin. Bini dia aku kenal la juga. Sama-sama budak UiTM Shah Alam kan. Blog Kiz Garden tu blog diorang berdua la. 

Ucapan setinggi tahniah buat mereka. Semoga hubungan suami isteri berkekalan mereka kekal hingga ke anak cucu dan ke akhir hayat. Kena doakan hingga ke akhir hayat atau hingga ke syurga. Kalau doakan hingga ke anak cucu jek, ada plak kang cerai lepas dapat cucu. Hehehe. Gurau jek. 

Masa kat sana kira puas hati la layanan yang diberikan. Makan pun puas sebab kitorang dapat makan lauk sedap. Hehe. Lauk makanan untuk makan berdamai. Kira lauk pengantin la. 
Yang sempoinya, gaya pengantin lelaki tak macam Raja Sehari. Muka tak neves lansung. Hahaha. Macam pelakon tengah shooting berlakon jadi pengantin bak kata member aku. 

Kat bawah ni ada la gambar sikit-sikit masa hari persandingan diorang. 




Kitorang tetamu istimewa, dapat makan sedap. hehe.



Ok. assalamualaikum dan selamat berblogging.................
Lama sangat dah aku tak update blog. bz sket. huhu...

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA