Click here OK!

Followers

Tuesday 15 November 2011

APA YANG LELAKI RASA BILA - perempuan yang mengurat dia dulu


Zaman sekarang ni memang dah banyak perigi cari timba. Maklum la, nisbah perempuan sekarang ni lebih banyak berbanding lelaki. Cuba tengok di IPT-IPT di Malaysia ni. Lebih kurang 80% daripadanya adalah perempuan. Aku agak jek peratusnya ni. hehe. Tengok je la kat kelas sendiri. Mesti perempuan lebih dari separuh melainkan kos tu memang kos banyak lelaki. 

Ini pendapat aku sendiri berdasarkan pengalaman dan orang-orang sekeliling aku.

APA YANG LELAKI RASA BILA - perempuan yang mengurat dia dulu

  1. Lelaki budiman - Dia rasa bertuah dan mencuba untuk memahami perempuan tersebut, dalam masa yang sama berfikir masak-masak sama ada nak menerima atau menolak. Kalau terima, lelaki ini akan layan sebaiknya dan kalau menolak akan menolak dengan penuh rasa hormat.
  2. Lelaki ego - Dia rasa bangga dan hebat. Lagi-lagi kalau perempuan tu idaman jejaka-jejaka. Dia akan jual mahal pada mulanya untuk menunjukkan dia ni macho. Dia akan menerima perempuan tu secara senyap dan akan cuba mengawal perempuan tu mengikut cara hidupnya.
  3. Lelaki playboy - Dia rasa biasa-biasa sebab dah ramai perempuan. hehe. Dia akan terus terima perempuan tu dan akan berterus terang pada perempuan tu yang perempuan tu ada madu. Dia akan membiarkan perempuan yang buat keputusan untuk terima atau tidak. Lelaki macam ni suka tengok perempuan bergaduh sebab dia. Mungkin itu kepuasan lelaki jenis macam tu.
  4. Lelaki buaya darat - Dia rasa sangat teruja dan terus dengan perancangan dia. Oleh sebab perempuan yang mengurat dia dulu, dia akan rasa berkuasa ke atas perempuan tu. Selalunya jenis macam ni akan terus terima perempuan tu dan akan terus berusaha untuk mendapatkan kepuasan seks untuknya. Alasan lelaki tu, perempuan tu yang nak sangat kat dia dulu, so kena la ikut semua kemahuan dia kalau nak dia terus terima dan sayang kat perempuan tu. 
  5. Lelaki materialistik - Dia rasa selamat dan senang hati. Sebab perempuan ni akan dijadikan tempat dia bergantung kalau ada masalah kewangan. Perempuan yang dah sayang sangat dekat lelaki ni akan memberi apa sahaja yang di minta tersurat atau tersirat. Lelaki macam ni biasa kuat tipu duit perempuan untuk perempuan lain.
  6. Lelaki seperti aku - Hehehe. Tak tau la nak cakap macam mana. Aku rasa happy jek setiap kali perempuan yang start dulu. Ikut pengalaman aku lbih kurang semua bekas-bekas kekasih aku yang start dulu. Aku layan sebaiknya selagi termampu. Kira masuk jenis budiman la kan. hehe.  
Kepada perempuan-perempuan yang dikasihi sekalian. Tak salah untuk mengurat lelaki. Tetapi kena hati-hati dengan siapa anda "tackle" tu. Kenal hati budi dia dulu baru la mulakan. Tapi kalau jenis dah minat sangat dengan lelaki tu walaupun dah kenal perangai lelaki tu macamana, terpulang la. Situasi macam ni la yang akan memberi masalah kepada kebanyakan perempuan. Memang la kita selalu dengar cinta itu buta. Mungkin mata kita buta untuk melihat keikhlasan cinta, tapi akal kita tidak. Berfikir untuk kebahgiaan diri sendiri dunia dan akhirat. 



25 comments:

ch000tz said...

suka ajaaaaaa...sebab kalau nak tggu laki tu ngorat kadang lambat hahahahah

ILA HonEyBuNNy said...

wahahha...

banyak jugak kategori lelaki neh..

hati2 dgn lelaki...selamat xsuka mngorat lelaki..ehheh

shahrazali said...

ILA HonEyBuNNy - mmg banyak..berhati-hati ye..mana tau ada terjumpa lelaki idaman yg ada ciri2 yg awk nak,, x salah utk cuba mendapatkan dia..



ch000tz axoera - tapi awk kena hati-hati la..pastikan lelaki yg awak nk ngorat tu jenis boleh pakai..hehe..pastikan awk kenal lelaki tu btol2 sblum ngorat..slmt berjaya..

Anonymous said...

folow ena.ada hadiah utk new folower :P

Anonymous said...

folow ena.ada hadiah utk new folower :P

Cik tikah said...

tpi ada org kata kalau pompuan ngorat laki, dia gatal. setuju? cik tikah x setuju!

shahrazali said...

saya pun x setuju... kita x bleh nk salahkan perempuan kalau perasaan untuk menyukai seseorang tu dtg kt kita.. ramai perempuan cepat jatuh hati pada lelaki tapi tak semua ada keberanian nak mengakuinya..
bg sy perempuan yang ngorat lelaki ni tak gatal,,tp berani utk mendapatkan sesuatu..

shahrazali said...

bagi saya la kan cik tikah... lelaki ni lebih gatal kalau nk ngorat perempuan...
-perempuan ngorat lelaki sebab dia betul2 ikhlas nak kan lelaki tu. berdasarkan hati budi lelaki tu..
-lelaki ngorat perempuan pun sebab dia ikhlas, tp mungkin ada sebab lain.. mungkin hanya berdasarkan rupa paras shj..

FARA said...

Kalau kes perempuan luah perasaan kat mamat tuh camne pulak? Agak2 mamat tuh nak cair tak? hehe

shahrazali said...

tgok kepada perangai lelaki tu..kalau dia dah biasa org pompuan yg luahkan perasaan kt dia,, dia x cair sgt la..tp kalau lelaki pun mmg suka kt awk,,mmg dia cair...
tp kan kalau perempuan yg luahkan perasaan dulu,, prkara ni lelaki akan ingt smpai bila2..kalau timbul apa2 masalah,,prkara yg akan dicakap oleh lelaki adalah "dulu dia yg nak kt aku dulu,,skrg mcm ni plak dia layan aku"...

FARA said...

Okay, itu kalau perempuan sahaje yg luah. Kalau dua2 luah, kira dua2 pun akan ingat benda tuh lah kan? So, in that case, msg2 kena ingat ape yg diluah dulu so that tak sng2 nak tinggalkan org tuh, kan kan? hehe

shahrazali said...

lelaki lebih senang nk tnggalkan kekasih berbanding pompuan.. lebih2 lg lelaki yg jenis 2 hingga 5 tu..
kalau sama2 luah,, terpulang kepada cara dn perangai masing2 la..

shahrazali said...

kalau sy jadi 'mamat' tuh, then awk plak jadi perempuan yg luahkan perasaan,, confirm sy cair...haha..

fara ada pengalaman macam ni ker??

FARA said...

Yes, that's what I did :)

♥ainie muniera♥ said...

ahak . mcm klkr je . slalunye lelaki yang gtl ngort pompan .muwehehe~ cube terbalikkan entry untuk perempuan plk .hehe

shahrazali said...

my eyes for shine :
pasal pompuan,,,awk la buat..hehe..

Bitter Sweet Efiey said...

sy suka baca semua entry :) tq sbb buat entry yg menarik untuk di baca :D

Anonymous said...

aq rse trsgt annoying..wat dek je laaa..

Ros said...

Lelaki yg aku suka tu dh ada respon,tp ngape la dia susah sgt nk bersuara dulu....tunggu aku nk ngorat mmg smpi kiamat kut.malu la pompuan mulakan..berbulan2 ko jeling2 manje dgn aku...penat la trick cm ni.

Ros said...

Lelaki yg aku suka tu dh ada respon,tp ngape la dia susah sgt nk bersuara dulu....tunggu aku nk ngorat mmg smpi kiamat kut.malu la pompuan mulakan..berbulan2 ko jeling2 manje dgn aku...penat la trick cm ni.

Ros said...

Lelaki yg aku suka tu dh ada respon,tp ngape la dia susah sgt nk bersuara dulu....tunggu aku nk ngorat mmg smpi kiamat kut.malu la pompuan mulakan..berbulan2 ko jeling2 manje dgn aku...penat la trick cm ni.

Anonymous said...

Respon dh ada...aku saje jual mahal...tp nk tunggu dia tegur ntah bila.tunggu aku nk mula dulu mmg idak la.org kata kalo llki suka kt pompuan dia mesti usaha nk dptkn...ermm..smpi kiamat la cm ni.letih la...

Anonymous said...

Kalau lelaki tu jenis x kawan sgt dgn pompuan x pernah ada makwe.. Tertiba ada pompuan ni luahkan yg dia suka laki tu.. Laki tu layan pompuan tu baik je.. Tapi laki tu pernah ckp yg dia x suka pompuan tu.. Tpi bila pompuan tu cerita kat kawan laki tu.. Kawan laki tu suruh relax sabar .. So soalan sy haha .. Knp kawan laki tu macam suruh pompuan tu tahan dgn perangai laki tu sedang kan laki tu ckp kat pompuan tu yg dia x suka pompuan tu ? Sebenarnya laki tu suka ke x

Anonymous said...

Sorg laki ni x pernah ada awex . Dia x rapat dgn pompuan. ckp dgn pompuan pun x sgt . Pastu ada pompuan ni ckp yg dia suka laki tu.. Tapi laki tu ckp yg dia x suka pompuan tu.. Bila pompuan tu citer ke kawan laki tu.. Kawan laki tu suruh sabar relax dgn perangai laki tu.. Sedgkan laki tu ckp yg dia x suka pompuan tu .. So solannya knp kawan laki dia suruh bersabar dgn laki tu sedgkan laki tu dh ckp x suka? Pastu sebenarnya laki tu suka ke x pompuan tu..

Killa92 said...

Nak tahu jugak jawapan nya. Apa kesuadahannya?

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA