Click here OK!

Followers

Wednesday 27 March 2013

KATA-KATA PSYCHO

Hai kawan-kawan. Assalamualaikum........

"Psycho tak muka gua???". hahaha

Aku ada terjumpa something yang telah di 'share' oleh kawan fb aku dan aku nak share pada kawan-kawan blogger sekalian. 


Ada betulnya juga apa yang tertulis ni. Kadang-kadang kita tak perasan apa perasaan kita yang sebenar. Kadang-kadang kita tak perasan apa yang kita buat tak sama dengan apa yang kita rasa. Kadang-kadang kita tak perasan, apa yang kita maksudkan lain dengan apa yang orang disekeliling kita rasa mengenai kita. Di sini aku nak merumuskan sedikit apa yang aku rasa.

NO 1 - Benda kecik jek, tapi ketawa bagai nak rak sampai orang jadi pelik kenapa nak ketawa sampai macam tu sekali. Kadang-kadang orang lain dah stop ketawa, tapi dia sorang jek tak berhenti. Kalau jumpa orang macam ni, selalu-selalu la tanya khabar kat dia dan selalu teman dia pergi mana-mana. Mungkin dia sangat kesunyian. hehehe. Tak pun orang macam ni baru lepas ditinggalkan orang yang dia sayang. 

NO 2 - Kerjanya asyik tidur jek kalau ada masa lapang. Selalu nak bersendirian dalam bilik, atas katil, pikir macam-macam, then tidur. Kalau tak ada apa-apa nak buat, aktiviti utama dia adalah tidur. Mungkin sebab dia penat, jadi nak berehat lama, atau mungkin dia kesedihan dan nak alami sorang-sorang jek. Kalau jumpa orang macam ni, cuba la tanya apa masalah dia kan. 

NO 3 - Orangnya memang kurang bercakap, dan hanya bercakap benda-benda yang penting untuk diri dia sahaja. Tapi ada masa dia akan banyak bercakap dan cakap kelam kabut. Tandanya dia ada rahsia yang takut terbongkar. Tak pun, dia ada tahu rahsia sulit tentang orang yang bercakap dengan dia. Jadi dia macam nak cepat blah atau nak cepat mengelak la dari orang tersebut. Kalau jumpa orang macam ni, tanya jek dia ada apa-apa rahsia nak beritahu ker???, ada apa-apa yang tak kena ker???. Kalau dia rasa selesa dengan kita, mesti dia akan beritahu. 

NO 4 - Punya la susah nak rasa sedih atau nak keluar air mata. Selalunya orang lelaki la macam ni. Ego tinggi la katakan. Orang yang menangis ni hati lembut la, macam perempuan la, hati jambu la, x macho la. Sedangkan orang yang tak menangis ni la orang-orang yang lemah. Sebab dia takut nak mengaku perasaan sendiri, takut orang lain tahu perasaan sebenar dia, takut orang lain tahu kelemahan dia. Boleh dikatakan hati pengecut dalam diam la. Kalau jumpa orang macam ni, cuba lah bercerita macam-macam perkara kat dia. Kadang-kadang orang macam ni jenis tak pernah rasa susah dan sedih, jadi diorang tak tahu macamana menangis tu boleh menggambarkan perasaan mereka. 

NO 5 - Biasa dia makan sikit-sikit jek. Nak diet katanya, tapi tiba-tiba dia makan banyak dan macam-macam plak tu. Cara dia enjoy makanan dia pun lain. Macam dah lama sangat tak jumpa makanan macam tu. Tengok cara dia makan, kita pun boleh jadi kenyang. Maknanya mereka dalam keadaan tertekan. Banyak masalah dalam kepala. Kadang-kadang bila terlalu memikirkan masalah, sampai diorang tak perasan pun makanan apa dan berapa banyak kuantiti yang diorang makan. Dan sebaliknya la. Selalu makan banyak, tiba-tiba sesuap nasi pun tak lalu nak masuk mulut. Memang orang macam tu ada masalah yang merunsingkan mereka. Kalau jumpa orang macam ni, ajak diorang keluar makan, sambil makan tanya la masalah diorang. 


NO 6 -  Sikit-sikit nangis, sikit-sikit nangis. Hati lembut sangat. Biasanya orang perempuan la kan. Tapi kadang-kadang ada juga lelaki yang macam ni. hehehe. Pantang dengar cerita sedih sikit, dah nangis. Pantang tengok drama/movie yang sedih sikit, dan berjujuran air mata walaupun hakikatnya dah tahu diorang ni berlakon jek. Pantang kena tegur/marah sikit, dah nangis teresak-esak. Hati mereka selembut tauhu putih yang bergoyang-goyang bila disentuh. Kalau jumpa orang macam ni, jangan la berkasar atau menengking mereka. Mereka sangat sensitif. Walaupun hati mereka ni lembut, tapi mereka adalah pendengar yang setia kalau kita ada masalah. Bila kita bercerita sesuatu kepada mereka, mereka akan cepat memahami dan masuk dalam cerita kita tu.

NO 7 -  Benda kecik semut, tapi rasa macam sebesar gajah. Pantang orang buat silap sikit kat dia, mula lah nak melenting. Suka sangat nak marah-marah orang di sekeliling dia. Hati keras macam ais. Kenapa aku cakap ais??? Sebab hati mereka bukan selamanya atau sentiasa keras, cuma kurang kasih sayang jek. Benda ni terjadi kebiasaannya kepada mereka-mereka yang tak ada cinta dalam hati mereka. Tak ada sesuatu yang manis untuk diperkatakan atau nak diingatkan. Jadi hati mereka keras macam ais. Kalau jumpa orang macam ni, carikan mereka pasangan untuk mereka bercinta. Agar pasangan itu dapat menjadi haba untuk menghangatkan hati dia dengan kasih sayang dan cinta. Bila dah hangat bercinta, hati yang keras macam ais tu akan cair dan lembut. Kurang la marahnya kan. hehehe..

 -LIKE kalau suka, SHARE jika berguna-

Sumber gambar : GOOGLE
 
Cuba la memahami hati orang di sekeliling kita. Bukan nak menjaga tepi kain orang, tapi cuma mengambil berat sahaja. Bila kita beri perhatian kepada orang lain, kita juga akan diberi perhatian yang secukupnya oleh orang lain. Dalam hidup ini, kita memerlukan orang lain untuk berjaya, dan orang lain juga memerlukan kita. Hargailah orang-orang yang menghargai kita.
Pesanan ini dibawakan khas oleh saya, Shahrazali Sahlan. 

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging............. 


Sunday 24 March 2013

KEMBALI MENANAM ANGGUR


Hai, assalamualaikum semua. Aku kembali menanam anggur. Dengan kata lainnya, aku kembali menganggur, dan dengan kata yang lebih senang lagi, aku dah berhenti kerja. Hari rabu lepas aku datang ofis, then aku mintak resign terus. Tandatangan dokumen berhenti kerja, then secara rasminya aku berhenti kerja. 

Sebenarnya, minggu pertama lagi aku rasa nak berhenti. Sebab aku tak minat sangat dengan cara kerja company ni dan juga sikap team leader aku yang menyakitkan hati. Tapi aku tabahkan hati jugak sampai masuk minggu ke 3, dan ambik keputusan untuk berhenti kerja. Aku bukan main berhenti jek tau. Aku dah fikir betul-betul dan masak-masak sebelum aku buat keputusan nak berhenti kerja. 


Aku keje dengan company xxx, dan menjadi wakil kepada badan NGO XXX untuk mencari dan mengajak orang awam untuk menderma secara berterusan untuk disalurkan kepada badan NGO yang berkenaan. Jadi aku dan kumpulan akan dihantar ke suatu tempat, buat event XXX dan mencari seberapa ramai orang untuk diberi pendedahan tentang badan NGO berkenaan dan mengajak mereka untuk memberi sumbangan kepada badan NGO tersebut la. 

Kerja ni perlukan kepetahan dan gaya bercakap yang meyakinkan, dan juga kerajinan yang tinggi. Aku agak pandai bercakap, cuma gaya dan kerajinan jek yang aku kurang. hehehe. Kerja ini memerlukan keyakinan yang tinggi sebab akan berjumpa dengan bermacam-macam orang tak kira la siapa mereka. Kerja ini pun 100% outdoor. Cuma kalau dah jadi manager jek kerja kat ofis sahaja. Pendapatan memang lumayan kalau kerja keras. Kerja nampak macam bebas dan seronok, tapi aku tak dapat nak enjoy dengan kerja aku. Jadi aku rasa memang kerja ini tak bersesuaian dengan aku. Aku ambil keputusan untuk berhenti kerja. Walaupun aku sepatutnya kena dapatkan kerja baru sebelum aku berhenti. tapi aku rasa keputusan untuk berhenti adalah yang terbaik untuk aku ni. Aku tak nak membuang masa dan duit belanja aku untuk buat kerja yang aku tak minat, dan juga tak nak membuang masa mereka-mereka yang melatih aku. 

Aku cukup berterima kasih kepada Big Boss company xxx tu kerana memberi peluang pada aku untuk mencari pengalaman kerja walaupun sekejap. Selama 2 minggu lebih tu, banyak juga yang aku pelajari sebab hari-hari mereka melatih dan mengajar aku tentang cara kerja mereka. Aku dapat bertahan sampai minggu ke 3 ni pun sebab aku ada minat dengan seorang pekerja kat company tu. CIk 'S' nama dia. hehehe. Tapi dia selalu pergi roadtrip sana-sini. Bila jarang nampak dia, aku jadi tak bersemangat nak kerja. Aku minat kat dia sampaikan aku ada cipta puisi untuknya. Aku ada post dalam FB sebelum ni. Kat bawah ni puisinya.  Hehehe. 


kerana 'dia' ,
aku dah mula suka nak datang kerja,
sebab bila datang kerja,
ada peluang nak tatap muka 'dia',
hari ni 1 hari penuh bekerja dengan 'dia',
hati sangat berbunga-bunga,
setiap kali memandangnya,
hati rasa tenang, sejuk, happy tak terkata,
senyumannya, 
ketawanya, 
suaranya,
masih terbayang di minda,
kutujukan puisi cinta ikhlas untuk 'dia',
agar dia dapat rasa, 
meskipun dia tak baca.

>>>untuk cik 'S' yang berada disana.
>>>yang akan buat tidurku tak lena.

~perghhhjiwangkaratakumalamni~

Jadi sekarang, aku akan mula sibuk mencari kerja kembali. Harap-harap aku akan dapat kerja yang aku boleh buat dan minat dengan setulus hati. hehehe. Kawan-kawan, doakan aku dapat kerja yang baik dan bagus ye.

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...............
---- Ada siapa-siapa pernah jumpa tak cincin macam ni kat kedai???????? Kalau ada, mintak tolong bagitau ye kat mana korang jumpa. Lama dah aku cari cincin ni.


Friday 8 March 2013

MAAF. SAYA AGAK SIBUK. REHAT BLOGGING SEBENTAR.

Hai, assalamualaikum semua.....

Aku menghilang lagi kan. Sekarang aku dah kerja. Baru seminggu la. Esok sabtu pun aku kena kerja. Sekarang dah kurang masa dah nak online. Balik kerja dah penat nak online. Kalau boleh online kat rumah ok gak kan. Tapi rumah aku tak ada internet, jadi kalau nak online kena pergi cc. Minggu pertama ni agak stress bagi aku. Tapi biasa lah kan minggu pertama kerja. Rasa macam nak berhenti jek. huhuhu. Memandangkan aku dah ada banyak pengalaman jadi pekerja baru, aku boleh la handle sikit-sikit kan. Jadi, aku akan tabahkan je la hati ini untuk mengharungi minggu-minggu berikutnya sehinggalah aku jadi enjoy dengan kerja aku. Lepas dah rasa biasa dengan kerja, barulah aku akan kembali aktif berblogging kot. Kerja apa, aku tak nak bagitau. Malas plak nak terangkan pasal kerja aku ni kan.


Jadi, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan blogger yang sudi menjenguk blog aku ni walaupun dah jarang update. 

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.........



Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA