Click here OK!

Followers

Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Monday, 12 August 2013

JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2013/2014 UNTUK MANCHESTER UNITED


Assalamualaikum semua !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Bola sepak Inggeris bermula kembali dengan musim baru yang sungguh mengujakan. Sekarang tengah sibuk pasal pemindahan-pemindahan pemain bintang dari satu kelab ke kelab lain. Banyak sangat rumors pasal perpindahan pemain terutama untuk kelab Manchester United. Aku sebagai penyokong kuat MANCHESTER UNITED sejak dahulu lagi berharap David Moyes, pengurus baru Manchester United akan membawa 'budak-budak' aku ni mempertahankan kejuaraan liga perdana Inggeris. Semoga kelab Manchester United ini akan merangkul kejuaraan ke 21 pada penghujung musim baru ini..

 
Zaman kegemilangan Sir Alex Ferguson sudah berakhir
 

Zaman kegemilangan David Moyes baru bermula


Di sini aku sertakan jadual perlawanan EPL untuk kelab Man United. Untuk kelab lain, aku tak nak ambik tahu.. hahahahaha.. GLORY-GLORY MAN UNITED..



Ok, Assalamualaikum dan selamat berblogging....................


Friday, 28 June 2013

PERLAWANAN AKHIR PIALA FA JDT vs KELANTAN


Assalamualaikum semua. Esok ada bola. Esok ada bola. Tau tak game apa??? hehehe. Perlawanan Akhir Piala FA la. Perlawanan antara Johor Darul Takzim dan Kelantan. Aku sebagai rakyat Johor yang lahir dan dibesarkan di Johor haruslah menyokong pasukan JDT. LUASKAN KUASA MU. hehehe.. 

Jangan lupa saksikan di mana-mana sahaja yang anda suka. Di stadium, di rumah, di kedai mamak, di padang yang ada skrin besar dan di mana-mana sahaja yang ada tv.

Di bawah ini ada lagu Luaskan Kuasa Mu (versi penuh) dan lagu Kita Tetap Menang nyanyian Joe Flizzow Feat. Amy Search, MicBandits & Datuk Hasbullah Awang (komentator bola) hehe. Jom layan sama-sama. 





Pada aku pasukan JDT ni dah macam Manchester United. Sebab ramai "haters". huhuhu. Orang johor sokong pasukan JDT, orang selain negeri Johor sokong Kelantan. Katanyaaaa...

Ok la... Assalamualaikum dan selamat berbloggging.....................
>>> Sedih sebab tak dapat pergi stadium. Ada kenduri kat rumah sedara. Nak kena bawak mak gi sana.. Tapi kalau tak ada kenduri pun memang tak pergi pun sebab tak ada duit pun nak gi sana. hehehe...

JDT   2 - 1   KELANTAN

Aku harap JDT menang malam esok. Jangkaan aku JDT 2, Kelantan 1............ Tapi kalau Kelantan menang pun tak apa. Asalkan perlawanan malam esok nanti berjalan lancar, bersih dan tak ada gaduh-gaduh.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Tuesday, 14 August 2012

JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2012/2013 UNTUK MANCHESTER UNITED


Lama dah aku tunggu musim baru bola sepak England ni. Hujung minggu tanpa game Manchester United memang membosankan. Untuk musim baru kali ni, mungkin aku banyak tengok kat rumah je kot sebab geng-geng tengok game Man Utd ada kat Shah Alam lagi. Kat Pekan Nanas ni ada jek kedai mamak yang penuh setiap kali ada game bola, tapi bukan geng-geng aku. Banyak penyokong Chelsea dan Liverpool jek. Hampeh... hahaha. Teringat keriuhan tengok bola kat Restoran Hakim sek 7 Shah Alam tu.  


Ini lah jadual perlawanan team Manchester United untuk musim baru 2012/2013. 


Kepada yang tak minat bola tu, or yang anti dengan Manchester United, abaikan je la ek. hehehe.


Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging..................
>>> Syawal semakin dekat, Ramadhan semakin meninggalkan kita. huhu. Harap dapat jumpa lagi Ramadhan tahun depan.... InsyaAllah....



MARI TERJAH LINK DI BAWAH


PENDAPAT SHAHRAZALI - LELAKI DAN BOLA SEPAK



Monday, 12 March 2012

LIN DAN JUARA ALL ENGLAND 2012 (KESIAN DATUK)


Aku baru lepas tengok All England Final ni. Nasib baik game Datuk Lee Chong Wei lepas game Manchester United. So dapat la tengok kedua-duanya kan. Tadi aku dan member2 bagi sokongan padu kat Datuk Lee Chong Wei kita. Walaupun dia kalah sebab tarik diri daripada perlawanan, kitorang tetap sokong dia. Kesian kot tengok Datuk Lee Chong Wei berhempas pulas dalam kecederaan. Datuk Lee Chong Wei dapat kecederaan pada bahu kanannya yang menyebabkan dia menarik diri dari perlawanan akhir tu. 

Masa set pertama, Datuk Lee Chong Wei bagi saingan sengit juga la walaupun dia tak main smash lansung. Lin Dan menang 21-19. Aku tengok Lin Dan pun main tak all out macam biasa. Dia pun paham Datuk Lee Chong Wei cedera dan tak boleh main smash. Masa set kedua Datuk Lee Chong Wei menarik diri masa point 6-2. Aku rasa dia memang dah tak boleh tahan sakit dah tu. Daripada dia cedera lagi teruk, baik dia tarik diri kan. Bahu nak pakai lama tu. 

Tak mengapa la Datuk Lee Chong Wei. Berehatlah untuk seketika dan tumpukan pada saingan sukan Olimpik nanti. Pastikan emas untuk perseorangan badminton milik Malaysia. MALAYSIA BOLEH. 






Walaupun aku sedih dengan kekalahan Datuk Lee Chong Wei dalam Final All England, aku tetap puas hati dengan perlawanan bola sepak sebelumnya. Manchester United menang 2-0 dengan West Brom dan Man Shitty kalah kepada Swansea 1-0. 
Ni dia penjaring kedua-dua gol untuk Manchester United

YEEEAAAAAHHHHHHHHHHHHHH...... Sekarang Manchester United mengungguli takhta liga perdana inggeris dengan kelebihan 1 mata. GLORY-GLORY MAN UNITED...


Akhirnya dapat memotong kedudukan Manchester City. Manchester United atas sekali tu. Harap-harap kekal sampai penghujung musim.

OK, assalamualakum dan selamat berblogging..............

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA