Click here OK!

Followers

Monday 27 February 2012

AKU KUSUT NIH. PEREMPUAN CARI, AKU LARI..


Kadang-kadang orang buat something kat kita, akan datang kita pun akan buat something yang sama kat orang lain walaupun tanpa kita menyedarinya......

Kadang-kadang kita buat something kat seseorang, akan datang kita plak terkena benda yang sama oleh orang lain. Ini boleh dijadikan pengajaran untuk kita.

Ini yang selalu berlaku dalam hidup kita. Semuanya telah ditentukan olehNya. Jangan merungut dan sentiasa bersyukur atas setiap apa yang berlaku. 

Aku tengah kusut ni sebab Ex aku masih mengganggu aku. Aku tetap anggap dia kawan walaupun aku dah tawar hati dengan dia. Aku dah tak pernah mesej dan call dia sejak putus. Tapi dia sering cari aku lagi. Dia tetap mesej and call aku, tapi sekali sekala je la. Setiap kali mesej, mesti ada pergaduhan dalam mesej. Aku cuba nak jauhkan diri, nak hilangkan diri, tak nak balas message dan jawab call dia, tapi aku rasa tak adil untuk dia. 

Dulu aku selalu cari dan kacau Ex aku sebab masih sayangkan dia. Selalu kata nak balik macam dulu, macam2 aku cakap sampai dia tertekan,,,sekarang aku yang dapat tekanan daripada perempuan lain Ex aku paling latest ni....

Dalam kepala aku, macam-macam yang aku fikirkan supaya dia tak kacau aku lagi. Tapi entah la. Korang ada cadangan?? Mana tau korang ada cadangan bernas yang aku boleh praktikkan selain daripada apa yang aku fikirkan ni..

ok,,,assalamualaikum dan selamat berblogging.............

Thursday 23 February 2012

AKU GELAK TENGOK TV

Cuti semester kali ni aku banyak habiskan masa duduk rumah jek. Aktiviti kat rumah makan, tidur, tengok tv, tolong jaga baby. hehehe. Rancangan tv favorite aku sekarang ni adalah Wipeout dan The Voice. Kenapa aku suka rancangan ni?? Sebab rancangan ini akan buat aku tersenyum dan ketawa. 

 WIPEOUT

Rancangan yang dihoskan oleh John Henson dan John Anderson  di samping Jill Wagner yang cantik tu. Aku suka tengok peserta-peserta jatuh-jatuh masa main game tu. Kelakar tu. hahaha. Kadang-kadang dialog diorang yang akan buat aku ketawa besar (pastikan subtitle on kalau nak paham betul-betul apa diorang cakap). Rancangan yang sangat simple tapi menarik. Part yang aku suka tengok masa first stage game ini. 24 orang peserta kena tamatkan pusingan pertama sepantas yang boleh. 12 orang yang paling pantas jek dipilih ke pusingan kedua. Apa yang kelakar adalah gaya peserta-peserta dan dialog-dialog masa game ni berjalan. Selalu tengok sorang-sorang jek kat rumah, so ketawa la sorang-sorang. hehehe. 





The Voice

Rancangan yang dihoskan  oleh Carson Daly. Apa yang aku suka dengan rancangan ini adalah telatah jurulatih-jurulatih The Voice ini masa diorang berebut nak dapatkan anak didik mereka. Masa musim pertama takde la berebut macam musim kedua ini. Kali ni musim kedua nampak hangat jek masa berebut. Kadang-kadang buat aku tergelak sorang-sorang depan tv. Yela kan, tengok pun sorang-sorang. Yang selalu bertekak mulut, Adam dengan Christina la. Jurulatih yang aku paling suka Adam Levine sebab dia cool, lagu-lagu dia best, berbakat menyanyi dan jadi jurulatih. Yang lain-lain macam Cee lo dengan Blake aku tak pernah kenal pun sebelum ni kecuali Christina. Diorang semua memang best. Dialog-dialog diorang buat aku ketawa. hehe.





Korang pun mesti ada yang suka juga kan tengok rancangan ni??? Kalau ada, bagus la.. Kalau ada yang tak pernah tengok, tengok la k. Channel AXN 701...

ok...assalamualaikum dan selamat berblogging...........

Monday 20 February 2012

KENAPA PERLAWANAN BOLA SEPAK 45 MINIT?????


Semua orang tahu perlawanan bola sepak dimainkan selama 45 minit untuk separuh masa. Tapi kenapa????? Ini saya ambil dari fb kawan.

Info bola sepak! Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30 minit ataupun 1 jam (untuk separuh masa)? Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima. 

Dia menjawab...."Sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit ialah... Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai "2 biji bola" dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang. Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan. Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 biji bola di atas padang, sama dengan jumlah masa 45 minit. Persoalan terjawab !!! 

Lepas itu ada lagi persoalan timbul, "Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit. Macamana pula??".. Jawapan kepada persoalan "itu adalah bola referee"


Adakah anda paham dengan jawapan kepada persoalan ini???
Fikir-fikirkan. Untuk pembaca perempuan, minta pendapat orang lelaki jika tidak paham..
hehehe.....
Kalau bola sepak perempuan macamana plak???hehehe....no komen..x sesuai..






(bagi yg pernah baca,,ini entri lama, saja nak kongsi kepada pengunjung baru blog ini)

Thursday 16 February 2012

25 tahun sudah berlalu.


25 tahun sudah berlalu sejak aku dilahirkan. Kepada sesiapa yang tidak tahu, semalam adalah Birthday aku (memang saja nak bagitahu ni..haha). Mari nyanyi sama-sama. Semalam 15/2/2012, genap umur aku suku abad. Suku abad bersamaan dengan 25 tahun. Tak sangka umur aku dah mencapai 25 dah. Tapi rasa muda lagi sebab aku masih belajar.hehehe. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang wish kat FB ok. 

Kawan-kawan aku yang sebaya ramai yang dah bekerjaya besar, ramai dah kahwin. Ada yang dah ada anak. Bulan 3 ni jek ada 2 jemputan kahwin kawan sekelas aku masa form 5. Dua-dua lelaki. Entah-entah masa aku kahwin nanti, membe2 datang semua bawak anak-anak. hehehe. Aku tak kisah pasal kahwin sebenarnya. Yang aku kisah pasal kerjaya. Kebanyakan membe-membe dah bekerja. Bila jumpa kawan-kawan lama, soalan pertama yang akan keluar adalah........."Kerja mana ko sekarang?????". Dengan hati yang tenang, aku selalu menjawab ..........." aku belajar tak habis lagi la,,mana nak kerjanya..". Lepas tu soalan berkaitan......" Lama betul ko belajar???? Amik Master ker???or PHD???......Dengan tenang aku menjawab........"Eh, takde la, aku baru amik Degree". Then baru buka topik lain. Kalau nak banding dengan kawan-kawan sebaya, memang aku rasa ketinggalan. Tapi aku ingat kat kawan-kawan sekelas aku jek. Kitorang sama-sama habis belajar, sama-sama bekerja. (kawan-kawan kelas aku muda 2 tahun or setahun dari aku). 


Kalau balik kampung or bawak mak aku pergi rumah orang kahwin, orang-orang akan bertanya.......,"yang bujang sorang ni bila plak majlisnya??". Bila aku jawab belum ada calon, diorang akan cakap nak kenalkan aku dengan sekian-sekian, nak carikan jodoh untuk aku. Lepas tu aku terus jawab...." saya ni belajar pun tak habis lagi, mana ada duit nak kahwin makcik"...... Lepas tu ada pula yang nak kenalkan dengan budak yang masih belajar juga. hahahaha. Macam-macam kan perangai orang-orang lama. Tapi aku tau diorang cuma bergurau jek. Aku pun saja nak melayan diorang. 


Umur dah 25 tahun ni aku harap aku semakin matang menempuh cabaran hidup. Lagi setahun aku habis belajar. Plan ingat nak terus kerja, tapi ada juga rasa nak sambung Master. Mungkin juga aku akan buat kedua-duanya. Wish me luck ok !........


Semoga aku dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan bahgia disamping orang tersayang (wish untuk diri sendiri...hahaha). Kepada sesiapa yang murah hati nak bagi hadiah, sila lah (hantar mesej kat FB aku, bagitau korang nak bagi hadiah) hehehehehehe. Ini bukan tak tahu malu ok, ini sebab aku bukan pemalu....hahaha.. OK, gurau jek..

Tadi dapat hadiah daripada anak saudara aku. Terharu beb budak 6 tahun belikan hadiah pakai duit simpanan dia sendiri. hehehe. 

Just kidding...hehehe...



















Dalam gembira, ada sedihnya. Orang yang aku tunggu untuk wish tak wish2 sampai habis 15 hb tu. Mungkin dia terlupa. Ye la kan, dah takde hubungan special antara kitorang. 
emmm....... orang tu pun dah ada penggantinya. Tak heran la kan........................


ok,,assalamualaikum dan selamat berblogging.....................

 

Monday 13 February 2012

GEMBIRA TAPI SEDIH TENGOK PENGANTIN BERSANDING


Semalam (ahad) aku pergi jemputan kahwin kawan (perempuan) aku kat Kempas. Nama dia F. Aku sampai sana dalam pukul 2 petang sebab nak tengok pengantin bersanding. Dalam pukul 230 baru pengantin berarak dengan diiringi paluan kompang. Aku tengok dari jauh jek. Masa dah nak masuk dewan baru aku ke depan sikit untuk ambil gambar. Kawan aku sangat cantik dengan gaun pengantin putihnya. Pengantin lelaki pun segak la juga. Sesuai dengan pengantin perempuan. Dah nama pun pengantin, mesti la segak dan cantik kan. hehe. Aku tak pasti dia nampak aku atau tak masa tu. Dekat juga la aku ambil gambar, tapi orang sekeliling pun boleh tahan ramai. Aku harap dia perasan kedatangan aku. Kalau dia tak perasan pun, harap dia suka hadiah yang aku bagi tu. 

Berhubung dengan perkara di atas ( dah macam surat rasmi dah. haha), aku sedih bercampur gembira bila tengok diorang bersanding. Aku gembira sebab kawan aku F ni dah jumpa jodoh dia. Aku sedih pula sebab F ni adalah orang yang aku suka dan sayang dulu. Kami berdua tak termasuk dalam cerita cinta tak jadi ye, sebab aku tak pernah luahkan yang aku cintakan dia dulu. 

Aku kenal F pada tahun 2006 melalui Friendster, lepas tu selalu chat di YM, komen-komen kat MySpace. Facebook aku tak kenal lagi masa ni. Then tukar-tukar no telefon, selalu berbual kat phone (selalu aku la yang call). Aku selalu nyanyi untuk dia sebelum tidur. Kadang-kadang hari-hari dia mintak aku nyanyi untuk dia. Dalam phone call jek ok, bukan nyanyi depan-depan. hehe. Kalau ada masa, kitorang keluar sama-sama gak. Area JB je la. Bila dah jadi macam tu, aku pun jatuh cinta kat dia. Dah mula sayang kat dia. Tapi dia anggap aku kawan walaupun aku rasa dia pun suka kat aku. hehe. 

Emmmm.... Aku pernah cakap aku nak masuk meminang dia, tapi dalam nada gurau je la. Cakap ketawa-ketawa. Tak pernah pun nak luahkan dengan serius. Dia selalu bercerita kat aku kisah-kisah hidup dia, kisah keluarga dia, kisah cinta dia, apa-apa sahaja la. Dia selesa bercerita dengan aku sebab aku ni kan pendengar setia. Hubungan kitorang berterusan macam tu hingga la aku ada girlfriend. Lepas aku beritahu dia aku dah ada girlfriend, terus dia dah tak contact aku lansung. Macam-macam aku rasa masa tu. Ntah la. Start tahun 2010 dia ada contact aku lagi, aku pun ada call dia juga, tapi kitorang macam janggal. Sampai nak cakap apa pun tak tau. Padahal dulu call berjam-jam ok jek. Kalau tak silap tahun lepas diorang bertunang tapi dia tak bagitau aku. Aku tau pun sebab tengok gambar-gambar FB dia. Lepas tu ada juga la mesej skali-skala.

Sebenarnya kan dulu aku takut nak luahkan perasaan kat dia. Takut dia terkejut dengan apa yang aku luahkan. Aku takut aku kehilangan dia kalau aku luahkan perasaan. Tapi mana kita tau perasaan orang kalau kita tak luahkan perasaan kita kan. emmm......ntah la. Kalau tak silap aku, aku pernah juga cakap nak couple dengan dia, aku cakap gurau-gurau jek. Dia jawab dia lagi seronok berkawan dengan aku. Berkawan kurang bagi masalah atau tekanan dari bercouple.

Semua ni cerita lama kan. F pun dah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati dia. Aku masih sayangkan F, tapi sebagai kawan. Sebab memang selama ni kami berdua hanya kawan kan. Tapi aku tetap sedih tengok dia bersanding dengan orang lain. Masa tengok tu aku cakap dalam hati, alangkah bahgianya kalau aku yang kat sebelah dia kat atas pelamin tu. Sebab aku pernah berangan kahwin dengan dia. Dulu pun kitorang ada cakap-cakap macamana kalau kitorang berdua jadi pasangan pengantin. Tapi gurau-gurau jek masa tu. Dah boleh nyanyi lagu Pelamin Anganku Musnah dah. hahaha...

Aku harap F dan pasangannya hidup bahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu dan ke akhir hayat. Aku tumpang gembira dia dah kahwin walaupun ada rasa sedih jugak. 


















Emmmmm......... Sebulan sebelum kahwin dia pernah mesej aku tau yang dia tengah tension. Dia kata dia belum bersedia nak kahwin, dia tak nak kahwin dulu. Tapi aku cakap kat dia perkara nikah kahwin ni bukan perkara main-main. Kalau ada apa-apa masalah, bincang dengan tunang dia. Tu la kali terakhir kitorang mesej. Macam-macam ada dalam kepala aku masa tu. Kenapa plak kan dia nak mengadu kat aku yang dia belum bersedia nak kahwin?? emm...... biar la lan. F dah kahwin dah pun. huhuhu....    


Begitu lah ringkasan ceritanya.......Assalamualaikum dan selamat berblogging.....
 
 

Friday 3 February 2012

MAYBE.............


Maybe nothing in this world happens by accident. As everything happens for a reason, our destiny slowly takes form.

Thursday 2 February 2012

GAMBAR-GAMBAR MACHO (LA SANGAT) HARI KEDUA

Berjumpa lagi kita dalam rancangan gambarku untuk tatapanmu. Hampeh jek rancangan macam ni. hahahaha. Sekarang ni kan musim cuti, jadi tak apa lah kan berkongsi gambar-gambar. hehe. Aku memang tengah banyak idea nak menaip ni. Tapi aku taip dulu kat tempat lain. Lepas dah habis gambar-gambar aku nak post baru aku nak publish. hahaha. 

Hari kedua aku cuma pergi Pantai Kelulut Marang. Tak ada ambil gambar sebab sibuk makan kat sana. hahaha. Dengan angin laut yang menyamankan, mengantok jek mata lepak tepi laut tu. 

Tapi pagi tu Iz bawak aku pergi Benteng. Tempat ni dekat jek dengan rumah dia. Pagi2 lagi kitorang dah pergi. Nak tengok matahari terbit sebenarnya, tapi sampai sana dah 730, matahari dah memancar dah. hehehe. Kat sini memang cantik tempatnya. Banyak batu-batu buat benteng. Sebab tu la nama dia Benteng kot. Agaknya la. Sini tempat port memancing bagi kaki pancing.
Iz (Kiz Garden)
  
Banyak gambar-gambar aku jek kan. Sebenarnya nak ambil gambar permandangan kat sini jek, tapi daripada kosong tak ada orang, baik aku jadi model kan. hahahaha. 


Gambar ni jek kitorang ambil masa kat Pantai Kelulut. Bersungguh-sungguh amnah dengan mimi buat. hehe. Begini la hasilnya. Masa ni aku tengah lepak kekenyangan. haha. Gambar bawah pula gambar masjid terapung. Dapat sembahyang zohor kat sini. Alhamdulillah, sampai hajat. hehehe. Masa kat masjid ni, ada orang ramai sebab ada pasangan nak nikah. Best gak kan dapat nikah kat masjid ni. Emmmm..kena cari orang Terengganu la macam ini. hahaha. 



Sekian sahaja untuk gambar percutian hari kedua. 
Assalamualaikum dan selamat berblogging......

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA