Click here OK!

Followers

Monday 29 April 2013

LAWATAN KERJA PERDANA MENTERI KE PARLIMEN TANJUNG PIAI

Assalamualaikum semua.


Ni la kereta yang Dato Seri Najib naik
Hari ini 29 April 2013 Pekan Nanas didatangi oleh pemimpin Malaysia iaitu Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak. Dato Seri Najib datang untuk lawatan kerja di Parlimen Tanjung Piai dan Dun Pekan Nanas. Turut hadir bersama Dato Seri Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Dato Seri Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor, Dato Seri Hishamuddin, serta calon-calon dari Parlimen Tanjung Piai, Dun Kukup dan Pekan Nanas.


Pengunjung berebut nak baju BN, dan barang BN yang percuma
Aku, abang dan mak aku pun pergilah ke tapak pasar lambak Pekan Nanas tu untuk join sekali. Sambutan memang meriah la kat Pekan Nanas ni. Biasalah kan, Johor kan kubu kuat Barisan Nasional. Dikatakan rombongan Perdana Menteri ini datang dalam jam 10 pagi, tapi mungkin atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan, mereka sampai dalam jam 1100 pagi. Kedatangan rombongan Perdana Menteri ini disambut dengan sorakan dan jeritan daripada orang ramai.

Antara yang hadir. Ni baru snap dari tengah ni.


Selepas menyampaikan ucapan, rombongan dibawa ke khemah sebelah untuk menjamu selera di meja makan yang siap tersedia makanan yang sedap dan lazat. Orang ramai yang hadir pula terpaksa berebut sakan hanya untuk mendapatkan sebungkus nasi berlauk. Aku pelik kenapa diorang-diorang ni tidak menjaga adab masing-masing. Ada yang berebut sampaikan berterabur nasi atas meja. Masa aku nak ambil nasi pun dah hampir nak berebut. Aku cuma 'sound' diorang, "Manusia,manusia, jadilah macam manusia", lepas aku ambil sebungkus, aku terus blah. Ambil sebungkus jadi la untuk mak aku. Geram juga kepada segelintir yang ambil sampai 6,8,10 bungkus sekaligus. Pentingkan diri sendiri. huh.

Dalam pada ramai-ramai orang kat situ, aku ada nampak 2 orang artis. Diorang bagi baju percuma kepada orang ramai. Kalau dah nama percuma tu, paham-paham je la macamana diorang punya berebut. Ish3. Penat brader-brader kat situ bagi arahan supaya ikut barisan. Aku pergi depan diorang, tapi bukan untuk ambil baju la. Sebab nak ambil gambar jek. Artis yang datang, Amy Search dan Erma Fatima . Kalau ada yang lain yang aku tak perasan, tak tahu la kan. Masa aku nak ambil gambar tu, aku siap jerit 'phewwwittttttt'. Tapi malangnya suara aku tak masuk la dalam gambar tu. hahaha.


Dalam 1230 tu, kitorang pun balik la ke rumah. Kesian dengan mak aku yang kepenatan. Mak aku tu sakit-sakit pun tetap nak datang bagi sokongan pada Barisan Nasional. Aku sebagai anak yang prihatin, bawa la mak aku ke sana. Mak dan arwah abah aku penyokong UMNO dan Barisan Nasional sejak dari dulu lagi. Kalau abah aku masih hidup, mesti dia pun nak datang tengok Perdana Menteri berucap juga.

Lagi seminggu hari mengundi untuk pilihanraya. Kepada yang dah boleh mengundi tu, keluarlah mengundi, tunaikan kewajipan pada negara kita.Undi adalah rahsia. Jadi undilah ikut keikhlasan korang ye. LAIN KALILAH !!!


Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging............
>>> Tak sabar nak tunggu keputusan pilihanraya kali ni. Sebab kali ni nampak agak sengit, tak macam dulu-dulu.

Tuesday 23 April 2013

MANCHESTER UNITED JUARA LIGA PERDANA INGGERIS 2012/2013


 Assalamualaikum semua. Hari ni hari yang agak seronok dan puas hati bagi aku sebab Manchester United menang pagi tadi seterusnya dengan bergayanya memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris bagi sesi 2012/2013. Aku sebagai penyokong setia dan 'kipas susah mati' Manchester United yang tidak berdaftar ini ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada para pemain, jurulatih dan juga Big Boss MU, Sir Alex Ferguson kerana memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang ke 20 ini.



Pagi tagi Manchester United melayan kunjungan kelas Aston Villa. Game pagi tadi memang best sebab Manchester United main dengan bagus dan bersahaja. Separuh masa pertama dah mendahului 3-0. Hat trick daripada Robin Van Persie sudah cukup untuk Manchester United memenangi perlawanan pagi tadi seterusnya memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang ke 20 untuk Manchester United dan yang pertama untuk Robin Van Persie yang memakai jersi no 20. Kegembiraan di wajah Robin Van Persie memang nampak sangat puas hati. Mana taknye kan. 7 tahun kat Arsenal tak memang apa-apa piala. Masuk jek Manchester United, terus menang kejuaraan liga.


Mungkin ada yang kata Manchester United menang kejuaraan Liga Perdana Inggeris kali, 'all thanks to V.Persie', 'MU menang sebab ada V.Persie', ' V.Persie makes the difference'. Tapi cuba kita lihat ke belakang seketika, selama 7 tahun V. Persie kat Arsenal, kenapa Arsenal tidak memenangi apa-apa kejuaraan besar??? Kalau kita tengok pada game Manchester United, V. Persie tak dapat pun jaringkan gol tanpa kelibat Rooney, Kagawa, Giggs, Carrick dan yang lain-lain. Pujian juga harus diberikan kepada jentera pertahanan dan penjaga gol yang sentiasa bertahan jika penyerang mereka menjaringkan gol. Tak guna pun V. Persie jaringkan 40 gol kalau pertahanan bolos sampai 30 gol. Jadi V. Persie bukan la sahaja penyebabnya Manchester United menang. Setiap orang dalam dalam kelab manchester United ada sumbangan mereka tersendiri.


Manchester United dengan bergayanya merampas kembali piala kejuaraan dari 'the noisy neighbour' iaitu Manchester City. Tapi katanya memang Manchester United hanya meminjamkan sahaja piala itu untuk setahun, so dah habis masa pinjam, haruslah dikembalikan kan. hahaha. Bak kata komentator pagi tadi, 'they silence the noisy neighbour'. hahaha.


Harap musim depan, Manchester United dapat mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris ini. Matlamat musim depan, gelaran yang ke -21 plak. Not Arrogant, Just Better, B.E.L.I.E.V.E, GGMU.........


Saksikan video pemain-pemain Menchester United meraikan kejayaan mereka di bilik persalinan. Arak adalah haram untuk orang Islam. Tapi untuk mereka tidak.



Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...........................

Wednesday 17 April 2013

APA AKU BUAT SEKARANG NI

Assalamualaikum pembuka bicara,
Kepada semua rakan blogger. hehehe.


Semenjak dua tiga empat menjak ni rasa malas betul nak menaip kat sini. Semangat berblogging agak berkurang sedikit. Bukan tak tak ada terus la, cuma kurang rajin jek sekarang ni nak menaip di sini. Kalau ada yang merindui hasil nukilan aku ni, terima kasih banyak-banyak ye. Aku pun rindu nak terjah blog korang, tinggalkan jejak sana-sini, cuma kurang rajin jek sekarang. Maafkan aku ye.

Lepas aku berhenti kerja dulu tu, aku duduk rumah jek besarkan badan. hahaha. Tak ada apa-apa aktiviti menarik yang boleh dikongsikan bersama pun. Cuma dalam 2, 3 minggu ni, aku selalu tolong pak cik (jiran aku) yang sakit. Umur dah tua dah dalam 60 tahun. Dia kena penyakit kulit dan lambat baik sebab dia ada kencing manis. Kakinya membengkak membuatkan dia tak boleh jalan dan bangun. Aku sebagai jiran yang prihatin ni cuba la tolong dengan sedaya upaya aku. Tolong angkat dari katil ke kerusi roda, dari kerusi roda ke kereta, dah sampai klinik, angkat dari kereta ke kerusi roda, dari kerusi roda ke katil kat klinik plak. Seminggu 3 kali aku tolong hantar dia ke klinik sebab nak cuci kaki dia yang bengkak dan luka tu. Sekarang alhamdulillah dia dah boleh bangun sendiri, cuma tak boleh jalan jek lagi. Sakit kulit dia pun dah semakin pulih. Kadang-kadang dia akan panggil aku kat rumah untuk tolong dia ke bilik air. Aku memang terus pergi la tolong dia. Aku bukan ada buat kerja apa-apa pun kan. Jadi memang tak ada masalah bagi aku untuk menolong.

Aku sentiasa doakan agar dia kembali pulih seperti dulu. Setiap kali aku tolong, dia selalu bagi aku upah sebab tolong dia. Walaupun aku menolak sekuat mungkin, dia tetap juga berkeras nak bagi upah. Buat beli rokok katanya. hehe. Aku sentiasa ikhlas nak menolong dia dan tak harapkan apa-apa upah. Tapi disebabkan dia berkeras juga nak bagi, aku ambil jek la. Aku ikhlas menolong sebab sekarang aku tolong orang, mudah-mudahan masa aku tua/sakit nanti, akan datang ada orang tolong aku juga kan. Buat baik dibalas baik, hari ini kita tolong orang, akan datang orang lain tolong kita kan.
Hari sabtu lepas 13/4 aku ambil exam kemasukan PTD kat GoodHope Hotel, Skudai Johor Bahru. PTD tu Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada yang tak tahu la. Exam mula pukul 900 hingga 945 bagi seksyen A, 1015 hingga 1100 bagi seksyen B, 1130 hingga 1230 bagi seksyen C, dan 1400 hingga 1500 bagi seksyen D. Seksyen A soalan pengetahuan am. Agak susah juga la, tapi disebabkan soalan objektif, jawapan dah bagi, tinggal pilih jek mana-mana yang kita rasa betul.Seksyen B soalan Matematik pada aku senang-senang la soalan dia. Aku kan budak Matematik, jadi tak ada masalah untuk aku kira dan jawab. Cuma ada masalah tak sempat jawab jek. cisssss. Seksyen C esei bahasa melayu. Senang sebab boleh goreng. haha. Seksyen D esei bahasa inggeris. Soalan senang, boleh fikir, cuma nak translate isi ke bahasa inggeris jek yang masalah sikit. hehe. Tapi alhamdulillah secara keseluruhannya aku boleh jawab la exam PTD untuk kali pertama ni.Harap-harap lulus. Amin................

Semalam 16/4 aku ada ujian kecergasan dan exam juga untuk jawatan Penolong Penguasa Penjara kat Penjara Kluang, tapi aku tak pergi sebab masalah kesihatan. huhuhu. Macamana nak lulus ujian kecergasan kalau diri tak cergas kan. Takpe la kan. Mungkin rezeki aku lain kali.

Weekend ni, sabtu 20/4 aku akan ke Teluk Intan, Perak sebab ada kenduri kahwin saudara belah mak. Aku dan mak aku tak pernah kenal pun diorang ni. Kira diorang-diorang ni terjumpa saudara-mara kat facebook la. Program jejak kasih di Facebook. hahaha. Inilah bagusnya Facebook ni. Mempertemukan balik saudara-mara yang jauh-jauh. hehehe. Malam sebelum majlis tu, akan diadakan majlis surah, maksudnya majlis bertemu saudara-mara, berborak-berborak sambil makan-makan kot. Dapatlah jumpa saudara-mara yang tak pernah jumpa sebelum ni. Harap-harap ada awek-awek cun yang boleh dijadikan menantu untuk mak aku. hahaha.


Sekian sahaja update dari aku. Nanti aku update lagi ye. Salam rindu dan sayang dari saya Shahrazali buat semua rakan blogger.
Assalamualikum dan selamat berblogging...........
>>>>> Tahniah buat JDT yang menang ke atas Selangor malam tadi. hehehe. Luaskan kuasamu !!! Pagi ni game Manchester United plak. Harap MU menang bergaya. hehehe. GGMU.



Monday 1 April 2013

JAUHKAN DIRI DARI PEREMPUAN SEPERTI INI


Hai, assalamualaikum semua. Sedang menyelongkar wall FB, aku ada terjumpa kawan aku share pasal ni. Jadi, aku nak share juga pasa kawan-kawan blogger kat sini. Kepada kaum lelaki, jauhilah selagi boleh mereka-mereka ini. Kepada kaum perempuan, jauhkanlah diri dari menjadi seperti ini supaya kamu semua akan memperoleh jodoh yang baik dan juga dapat menjadi isteri yang solehah di sisi suami kamu.




6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi..

Lelaki digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia :

1. Al-Anaanah : 

Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.

2. Al-Manaanah : 

Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.

3. Al-Hunaanah : 

Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.

4. Al-Hudaaqah : 

Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al-Hulaaqah : 

Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.

6. As-Salaaqah : 

Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, dan macam-macam cara yang lain . Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

SUMBER : FACEBOOK PANDUAN ISLAM 

Di sini, aku nak sama-sama mengingatkan diri sendiri dan orang lain supaya menjauhi diri dari perkara-perkara yang tidak elok. Tapi diingatkan, untuk memiliki sesuatu yang baik, kita mestilah menjadi yang lebih baik dahulu. Jangan suka mempersoalkan peribadi orang lain sedangkan peribadi kita jauh lebih buruk dari mereka. Kepada kaum lelaki, jika ditakdirkan kita mendapat isteri seperti mereka, jangan cepat melatah, tapi bimbinglah mereka ke jalan yang betul sambil memperbetulkan diri kita sendiri. Kepada kaum perempuan, berusahalah untuk menjadi yang lebih baik untuk suami kerana suami lah tempat kamu bergantung demi kebaikan di dunia dan di akhirat kelak. 

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...................

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA