Click here OK!

Followers

Tuesday 31 January 2012

GAMBAR-GAMBAR MACHO (LA SANGAT) HARI PERTAMA-PART 2

Maaf kalau entri-entri yang lepas dan kali ni berat dengan gambar-gambar.

Bersambung dari <part 1>

Dari kiri - fathi,iz,aku,mimi,amnah
Pengawal pintu..hahahaha..


Sekian sahaja untuk hari pertama percutian di Terengganu. hehehe. Banyak lagi gambar sebenarnya, tapi pilih yang suka hati aku nak pilih la. hahaha. Best dapat tengok rekabentuk masjid-masjid luar negara ni. Yang aku paling puas hati dapat sembahyang kat masjid kristal. Kitorang sembahyang mahgrib kat masjid kristal. Siang-siang nampak cantik, tapi malam-malam lagi cantik sebab masjid nya bertukar-tukar warna lampu. 

 
Nanti ada gambar lagi untuk hari kedua dan ketiga. Harap pembaca setia blog ini tak bosan..hahaha...
Assalamualaikum dan selamat berblogging................

Monday 30 January 2012

GAMBAR-GAMBAR MACHO (LA SANGAT) HARI PERTAMA-PART 1

Dah dekat 4 hari aku tak online. Sebab rumah aku tak ada internet. Broadband dulu ada, tapi dah campak jauh-jauh sebab rumah sewa dah ada unifi. Bila dah balik kampung ni, teringat kat berukben tu. hahaha. Sekarang aku lepak-lepak kat Mcd, so boleh la online sekejap. Entri kali ni saja nak tunjuk gambar-gambar percutian masa kat Terengganu tu. haha. Untuk tatapan pengunjung setia blog ini dan juga menjadi kenangan aku. Mana lah tau laptop or handphone aku hilang entah kemana, rosak ker, ada gak backup dalam blog ini. 


Hari pertama aku cuma pergi Taman Tamadun Islam. Tempat ni memang aku nak pergi sangat sebab tempat ni Terengganu jek ada. kan?? kan??. Dulu cuma tengok gambar-gambar orang jek. Sekarang aku pula berpeluang sampai sini. Gambar-gambar ini ambil guna kamera phone jek. Sebab aku memang tak ada kamera. Meh la tengok gambar-gambar macho (la sangat) ni. hahahaha. 


Hari pertama. Lokasi - Taman Tamadun Islam






Cantik-cantik kan gambar-gambar kat Taman Tamadun Islam ni?? Mesti ada antara korang yang pernah pergi kan?? Yang tak pernah ada?? Kalau ada yang tak pernah pergi, pergi la sini kalau korang bercuti kat Terengganu. Bila ada kat sini, macam dah merantau ke seluruh dunia. hehe. Ada banyak lagi gambar di entri-entri seterusnya. Entri kali ni semua gambar-gambar aku jek. hahahaha. Muak?? Menyampah?? Bosan tengok?? Jangan la macam tu. Tapi, lantak la kan. Entri yang akan datang baru gambar-gambar lain. 


Masih belum terlambat rasanya nak ucap Selamat Tahun Baru Cina kepada Jackie Chan, Donnie Yen, Stephen Chow dan juga rakyat Malaysia yang berbangsa cina. Semalam mercun bunyi kuat gilerrrrr kat kawasan rumah aku. Kiranya masih belum terlambat la kan. Macam ada jek orang cina baca benda ni. hahaha. 

Assalamualaikum dan selamat berblogging.
 

Wednesday 25 January 2012

HOOHOOHOO BALIK KAMPUNG + KISAH TERKUNCI DALAM KERETA


Petang ni aku bertolak balik pula ke kampung halaman di Pontian, Johor. Balik Johor naik bas jek. Tadi dah beli tiket pukul 6 petang. Dijangka akan sampai pada pukul 11 malam di stesen bas Larkin, JB. Maka bermula la cuti semester aku. Setakat ni tak ada rancang apa-apa aktiviti lagi untuk masa cuti ni. Dah sampai rumah nanti baru buat keputusan nak kerja or mengangkang kat rumah jek. hahaha. 

Aku ada cerita sikit nak kongsi ni. Tadi sebelum pergi stesen bas, aku dengan Iz pergi la kedai sekejap. Masa kat kedai tu kitorang nampak ada orang ramai kecoh-kecoh sikit dekat satu kereta ni. Aku tanya la sorang pakcik ada kat situ. Dia kata tak tau sangat, tapi tengok gaya macam ada budak terkunci dalam kereta. Dengar macam tu, aku terus bergegas ke sana. Prihatin beb. hehe. 

Sampai kat kereta Kelisa tu, aku nampak akak tuan punya kereta ni sibuk menepuk-nepuk cermin kereta tu dan menjerit-jerit memanggil anaknya yang tengah syok giler tidur dalam kereta. Budak tu berumur dalam lingkungan 5 tahun. Punya la nyeyak budak tu tidur sampai tak sedar-sedar lansung kereta gi goyang, di tepuk, dan dijerit namanya. 

Kisahnya macam ni. Kakak tu baru balik dari berjalan jauh semalam. Baru sampai tengahari tadi kot. Budak tu kiranya tengah penat giler (mengalahkan driver. hehe) la. Suami dia kerja. Dia pergi kedai sebab nak beli barang la. Tinggalkan anak dia yang kepenatan dalam kereta, suruh budak tu kunci dari dalam. Enjin dan aircond dia tak matikan. Bila kakak tu dah siap beli barang,  pergi kat kereta, anak dia tertidur dalam kereta. Jerit punya jerit, tak sedar-sedar. Ketuk kuat giler sampai tangan kakak tu merah-merah, pun tak bangun juga. Aku dengan iz pun cuba nak tolong. Tolong goyang-goyang kereta tu. Kitorang ambil pembaris besi, cuba bukak kunci dengan cucuk pembaris tu kat bahagian tepi tingkap tu. Tapi tak berjaya. Suasana menjadi tegang, dah la cuaca panas terik. Ada yang cakap takut budak tu pengsan dalam kereta. Sebab dia tak gerak-gerak lansung. Tapi nampak bernafas lagi la. hehe. Lagi la panik kakak tu. Orang pun semakin ramai kerumun kereta tu. Last-last ramai-ramai goncang kereta tu kuat2 sampai budak tu bergoyang-goyang dan berubah posisi tidur dia. Akhirnya budak tu terjaga dengan muka blurrrrrrr. Dia terkejut orang ramai keliling kereta tu.  


Budak tu bangun, terus buka kunci dari dalam. Muka buat tak tau jek. hehe. Lepas tu kakak tu bagi ucapan terima kasih kepada semua yang tolong. Orang ramai terus blah termasuk kitorang. Habis cerita budak tu. hehehe. 

Jam dah pukul 4:20 petang. Nak kemas barang nak balik kampung. Ho ho ho balik kampung.  Ho ho ho balik Johor. Hati girang. Kepada kawan-kawan blogger dan pembaca setia blog ini, doakan aku selamat sampai ke rumah aku di Johor ye. 


Assalamualaikum dan selamat bercuti..............................................................



Tuesday 24 January 2012

SAYONARA TERENGGANU

 Malam ni aku dah nak bertolak gi Shah Alam. Macam biasa, naik kereta WLD 9 milik Iz (Kiz Garden). Setelah 3 hari 3 malam bercuti kat Terengganu ni, aku pun bersiap pula untuk berangkat pergi meninggalkan Terengganu darul Cool ni. hehe. 

Macam-macam tempat juga aku pergi, dan bermacam-macam makanan aku makan kat sini. Ada yang beli, ada yang mak kawan aku masak, ada yang kawan aku masak. Semua sedap-sedap belaka. Doakan perjalanan aku dan Iz sentiasa selamat dan lancar. Selamat sampai ke Shah Alam dan selamat sampai pula ke Johor. 

Malam ni bertolak dalam pukul 10 malam, lepas makan (makan tu penting..hehe). Dijangka sampai Shah Alam dalam pukul 3 or 4 pagi (bergantung kepada kelajuan dan kelancaran perjalanan). Lepas tu, dah sampai sana, cari tiket balik JB pula. Cari dalam pukul 430 petang la. Baru la sampai ke kampung halaman di Pontian, Johor. 

Nanti nak kongsi gambar-gambar yang aku snap kat sana. Snap pakai kamera handphone jek. Sebab dah memang tak ada kamera. hehe. Itu tunggu nanti la masa kat Shah Alam. Ok,, gerak dulu la. Nak kemas-kemas barang lagi sikit, then nak bertolak dah.  

Saturday 21 January 2012

MARI BERCUTI !!!!!!!!!!!!!!! NA NA NA NA NA TERENGGANU KITERRR


Kalu tuang gi pata timor
Jangan lupa maghi sokmo
Negeri terengganu memang sohor
Tempat molek, tanah subor
Tempak Molek, tanah suhor
Na na na na na Terengganu kita
  
Hari ni aku akan bertolak ke Terengganu dengan menaiki kereta WLD 9. Stylo kan no plat kereta tu. Sebenarnya ada 4 nombor, tapi disebabkan plat kereta dia kena langgar dengan kereta orang, tinggal 9 jek. Kereta milik Iz, housemate aku. Aku bercuti dan menjejakkan kaki buat pertama kali nya di negeri Terengganu. Umur dah suku abad, Terengganu pun tak pernah pergi. hahaha. Kesian kan?? Apa yang best ek kat Terengganu?? Ada siapa-siapa orang Terengganu or dah bercuti kat sana?? Best??? hehehe.. Aku pun tak pasti sangat. Yang penting kawan aku Iz ( owner Kiz Garden), akan bawa aku jalan-jalan kat sana. Rumah dia dah la dekat dengan pantai. Syok la boleh pergi pantai sesuka hati. haha. 

Kat sana aku akan tidur di rumah Iz. Makan memang tak payah nak risau la kan. Mesti la mak dia masak sedap-sedap untuk tetamu kan. hahaha. Macam-macam tempat diorang nak bawak aku, dan macam-macam makanan diorang nak aku rasa. Aku kan pengktirik makanan tak bertauliah. haha. Yang penting aku akan makan nasi dagang kat sana. Nasi dagang dari air tangan orang dari Terengganu sendiri. Emmm, paham kan maksud air tangan tu. Paham-paham je la ek. 

Aku orang Johor, tapi pernah sokong Terengganu tau masa perlawanan bola sepak separuh akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Terengganu. Siap tengok kat stadium Shah Alam lagi sebab nak sokong Terengganu. Berkat kedatangan aku, Terengganu menang malam tu 2-0 di tempat lawan. Tak caya tengok la gambar ni. hehe.



Tapi Terengganu kalah masa Final Piala Malaysia tu. Sebab aku tak datang kot. hahaha. 

Aku kat sana tak ada la lama sangat. Mungkin dalam 3 atau 4 hari. Then, balik Shah Alam semula, kemas barang-barang lain. Lepas tu baru la aku pulang ke kampung halaman di Pontian, Johor. Rindu dengan mak dan anak-anak buah aku yang comel-comel tu. Selama 3 or 4 hari mungkin tak dapat nak online. Tak dapat la nak jalan-jalan kat blog pembaca setia aku. Insyallah aku akan jalan-jalan kat blog kawan-kawan kalau aku sempat online. 

Kawan-kawan blogger,,, doakan aku selamat sampai ke Terengganu, selamat sampai ke Shah Alam balik, dan selamat sampai balik Johor nanti ok. 



sambung nyanyi. hehe. 
Kalu nok tra nasi dagang
Kita pakat gi kampong ladang
Buat bekal gi merang
Di setiu pata peranginan
Singgah sebetor ke rantau abang
Kita tengok penyu telor
Kita tengok penyu telor
PENYU TENGOK ........................... 
tengok ape????  



TERENGGANU !!!!! I'M COMING !!!




Thursday 19 January 2012

Cinta tak jadi (lagi) 3.5

Kisah kali ni panjang, saya harap pembaca setia blog ini dapat luangkan masa sikit untuk membaca ye. Baca slow-slow ok. hehe....


Lagi kisah cinta tak jadi dari pengalaman aku. Kali ni 3.5 sebab situasi ni terjadi di antara cinta ketiga dan cinta keempat. Singgah la baca sekali. Klik saja di situ. hehe. Jangan lupa baca sekali Cinta tak jadi 2.5 yek. hehe. Kisah ini bermula kerana rasa kesunyian yang amat selepas putus dengan yang ketiga. Masa ni aku baru lepas habis matrikulasi yang mana dapat keputusan yang sangat teruk !!!. Jadi aku pun cari la kerja berdekatan dengan rumah. Dapat kerja dekat kilang buat basikal. Jadi operator biasa je la sebab itu jek kerja yang senang dapat. 

Aku kerja kat kilang buat basikal, tapi selalunya aku disuruh jaga mesin yang sebesar van (department lain). Wahhh, besar tu. Kerja senang jek. Bukak pintu mesin, masukkan something( aku pun tak tau apa nama dia), tutup pintu, tekan button Start, then tunggu mesin abis proses, buka pintu mesin, keluarkan, ganti yang baru. Kerja senang, tapi yang lecehnya kena buat beratus, beribu. 

Skip part kerja aku buat........ Selama 2 bulan aku kerja, aku ada ngorat juga la sorang dua awek kilang tu, tapi yang aku nak mesti orang punya. Kadang-kadang aku try juga, tapi x dapat. Yang dapat pun sebab nak kikis aku jek. Aku bukan kaya pun diorang nak kikis. haha. Sengal punya perempuan pisau cukur. Then satu hari tu ada sorang perempuan dari kilang lain datang tengok aku buat kerja. Sebab barang yang aku buat ni untuk kilang tempat dia kerja. Nama dia "N". Orang nyer kurus, tinggi, manis, dan sedap mata memandang la singkatannya. Aku berkenalan la dengan dia. Tanya dia macam-macam, dia tanya aku macam-macam. Aku dah mula suka kat dia. Tapi ada juga lelaki lain yang satu kilang dengan aku suka juga kat dia. Tapi aku lagi cepat bertindak la sebab satu hari tu dengan selamba aku bagi dia kertas ada no telefon aku. Suruh dia call bila-bila dia free. Then, malam tu juga dia call. hehehehe..... Sebenarnya dia memang tertunggu-tunggu juga bila aku nak mula. Kalau dah suka, try je la kan. Semakin cepat kita bertindak, semakin cepat kita diterima or ditolak. Pembolehubah dimanipulasikan(kot) untuk subjek sains. hahaha. 
Siapa kata perempuan lebih tua x bahgia??emm...bahgia ker diorg ni??
 Sejak tu, hubungan kami semakin rapat. Tiap-tiap malam call, mesej-mesej masa free je. Aku rasa janggal sebenarnya dengan hubungan kami berdua. Sebab apa?????? Sebab beza umur antara kami berdua. Masa ni umur aku 19 tahun. Umur "N" 24 tahun. 5 tahun beza umur antara kami berdua. Kalau lelaki lagi tua, biasa sangat la kan. Kalau perempuan yang lebih tua dari lelaki, nampak janggal sikit la. Kalau setahun dua ok kot, ini 5 tahun. Tak pelik pun sebenarnya, cuma tak biasa. hehehe. "N" pernah cakap yang dia suka aku sebab perangai aku jauh lebih matang dari umur. Aku pun baik dan caring giler kat perempuan. (hahaha, ketawa bangga,,,ntah apa2).

Kami berdua belum declare couple lagi(bahasa zaman dulu-dulu) sebenarnya sebab masing-masing nak kenal lebih rapat lagi. Tapi gaya dah macam orang bercinta. Kami rasa bahagia jek bila bersama. Keluar jalan-jalan, selalu gi tengok wayang (selalu dia la belanja sebab gaji dia besar dari aku, gaji aku sikit kot, operator jek kan. Cukup-cukup makan jek.huhu), gi makan-makan, dan lain-lain lagi. Kalau nak keluar pergi mana-mana memang naik motor aku je la. Save bajet. hehe. 


Nampak bahagia jek kan??? tapi kenapa tak jadi??? Sebab pertama mak dia tak suka dia berkawan dengan aku. Mak "N" kata aku budak-budak lagi, 19 tahun, muda la kalau nak banding dengan "N" yang dah 24 tahun, aku pun kerja kilang jek. Aku tak pernah jumpa dengan mak dia "face to face" sebab aku segan atau boleh cakap juga seram. Ye la kan, ingat senang ke nak berdepan dengan orang yang tak suka dengan kita??. Emm, selalu nampak mak dia kat tingkap jek la skodeng-skodeng aku masa aku amik "N" kat depan rumah kalau nak pergi mana-mana. Mak dia pun memang tak nak jumpa aku sebenarnya. Pernah juga "N" nak bawa aku jumpa keluarga dia, tapi mak dia tak nak. Orang dah tak suka kan. hmmmm...

Gambar hiasan - Ibu menjadi penghalang. Jgn kata aku perasan aku aril plak..haha..
Sebab kedua, ada pihak lain datang mengacau hubungan kami. Lelaki tersebut aku bagi nama "A". Aku pun tak ingat nama lelaki tu. "A" ni memang dah lama simpan perasaan kat "N". Siap dah kenal-kenal dengan mak "N" lagi. Tapi "N" ni tolak dia mentah-mentah sebab perangai dia teruk. Teruk macamana?? Korang agak-agak je la perangai teruk yang mentah-mentah jek kena reject dengan perempuan. Emmmmmm, bagitau je la ek. "A" ni banyak duit, ada kereta, tapi suka main judi, minum air haram, kaki perempuan dan macam-macam lagi. Dari mana dapat tau semua ni?? Kawan-kawan "A" la yang bagitau kat "N" perangai si "A" ni. Tapi part paling best, depan mak "N" lelaki yang namanya "A" ni baik gilerrrrrrrr dowhhh. Selalu bagi buah tangan, buah kaki (mana ada buah kaki daa), dan macam-macam lagi la. "N" pernah cerita kat mak dia perangai sebenar "A" ni, tapi mak dia bulat-bulat (kotak-kotak pun boleh) tak percaya. Mak dia kata itu semua alasan nak kata aku ni lagi baik (hoho, memang pun..haha).

Gambar hiasan - Wajah Sarip Dol watak dlm Bujang Lapok
"A" ni boleh la dikatakan gangster kampung dusun (macam Sarip Dol cite Bujang Lapok tu), sebab dia ramai geng. Umur pun dah 20 lebih (tak ingat berapa). Dia pernah datang dekat aku dengan muka Sarip Dol, dan berkata " hoi budak, lu dah xde perempuan lain ker haaa?? Yang lu nak kacau perempuan gua tu buat apa??", dan berkata lagi " pergi la cari perempuan yang sesuai dengan umur lu", aku diam jek. "A" berkata lagi " lu jangan sampai gua sebat muka lu. baik lu pergi cari perempuan lain". Aku diam jek. Orang macam tu jangan dilayan. Lagi dilayan, lagi menjadi perangai gangster dia. Sekali tu je la dia berucap depan aku. Aku tak takut pun dengan "A" tu sebab kat tempat sendiri kan. Geng aku pun ramai gak, geng tempat kerja, geng bas sekolah, geng taman aku, tapi hal perempuan tak kan nak kecoh kot. Malu beb. haha. 

Gambar hiasan - Sarip Dol berucap dgn basikalnya..
Aku banyak kali juga ajak "N" berbincang hal ini. "N" macam biasa la, tak tau nak selesaikan macamana. Tersepit, terseksa dan macam-macam lagi dia rasa (orang perempuan kan). Aku pun pening kepala masa tu. Tak tau nak settle macamana. Setelah lama berfikir, aku buat keputusan tak nak teruskan hubungan kami berdua. Sebab mak dia sangat mendesak "N" jangan berkawan dengan aku lagi. "N" memang serba salah sangat masa tu, jadi aku tolong ringankan beban "N" dengan aku undur diri dari hidup "N". Aku pun terus berhenti kerja kat kilang tu. Minta kerja kat kilang lain plak. (tu yang jumpa cinta keempat). 

Cinta tak kesampaian

Pada mulanya memang susah kami berdua nak terima perpisahan ini (masuk lagu aizat n 1st edition plak ni. hehe), tapi kami terpaksa juga sebab halangan dari mak "N" dan lelaki yang bernama "A". Hal ni keluarga aku memang tak tahu lansung. Baik punya cover. hehe. Kalau mak aku tahu, mungkin dia pun tak setuju kot. Entah la. 


Lepas aku berhenti kerja tu, sekali jek aku pernah terserempak dengan dia dan mak dia, tapi masa tu aku tengah drive kereta, jadi tak dapat nak tegur. Dia pun ada nampak aku, dia senyum, aku pun senyum. Tapi senyuman dia nampak penuh kesedihan. Mana aku tau?? Aku agak jek. hmmmmmm... Sejak kisah tu (tahun 2006) sampai sekarang (2012) memang dah x pernah jumpa lansung. Harap-harap "N" dapat kebahgiaan yang dia cari. Sekian,,,, thanks sudi baca..


Dah baca, tinggalkan la komen... Klik "like" kalau suka baca cerita ni..

 

Real madrid vs Barcelona 2012


Ini bukan ulasan perlawanan. Saja nak menaip di pagi yang indah ni. hahaha. Real Madrid vs Barcelona. Perlawanan yang sudah dijangka panas. haha. Macam biasa la kalau dua kelab besar ni bertembung. Aku layan sorang-sorang jek tadi kat kedai mamak. Game pukul 5 pagi kan. Nak ajak siapa pergi tengok. Petang ni ada exam (last paper) pun aku pergi tengok bola. Saja nak menghilangkan tension dan boring. 

Keputusan perlawanan Real Madrid 1-2 Barcelona. Gol dijaringkan oleh Ronaldo pada separuh masa pertama. Gol Barcelona dijaringkan oleh Puyol dan Abidal. Defender jaringkan gol?? haha. Nampak betol penyerangnya tak boleh harap. haha. Aku tadi sokong Real Madrid la sebab ada bekas bintang Manchester United (Ronaldo). Sebab lain aku memang tak suka dengan kelab Barcelona. Diorang punya permainan menyakitkan hati lawan dan juga orang yang menontonnya. 

Bekas bintang Man Utd

Tadi punya game memang syok tengok. Masing-masing tak puas hati dengan pemain lawan. Tolak-menolak, tak dapat sepak bola, sepak kaki orang. Biasa la tu kan bola sepak. Tapi diorang profesional. Dalam padang jek macam tu. Kat luar minum arak sama-sama jugak. haha. Kesian dengan pasukan Real Madrid. Dah dapat gol awal pun tak boleh nak menang. Jarang la nampak Real madrid serang kalau nak dibandingkan dengan Barcelona.

Tadi kelakar jugak aku tengok sorang pemain ni. Kaki disepak, tangan dipijak, kepala diganyang, badan ditolak. Siapa dia???? 















Pemain terbaik dunia la. Siapa lagi kan yang sesuai dengan semua layanan di atas. haha. Walaupun aku tak suka dengan permainan Barcelona, aku tetap kagum dengan Messi ni. Lari laju, main bijak, pandai jaringkan gol dalam apa jua situasi, dan dan dan dan,,,,, cukup la tu kot. Menyampah la plak. haha.



p/s :  Tak sabar nak tengok game Arsengal lawan Manchester United.

Wednesday 18 January 2012

APAKAH YANG TERSIRAT??

"WORDS OF FORGIVENESS COME EASY, LOVE DOES NOT"

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 "WHERE THERE'S LIGHT, THERE WILL BE SHADOWS"

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Apa maksud sebenar ayat-ayat diatas ????

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA