Click here OK!

Followers

Thursday 8 March 2012

Beauty and the beast pasangan bahagia


Pernah tengok cerita ni?? Aku tak pernah tengok full pun cerita ni. Pernah tertengok jek dulu-dulu. Aku pun tak ingat bila. Hehehe. Apa yang aku nak sampaikan bukan lah mengenai cerita ni. Tapi mengenai pasangan atau jodoh seseorang.
Pernah dengar tak ada orang cakap “lelaki hensem biasanya akan dapat pasangan yang kurang cantik” dan “perempuan cantik biasanya akan dapat pasangan yang kurang hensem”, barulah mereka menjadi pasangan kekal dan bahagia.
Aku pernah dengar orang cakap macam ini dulu. (tak ingat juga bila. Hehe). Cuba korang tengok pasangan korang sekarang. Tengok gambar-gambar dia pun ok. Hehe. Kalau masih single, cuba tengok gambar-gambar lelaki/perempuan idaman korang?? Hensem kah dia?? Cantik kah dia?? Atau mereka kurang cantik/hensem, tapi korang pilih sebab hati budi dia??.  Emmm…
Apa yang aku sampaikan ni bukanlah fakta yang sudah tertulis kat mana-mana, tapi hanya percakapan orang yang aku pernah dengar dulu-dulu. Aku rasa mesti ada di antara korang pernah dengar juga kan??.
Orang zaman sekarang memang suka memilih sendiri pasangan mereka berbanding dulu-dulu yang biarkan keluarga pilih pasangan kan. Tak kisah la kan sebab yang nak kahwin, tuan empunya badan. Jodoh dan pertemuan semuanya telah ditentukan olehNya, kita sebagai makhlukNya hanya mampu berusaha mencari kebahgiaan diri sendiri.
Rupa paras tak penting sebenarnya, yang penting hati budi, perangai dan keserasian untuk kita dan pasangan hidup bahgia. Setuju?? Bagus..hehe. Jadi, pedulikan orang nak kata kalau kita ni tak sesuai dengan pasangan kita. (kalau ada orang mengata la). Pedulikan juga umpatan orang-orang yang dengki kalau mereka cakap “tengok la dia tu, muka tak cantik/hensem pun, tapi pasangannya hot, letup-letup, cam model iklan gigi”. Ataupun “muka dah cantik/hensem, tapi pasangannya hmmmmmm malas nak mengata, tak sesuai lansung. Dengan aku lagi sesuai (padahal dah mengata dah pun..hehe).”
Sememangnya jodoh telah ditentukan olehNya, tapi kita boleh berusaha kan. Carilah pasangan yang kita mampu bahgiakan dan boleh bahgiakan kita dunia akhirat. Bukan pasangan yang boleh kita banggakan dengan mereka, dan bukan juga pasangan yang boleh melalaikan kita dengan tanggungjawab yang lain.  

12 comments:

Unknown said...

hehe..setuju!!waloapa pon rupa..kalo dah jodoh..nk wat cmna kan..redho je lah...

LiNda said...

betul2...rupa paras tak menjanjikan pape..tapi yang penting perangai dan hati budi dia yang akan bahagiakan kite..tapi setiap manusia boleh berusaha untuk mencari yang lebih baik..:)

Cik mama said...

Pasangan yg secocok, yg serasi tu saling melengkapi dan saling memahami antara satu yg lain... kekurangan kita akan di lengkapi dgn kelebihan pasangan kita, erkk betl ker.?? hehehehhe ^_^

Bookids Edutoys said...

best citer ni..download kat youtube..tgk ulang2 kali..hahaha

mcm ayat dlm novel "Life is all about making choices" - page 241

Jadi pilih dan carilah apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.

**i setuju dgn perenggan last tu. (",)

AdaM Hawa said...

senyum..

Domu-kon said...

jika cantik fizikal yang dicari maka itu yang dapat..but if u 'r looking for someone with inner beauty.. juz pray for that.. put your faith in Him..

Anonymous said...

takdir..Allah swt penentu jodoh.
yang penting hati budi.

Mun said...

btol tu...rupa paras... xpenting.. yg penting hati, keperibadiaan.. mampu bahagia bersama2 utk dunia dan yg penting utk akhirat..



apa gunanyer hensem.. tp xpenah solat..

apa gunanya cantek tp aurat aurat dan tgkah laku x dipelihara..

Anonymous said...

kalu rupa cantik , perangai x bt ape kn .....

teha said...

alaa.. kalu kite dh suke , rasenye rupa tu xjadik masalah kan.. hehe :)

CikTeddyCorner said...

er,rupa juga memainkan peranan sbnrnye..tp kalo dh jodoh,hati terpikat jugak akhirnya ^_^

ILA HonEyBuNNy said...

bagi ila rupa paras xpntg..biar la sedap mata memndg n menyeyngkan hati kita bila lihat...

y penting hati budi n iman dia...;)

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA