Click here OK!

Followers

Wednesday 24 October 2012

BERWAJAH BARU SELEPAS 'OPERATION'

Gambar sekadar hiasan

Siapa plak yang 'operation' ni kan. ish3. Blog aku ni la. Entri yang lepas aku ada beritahu nak tukar background dan header blog ni. Aku ni tak reti sangat sebenarnya nak edit lebih-lebih. hehe. So, aku tukar simple-mimple je la. Just tukar kaler background dan tukar gambar kat header.

Aku tukar pun sempena ulangtahun blog sembangshahrazali ni. Dengan secara pantas dan mudah, aku dah berjaya melakukannya. hehehe. 

So, apa pandangan korang ?????

Bagitau je kalau ada apa-apa pendapat or pandangan pasal blog aku ni ye........... Blog aku untuk tatapan korang, bukan untuk aku syok sendiri menatapnya. hahaha. Jadi, pandangan korang semua amatlah aku hargai. Sekian, terima kasih.....





Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging......................


>>>> SELAMAT BERCUTI HARI RAYA HAJI <<<<

Monday 22 October 2012

SELAMAT ULANGTAHUN YANG PERTAMA

Hari ni 22 oktober 2012. Itu menandakan semalam adalah 21 Oktober 2012. Memang la kan. Tak kan semalam 17 Oktober plak.  Ada apa dengan 21 Oktober 2012???????????????????

Tarikh 21 Oktober adalah hati ulangtahun kelahiran blog sembangshahrazali ni. Saja nak beritahu kepada yang tak tau. hehe. Diam tak diam, dah setahun aku berblogging ni. Termasuk post pada kali ini, dah 188 entri yang sudah dipostkan untuk tatapan pembaca. 14656 pageviews dan 366 followers.

Aku sangat berterima kasih kepada rakan-rakan blogger aku yang tak jemu-jemu berkunjung ke blog ini walaupun kadang-kadang jarang aku update. Terutama kepada blogger-blogger di blog pilihan Shahrazali tu. Ramai kalau nak mention. Tapi yang paling aku berterima kasih adalah kepada IZ ( THE KIZ'S GARDEN) kerana dia la yang banyak mengajar aku dalam dunia blog, banyak bagi nasihat masa aku awal-awal berblogging.

 Kenapa aku pilih 21 Oktober sebagai hari ulangtahun??? Sebab 21 Oktober 2011 adalah tarikh first post aku dalam blog ini. Klik "first post" kalau korang nak tengok kali pertama aku menaip kat sini. hehehe.

Dengan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT ULANGTAHUN KEPADA BLOG SEMBANGSHAHRAZALI, SEMOGA TERUS BERKARYA DALAM DUNIA BLOG INI.

Korang pun wish la juga kat blog ini ye. Doakan blog sembangshahrazali ni terus kekal dalam dunia blog untuk jangka masa yang panjang ok. Mari kita makan kek !!!! hehheh...


Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging............teruskan berblogging, dan teruskan menyokong SEMBANGSHAHRAZALI.

>>>>> Dah ulangtahun pertama ni, rasa nak tukar la kaler and header blog ni. Ada siapa-siapa nak buatkan or bagi idea???? hehehe...

Saturday 13 October 2012

BERFIKIRAN POSITIF INI PATUT, TAPI,,,,,,

Kita haruslah sentiasa berfikiran positif.......... Ok, semua tahu pasal ni kan....

Tapi pada aku, bukan semua benda kita boleh fikir secara positif. Berfikir secara positif kena la ikut pada tempat dan keadaannya. Jika ada sesuatu yang terjadi pada kita atau orang sekeliling, kita tak boleh la terus berfikir positif sentiasa. Kena la berfikir secara mendalam. Fikir pasal diri sendiri dan orang lain. Ada orang yang sentiasa cakap dia ni berfikiran positif. Tapi sebenarnya dia berfikiran cetek, dan tak sukar fikir panjang. Bila ada apa-apa masalah berlaku, dia bagaikan tidak berfikir kenapa dan macamana masalah itu boleh terjadi, apa kesan-kesan daripadanya, dan siapa yang terlibat dan penyebab kepada masalah tersebut. Untuk orang yang cetek pemikirannya, dia akan anggap semua benda senang jek. Cara penyelesaian pun cepat sangat diputuskan tanpa berfikir panjang. Mereka bagaikan tidak fikir panjang adakah keputusan mereka akan memberi kesan baik atau buruk kepada mereka di masa akan datang, ataupun adakah keputusan mereka memberi kesan baik atau buruk kepada orang lain. Apa yang mereka fikir hanyalah di dalam kotak pemikiran mereka dan tidak meluas.

Aku minta maaf kalau apa yang bakal aku ungkapkan ini mengecilkan hati orang lain. Mereka-mereka yang berfikiran ala positif (maksudnya sentiasa berfikiran cetek) ini selalunya adalah perempuan. Orang kata otak perempuan memang lebih kecil daripada lelaki kan. Jadi, tak hairan la kan. Tapi aku rasa perempuan memang dijadikan untuk malas berfikir panjang. Selalu buat keputusan hanya ikut perasaan dan pengaruh orang lain, dan bukan buat keputusan dengan berfikir panjang. Ini mungkin kerana hati perempuan lebih lembut dari lelaki. Lelaki ni pula jenis banyak berfikir demi kesenangan mereka dan orang lain. Sebab itu dalam dunia ini banyak lelaki yang kuat menipu dan lelaki buaya darat, sebab lelaki ni lebih pandai berfikir punca, alasan, sebab dan cara mengatasi masalah. Yang baiknya lelaki ni juga pandai berfikir untuk menguruskan rumah tangga mereka, menguruskan perbelanjaan mereka, dan juga menguruskan kehidupan mereka lebih daripada perempuan. 



Hadoiiiii, apa yang aku merepek panjang ni. hahaha.......

Kesimpulannya, kita sememangnya digalakkan untuk sentiasa berfikiran positif, tapi mesti la kena pada tempat dan keadaan kan. Kita kena berhati-hati sebab orang yang selalu berfikiran positif ini senang dan selalu ditipu oleh orang lain. Untuk bukti, ramai perempuan ditipu dan diperdaya oleh kaum lelaki. Ini kerana perempuan selalu berfikiran positif dan lelaki pula selalu berfikir secara mendalam dan meluas. 

INGAT !!!!!!! AKU TAK MAKSUDKAN SEMUA PEREMPUAN DAN TAK MAKSUDKAN SEMUA LELAKI SEPERTI YANG DIBEBELKAN INI YE.....HANYA SESETENGAH SAHAJA...

Jika ada apa-apa kesalahan, harap dimaafkan dan dapat diperbetulkan..
So, apa pendapat korang???????

Ok, assalamualikum dan selamat berblogging.....................
-LIKE DAN SHARE JIKA MAHU-


>>>> Ntah apa la dalam kepala aku nih...huhu...Tengah berfikir apa yang sudah terjadi dan bakal terjadi...

Tuesday 9 October 2012

SEJARAH PENDIDIKAN SAYA (TADIKA)

Dah lama aku tak cerita perihal diri aku kan. Kali ni nak sambung sedikit cerita mengenai aku. Tajuk untuk kali ini adalah Sejarah Pendidikan Shahrazali. Kita mulakan dengan kisah aku pada tahun 1993. Aku akan ceritakan serba sedikit pengalaman aku masa sekolah tadika. Marilah baca ye. Kalau rasa bosan, baca sedikit pun jadi la. Kalau bosan juga, tak yah la baca. Tinggalkan komen apa-apa. Kalau suka, tekan Like ye. hehehe. Kepada pembaca setia blog ini, baca semua tau. hehe.



Tahun 1993

Kali pertama aku mendapat seorang guru iaitu guru tadika. Namanya aku pun dah tak ingat. hehe. Aku bersekolah di Tabika Kemas di Pekan Nanas, Pontian. Walaupun aku tak berapa ingat nama guru masa tu, tp aku masih ingat lagi pengalaman-pengalaman masa tadika. Antara yang paling aku ingat aku muntah dalam kelas lepas minum pagi. Kuih yang aku makan, kuih seri muka, minum dengan air milo. Lepas dua2 jenis ni masuk dalam perut, terus jek termuntah keluar. Habis baju dan meja belajar terkena muntah aku. hehehe. Lepas tu aku ditempatkan di bilik air sampai habis waktu sebab takut muntah lagi. Duduk dalam bilik air dengan tak berbaju. hahaha. Dengar cikgu mengajar dari dalam bilik air jek.
Letak gambar kartun supaya tak nampak sangat muntah tu. hehe

Pengalaman lain, sebelum mula belajar, kitorang akan bermain di taman permainan, dan aku plak antara jaguh buaian masa tu. Selalu berlawan siapa paling tinggi berayun. Ada sekali tu aku lawan dengan budak perempuan, dan dengan kehebatan aku berayun, aku menjadi pemenangnya. Bila dah menang, mula la nak berlagak. Aku terus berayun tinggi walaupun budak perempuan tu dah tarik muka dan berhenti sebab kalah. Nak dijadikan cerita, tiba-tiba cikgu tadika aku menjerit panggil semua murid beratur untuk masuk ke dalam kelas. Semua budak berlari ke arah kelas kecuali aku. Kenapa?? Sebab aku masih berayun tinggi lagi. Cikgu kata nak denda siapa-siapa yang lambat masuk barisan. Kelam kabut semua nak masuk barisan kecuali aku yang masih berayun. Aku dah takut dah kena denda masa tu. Dengan nekad aku terus terjun dari buaian yang masih berayun tinggi. Agak jauh juga jarak aku mendarat dari buaian tu. Kepala aku hampir-hampir terhantuk pada pasu bunga kat situ. Semua budak kat situ ketawa termasuk cikgu. Memang geram la sebab kita dah jatuh, orang bantai gelak plak. Kalau la tehantuk kepala aku masa tu, memang jadi genius la aku. hahaha.
Tak agak-agak nak cik Emma. hahaha
Masa dulu kecik-kecik tak ada perasaan sangat kan. Kalau sekarang pikir balik, entah macamana la perasan tengok budak perempuan pakai kain main buai tinggi-tinggi. Masa naik ok, tapi masa turun balik, tak ke mengembang kain tu masuk angin. hahahahaha.

Masa tadika dulu, aku sangat aktif bersukan. Masuk banyak acara, tapi jarang-jarang menang. hahaha. Contohnya bawa bola pingpong guna sudu, lari dalam guni, penuhkan botol air dengan air guna span. main pijak belon orang, dan macam-macam lagi. Ada 1 acara jek kot yang aku dapat hadiah. Kalau tak silap, main lompat gegelung. Lumba siapa sampai dulu ke garisan penamat. Aku main ngelat masa tu, sebab tu menang. hahahaha.
Salah tu caranya dik. hehehe.

Ada juga aku join aktiviti luar masa tadika dulu. Contohnya aku join sukaneka kat Klinik Pekan Nanas. Acara feveret adalah cari gali gula dalam tepung. hehe. Kira hebat juga la aku dulu main acara tu sebab pernah menang. Dapat hadiah Tuperware (tak tau nak eja..haha) pun dah cukup bangga tau dulu.

Kalau kat dalam kelas, aku ni bukan budak rajin. Asyik nak main jek rasa. Tapi aku ada minat subjek Seni dan Mengira. Aku suka lukis-lukis (suka menconteng sebenarnya..hehe). Tapi kadang-kadang leceh kalau masa subjek seni, dia suruh tampal-tampal kertas warna pada gambar buah. Cikgu suruh koyak kertas kecik-kecik supaya nampak cantik. Tapi aku degil, tampal kertas besar-besar supaya cepat siap. hahaha. Subjek mengira plak aku suka sebab aku memang suka mengira. Memang dari kecik aku suka dengan Matematik, sampai la sekarang aku cepat paham kalau berkenaan dengan Matematik. Sekarang belajar pun dalam bidang Matematik kan.

Aku jarang ponteng masa tadika sebab aku suka kesekolah. Kat sekolah ada ramai geng, tak kira lelaki ke perempuan. Cikgu pun baik-baik. Demam-demam pun aku akan ke sekolah. Pernah ponteng pun sebab kena tinggal bas sekolah. Sebab selalu bangun lambat pagi-pagi. Kecik-kecik dan naik bas tau pergi sekolah. Nama bas tu Bas Pak Haji sebab orang yang bawak bas pakai songkok aji. hehe. Kalau on the way balik, kitorang akan lalu rumah cina kat selekoh. Rumah cina ni pula ada pokok rambutan yang buah-buahnya melambai-lambai kat jalan. Setiap kali bas lalu selekoh tu, tangan-tangan kitorang akan keluar daripada bas untuk capai buah-buah rambutan yang tergantung. hehehe. Lepas tu kena jerit dengan Pak Haji. hahahaha.
Macam ni la rupa bas yang aku naik dulu

Pernah sekali aku tertinggal bas, then kejar bas sejauh dalam 100 meter. Dalam sekelip mata jek bas pergi jauh meninggalkan aku. Kita kalau naik bas ke sekolah ni, kena tunggu sebelum bas sampai, bukan bas yang tunggu kita bersiap. hehehe. Kalau kena tinggal, aku nangis-nangis suruh mak aku hantar aku gi sekolah naik basikal. hahaha. Sebab aku takut cikgu marah dan semestinya nak jumpa kawan-kawan kat sekolah la. Kalau bapak aku ada kat rumah, dia la hantarkan. Kalau bapak aku tak ada, tak boleh la nak hantar. Agak jauh kalau mak aku nak hantar naik basikal kan.

Sekian sahaja la sedikit sebanyak kisah aku masa tadika tahun 1993. Korang yang membaca pun mesti ada pengalaman lebih kurang macam aku kan???? Cerita la sikit. Buat entri macam aku ni ker..hehe..Tak pun tinggalkan komen kat bawah ini, cerita pasal korang masa tadika serba ringkas.
"Lepas shite bace pasal ni tan, lase tak syaba nak pedi beladar tat tadita tau. shute, shute...." dia kata la. hahaha

Sumber gambar : GOOGLE

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...................

Saturday 6 October 2012

CILI MELANSINGKAN BADAN



Bukan setakat penyedap makanan dan penambah selera makan, rasa pedas cili ni sebenarnya dapat melansingkan badan tau. Sebabnya kandungan capsaicin yang membangkitkan rasa pedas mampu meningkatkan kadar metabolism sehingga 30 peratus selepas beberapa jam kita selesai makan. 


Capsaicin akan membuatkan pembakaran kalori meningkat sehingga membantu mengurangkan berat badan. Tindak balas otak terhadap capsaicin akan menghasilkan endorphin iaitu hormone yang membuatkan kita rasa puas terhadap makanan yang diambil dan menyebabkan kita dah tak nak tambah makanan lagi terutama yang berlemak dan manis.


Untuk mengekalkan tahap metabolisme, elok la makan 5 hidangan bercili atau rempah setiap hari. Tapi bagi sesiapa yang senang sakit perut kalau makan cili, tak pun jenis tak tahan pedas, kawal la pengambilan cili dalam hidangan makan tu ye. Takut ganggu diet plak. Hehehe. 

Aku terpikir-pikir. Betul ker benda ni??? Kalau aku ni kalau pedas, lagi berselera aku makan. hahaha. Aku jumpa dalam sebuah majalah tips ini. Saja nak kongsi. 



Siapa nak badan lansing??????? Makan la hidangan bercili banyak-banyak. hehehe. 

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging..............

-LIKE AND SHARE-

Wednesday 3 October 2012

PENDAPAT SHAHRAZALI - BAGAIMANA MENJADI PENDENGAR YANG BAIK


Dalam hidup kita, banyak kisah yang ingin kita kongsi bersama rakan-rakan dan keluarga. Begitu juga orang lain. Jika kita jenis orang yang mereka percayai, mereka juga akan berkongsi dengan kita. Ada yang menceritakan pengalaman mereka, ada yang menceritakan apa yang mereka tahu, ada cerita sedih, ada cerita gembira. Untuk aku, aku selalu mendengar cerita atau masalah orang lain sebab aku selalu menjadi pendengar yang baik. Mereka selesa bercerita dengan aku. Banyak dah kisah-kisah yang aku dengar tentang banyak benda. Selain aku rasa aku menjadi tempat mengadu, aku juga rasa semua kisah-kisah mereka boleh dijadikan pengajaran dan tauladan buat aku di masa akan datang dan menjadikan diri aku semakin matang menghadapi kehidupan.

"npe ni awk nanis2?? shite tan ade bole denar masalah awk..."

Di sini aku kongsikan pendapat aku tentang bagaimana menjadi pendengar yang baik.
1.       Sentiasa memberi respon yang baik dan semulajadi apabila mereka bercerita.
Contohnya selalu angguk kepala menandakan kita paham atau setuju atau sentiasa bertanyakan apa jadi lepas tu atau sentiasa menyahut “oooo”, “emmm”, dan lain-lain. Jangan asyik memandang tempat lain atau tengok jam atau handphone jek. Tak manis la kan. Kalau boleh sentiasa tatap mata mereka kalau boleh tahan la. hehehe.
2.       Mendengar setiap cerita mereka dengan bersungguh, dan ingat part2 kemuncak supaya kita dapat ulas balik dengan nasihat berguna
Nasihat yang diberi mestilah yang logik dan tidak merepek. Mereka kadang-kadang bukan perlukan sangat nasihat kita, tapi cuma nak kan keprihatinan kita dan pandangan dari kita tentang masalah mereka. Bagi sahaja nasihat apa-apa untuk mereka dengar, tapi bukan paksa mereka untuk ikut nasihat kita. Apa yang penting, kita nasihat dengan ikhlas.
3.       Sentiasa memihak kepada mereka jika ada yang mereka tak puas hati. Biar mereka rasa masih ada lagi yang memihak kepada mereka walaupun orang lain tidak. Mereka kadang-kadang bercerita pada kita tentang seseorang. Jika boleh, sentiasalah memihak kepada mereka. Sokong mereka lebih daripada orang yang sakiti hati dia. Lepas tu, baru la bagi nasihat sikit-sikit.
4.       Lebih banyak mendengar daripada sama-sama bercerita. Kita seharusnya bagi peluang kepada mereka untuk bercerita panjang lebar. Biarlah mereka keluarkan semua yang terpendam. Tak perlu kita nak menyampuk cerita benda lain. Orang tengah macam tu, memang tak masuk apa-apa kalau kita buka cerita pasal lain.
5.       Jangan potong cakap mereka dengan cerita lain atau pasal keadaan sekeliling. Ini sangat penting bagi mereka yang betul-betul bermasalah. Mereka akan tersentap jika kita tiba-tiba keluar topik pasal benda sekeliling masa mereka sedang bercakap. Mereka mungkin akan hilang mood untuk bercerita dan terus muram
6.       Senyum jika mereka bercerita tentang kebahgiaan mereka dan rasa simpati jika cerita mereka menyedihkan. Kalau dah mereka beritahu mereka dapat sesuatu yang bagus, kita kena la sama-sama tumpang gembira, bukan memperlekehkan apa yang mereka dapat walaupun kita tak berminat dengan apa yang mereka dapat tu. Kalau mereka bersedih, kita juga harus kekal dengan mood sedih. Tunjuk yang kita ambil berat pasal mereka. Bukan apa, hanya untuk menguatkan hati mereka. Bersedih sekali bukan hanya bererti menangis sekali dengan mereka. Cukup sekadar kita diam dan tenangkan mereka dengan ayat-ayat yang tenang.
7.       Cuba selami cerita mereka dengan berfikir dan membayangkan kita ada dalam situasi mereka. Jadi kita cepat paham situasi mereka. Kadang-kadang apa yang mereka lalui, kita dah laluinya dulu. Jadi kita boleh nasihatkan mereka berdasarkan pengalaman kita. Kalau tidak pun, sekurang-kurangnya kita boleh beri nasihat yang munasabah jika kita betul-betul paham masalah mereka.
8.       Jangan menunjuk yang kita tahu semua benda semasa mereka bercerita. Walaupun info yang diceritakan atau kisah yang mereka ceritakan kita dah pernah tahu atau rasa sebelum-sebelum ni, cubalah berlakon yang kita belum pernah dengar atau tahu mengenainya. Ini supaya tidak menghilangkan mood mereka untuk bercerita.


Kesimpulannya, kita haruslah sentiasa bijak mengawal suasana dan situasi setiap kali ada orang bercerita kisah, pengalaman atau masalah kepada kita. Perkara paling penting sekali adalah keikhlasan kita untuk mendengarnya. Selain itu, tahap layanan kita kepada mereka apabila mereka berbicara juga amat penting.
Apa yang aku bebel panjang lebar ni hanyalah pendapat sendiri. Kalau ada silap dan salah, betulkanlah. Kalau ada pendapat lain, beritahulah ye.
Ok, assalamualaikum dan selamat berbloggging………………
-LIKE KALAU SUKA, SHARE JIKA BERGUNA-

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA