Click here OK!

Followers

Friday 17 August 2012

UCAPAN UNTUK BLOGGERS


Sempena hari raya yang bakal menjelma ini, aku ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua rakan-rakan bloggers yang selama ini menyokong blog sembangshahrazali. Aku ingin meminta maaf kalau ada terkasar bahasa semasa berblogging, semasa memberi komen, dan post entri. Jika ada kesilapan dan kesalahan secara sengaja atau tidak sengaja, harap dimaafkan. 


Terima kasih kepada rakan-rakan baik aku dalam dunia bloggers ini terutama Dalca dan Linda. Juga kepada semua rakan-rakan bloggers di blog pilihan Shahrazali tu dan semua followers kesayangan aku. Halalkan ilmu-ilmu dan pengetahuan yang dikongsi bersama sesama kita. 

Harap kita semua dapat bertemu bulan Ramadhan lagi pada tahun depan. Aku doakan semua rakan-rakan bloggers aku sentiasa sihat, panjang umur, murah rezeki, dan berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat.

Aminnn...



Assalamualaikum dan selamat berblogging..........
>>> Malam ni sambung ngecat rumah lagi.... harap dapat habiskan malam ni juga. huhu. penat2..

Thursday 16 August 2012

TERIMA KASIH LINDA

Entri kali ni khas untuk Linda. Linda adalah kawan baik aku dalam dunia blogger ni. Kami adalah geng Dalca Corporation. hehehe. 


Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak buat Linda kerana sudi memberi satu-satunya kad raya untuk aku untuk tahun ni. Dulu-dulu masa sekolah dan lepas sekolah, banyak juga dapat kad raya dari awek-awek. Sekarang ni dah tak ada orang nak bagi kad raya kan. Maklum la, sekarang orang wish raya guna message or fb jek. 

Untuk tahun ni, aku hanya dapat 1 kad raya jek. Dari Linda tu la. Korang-korang yang selalu datang blog aku pun mesti kenal punya la dengan Linda tu. Dalam dunia blog ni, kawan-kawan aku, kawan-kawan Linda tu juga. 

To Linda ::::: Terima kasih sekali lagi. Aku tak dapat nak balas kad raya tu, jadi aku buat entri khas untuk ko ye. huhu. 





Sweet kan dia bagi kad raya. hehehe. Korang ada dapat???


Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging................
>>>> 2,3 hari ni badan lepak jek sebab ngecat rumah. huhu. 

Tuesday 14 August 2012

JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2012/2013 UNTUK MANCHESTER UNITED


Lama dah aku tunggu musim baru bola sepak England ni. Hujung minggu tanpa game Manchester United memang membosankan. Untuk musim baru kali ni, mungkin aku banyak tengok kat rumah je kot sebab geng-geng tengok game Man Utd ada kat Shah Alam lagi. Kat Pekan Nanas ni ada jek kedai mamak yang penuh setiap kali ada game bola, tapi bukan geng-geng aku. Banyak penyokong Chelsea dan Liverpool jek. Hampeh... hahaha. Teringat keriuhan tengok bola kat Restoran Hakim sek 7 Shah Alam tu.  


Ini lah jadual perlawanan team Manchester United untuk musim baru 2012/2013. 


Kepada yang tak minat bola tu, or yang anti dengan Manchester United, abaikan je la ek. hehehe.


Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging..................
>>> Syawal semakin dekat, Ramadhan semakin meninggalkan kita. huhu. Harap dapat jumpa lagi Ramadhan tahun depan.... InsyaAllah....



MARI TERJAH LINK DI BAWAH


PENDAPAT SHAHRAZALI - LELAKI DAN BOLA SEPAK



Monday 13 August 2012

AKU SUKA LAGU NI


Lagu ni dah menjadi siulan aku setiap masa aku rasa nak nyanyi. Aku agak lambat la tahu lagu ni sebab aku jarang dengar radio. Kawan aku (mimi) la yang bagi aku dengar lagu ni bulan lepas. First dengar terus aku rasa masuk dalam jiwa aku. hehe. Seperti biasa lagu-lagu dari Edry Kru ni memang senang masuk dalam kepala. Tiap kali balik dari terawih, aku akan nyanyi lagu ni sambil bawak motor. Nyanyi kuat-kuat plak tu. hahaha. Sampai nak dekat sama dah dengan suara Aweera (perasan jek ni). haha. 

Lagu ni dinyanyikan oleh Mojo jojo. hehe. Silap tu. Mojo jek. Nak tau pasal Mojo ni, klik <SINI>
Kepada rakan-rakan bloggerz, mari kita layan lagu ni. Sambil layan, nyanyi sekali tau. Dah siap ada lirik tu. hehe...



Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda
Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh
Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih 
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda
Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati 
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni 
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda 


Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.........
>>>> Teringin nak karok lagu ni. Rindu plak nak karok dengan geng-geng karok kat Shah Alam.

Sunday 12 August 2012

KUNING TELUR KAWAL KOLESTROL

Siapa suka makan telur??? Aku suka makan telur. Sebab telur senang nak dimasak dan harganya murah la kalau nak banding dengan lauk lain kat kedai kan. Aku ada terbaca telur ni boleh kawal kolestrol. Fakta ni bukan aku auta sendiri, tapi fakta dalam buku yang aku baca ok.  

Telur-telur sedang bersedih atas kegorengan spesis mereka.

Kuning telur sememangnya tinggi dengan kolestrol. Telur seberat 70 gram kemungkinan mengandung 200 miligram kolestrol. Memang tak heran la kalau ramai yang takut nak makan telur sebab takut menggemukkan kan. 

Tapi berdasarkan penemuan terbaru oleh Universiti Harvard, diorang berpendapat makan telur tidak akan secara lansung meningkatkan kadar kolestrol dalam darah. Sebabnya, telur tinggi dengan gizi seperti anti oksidan, vitamin B dan asid folat yang dapat menghalang kenaikan kadar kolestrol. Lemak telur berperanan sebagai kolestrol baik (HDL) yang bersifat mencegah salur darah daripada tersumbat dan sangat baik untuk jantung.

-LIKE OR SHARE-

Jadi, tak perlu la nak takut sangat makan telur tu cepat menggemukkan badan. Hehehe. Masa kat Shah Alam, aku selalu makan lauk telur jek. Selalu order Nasi Bujang. Ada nasi putih, telur dadar, sup kosong dan sambal belacan. Telur ni memang la kawal kolestrol, tapi kalau dah makan banyak dan selalu, naik jek berat badan tuh. hehe. 

Ok, assalamualikum dan selamat berblogging......
>>>> lagi seminggu nak raya bru nak start ngecat rumah. Harap-harap sempat la sebelum raya.

Friday 10 August 2012

FAKTA MENARIK TENTANG LELAKI


Fakta-fakta ni bukanlah aku reka sendiri, aku ada terbaca kat 1 buku ni. Saja nak kongsi dengan korang semua. hehehe. 
 
  • Sperma lelaki dikatakan penentu bagi kelamin bayi, sama ada perempuan atau lelaki.

  • Lelaki lebih banyak timbunan lemak pada perut berbanding dengan wanita. Sebab tu perut lelaki selalu berdepan dengan masalah perut buncit.
     

  • Lelaki lebih suka bercakap secara lansung, sementara percakapan wanita sering terputus-putus dengan keraguan.

  • Secara umumnya, lelaki mempunyai mata dan hidung yang lebih besar daripada wanita.

  • Rata-rata lelaki membaca lebih lama dari wanita.

  • Lelaki dikatakan lebih kuat berdengkur dari wanita sebanyak 48 peratus mewakili lelaki dan hanya 22 peratus mewakili wanita. 





    Menarik atau tidak, itu korang sendiri la decide.... hehehe. Pada pandangan aku, lebih kurang semua fakta ni betul. Pada pandangan korang pula macamana ??

    -LIKE N SHARE-

    Ok. assalamualaikum dan selamat berblogging.....

    >>>> tadi nak tukar duit raya kat bank pun kena beratur panjang tau.. Sabar je la.. Asalkan dapat tukar duit raya untuk budak2 yang datang ke rumah nanti.

Wednesday 8 August 2012

HILANGKAN SAKIT KEPALA DENGAN CEPAT


Aku jumpa petua ni kat dalam sebuah buku. Cuba la kalau nak tau keberkesanannya. hehe. 
Arrghhh...Stresssss...

Untuk menghilangkan sakit kepala dengan cepat, ada caranya iaitu guna bawang putih. Ambil sebiji, telan. Hehehe. Bukan begitu ye kawan-kawan. 


Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampalkan pada kanan dan kiri pelipis kepala. Biarkan semalaman dan bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala kita yang sakit tu. Insyaallah sakit kepala hilang esoknya.  



Haaa.. orang ni tengah tunjukkan kat mana pelipis kepala tu. hehe. Sakit kepala pun nampak comel orang ni..


Kalau tak menjadi, makan la panadol activefast ye. Hehe. Tapi tak kan setiap kali sakit kepala nak makan panadol kan, tak elok sebenarnya. Untuk lebih kepastian, jumpa la pada yang pakar (doctor) untuk pemeriksaan lanjut. 

-LIKE N SHARE JIKA MAHU-

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...................

Baca la yang di bawah ini sekali ye....


Rempah Pelindung Organ

Kuning Telur Kawal Kolestrol

Cili Melansingkan Badan


Friday 3 August 2012

ALHAMDULILLAH


Hari ni result exam keluar. Aku bersyukur sebab aku lulus semua dengan agak cemerlang. Kali ni kira result terbaik aku sepanjang aku degree ni. Ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak menolong aku, dan rakan-rakan blogger yang mendoakan aku. Aku sayang korang semua. Tinggal 1 sem praktikal jek lagi untuk aku grad.... 
Selamat berpuasa semua..............................................PUASA JANGAN TAK PUASA....


Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging..........
Sorry tak dapat blogwalking macam dulu-dulu. Rumah takde internet. Sekarang pun online kat CC jek. Thanks pada rakan-rakan blogger yang tak jemu-jemu melawat blog ini....

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA