Click here OK!

Followers

Thursday 31 May 2012

APA CERITA MASA CUTI ???

Aku dah balik Shah Alam. Dari JB pukul 1030 pagi, sampai Shah Alam pukul 315 petang. Takde masalah pape la dalam bas tadi, cuma depan seat aku ada sorang budak cina umur dalam lingkungan 4 tahun asyik kacau-kacau aku. hehehe. Dia main tarik-tarik langsir bas tu. Dah la cahaya matahari agak terik tadi, aku tarik, dia pun tarik. Bila dah 2,3 kali, dia jadi makin suka plak. Tapi budak-budak kan, bukan dia tahu apa, aku layankan je la sampai dia rasa bosan. hehe. Tapi yang lecehnya, dia tak bosan pun. Dia cuma berhenti lepas amoi comel suruh dia berhenti (akak budak tu). Habis cerita....

Cuti aku banyak berehat dan tidur jek kat rumah. Cuma hari ahad tu jek ada kenduri kat rumah mak cik aku kat Benut, Pontian. Banyak aku makan kat sana sampai sakit perut. hahaha. Ada lauk ayam kicap, nangka masak lemak, ikan asam pedas, udang sambal, tempe goreng, ikan kering. Makanan lain bihun goreng, bubur kacang+durian, bermacam-macam kuih dan buah. Semua aku makan. hehe. Esoknya (isnin) aku sakit perut. Asyik nak buang air besar jek. huhu. 

Selasa aku pergi jalan-jalan JB tengok tempat aku praktikal sem depan. Aku dapat praktikal kat Jabatan Audit Negara (cawangan negeri Johor). Gerun jek dengar kan. hehehe. Ramai yang persoalkan kenapa aku boleh dapat praktikal kat sini. Aku pun tak tahu. Mungkin dah rezeki aku. Ramai yang mintak, tapi aku sorang jek dapat Jabatan Audit Negara ni (setakat ni la). Aku dapat kat Johor Bahru sebab memang aku minta cawangan Johor. Boleh la aku ulang-alik dari rumah mak aku. Sebelum ni orang dari Jabatan ada call juga tanya aku nak minta mana samada kat Putrajaya, Shah Alam or Johor Bahru. Aku jawab je la nak kat cawangan Johor Bahru. 

Jabatan Audit ada kat tingkat 21 menara ni
 Selain Jabatan Audit Negara, aku dapat juga praktikal kat Majlis Daerah Pontian. Kelebihan majlis Derah Pontian ni sebab dia lebih dekat dengan rumah mak aku. Dalam 20 minit perjalanan sampai la. Kerja pun mungkin lebih rilek. Agaknya la. Kalau Jabatan Audit tu mungkin dalam 45 minit baru sampai. Sekarang ni aku tak pilih lagi nak praktikal kat mana. Kalau nak nampak gempak, pilih Jabatan Audit Negara tu la, dengar nama dah gerun, hehe, kat tengah-tengah bandar JB plak tu. Jabatan Audit Negara tu terletak dalam Menara Ansar, berdepan dengan City Square. Tapi kalau nak senang, nak dekat, pilih Majlis Daerah Pontian tu la kan. Pasal elaun, Audit dapat RM15 sehari dan Majlis Daerah aku tak pasti dan kemungkinan takde elaun diberikan. 

Majlis Daerah Pontian
 Nanti la aku fikirkan. Sekarang fokus pada assignment. huhu. Banyak kerja sampai tak tahu nak buat kerja apa. hahahaha. Thanks pada pembaca setia blog ini yang datang komen kat entri BEREHAT SEBENTAR walaupun aku tak terjah blog korang sebelum tu.

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.........

Friday 25 May 2012

BEREHAT SEBENTAR

Hari ni aku balik kampung, rumah mak aku kat Pekan Nanas, Pontian, Johor. Saja nak beritahu korang. hehehe. Doakan perjalanan aku ye. Semoga selamat sampai ke tempat yang hendak dituju, dan selamat kembali semula ke Shah Alam nanti. Berehat sebentar dari berblogging dan berfacebook. UiTM cuti seminggu sempena hari Gawai kalau tak silap. Aku balik ni pun mungkin dalam 4,5 hari jek. Mungkin hari selasa dah balik Shah Alam sebab nak settlekan assignment sikit2. huhu. 


Aku rindukan mak dan anak-anak saudara aku. Kepada mak, nantikan kepulangan anak bujang mu ini, dan kepada anak-anak saudara, nantikan kepulangan pak usu korang ni. 

Sorry tak sempat nak BW ke blog korang.... Aku sangat sibuk dengan assignment. Biasa lah kan, Final Year Student....... Nanti dah balik Shah Alam, aku akan terjah blog korang ok. Lebih-lebih lagi bloglist pilihan Shahrazali tu.


Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...........

Sunday 20 May 2012

NIKAH BUKAN PERKARA MUDAH

Bila cakap pasal nikah kahwin, mesti seronok kan bila difikirkannya. Bila dah lepas kahwin, masing-masing ada tanggungjawab sendiri samada lelaki atau perempuan. Dalam akad nikah, rasanya semua orang dah tau kot apa yang akan dilafazkan oleh lelaki. Tak kisah la pengalaman sendiri atau pun ahli keluarga kan. 
Lafaz akad nikah ni memang susah nak dilafazkan bagi orang yang betul-betul memahaminya kan. Sebab tu ramai lelaki yang berasa gementar kan. hehe. Selesai jek akad nikah dilafazkan, tok kadi dan saksi-saksi sahkan, maka sah la hubungan suami isteri antara lelaki dan perempuan. 
  "Aku terima nikah si dia binti si ayah dia dengan maskahwinnya RM.... tunai”

Bunyi mcm senang kn?? Tp, erti sebenar dia :

"Aku tanggung dosa2 si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yg dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau x didik, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku.."
Berat kan tanggungjawab seorang lelaki kepada isteri dan bakal anak-anaknya. Kepada lelaki, bimbing lah isteri dan anak2 ke jalan yang benar. Kepada perempuan pula, taat lah kamu kepada suami dan tunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan sempurna. Jangan la menambah beban yang sedia ada untuk lelaki sebaik sahaja mendirikan rumahtangga. 
Lagi satu, lelaki kalau lepas kahwin masih ada tanggungjawab untuk ibu bapa. So, jangan la sebab diri dah ada anak bini, ibu bapa diabaikan. 
Aku sekadar berkongsi dan sama-sama mengingatkan diri sendiri. 
Sumber atas tu daripada fb kawan aku.  
Ni entri lama, saja post balik sebab nak masuk musim orang kahwin kan... hehehehe..
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...................................

Thursday 17 May 2012

my best friend birthday.3

16 Mei adalah Hari Guru. Selamat Hari Guru diucapkan buat semua guru dan pensyarah di Malaysia especially yang mengajar aku. 16 Mei juga adalah hari lahir kawan baik aku kat UiTM ni. Amnah nama dia. Selamat Hari Lahir Amnah. Semoga panjang umur, murah rezeki, dan bahagia disamping orang tersayang. 

Sebelum-sebelum ni kitorang prank member seminggu or 2 minggu lepas birthday mereka. Ada yang lepas sebulan baru nak sambut. Sebab nak dengki kan. Jangan sampai diorang perasan. Tapi kali ni, kitorang bertukar ke taktik lama iaitu pada malam birthday dia. 

Sebelum-sebelum ni aku ada post pasal sambutan birthday member-member. Klik kalau nak tengok gambar. my best friend birthday. my best friend birthday.2  . 
Malam tu salah seorang geng mesej dia kata nak buat assignment ENT. Dia pun pergi la ke tempat yang disuruh. Dipendekkan cerita, lagi 2 orang ahli kumpulan tak datang. Dia pula diberitahu budak yang tak datang tu ada kat tempat sekian-sekian. Ada masalah katanya. Dia bersama kawan sorang lagi pun pergi la ke sana. Sampai jek sana kitorang terus suprise dia dengan kek. Terharu dia. hehehe. Lepas tu main tepung la. hahaha. Jom tengok gambar plak. 


menakutkan...hahaha.

Sorry amnah..(aku la yang serang ni..haha)

Dia tetap tersenyum walaupun diserang tepung...hehe

Dua orang jek lelaki yang datang....

Seram neyhhhh....

they're my bestfriends

kelakar,,kelakar..hahaha..

baik-baik pisau tu amnah... hahaha.

skuad penyerang berehat di bangku simpanan.. hahaha

Aku pun kena last2 masa nak makan kek

Lepak minum kat kedai mamak berdekatan lepas main tepung. Birthday girl belanja kitorang minum. Baik punya birthday girl. Aku la yang hasut dia suruh belanja kitorang.. hahahaha. 






Amnah ni memang ada naluri seorang guru. Birthday dia pun sama dengan Hari Guru. Dia la yang selalu ajar kitorang kalau kitorang tak paham masa belajar dalam kelas. Kalau ada kuiz or test, dia la jadi petunjuk apa yang kitorang kena belajar. Untuk final exam pun kitorang merujuk kat dia kalau nak belajar. Untuk Amnah : SELAMAT HARI LAHIR DAN SELAMAT HARI GURU (16 MEI). JASAMU DIKENANG. hehehe.  



Ok... Assalamualaikum dan selamat berblogging.................................................

Tuesday 15 May 2012

NASIHAT UNTUK MENENTANG TIBI


Apa itu TIBI ????

TIBI adalah sejenis kuman.
 APAKAH PENYAKIT TIBI ????

  • Tibi adalah sejenis penyakit berbahaya yang membawa maut jika tidak dirawat. 
  • Ianya disebabkan oleh kuman Tibi. 
  • Kuman Tibi biasanya menjangkiti paru-paru tapi boleh juga menyerang organ-organ badan yang lain seperti tulang, otak, kulit, kelenjar, buah pinggang dan sebagainya.


 Sumber

Batuk kering merupakan sejenis penyakit yang dibawa oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai ‘Mycrobacterium Tuberculosis’ atau kuman Tibi. Bakteria berbahaya ini, bertindak dengan menyerang paru-paru dan juga mana-mana bahagian lain dalam tubuh badan seseorang seperti tulang, sendi tulang serta buah pinggang.

Simptom-Simptom Batuk Kering

- Batuk selama dua minggu atau lebih dan kadang kala berdarah
- Batuk berkahak yang berwarna kekuningan/kehijauan
- Lemah dan keletihan
- Susut berat badan
- Kehilangan selera
- Menggigil
- Demam
- Berpeluh waktu petang dan malam
- Mereka Yang Berisiko Diserang Batuk Kering


Sumber

Kenapa aku tiba-tiba cakap pasal ni?? Sebab aku rasa penyakit ni ramai orang memandang ringan. Batuk-batuk tu perkara biasa la kan. Tapi kalau berlarutan, baik korang pergi berjumpa doktor kat klinik. Mesti la kat klinik kan, tak kan la kat bengkel kereta plak. haha. Aku nak kongsikan kat korang langkah-langkah berjaga-jaga untuk menentang TIBI ni. Tak perlu sediakan senapang gajah untuk menentang TIBI, tak perlu gunakan pedang samurai untuk menentang TIBI, dan tak perlu memanggil Ultraman atau Shin Chan untuk menentang TIBI. 

Nasihat umum ni banyak jek ditampal di hospital, cuma korang perasan tak perasan jek. Sebab aku pun baca masa aku jaga mak aku kat hospital dulu. Bila mak aku sakit dan masuk hospital??? Klik <SINI> kalau nak ambil tahu.


Nasihat Umum

  1. BIARKAN RUMAH ANDA DIMASUKI CAHAYA MATAHARI SEBANYAK-BANYAKNYA  KERANA  CAHAYA MATAHARI BOLEH MEMBUNUH KUMAN TIBI YANG TERAPUNG-APUNG DI UDARA DAN BERLINDUNG DISUDUT DAN PENJURU RUMAH. 
  2. BUKA SEMUA TINGKAP SEWAKTU SIANG UNTUK PEREDARAN UDARA YANG SEMPURNA. PEREDARAN UDARA YANG SEMPURNA MENCEGAH TIBI DARI MEREBAK.
  3. AMALKAN CARA HIDUP SIHAT DAN MAKANLAH MAKANAN YANG SEIMBANG SUPAYA BADAN ANDA BOLEH MENENTANG KUMAN TIBI.




Pastikan korang pergi klinik untuk pemeriksaan kalau korang terkena simptom-simptom tu ye. Kalau dah tahu korang tu batuk kuat tak henti-henti, selagi boleh, jauhkanlah diri dari orang lain yang anda sayang. Pakai mask jika perlu. Aku pun nasihat diri sendiri juga ni sebab aku tengah batuk sekarang. huhu. Bak kat pepatah, MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT, so sama-sama lah kita mencegahnya.


Ok, selamat mencegah.. assalamualaikum dan selamat berblogging........................

Monday 14 May 2012

AKU DIGANTUNG DAN DIBUANG

Dalam entri sebelum ini aku ada bercerita kisah aku ditahan polis kan. Klik <SINI> untuk ke entri sebelum ni. Thanks kepada yang sudi baca sampai habis dan yang menjawab soalan-soalan berkaitan. Soalan 1 dan 2 kebanyakkan jawab betul, tapi soalan 3 semua salah sebab aku tak cerita lagi pun apa hukuman yang kitorang dapat hasil dari 'menaikkan' nama sekolah tu. Ceritanya habis setakat kitorang makan kat kedai makan dibelanja oleh pengetua kitorang kan. Ceritanya agak tergantung sebab ada sambungan. Inilah dia sambungannya. hehe.

Dipendekkan cerita, aku dan geng-geng memang sudah disabitkan kesalahan memukul pelajar lain. Kes kitorang memang rancak dibualkan di sekolah. Ada pembaca setia blog ini yang bertanya macamana yang lagi 5 orang tu kan. Diorang pun kena pergi balai juga macam aku dan yang lain. Tapi diorang pergi lambat sikit la. Lepas balik dari camping pengakap hari ahad tu, sampai jek sekolah, diorang terus dibawa ke balai polis JB central untuk diambil keterangan. Bezanya diorang tak kena dengar ceramah warden dan pengetua tak belanja diorang makan. hehehe.

Hari isnin kitorang dibawa berjumpa guru disiplin a.k.a jurulatih bola tampar. Perlu ker mention jurulatih bola tampar?? Aku rasa perlu sebab nak korang ukur tahap tamparan seorang jurulatih bola tampar jek. hehehe. Kenapa aku cakap macam tu?? Sebab kitorang dapat makan penampar guru disiplin a.k.a jurulatih bola tampar sekolah seorang sekali. Dia pun penat nak tampar sampai 17 orang, jadi seorang dapat sekali je la. Kalau tak silap, aku beratur kat tengah-tengah juga la. Korang bayangkan la perasaan menunggu giliran untuk ditampar. Fuuuhhhh. Seram woooooo...  Lepas ditampar tu, muka aku jadi kebas sikit. Berdenyut-denyut rasa kepala. huhu.


Haaaa. Apa hukuman yang kitorang dapat????? Antara 17 orang yang disabit kesalahan, hanya 5 orang dapat hukuman berat sedikit. 5 orang ni kira kepala geng-geng pukul kitorang la (bukan pengakap yang 5 orang tu ye). Aku tak termasuk sebab aku jadi kakitangan jek. hehehe. Yang 5 orang tu diwajibkan meninggalkan sekolah dan berpindah ke sekolah lain. Kira kena buang sekolah la. Aku dan 11 yang lain kena gantung sekolah 2 minggu dan dibuang asrama. Punya la malu masa tu. Malu dengan kawan-kawan lain, malu dengan cikgu-cikgu, malu dengan gadis-gadis, dan yang paling malu dengan mak abah la. Aku dah fikir nak tukar sekolah jek masa tu, tapi aku rasa aku tak nak lari dari masalah. Aku kena berani berdepan dengan masalah dan tanggung sendiri semua tu. Lagipun leceh la proses tukar-tukar sekolah ni kan. 


Lepas balik dari penggantungan tu aku rasa susah gila nak jejakkan kaki ke sekolah, tapi aku gagahkan juga la. Sekolah kat JB, rumah aku kat Pekan Nanas, Pontian. Setiap hari aku kena bangun awal pagi bersiap nak pergi sekolah. Pergi sekolah naik bas ekspress Pontian-JB. Naik bas pukul 630 pagi. Sampai sekolah dalam pukul 715 pagi. Itu kalau aku tak tertidur la dalam bas. Kalau aku tertidur, terus bas sampai Larkin Bustand then kelam kabut cari bas lain untuk ke sekolah balik. Kadang-kadang pukul 8 baru aku masuk kelas. Cikgu-cikgu ramai yang pulaukan kitorang. Ada yang asyik mengungkit jek kes kitorang. Aku punya belajar pun jadi tak betul lepas tu. Sedih beb cikgu-cikgu pandang serong kat kitorang. Tapi nak buat macamana, dah memang buat salah kan. Kitorang punya kes tak ada la sampai masuk berita kat tv, cuma masuk surat khabar jek. Surat khabar apa tak ingat plak. Tapi memang 'menaikkan ' nama sekolah juga la. Aku berjaya juga habiskan sisa-sisa tingkatan 4 dengan tak berapa nak berjaya. Subjek fizik, kima, add math semua fail. Yang lain ok-ok je la.

Masuk tingkatan 5, aku dah berubah jadi lebih baik. Belajar pun makin rajin. Dipendekkan cerita, habis tingkatan 5, keputusan SPM keluar, alhamdulillah semua lulus. Cikgu add math aku bangga dengan keputusan aku. Masa tingkatan 4, dia selalu perli aku, tapi masa tingkatan 5, aku jadi rapat dengan dia. Cikgu fizik aku plak cakap kat aku, "Saya tak percaya la ini result awak shahrazali, sebab sebelum ni awak mana pernah lulus subjek fizik ni". Masa tingkatan 5, dengan jurulatih bola tampar pun aku baik sebab aku wakil sekolah bola tampar masa tu. Habis sekolah, aku dapat tawaran pergi matrikulasi. Tapi kat matrikulasi kantoi (tak lulus sebab aku malas). hahaha. Sekarang semua geng-geng pukul dah berjaya dalam bidang masing-masing. Ada yang dah bekerja, ada yang masih belajar macam aku. 





Apa cerita plak dengan Jebon tu ye?????? Dia pun ditukarkan sekolah juga sebab pengetua risau Jebon tu kena belasah lagi. Memang betul la tindakan pengetua tu. Sebab masa lepas kejadian tu, ada diantara kitorang nak lancarkan serangan kedua kat Jebon tu. Memang nasib kau baik la Jebon. 



Thanks sudi baca....
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging............................

Saturday 12 May 2012

KISAH DITAHAN DIBALAI POLIS

Kehidupan di sekolah memang beri kita banyak pengalaman manis. Kan?? Kan?? Tapi dalam manis pengalaman, mesti ada pengalaman pahit dan hitam kan?? Disini aku nak berkongsi pengalaman hitam dalam hidup aku masa sekolah menengah.  

Entri kali ni agak panjang. Thanks banyak-banyak kepada yang sudi baca ok. 


Tingkatan 4 aku berpindah dari SMK Dato' Penggawa Barat ke SM Teknik Johor Bahru. Pindah sebab aku dapat tawaran ke sana dan ingin cari pengalaman di tempat baru. Dalam entri Bila Aku Menangis, aku ada cerita yang aku menangis kan masa mak aku datang jumpa aku kat balai polis JB central. Masa tu aku kena tahan kat balai polis dari senja sampai ke pagi buta. Sebab kena tahan??? 


Kejadian ni berlaku masa aku tingkatan 4 la. Aku bukanlah nak kata aku ni jahat, tapi cuma nakal sikit la. Biasa la budak-budak baru nak naik masa tu kan. Masa tu tahun 2003, era Skin Head sedang berleluasa. Ada member aku sorang ni memang skin head habis la. Bila aku berkawan dengan dia, aku pun rasa diri aku ni kuat dan berpengaruh. Kitorang memang berkawan baik sebab 1 dorm. Budak-budak macam kitorang ni bila selalu fikir diri ni kuat, memang asyik nak buli orang jek. Bila ada jek budak yang kitorang tak puas hati, mesti budak tu kitorang tarik masuk dorm, then bagi nasihat (pukul la maksudnya). 


Dipendekkan cerita, ada sorang member aku ni tak puas hati dengan seorang budak ni. Aku bagi nama Jebon (rekaan). So, dia pun beritahu geng-geng kitorang yang dia nak tarik Jebon. Disebabkan permintaan member, kitorang pun makbulkan. hehehe. Sebab-sebab tak puas hati, aku tak berapa nak ingat. Aku join juga sebab member-member semua join. Walaupun sebenarnya Jebon ni takde bagi masalah pun kat aku. Jebon ni memang annoying dan bajet bagus sangat. Itu la yang aku tahu.


Kejadian berlaku pada hari jumaat petang lepas solat jumaat. Baru buat pahala, nak buat dosa. hehehe. Lepas solat jumaat, kitorang dah kumpul ramai-ramai kat dorm member aku kat tingkat bawah. Lepas tu panggil la mangsa tu ke bilik. Bila dia masuk jek, kitorang terus kunci pintu dan kepung dia. Maka bermula la conversation yang rancak mengenai kesalahan dan perbuatan dia yang membuatkan orang menyampah. Jebon ni plak jenis yang melawan cakap. Ada jek jawapan dia nak bela diri. Lagi la buat kitorang menyampah kan. Selepas dalam 10 minit bercakap, kata-kata bukan ubatnya lagi, maka berjalan la tangan dan kaki masing-masing menunjukkan skill dan jurus-jurus tak bertauliah. Jebon tidak melawan sebab dia dah mula takut dan berserah. Dia hanya berdaya mempertahankan diri dengan berpeluk tubuh. Aku pun turut serta la mengeluarkan jurus-jurus yang tak berapa nak jadi. Dengan muka nak nangis, dia hanya berteriak "Sakit la woi....sakit la woi...". Kalau dia tak beritahu pun kitorang tau dah. 


Aku tak ingat berapa lama aksi pukul-memukul tu. Yang pastinya, Jebon tu dah menangis kesakitan terbaring kat lantai. Kitorang pun blah la ke dorm masing-masing sebab tugas dah selesai. Lepas tu, petang-petang sikit, aku jenguk-jenguk juga Jebon tu kat dorm dia sebab nak tahu condition dia macamana. Mana la tahu teruk sangat kan walaupun aku tahu memang teruk. huhu. Aku selak baju dia, nahhhhhh. Memang banyak gila lebam-lebam kat badan. Macam-macam kaler ada. Memang kitorang attack badan jek, muka tak boleh cuit. Itu adalah rules pukul orang. Kalu cuit muka, nanti senang kantoi. Masa tu dah rasa cuak jugak la. Masa tu mula la nak cakap baik-baik dengan Jebon tu. Tapi dia diam jek. Kitorang suruh dia jangan report apa-apa. Dia pun cakap memang dia banyak buat salah dan takkan report sebab dia nak tanggung sendiri. Kononnya. 


..................................................................................................................

Tengah malam tu tiba-tiba member-member aku kena panggil dengan warden asrama. Aku goyang dah masa tu. Seorang demi seorang dipanggil menghadap warden termasuk aku. Jumlah yang dipanggil tengah malam tu 12 orang termasuk aku. Jumlah sebenar adalah 17 orang, tapi 5 orang lagi pergi perkhemahan pengakap masa petang tu lepas aksi pukul-memukul mangsa. Dengan berat hati, aku dan kawan-kawan meneruskan langkah ke bilik warden. Aku tak salahkan siapa-siapa nama aku kena 'petik' sebab aku rasa buat salah ramai-ramai, biarlah tanggung ramai-ramai.


Nampaknya Jebon dah buat report kat warden asrama dan tunjukkan the color of his body. Kitorang beratur dan warden aku tanya seorang demi seorang samada kitorang mengaku atau tidak pukul Jebon tu. Membe yang beratur depan aku ditanya " Kamu ada pukul dia??". Member aku menjawab " Tak cikgu, saya takde pukul, saya tolak-tolak jek. ", dengan sepantas kilat PANGGGG !!!!!!, 1 pelempang dari warden melekat di muka member aku. Aku terkebil-kebil kat belakang dia. Bila sampai giliran aku, warden aku tanya, " Kamu ada pukul dia??", dengan pantas aku menjawab, " Ya cikgu, saya mengaku saya pukul dia ". Saat tu aku redha jek menunggu tangan dia, tapi warden terus suruh aku ke tepi untuk tanya setetusnya. Lega rasanya. Moral of the story : Kalau dah rasa diri bersalah, baik mengaku cepat-cepat. hehe. 

Selepas tu kitorang terpaksa la dengar ceramah bebas dari warden-warden kitorang. Panas juga la telinga kan. Tapi dengar juga la sebab dah buat salah kan. Lepas ceramah tu, warden suruh kitorang berkumpul kat luar bilik dan duduk atas jalan tar tu. Masa tu kitorang dah mula berbincang nasib masing-masing. Ada yang rasa kena buang sekolah, ada yang dah pilih nak pindah sekolah mana. Ada yang risau gila parents tau. Warden-warden berbincang kat dalam bilik diorang. Then, lepas beberapa minit, dia suruh kitorang balik ke dorm masing-masing. Malam tu memang aku susah nak tidur. Asyik memikirkan apa yang bakal terjadi. Tapi tidur jugak lah dah lama-lama. 

................................................................................................................................

Esoknya kitorang ada program hujung minggu kat dewan sekolah. Aku tak ingat plak program apa, tapi kitorang semua wajib hadir la. Pagi-pagi tu dah nampak Jebon sedang menggatal dengan budak-budak perempuan. Semalam muka macam sakit sangat, tapi pagi tu muka macam biasa jek. Masa program tu, kitorang tak nampak lansung kelibat Jebon. Then, masa kitorang dah balik dari program tu, kitorang nampak Jebon bersama family dia dan beberapa anggota polis. Aku dah takut dah masa tu. Cepat-cepat aku balik dorm. Patutla dia takde masa program tu, rupa-rupanya keluarga dia ambil dia dari sekolah untuk buat laporan polis. Masa tu aku nampak tangan dia berbalut dan bergantung kat leher. Mak dia la yang beriya buat laporan polis sebab laporan doktor ada beritahu Jebon patah tangan dan retak tulang rusuk. Yang aku tak boleh terima, mak dia cakap doktor kata Jebon tu disyaki mandul. hadooiiiiiii... Aku pun tak pasti apa yang mak Jebon tu hebohkan betul ke tidak. Nampak macam saja buat cerita jek.

 Lepas program tu, aku memang duduk dalam dorm jek. Aku dah takut sebab nampak polis pun ada sekali dengan keluarga Jebon. Dengan tiba-tiba ada sorang budak dorm aku kecoh dia nampak ada trak polis kat depan bilik warden. Aku semakin takut. Aku capai tuala nak gi mandi. Lepas jek mandi, aku dengar 1 pengumuman dibuat dengan suara yang amat marah dari warden aku. " Perhatian nama-nama disebutkan, sila datang ke bilik warden sekarang juga". Nama-nama kitorang la tu. Masa tu aku rasa macam nak lari, tapi nak pergi mana kan. Nak tak nak kitorang pergi la juga ke sana. Bila dah cukup 12 orang tu, kitorang disuruh beratur pegang bahu orang depan dan naik trak polis tu. nasib baik diorang tak gari tangan kitorang. kalau tak, memang aku rasa diri ni penjenayah or pendatang haram. 


Masa tu punya la ramai budak-budak tengok kitorang. Aku rasa hampir 1 asrama tu keluar dari dalam dorm diorang termasuk pelajar perempuan semata-mata nak tengok apa jadi. Yang dari dalam surau pun semua keluar sebab nak tengok kitorang. Masa tu dah nak masuk waktu Maghrib, tu yang ramai kat surau. Memang kitorang rasa segan dan malu yang teramat sangat masa tu. Habis jatuh saham sebab ramai perempuan tengok kitorang naik trak polis tu. Lepas semua masuk dalam trak tu, kitorang semua dibawa ke Balai Polis Central JB untuk siasatan lanjut. Sebelum aku pergi tu, aku ada pesan kat kawan aku supaya call family aku kalau aku tak balik malam ni. Lambat laun family aku tahu juga. Baik beritahu cepat-cepat kan. 


Sampai balai, kitorang disuruh mencangkung jek sementara menunggu dipanggil untuk 'ditemuduga' oleh pakcik-pakcik polis. Ada seorang polis veteran tu cakap dengan kitorang, " Kalau ikutkan hati, aku malas nak layan kes-kes budak sekolah macam korang ni. Disebabkan mak budak tu beriya buat laporan polis suruh ambil tindakan, pihak polis terpaksa buat juga la. Korang bagi kerjasama, cepat habis, cepat aku bebaskan korang". Polis-polis semua sempoi jek. Lepas tu kitorang dipanggil berdua-dua untuk diambil keterangan. Kitorang semua mengaku jek kitorang salah. Lama juga proses nya. Hampir pukul 3 pagi barulah kitorang dilepaskan. Tak kan nak sumbat budak sekolah masuk lokap kan. Dah la ramai. Buat penuh lokap jek. Lagipun kitorang dijamin oleh pengetua yang ikut sekali kitorang ke balai tu. Seorang nilai jaminan RM2000, kalau 17 orang, kira la sendiri. Tapi aku rasa, pengetua tak bayar lagi semua tu. Cuma dia jamin kat polis kitorang takkan buat salah lagi dalam masa terdekat tu la. Nilai jaminan tu yang RM2000. Mungkin kalau kitorang buat salah lagi, baru kena bayar kot. Agaknya la.


Selesai diambil keterangan, kitorang disuruh salam dan minta maaf dengan mangsa iaitu Jebon. Dengan mak ayah dia pun polis suruh minta maaf. Tapi hanya ayah dia jek yang balas salam kitorang. Mak dia hanya berpaling muka tak nak tengok kitorang. Biasa la tu. Siapa yang tak marah kalau anak mereka kena pukul kan. Bapak dia jek yang tenang sket salam dengan kitorang.

Keluar jek dari balai polis tu, aku nampak family aku dah tunggu kat luar balai. Mak aku dah menangis dah bila nampak aku. Aku yang dari tadi cuma berperasaan bengang, malu dan segan, tiba-tiba sedih gila tengok mak aku menangis dan aku pun turut menangis bersama mak aku. Masa ni teruk gila menangis sebab aku malu dengan mak abah aku.Masa tu bapak aku (arwah) tenang jek sambil berbual dengan pengetua. Masa tu pengetua cover aku. Dia cakap " Budak ni baik sebenarnya, tapi dia terikut-ikut perangai kawan-kawan dia". Cayalah pengetuaku. Lepas tu pengetua suruh family aku jangan risau dan suruh diorang balik dahulu. Aku dan kawan-kawan kena balik ke asrama. Kitorang naik 3 kereta. Kereta pengetua dan 2 kereta warden. Pengetua aku pun paham situasi sebab dia lelaki juga kan.


Pengetua kitorang sangat sempoi orangnya. Walaupun kitorang 'menaikkan' nama sekolah, kitorang tetap dilayan seperti biasa. Masa on the way balik tu, pengetua bawak kitorang pergi makan dulu kat kedai. Siap dia belanja lagi. Dia pun tahu yang last kitorang makan masa tengahari tu. Masa tu memang kitorang tengah lapar, tapi mana nak cari makan kan. Pengetua dan warden duduk lain meja dengan kitorang. Yang lawaknya, masa kat kedai makan tu kitorang order makanan tak nak kalah. Masing-masing order ikut citarasa sendiri. hehehe. Ada yang nak Nasi Goreng Patayya, Kampung, Cina, Kuew Teow, dan macam2 lagi la. Dah la tak bawak duit, muka macam lansung tak bersalah walaupun kitorang dah buat salah. Then, warden aku bersuara, " Buatkan diorang 12 Mee Goreng, 12 teh o ais". Lepas tu semua terdiam. Pengetua aku senyum jek. 

Gambar : Semua dari Google. 

Habis dah cerita serba ringkas walaupun aku rasa panjang entri ni. Ini semua dulu-dulu punya cerita. Sekarang dah besar panjang. Dah lebih baik dan matang. Terima kasih banyak-banyak kepada pembaca setia blog ini yang sudi baca. Sila berikan pendapat dan pandangan berkenaan entri ni...

Ada soalan ni...(saja nak test korang baca penuh ke tak..hehe)
1) tahun berapakah kejadian ini berlaku??
2) berapa ramai naik trak polis termasuk aku??
3) hukuman apa yang aku dapat hasil kejayaan 'menaikkan nama sekolah??


Kalau sudi jawab la sekali...hehehe..
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...........................












Thursday 10 May 2012

VIDEO LAGU PENUH MAKNA

Tengah ronda-ronda kat YouTube, aku ada terjumpa video ni. Sebelum ni memang tak pernah dengar la lagu ni, bila try dengar, lagu ni biasa jek, tapi video dia penuh makna. Lirik pun ada makna dan maksud yang menarik. 

Kalau korang dah pernah tengok, bagusla. Kalau yang belum tengok, jom tengok sama-sama ok. Video klip dari kumpulan Indonesia ni kadang-kadang memang menarik sebab jalan cerita dia yang bermakna dan sangkut paut dengan kisah manusia. 

Enjoy this video ok. Hargai Aku by Armada



Ada lagi satu video ni. Cerita dia menarik, tapi bila aku pandang dari segi lain, maksud nya akan jadi "Perempuan memang senang kembali ke cinta lamanya or senang kembali ke kekasih lamanya, sebab perempuan sukar melupakan cinta pertama mereka". So, berjaga-jaga lah para lelaki dan renung-renungkan la para perempuan. hehehe.

Ni la video nya. Cinta Bersemi Kembali by Dadali


Ok. Assalamualaikum dan selamat berblogging...........................

Sunday 6 May 2012

GAMBAR-GAMBAR CUN MPG 2012

Untuk entri sebelum ni aku ada heboh pasal MPG kan?? Klik <SINI> untuk ke entri sebelum ni. Aku rasa MPG ni Malam Pra Graduan, tapi malam tu aku tengok diorang tulis Majlis Pra Graduan. Tak kisah la kan mana betul mana salah. hehe. Di sini aku nak kongsi gambar-gambar cun malam pra graduan tu. Ada lebih kurang 400 keping gambar di ambil dari kamera roomate aku ni. Itu tak termasuk lagi gambar-gambar dari kamera lain. hehe. Biasa la kan. Dah pakai smart-smart, cantik-cantik, mesti la kitorang gila kamera sket. Macam korang jugak. hehehe. 

Setelah ditapis sendiri oleh aku, ini la gambar-gambar yang hendak aku kongsikan. Tengok la kalau sudi, kalau tak sudi pun takpe la. 

Suasana sebelum majlis
Classmates
Majlis perasmian
Ini la yang kitorang makan. Harga - RM30 seorang. Tak berbaloi. hehe.
Persembahan solo dari budak kos aku, tapi lain kelas.Best suara dia.
Aku dan kawan-kawan semeja. hehe.
Classmates
Classmates
Classmates n lecturers. Lecturers 3 dan 4 dari kiri.
Classmates. (baju hijau tu Najwa Latiff celop. haha)
Classmates
With lecturers and owner kamera
Classmates (my family)
Classmates
Classmates
Classmates





Sekian sahaja gambar-gambar yang ingin aku kongsikan. hehehe. Mana lagi cun kalau nak banding dengan sem lepas punya?? Semester lepas kawan-kawan aku takde la sebab bukan untuk diorang. Aku pergi pun sebab buat persembahan. Klik <SINI> untuk tengok gambar MPG sem lepas. 


Lepas ni aku nak kongsi gambar-gambar aku bersama gadis-gadis plak. hehehe.
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...........................................................



 

Friday 4 May 2012

MALAM INI MPG LA


Dah lama aku tak gosok baju,. hahaha. Tadi baru jek lepas gosok baju untuk dipakai malam ni. Malam ni aku ada dinner MPG (Malam Pra Graduan). Semester lepas aku ada join juga Malam Pra Graduan ni, tapi untuk buat persembahan la. Klik <SINI> untuk tengok gambar-gambar malam pra graduan sem lepas.

Untuk malam ni aku dan kawan-kawan la yang diraikan. Bukan free pun, berbayar juga. hahaha. Kena bayar untuk diraikan. Kenapa aku tak perform untuk MPG kali ni?? Aku pun tak tahu. Dah diorang tak panggil kitorang untuk buat persembahan, nak buat macamana kan. Terpaksalah kitorang menghampakan peminat-peminat kitorang. hahaha. Sebab ramai juga yang bertanya kitorang perform ke tak malam MPG tu. Takpe lah kan. Bagi peluang kat orang lain untuk buat persembahan. Untuk malam ni, tugas aku ialah makan sampai kenyang. hahaha. 

Sebenarnya aku nak sangat buat persembahan malam ni. Sebab yang datang malam ni semua budak-budak batch aku. Jadi tak ada la goyang sangat kan nak nyanyi. Lagu apa nak nyanyi pun dah fikir. hehehe. Tapi dah diorang tak panggil, tak jadi la. Mungkin diorang nak budak-budak yang diraikan macam kitorang ni tak perlu terlibat kot dengan apa-apa persembahan. Diorang nak kitorang enjoy jek dengan kawan-kawan. haha. (sedapkan hati).

Malam ni tema High Class (Red and Gold). Hamboiiiiiiiiiii. hahaha. Aku tak fikir banyak pun pemilihan baju. Just pakai kemeja hitam, seluar slack hitam, kasut hitam, kot hitam, dan tali leher merah or ala-ala gold. hehehe. Orang lelaki ni senang sikit nak bergaya untuk malam Dinner. Tak macam orang perempuan. hehe. Asyik risau jek nak pakai baju apa. Nak matching dari kepala sampai ke kaki. Kalau boleh, semua nak baru. Takut orang mengata pernah tengok baju yang diorang pakai. hahaha. Biasa la tu orang perempuan mengata orang perempuan. 


Malam ni lepas maghrib kitorang bertolak la. Nanti aku share gambar-gambar cun malam ni. hehehe. Kalau ada yang sudi tengok la.




Ok. Assalamualaikum dan selamat berblogging................................

Thursday 3 May 2012

REMPAH PELINDUNG ORGAN

Rempah ratus - sumber dari google


Tidak hanya memperkayakan cita rasa, rempah-rempah seperti kayu manis dan oregano berkhasiat mencegah kerosakan organ akibat kadar gula yang terlalu tinggi. Dilaporkan jurnal Medicinal Food, ekstrak rempah mengelakkan pembentukan senyawa kimia di dinding pembuluh darah jantung dan ginjal yang bila dibiarkan boleh meningkatkan risiko kerosakan organ.  



Sumber :
Sumber yang sama dengan entri Bawang Oh Bawang
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...............................

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA