Assalamualaikum semua !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Bola sepak Inggeris bermula kembali dengan musim baru yang sungguh mengujakan. Sekarang tengah sibuk pasal pemindahan-pemindahan pemain bintang dari satu kelab ke kelab lain. Banyak sangat rumors pasal perpindahan pemain terutama untuk kelab Manchester United. Aku sebagai penyokong kuat MANCHESTER UNITED sejak dahulu lagi berharap David Moyes, pengurus baru Manchester United akan membawa 'budak-budak' aku ni mempertahankan kejuaraan liga perdana Inggeris. Semoga kelab Manchester United ini akan merangkul kejuaraan ke 21 pada penghujung musim baru ini..
Zaman kegemilangan Sir Alex Ferguson sudah berakhir
Zaman kegemilangan David Moyes baru bermula
Di sini aku sertakan jadual perlawanan EPL untuk kelab Man United. Untuk kelab lain, aku tak nak ambik tahu.. hahahahaha.. GLORY-GLORY MAN UNITED..
Ok, Assalamualaikum dan selamat berblogging....................
Assalamualaikum semua. Esok ada bola. Esok ada bola. Tau tak game apa??? hehehe. Perlawanan Akhir Piala FA la. Perlawanan antara Johor Darul Takzim dan Kelantan. Aku sebagai rakyat Johor yang lahir dan dibesarkan di Johor haruslah menyokong pasukan JDT. LUASKAN KUASA MU. hehehe..
Jangan lupa saksikan di mana-mana sahaja yang anda suka. Di stadium, di rumah, di kedai mamak, di padang yang ada skrin besar dan di mana-mana sahaja yang ada tv.
Di bawah ini ada lagu Luaskan Kuasa Mu (versi penuh) dan lagu Kita Tetap Menang nyanyianJoe Flizzow Feat. Amy Search, MicBandits & Datuk Hasbullah Awang (komentator bola) hehe. Jom layan sama-sama.
Pada aku pasukan JDT ni dah macam Manchester United. Sebab ramai "haters". huhuhu. Orang johor sokong pasukan JDT, orang selain negeri Johor sokong Kelantan. Katanyaaaa...
Ok la... Assalamualaikum dan selamat berbloggging.....................
>>> Sedih sebab tak dapat pergi stadium. Ada kenduri kat rumah sedara. Nak kena bawak mak gi sana.. Tapi kalau tak ada kenduri pun memang tak pergi pun sebab tak ada duit pun nak gi sana. hehehe...
JDT 2 - 1 KELANTAN
Aku harap JDT menang malam esok. Jangkaan aku JDT 2, Kelantan 1............ Tapi kalau Kelantan menang pun tak apa. Asalkan perlawanan malam esok nanti berjalan lancar, bersih dan tak ada gaduh-gaduh.
Assalamualaikum semua. Hari ni hari yang agak seronok dan puas hati bagi aku sebab Manchester United menang pagi tadi seterusnya dengan bergayanya memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris bagi sesi 2012/2013. Aku sebagai penyokong setia dan 'kipas susah mati' Manchester United yang tidak berdaftar ini ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada para pemain, jurulatih dan juga Big Boss MU, Sir Alex Ferguson kerana memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang ke 20 ini.
Pagi tagi Manchester United melayan kunjungan kelas Aston Villa. Game pagi tadi memang best sebab Manchester United main dengan bagus dan bersahaja. Separuh masa pertama dah mendahului 3-0. Hat trick daripada Robin Van Persie sudah cukup untuk Manchester United memenangi perlawanan pagi tadi seterusnya memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang ke 20 untuk Manchester United dan yang pertama untuk Robin Van Persie yang memakai jersi no 20. Kegembiraan di wajah Robin Van Persie memang nampak sangat puas hati. Mana taknye kan. 7 tahun kat Arsenal tak memang apa-apa piala. Masuk jek Manchester United, terus menang kejuaraan liga.
Mungkin ada yang kata Manchester United menang kejuaraan Liga Perdana Inggeris kali, 'all thanks to V.Persie', 'MU menang sebab ada V.Persie', ' V.Persie makes the difference'. Tapi cuba kita lihat ke belakang seketika, selama 7 tahun V. Persie kat Arsenal, kenapa Arsenal tidak memenangi apa-apa kejuaraan besar??? Kalau kita tengok pada game Manchester United, V. Persie tak dapat pun jaringkan gol tanpa kelibat Rooney, Kagawa, Giggs, Carrick dan yang lain-lain. Pujian juga harus diberikan kepada jentera pertahanan dan penjaga gol yang sentiasa bertahan jika penyerang mereka menjaringkan gol. Tak guna pun V. Persie jaringkan 40 gol kalau pertahanan bolos sampai 30 gol. Jadi V. Persie bukan la sahaja penyebabnya Manchester United menang. Setiap orang dalam dalam kelab manchester United ada sumbangan mereka tersendiri.
Manchester United dengan bergayanya merampas kembali piala kejuaraan dari 'the noisy neighbour' iaitu Manchester City. Tapi katanya memang Manchester United hanya meminjamkan sahaja piala itu untuk setahun, so dah habis masa pinjam, haruslah dikembalikan kan. hahaha. Bak kata komentator pagi tadi, 'they silence the noisy neighbour'. hahaha.
Harap musim depan, Manchester United dapat mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris ini. Matlamat musim depan, gelaran yang ke -21 plak. Not Arrogant, Just Better, B.E.L.I.E.V.E, GGMU.........
Saksikan video pemain-pemain Menchester United meraikan kejayaan mereka di bilik persalinan. Arak adalah haram untuk orang Islam. Tapi untuk mereka tidak.
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...........................
Lama dah aku tunggu musim baru bola sepak England ni. Hujung minggu tanpa game Manchester United memang membosankan. Untuk musim baru kali ni, mungkin aku banyak tengok kat rumah je kot sebab geng-geng tengok game Man Utd ada kat Shah Alam lagi. Kat Pekan Nanas ni ada jek kedai mamak yang penuh setiap kali ada game bola, tapi bukan geng-geng aku. Banyak penyokong Chelsea dan Liverpool jek. Hampeh... hahaha. Teringat keriuhan tengok bola kat Restoran Hakim sek 7 Shah Alam tu.
Ini lah jadual perlawanan team Manchester United untuk musim baru 2012/2013.
Kepada yang tak minat bola tu, or yang anti dengan Manchester United, abaikan je la ek. hehehe.
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging..................
>>> Syawal semakin dekat, Ramadhan semakin meninggalkan kita. huhu. Harap dapat jumpa lagi Ramadhan tahun depan.... InsyaAllah....
Aku baru lepas tengok bola di Restoran Hakim Sek 7 ni. Tengok dua game hari ni. Mula-mula Manchester United vs Queen Park Rangers, lepas tu Arsenal vs Manchester City.
Anton Ferdinand with Wayne Rooney
Malam yang sungguh puas hati sebab Manchester United kalahkan QPR 2-0, dan Arsenal kalahkan Manchester City 1-0. Dengan tiba-tiba aku jadi penyokong Arsenal kejap tadi. hahaha. Saja nak panaskan hati penyokong-penyokong Manchester City. Sokong Arsenal dengan memakai baju Manchester United.
Penjaring gol tunggal Arsenal (Mikel Arteta)
Dengan kemenangan Manchester United dan kekalahan Manchester City ni malam ni, memang berkemungkinan besar Manchester United bakal mendapat takhta Liga Perdana Inggeris yang ke-20. Ok, mood aku malam ni sangat baik. Mari kita saksikan table terkini liga perdana inggeris..
Apa pendapat anda Roberto Mancini???? Adakah anda rasa ini mungkin musim terakhir anda bersama Manchester City???
Ok, maaf. Mungkin anda mengalami tekanan ye. Apa pula kata Sir Alex Ferguson???
Yeahhh.. Itu dia. Gelaran juara liga perdana inggeris yang ke-20 dalam genggaman.
Mesti korang ada yang tak paham kan apa yang aku rasa sekarang ni. hehehe. Saja melalut sorang-sorang. Esok (isnin) ada test weyhhhhh pukul 2 petang. Test 1 Islamic Business. Ada 3 chapter wa cakap lu. Tapi aku masih rilek lagi ni tak start apa-apa lagi. Bak kata membe aku,, "test jek kot", rilek-rilek sudah". Haaa... lagi satu kerja. Assignment Internatinal Busibess pun nak kena hantar ni esok. Adoiyai, malas btul la. Tapi terpaksa juga buat dan terpaksa juga study untuk test.
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.................................
Semua orang tahu perlawanan bola sepak dimainkan selama 45 minit untuk separuh masa. Tapi kenapa????? Ini saya ambil dari fb kawan.
Info bola sepak! Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30 minit ataupun 1 jam (untuk separuh masa)? Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima.
Dia menjawab...."Sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit ialah... Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai "2 biji bola" dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang. Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan. Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 biji bola di atas padang, sama dengan jumlah masa 45 minit. Persoalan terjawab !!!
Lepas itu ada lagi persoalan timbul, "Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit. Macamana pula??".. Jawapan kepada persoalan "itu adalah bola referee"
Adakah anda paham dengan jawapan kepada persoalan ini??? Fikir-fikirkan. Untuk pembaca perempuan, minta pendapat orang lelaki jika tidak paham.. hehehe..... Kalau bola sepak perempuan macamana plak???hehehe....no komen..x sesuai..
(bagi yg pernah baca,,ini entri lama, saja nak kongsi kepada pengunjung baru blog ini)
Ini bukan ulasan perlawanan. Saja nak menaip di pagi yang indah ni. hahaha. Real Madrid vs Barcelona. Perlawanan yang sudah dijangka panas. haha. Macam biasa la kalau dua kelab besar ni bertembung. Aku layan sorang-sorang jek tadi kat kedai mamak. Game pukul 5 pagi kan. Nak ajak siapa pergi tengok. Petang ni ada exam (last paper) pun aku pergi tengok bola. Saja nak menghilangkan tension dan boring.
Keputusan perlawanan Real Madrid 1-2 Barcelona. Gol dijaringkan oleh Ronaldo pada separuh masa pertama. Gol Barcelona dijaringkan oleh Puyol dan Abidal. Defender jaringkan gol?? haha. Nampak betol penyerangnya tak boleh harap. haha. Aku tadi sokong Real Madrid la sebab ada bekas bintang Manchester United (Ronaldo). Sebab lain aku memang tak suka dengan kelab Barcelona. Diorang punya permainan menyakitkan hati lawan dan juga orang yang menontonnya.
Bekas bintang Man Utd
Tadi punya game memang syok tengok. Masing-masing tak puas hati dengan pemain lawan. Tolak-menolak, tak dapat sepak bola, sepak kaki orang. Biasa la tu kan bola sepak. Tapi diorang profesional. Dalam padang jek macam tu. Kat luar minum arak sama-sama jugak. haha. Kesian dengan pasukan Real Madrid. Dah dapat gol awal pun tak boleh nak menang. Jarang la nampak Real madrid serang kalau nak dibandingkan dengan Barcelona. Tadi kelakar jugak aku tengok sorang pemain ni. Kaki disepak, tangan dipijak, kepala diganyang, badan ditolak. Siapa dia????
Pemain terbaik dunia la. Siapa lagi kan yang sesuai dengan semua layanan di atas. haha. Walaupun aku tak suka dengan permainan Barcelona, aku tetap kagum dengan Messi ni. Lari laju, main bijak, pandai jaringkan gol dalam apa jua situasi, dan dan dan dan,,,,, cukup la tu kot. Menyampah la plak. haha.
p/s : Tak sabar nak tengok game Arsengal lawan Manchester United.
Malaysia kalahkan Indonesia 4-3 dalam penentuan sepakan penalti setelah seri 1-1 sehingga 120 minit perlawanan.
Gambar hiasan. Contoh pingat emas.
Tak lengkap pungutan pingat emas Sukan Sea kalau tak dapat pingat emas acara sukan bola sepak. Malam tadi aku sangat berpuas hati dengan kemenangan pasukan Malaysia menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir acara sukan bola sepak. Memang jerit habis la lepas Baddrol jaringkan gol pada penalti terakhir Malaysia tu. Aku bersama 3 orang lagi member tengok dekat Restoran Dee Attap bertempat di sek 7 lama, Shah Alam. Tengok dekat situ best sebab ada skrin besar dan makanannya sedap-sedap belaka. Sampai sana dalam pukul 8 chop tempat dulu. Cuaca dah mula gerimis mengundang, tapi duduk je la kat kat situ sebab tempat lain memang dah penuh habis. Apa diorang ni tak reti nak tengok dekat rumah. hehe. Padahal rumah sewa aku pun ada TV, ada Astro, tapi saja nak tengok bola kat luar. Baru la syok nak jerit-jerit kan.
Antara penyokong yang hadir. Meja hujung belah sana tu penyokong Indonesia
Pukul 830, bola pun start. Hari hujan renyai-renyai, tapi kami tetap tidak berganjak dari tempat duduk. Tak kisah la kan. Kena hujan ramai-ramai. Nak lepak kat bawah bumbung dah penuh. Ada satu perkara yang buat aku terkejut masa tengok bola tu. Pasukan Indonesia mendahului pasukan Malaysia pada minit ke 5 kalau tak silap. Tiba-tiba aku terdengar sorakan dari meja-meja belakang. GOLLLL!!!!!! Terus je la kitorang toleh belakang. Rupa-rupanya ada 3 meja kat belakang penyokong Indonesia. Cissssss !!! Geram beta tengok. Tapi tak boleh nak marah-marah la kan. Sebab kita kena ada semangat kesukanan.
Dalam hati ni sabar je la. Diorang pun nak tengok bola juga, nak sokong negara diorang. Masa tu memang aku tunggu sangat-sangat Malayisa jaringkan gol dan GOLLLLLLL!!!!. Satu tandukan rendah daripada Asra masuk ke gawang Indonesia. Masa tu semua orang jerit kuat-kuat sekuat Tiger. hehe. Semua menujukan jeritan kepada penyokong-penyokong Indonesia yang tidak seberapa banyaknya. hahaha. Puas hati betul masa tu. Thanks Asra.
Asra meraikan jaringan dengan penuh rasa geram. hehe.
Rehat separuh masa pertama, hujan semakin besar dan laju. Kitorang dah risau dah masa tu. Baju, kepala dah basah. Ye la kan, walaupun hujan renyai, tapi kalau 45 minit kena, tak ke basah jugak. Aku nampak satu meja kosong bawah bumbung, terus jek pindah sana. Bagi yang tak ada meja, masih setia berhujan dan terus menyokong pasukan Malaysia. Sanggup pegang payung jek masa tengok bola asalkan tak kena hujan, hati pun puas.
Bersusun payung diorang.. hehe
Ada 4 biji gol offside masa perlawanan tu. 2 biji untuk pasukan Malaysia, 2 biji untuk pasukan Indonesia. Setiap kali gol offside tu semua penyokong bersorak, dan lepas pengadil batalkan jaringan, memang malu la. Lagi-lagi masa gol offside pasukan Indonesia. Teruk diorang kena kutuk. Biasa la kan, minority. hehe. Benda yang akan terjadi juga kepada orang Malaysia yang berada di Indonesia.
Rasa tak puas hati dan geram dengan penyokong Indonesia memang 'confirm' ada la kan. Tapi aku pun rasa geram dengan penyokong Malaysia belakang meja aku masa separuh masa pertama tu. Ada la dalam 12 orang, sorang lelaki yang lain semua perempuan. kalau nak kutuk pemain Indonesia aku tak kisah sangat la, tapi siap kutuk-kutuk pemain Malaysia sekali tu kenapa. Kepada perempuan-perempuan tersebut (macam la dia tahu aku nasihat ni), jangan la asyik nak kutuk pemain Malaysia itu ini. Diorang main dah bersungguh-sungguh dah tu. Rezeki jek tak ada. (aku pun kadang-kadang terlepas cakap sebab geram. hehe..nasihat ni untuk diri sendiri jugak)..
Dalam bulatan tu la group perempuan tu. hehe.
Minit 93, masih seri dengan jaringan 1-1. Tambah masa lagi 30 minit. Minit 122, masih seri lagi tanpa jaringan. Penalti la pulak kan. Risau betul aku nak tengok penalti ni. Seram je rasa masa pemain Malaysia yang ambil sepakan penalti. Masa rehat sebelum penalti ni aku perasan sorang demi sorang penyokong Indonesia ni turun bawah. Ingatkan nak pergi tandas. Rupa-rupanya diorang balik dah. Takut la tu. hehe. Memang best 'giler' la tengok penalti tu. Dengan jaringan Baddrol pada sepakan penalti terakhir, maka pingat emas menjadi milik pasukan negara. Aku berasa bangga pasukan bola sepak Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas 2 tahun lepas. Malaysia dah menang ni. Hari ni tak ada ker istiharkan cuti??? hehehe.
Seronok betul diorang ni. Kami di Malaysia pun seronok dan bangga..
Saksikan video sorakan yang sempat dirakam selepas penalti terakhir Baddrol.
Masa dah menang penalti 4-3 kepada Indonesia ni, semua orang bersorak kegembiraan. Memang puas hati 'giler' la kan. Nasib baik penyokong Indonesia dah balik. Kalau tak memang kena 'bahan' je la dengan penyokong kuat harimau muda ni. hehe. Pasukan inikah yang dikatakan pasukan terbaik Indonesia?????????? Kalau ya, memang ini lah pasukan terbaik Indonesia, TETAPI tetap tidak boleh mengalahkan pasukan Malaysia. Pasukan Malaysia terbaik !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Semua orang tahu perlawanan bola sepak dimainkan selama 45 minit untuk separuh masa. Tapi kenapa????? Ini saya ambil dari fb kawan.
Info bola sepak! Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30 minit ataupun 1 jam (untuk separuh masa)? Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima.
Dia menjawab...."Sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit ialah... Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai "2 biji bola" dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang. Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan. Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 biji bola di atas padang, sama dengan jumlah masa 45 minit. Persoalan terjawab !!!
Lepas itu ada lagi persoalan timbul, "Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit. Macamana pula??".. Jawapan kepada persoalan "itu adalah bola referee"
Adakah anda paham dengan jawapan kepada persoalan ini??? Fikir-fikirkan. Untuk pembaca perempuan, minta pendapat orang lelaki jika tidak paham.. hehehe.....
Salam 1 Malaysia buat semua rakyat Malaysia. Baru jek balik dari kedai mamak Hakim sek 7 ni. Walaupun mata mengantuk, badan penat, tetapi tetap setia menonton dan menyokong pasukan kebangsaan kita. Selama 85 minit tengok, macam-macam kritikan dan sorakan dari penyokong-penyokong pasukan kebangsaan kita kan. Lepas jek minit 85, satu sorakan, jeritan dan pekikan GOLLLLLLL !!!!!!!!!!!!!!! Fakri!Fakri! Fakri! Fakri! Fakri! Fakri!.. hehe. Akhirnya selepas wisel penamat ditiup, Malaysia melangkah ke perlawanan akhir dengan kemenangan bermakna 1-0 kepada Myanmar.
Permainan kedua-dua pasukan, Malaysia dan Myanmar agak seimbang. Sama-sama main 'save' jek. Maksudnya main dengan berhati-hati. Kedua-dua pasukan ada peluang untuk gol, tapi semua peluang dikecewakan penjaga gol masing-masing. Pemain Malaysia yang aku paling puji Fandi sebab hantaran dia semua bagus-bagus. Lagi pemain Malaysia yang bagus Nazmi dan semua barisan pertahanan.
Bila Syahrul dikeluarkan daripada permainan, aku dah risau dah. Kenapa 'coach' tak keluarkan Fakri sebab permainan Fakri agak 'sumbang' sikit di barisan hadapan. Tapi memang menjadi la kan taktik pengurus pasukan Malaysia iaitu Ong Kim Swee.
Hari tu muka Izzaq keluar surat khabar, hero pasukan Malaysia. Lepas tu muka Syahrul pun jadi hero pasukan Malaysia. Esok punya surat khabar dah tau la kan muka siapa yang keluar jadi hero. Mesti la Fakri kan. Masih teringat lagi sorakan penyokong pasukan Malaysia dekat Restoran Hakim tadi. Fakri!Fakri!Fakri!Fakri!Fakri!.......
Bila tengok perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaan, satu perkara ni aku suka sangat. Penyokong kelab-kelab EPL bersatu. Ada yang datang pakai baju Man Utd, baju Chelsea, baju Liverpool, baju Arsenal. Tapi semua tetap bersatu menyokong pasukan kebangsaan. haha. Mesti la sokong pasukan negara sendiri kan. Itu la peminat setia bola sepak namanya.
Kepada pasukan kebangsaan kita, teruskan usaha di perlawanan akhir menentang sama ada Indonesia atau Vietnam. Pertahankan pingat emas yang paling bermakna buat negara. Seperti kata pengulas perlawanan " tak lengkap pungutan pingat emas kita tanpa pingat emas daripada sukan bola sepak"...
Hari ni aku dan kawan-kawan pergi stadium Shah Alam. Tengok bola friendly Malaysia lawan Laos. Mula-mula ingat main kat stadium UITM, so kitorang pun bergegas la ke sana. Sampai jek sana, stadium UITM kosong. haha. Bila dah nampak kosong, apa lagi, blah la kan. Memang sebelum tu pun tengah konfius nak ke stadium UITM or stadium Shah Alam. Bila stadium UITM dah kosong, kitorang pergi la ke stadium Shah Alam. Kelam kabut juga la tadi bawak motor. Kitorang sampai lambat. Dapat la tengok sedikit game separuh masa pertama.
Apek teringat kat Dahlia
Refferee says " korang nampak tak wisel aku??jatuh tadi"
Budak milo termenung" bila la aku nak jadi macam diorang ye"
Badrul mengambil sepakan sudut mencari rakannya
Yes..menepati sasaran, tapi x gol..huhu..
Antara penyokong yang hadir
Tong tulis 100 plus, tapi air mineral jek ada..cehh
Habis dah separuh masa pertama. Malaysia ketinggalan 0-1. Aku tak tengok pun gol macamana sebab aku datang lambat. Banyak gambar ambik, tapi letak yang gud2 je la..hehe. Lepak-lepak dulu, hisap rokok sebatang dua. Dalam berapa minit entah, pemain-pemain pun masuk kembali ke padang.
Pemain-pemain masuk ke padang dengan semangat membara
Entah apa diorang bincang ek..Bincang nak karok lagu ape malam ni kot.
Gelecek bang gelecek
Hujan turun dengan lebatnya
Pemain Malaysia berusaha merampas bola
Rebut bola di udara. Penjaga gol Laos dapat.
Sumpah lebat gila hujan, tapi dia tetap di situ pegang bola
Kau main hujan ye Drogba
Ultras Malaya yang setia menyokong walaupun dibasahi hujan
Ini lah AKU..hehe..aku berdiri kat atas sebab duduk bawah kena angin hujan walaupun bawah bumbung
Bola dah abis. Hujan pun berhenti. Baru SELESA nak ambil gambar
Ni tuan punya kamera. Bergambar bersama stadium yang dah kosong.
Keputusan akhir Malaysia menang 4-1. Semua gol dapat masa hujan lebat. Hujan rahmat untuk pemain Malaysia. hehe. Ada juga gol dibantu oleh hujan. Ye la, hujan lebat gila kot, padang lecak. Bola tiba-tiba berhenti depan gol. Tinggal tolak masuk gol jek. hehe. Aku tengok dah macam main bola dalam paya dah. Masa tu la teringat zaman-zaman sekolah rendah main bola masa hujan lebat dan padang lecak macam tu. Tapi aku memang puji habis la pemain-pemain Malaysia separuh masa kedua ni. Permainan bertambah bagus termasuk Khairul Fahmi. Walaupun dia banyak rilek separuh masa kedua tu. hehe. Adalah la masa untuk dia teringat kat Dahlia. hehe.