Click here OK!

Followers

Saturday 31 December 2011

Segmen Bloglist X-Change and Review Ur Blog

Segmen Bloglist X-Change and Review Ur Blog by Kiz.Mari Join

Hari ni nak join segmen dari Kiz Garden. Untuk pengetahuan, aku dah lama dah letak blog dia kat bloglist aku nih. hehe. Aku join segmen ni sebabnya nak menambah kenalan (follower) aku dan mengeratkan hubungan sesama blogger. Aku masih baru dalam dunia blog ni. Aku mula pada Oktober 2011. So, banyak lagi aku perlu belajar dan perbaiki dalam penulisan blog aku. 

Ni segmen pertama - Bloglist Exchange

Segmen kedua - Review blog

 

Thanks to Kiz sebab banyak ajar aku selok-belok dunia blog ni. Diorang punya tutorial sangat berguna. Mana yang masih tak kenal dengan blog Kiz Garden, mari la terjah blog dia ye. Klik pada mana-mana gambar untuk ke blog Kiz Garden. Dan jangan lupa untuk sertai segmen2 tu. Selamat Tahun Baru 2012. 


Tuesday 27 December 2011

BABY BABY BABY OOOO...BEST WOO BALIK KAMPUNG

Salam semua. 4 hari dah aku x online. Sebab aku balik kampung. Jumpa mak, jumpa baby yang aku nak sangat jumpa sejak dia lahir. Masuk rumah, salam semua orang, terus pergi mandi cepat-cepat. haha. Siap jek mandi, pakai baju, terus jumpa baby yang kecik comel. Padahal perut lapar masa tu. Nampak baby, lupa sekejap perut tengah lapar. 

Cuti duduk rumah jek. Aktiviti macam biasa makan, makan and makan. Sampai terlebih kenyang, perut keras. hahaha. Kat rumah makan sedap-sedap jek. Kat shah alam ni, makanan banyak jek sedap-sedap, tapi nak membelinya tu pikir 2,3 kali. Biasa la, duduk Shah Alam ni kena berjimat. hehe. Aktiviti lain, tido, main tido2, tertido, dan tido saja lah. haha. Ada lagi, main dengan baby. Tapi dia tak boleh nak main sangat sebab kecik lagi. Mata pun belum nampak lagi kot. 

Aku baru dapat tau nama penuh baby tu EZZA IZZURIN nama dia. Banyak betol huruf Z dia. Nama kakak baby tu UMMI ZULAIKHA. Macam tak ngam plak nama adik-beradik. hehe. Tapi tak kisah la kan. Asalkan baby tu membesar menjadi orang yang berguna, cerdik pandai dan sihat. 

Gambar-gambar latest baby. Kecik dan merah. hehe

NI la dia EZZA IZZURIN BTE ZOOLHILMI

Ketinggian dia = panjang tgn aku hingga ke siku. hehe.

Tido dgn tenang. Suasana senyap sunyi sbb Pak Usu dia marah kalau org lain buat bising...

Dah macam chef dah. haha. Aku la yg letak tu. Kakak aku soh pakaikan dia topi, tp aku takut dia terbangun..

Semua tengah menahan bunyi bercakap. Itu syarat kalau nak masuk bergambar skali. Sebab baby tgh tido..

Baby sangat kecik kalau bersebelahan dgn aku. haha.
 

Sekarang aku dah kat Shah Alam dah. Rindu dah dengan Zurin. Balik awal sebab esok ada test. TEST LAGI !!!!!!. Esok test subjek Insurance plak. Then kena siapkan assignment, report and slide presentation untuk subjek Math Modelling. Banyak lagi kerja rupanya. Cuti study week patutnya kena study, tapi kena siapkan kerja plak. Good Luck For Me And For All Of You.  

.

Tuesday 20 December 2011

MINGGU TAK BOLEH BERNAFAS !!!


Dah tiga hari takde update blog. Lama juga tu. hehe. Minggu-minggu akhir ni memang sangat la sibuk kan. Pada yang masih student IPTA or IPTS mesti paham betapa sibuknya minggu-minggu last sebelum study week ni kan. Dengan assignment semua nak kena submit, test 2 semua nak buat minggu last ni, presentation projek, dan buat video third language. (bagi yang amik third language la). " Tak boleh bernafas minggu ni :( " ini membe aku cakap (izzati nama dia)

3 hari ni bukak blog pun kadang-kadang jek. Baca-baca komen and BW sikit2. Hari ni ada rasa lega sikit sebab dah hantar CD dan skrip Jepun. Tak tido malam aku edit dan siapkan video Jepun tu. Alhamdulillah, siap jugak. Nak tengok aku berlakon Jepun?????? hehehe..

Malam ni nak siapkan assignment Marketing (hantar dan present Khamis ni) dan study Marketing sebab esok ada test. Good luck for me and for all my beloved follower. Peergghhhh, khamis tu plak ada test inventory. Jumaat ada test Modelling. Sabar je la. Macam ni la student kan. 


Study hard




But, not too hard. ok!


Saturday 17 December 2011

GAMBAR- GAMBAR CUN MALAM PRA GRADUAN

Sebelum ni aku ada post gambar-gambar rehearsel malam pra graduan. So, hari ni aku nak post gambar-gambar malam pra graduan plak. Malam dinner tu aku tak duduk dalam dewan. Artis stay belakang pentas je la. (Artis la sangat !!). Lepas performance jek baru masuk dewan sebab nak makan. hehe.

Antara yang hadir. Ada dalam 300 orang termasuk pensyarah dan VIP

Meja depan meja kitorang. no 25 tu meja kitorg la..

Penyajak berjaya. Macam YB pun ada dia ni.

Jurugambar kitorang. Azim nama dia.

Gimik sebelum makan. Pompuan atas tu bawa nasi utk VIP.

Ini la menu dinner kitorang semua. Nampak sedap kan???

Aku suruh dia main lagu Grenade,, tp dia tak nak plak.

Cun kan awek baju hitam tu?? comel lerrr...

Lagi sorang awek baju hitam yg menarik...

Aku pun pakai baju hitam. hehe.

Menyanyi dgn penuh nebeessss...

Awek2 dinner yang berseri... Baju putih tu cun gk kan..hehe..

Best betul dgr dia main mende alah ni. Ape ntah nama dia.
Ni pensyarah tau. Bukan student macam kitorang. Pensyarah ni mengajar kt UiTM subjek Mandarin. (bahasa ketiga). Dia Cina Islam. Berasal dari negara CHINA, tp bekerja kat sini. 

Grand Prize utk cabutan bertuah. Teddy bear yg besar giler.

Bergambar selepas majlis habis. Masa ni perut pun dah kenyang.


Kumpulan Zaman Berzaman. Dari kiri: Izz, Aku, Haziman

Baju kuning ni pensyarah aku. Belum kahwin ye dia. hehe.


Video performance insyallah akan di post. hehehe....

Friday 16 December 2011

MACAMANA LUBANG TU BOLEH MUNCUL???


Haaaaa.....lubang apa ni???? Ni sebenarnya kawasan parking motor FSKM  UiTM. ( Fakulti Sains Komputer dan Matematik). Dalam dua hari lepas kot aku amik gambar ni. Bahaya tu. Ini boleh dikatakan tanah runtuh kecil-kecilan. Cuba bayangkan masa jalan tar ni tenggelam dan ada motor lalu kat situ, confirm tergolek beb. 





Harap pihak UiTM dapat mengambil tindakan yang secepatnya. Macamana la boleh jadi lubang besar macam ni kan. ish3.. Dah macam kawasan jenayah dah buat kawasan larangan macam tu. hehe. Ada idea kenapa boleh berlubang macam tu???

Thursday 15 December 2011

Best betul suara budak ni.

Tengah jalan-jalan kat youtube, tiba-tiba terjumpa video ni. Mari kita tengok ramai2...

Mungkin ada yang dah tengok, mungkin baru pertama kali tengok.

Enjoy this video ok...


Masuk idola kecil boleh ni..hehe... Harap budak ni pandai menyayi pandai mengaji.... Belajar rajin-rajin ye dik.

Wednesday 14 December 2011

WORDLESS WEDNESDAY - rehearsal sebelum performance

Agak lambat upload gambar-gambar ni. Gambar-gambar ni bertarikh 11/12/2012 petang. Semalam nak upload, internet takdok. hehe. 

tgh bincang nama kumpulan. haha.

dah decide. nama kumpulan ZAMAN BERZAMAN..

budak tarian perform pembukaan

ewah....ewah...

diorang kena tegur dgn coach diorang

berlatih sebelum rehearsal...

pandai main budak ni

yeah...mula menyanyi..

mesra kamera namanye ni...

feeling habis..hahaha..

habis dah...nyanyi sikit jek..

Monday 12 December 2011

MARRY YOU..MARRY YOU..MARRY YOU..

It’s a beautiful night,
We’re looking for something dumb to do
Hey baby...
I think I wanna marry you...


Mesti korang dah tau kan lagu ni. Lagu yang agak lama dan popular kot. Bukan lagu ini yang aku nak gembar-gemburkan. hehe. Tapi video ni. Aku nak explain banyak-banyak pun......... Tengok la sendiri yek. Kalau la aku bole buat macam ini pada bakal isteri aku kan ker best. Romantik dan akan dingati sampai bila-bila kan. Video ni ada kawan fb aku share, jadi aku pun nak share kat sini.

Enjoy this video.

Just say I do...
Tell me right now baby
Tell me right now baby...

(ngam-ngam jek masa lelaki tu nak melamar dan tunjuk cincin kan.. Sweet doh. haha)
Aku suka video ni sebab tarian diorang smart giler, awek2 yg menari pun cun,comel dan cara lamaran cool.


Tapi part yang last-last tu takde la aku teringin nak buat kan. Gilo opo nak buat macam tu di khalayak ramai. Sebagai orang Islam pun memang tak boleh. 

Mungkin ada yang dah pernah tengok, mungkin ada yang belum pernah tengok. Enjoy this video and  leave your comment k..

Sunday 11 December 2011

my best friend birthday.2

2 hb Disember harijadi kawan baik aku. Kitorang sambut minggu lepas 6 hb Disember lepas. Lambat kan?? hehe. Memang sengaja nak sambut lambat sebab kalau nak sambut 2 hb tu tak dapat nak balik tepung kat dia. Dia ni kuat lari, tak larat kitorang nak kejar nanti. Kalau nak sambut 2 hb tu, mesti la dia boleh agak kan ada orang nak kenakan dia. So kitorang sambut la lambat-lambat supaya dia takde syak apa2. Memang dia tak syak apa2 pun. hehe. 

Malam tu dia ada main bola tampar kat pusat sukan UiTM. Balik bola tampar dia hantar member yang tumpang dia balik rumah. Kitorang pun tunggu la kedatangan dia kat rumah member tu. Nampak jek motor dia, kitorang terus sembunyi. Dia sampai, parking motor, askar-askar yang sembunyi tadi terus serang!!!!. Haaaa, penuh muka dengan baju dengan tepung. Nasib baik dia pakai helmet lagi masa tu. Kalau tak, memang penuh atas kepala dia. hehe. (Pesanan khidmat masyarakat,, pakai la topi keledar anda untuk keselamatan)...


Untuk dia, kitorang tak beli kek sebab budak ni tak makan kek. So, kitorang beli la pizza untuk dia dan kitorang sekali. hehe. Tengah penat-penat dan berpeluh sebab sembunyi dan serang birthday boy, kena plak pizza. Memang syok. hehe. 

Birthday Pizza

Nampak sedap kan. haha.

Muka-muka mastermind prank besday boy

Ni la penyerang utama skuad tepung. Jersi no -9

Besday boy. Fathi nama dia. Selepas serangan tepung.

Mangsa dan pemangsa bergambar bersama

Habis dah pizza. haha. Sekejap jek licin

Smart2...Happy Birthday Fathi..



Selamat hari lahir Muhammad Fathi bin Abdul Majid

Lambat gak aku post pasal ni. Semuanya lambat. hehe. Sambut birthday lambat, post pun lambat. Sambut 6hb, 11 hb baru nak post. hehe.


Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA