Click here OK!

Followers

Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Sunday, 7 December 2014

SHAHRAZALI AKAN KEMBALI MENAIP

Assalamualaikum semua !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Pengumuman !!! 

Saya Shahrazali Sahlan selaku tuan punya blog SEMBANGSHAHRAZALI ingin menyampaikan berita penting !!!

Saya akan kembali menaip di sini seperti selalu, tapi tidaklah sekerap yang dulu, cuma sekali sekala mungkin.. hehehe.. 

Kali terakhir blog ini diupdate adalah pada hari Isnin, 12 Ogos 2013. Sehingga hari ini barulah blog ini dibuka semula..

Jutaan terima kasih kepada peminat setia blog ini yang sentiasa tertunggu-tunggu kepulangan sy sebagai blogger aktif.. hahahhaa.. poyo sangat !!

Terima kasih kepada yang singgah ke blog bersawang ini walaupun dah lama x update. 

Walaupun lama x update, tapi blog ini sentiasa juga dikunjungi oleh pengunjung-pengunjung yang baik, hensem, cantik lagi cerdik..

Sejak mula bekerja tetap ni, saya rasa macam sibuk jek memanjang. Nak update blog pun rsa tak ada masa. Mungkin kali ni saya akan kembali berblogging untuk berkongsi bersama pengunjung-pengunjung setia blog ini tentang apa yang saya buat sepanjang kerjaya saya dan aktiviti-aktiviti hujung minggu yang sentiasa padat..

TERUSKAN MENYOKONG BLOG SEMBANGSHAHRAZALI INI.

ASSALAMUALAIKUM.

Mutiara Kata:

"Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan minum dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku; Dan (Dialah) yang mematikan daku, kemudian Dia menghidupkan daku; Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat".

(Surah Asy-Syu'ara: Ayat 78-82)


Wednesday, 7 August 2013

PERUTUSAN KHAS DARI SHAHRAZALI

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua rakyat Malaysia. Saya selaku orang biasa di dalam Malaysia ini ingin mengucapkan 
Terima kasih kepada yang sudi menghadirkan diri ke Blog SembangShahrazali ini. Sokongan anda semua amatlah saya hargai. Lama dah aku tak update blog ni. Sejak kerja ni rasa macam sibuk sentiasa walaupun tak sibuk sangat sebenarnya. Kerja kat Amal Bisnes Department di Johor Corporation ni memang banyak aktiviti di bulan puasa. Kena arrange event sana sini, attend event sana sini. Dan macam-macam lagi lah. 
Sekarang dah sebulan aku bekerja. Gaji pertama pun dah dapat. hehehehehe.. ( tu dia sengih sampai telinga) hahahaha.. Maknanya dapatlah menyumbangkan sedikit kepada mak aku untuk raya kali ini. Duit raya untuk anak-anak saudara pun dah disiapkan. Untuk tahun ni, bajet duit raya hanyalah untuk anak-anak saudara. Untuk kanak-kanak yang lain, tunggu tahun depan ye. hehe. 
Cuti raya mula hari rabu (hari ini) sampai la ke hari ahad (raya keempat). Raya kelima (Isnin) dah mula bekerja. Orang baru kerja macam aku ni tak boleh cuti lama-lama. hehe. Layankan je la. Lagipun aku takde la kena balik kampung jauh-jauh pun. 
Menu hari raya untuk tahun ni macam tahun-tahun lepas. Ketupat segera, ketupat pulut, ayam masak kicap, daging masak rendang, serunding. Tahun ini ada tambahan pulut kuning dan ayam masak kari. Mak aku buat sebab tanda syukur aku dah dapat kerja. hehehe. Sweet kan my mom.  
Sekian sahaja lah perutusan khas dari Shahrazali untuk rakan-rakan blogger sekalian..
Assalamualaikum dan selamat berblogging....... 
Ucapan khas
 SHAHRAZALI BIN SAHLAN
Saya dengan ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua kawan-kawan, rakan-rakan, ex-girlfriendsss, musuh-musuh, bakal-bakal isteri dan sahabat handai.. Ampun maaf dipinta jika ada salah dan silap. Minta halal segala apa jua yang diberikan kepada saya tak kira dalam apa jua bentuk. Semoga kita semua dipertemukan kembali jika umur panjang. Semoga sambutan Aidilfitri kali ini lebih bermakna buat semua dan semoga kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ini tahun hadapan......
 

Wednesday, 10 July 2013

SELAMAT BEKERJA DI BULAN PUASA


Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam tidak kira di mana anda berada. Mari lah kita sama-sama rasa bersyukur kerana dapatlah kita berjumpa lagi Ramadhan yang mulia tahun ini. Semoga semua amalan kita diterima Allah dan mendapat keberkatan dariNya.

Hari ini, Rabu, 10 Julai 2013 adalah hari pertama puasa. Raya dijangka pada hari Khamis, 8 ogos 2013. Ye ker ni?? hehehe. Baru hari pertama puasa dah cakap pasal raya kan. Malam tadi malam pertama Solat Terawih. alhamdulillah dapat buat penuh 20 rakaat bersama Solat witir 3 rakaat. Malam pertama terawih memang ramai yang amat Masjid Pekan Nanas tu. Siap ada 2 bas budak asrama dari sekolah menengah meramaikan jemaah.

Tapi biasalah tu kan. Minggu pertama memang ramai macam tu. Nanti makin lama makin berkurang saf kat masjid tu. Sepatutnya 10 malam terakhir la kita kena memenuhkan masjid untuk berterawih. Tapi orang kita ni, 10 malam terakhir la sibuk buat persiapan itu dan ini, shopping sana sini, dan macam-macam lagi aktiviti. Malam tadi baru malam pertama Ramadhan, tapi dah berbunyi dah mercun sana-sini. Itu mesti dah gian sangat nak membakar kan. Takpe lah, asalkan tak memudaratkan diri dan orang lain.


Aku dah lama tak update blog aku ni kan. Sebabnya aku dah mula sibuk kerana dah mula bekerja. Aku sekarang sedang bekerja di Kumpulan Perbadanan Johor atau Johor Corporation. Ada yang tahu pasal company Johor Corporation ni, tapi ada juga yang tak tahu. Kalau nak tahu lebih, layarilah laman web Johor Corporation ye. hehehe. Aku mendapat jawatan Eksekutif Pelatih merangkap PA kepada bos jabatan. Aku bekerja di Jabatan Bisnes Amal yang terletak di Komtar. Jabatan Bisnes Amal ini adalah jabatan yang menguruskan kebajikan NGO-NGO kat Malaysia ni dan juga menyumbang dan menolong rakyat Johor dari segi membuat majlis untuk mereka atau memberi sumbangan kewangan contohnya kepada anak-anak yatim. Itulah secara ringkasnya. hehehe. Contohnya
buat majlis tahlil dan yassin di surau di JB, dan jemput sekali ADUN kat situ. Dan majlis berbuka puasa bersama Sultan Johor dan rakyatnya bertempat di sekian-sekian.

Aku lapor diri sama dengan pengurus Manchester United yang baru iaitu David Moyes pada 1 Julai 2013. Esok dah 11 Julai 2013 masuk hari ke 8 aku bekerja. Baru sangat lagi. Bak kata omputih, 'new born baby' lah dalam JCorp tu. hehehe. Masih mentah dan hijau lagi. Sekarang aku cuba untuk belajar selok-belok suasana bekerja di sana dan belajar tentang kerja-kerja kat sana. Aku harap aku cepat belajar macamana nak buat kerja dengan betul.

Inilah bangunan Komtar tempat aku bekerja (tingkat 10)

Aku bekerja di Komtar, JB bersebelahan dengan City Square. Bangunan Komtar ni bangunan lama dan sedang di renovate. Naik lif dia punya la seram bunyi. Rasa macam nak runtuh jek rasa. huhu. Pejabat aku di tingkat 10, surau tingkat 18, cafe di tingkat 21. Tinggi kan nak makan. hehehe. Tak lama lagi siaplah bangunan Komtar ni nanti. Akan datang bangunan tu akan dipanggil JBCC (Johor Bahru City Centre). Lebih kurang macam KLCC la juga. hehe.
Komtar akan datang. Dipanggil JBCC ( Johor Bahru City Centre)

Baru masuk bekerja dah merasa kerja di bulan puasa. Aku harap aku dapat jek bertahan bekerja sambil berpuasa kat sana. Aku juga harqap aku cepat menyesuaikan diri kat tempat aku bekerja ni. Tahun ni alhamdulillah aku beraya dengan gaji aku sendiri. hehehe. Banyak benda nak kena beli dan bayar ni. huhu.

Ok la. Sampai di sini sahaja. Di bulan mulia ini, aku ingin mengucapkan


Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging................
>>> Harap dapat kuruskan badan bulan puasa ni... huhuhu..



Wednesday, 19 June 2013

GAMBAR CUN RASMI 'AKU DAN CLASSMATES'


Hi, Assalamualaikum semua. Malam tadi aku melayan perasaan, sambil melayan lagu jiwang, sambil menatap gambar-gambar ex aku. Masa tengah selongkar folder-folder kat laptop tu terjumpa la folder gambar-gambar masa sekolah. Dulu-dulu ada la diorang ni upload kat FB, jadi aku save la. Sekarang aku nak share kat blog aku ni. Tengok la perubahan wajah aku masa sekolah. hehehe.

 
Gambar atas ni aku tak ingat darjah 1 or 2 di Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas. Nama guru kelas aku Cikgu Shamsuddin bin Adam. Ingat lagi masa cikgu ni nak pindah, satu kelas menangis bagai nak rak. hehehe. Kitorang sayang sangat dengan cikgu ni sebab dia sangat baik. 

 Gambar atas masa aku di tingkatan 2 Dahlia, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat. Sekolah bistari katanya. hehehe. Nama guru kelas aku tak ingat plak. Tapi yang aku ingat, dia sangat sempoi orangnya. Masa ni aku memang bergaul dengan pelajar Chinese. Aku suka kacau diorang, pastu diorang mengumpat aku, satu patah pun aku tak paham. hahaha.

Gambar atas masa tingkatan 3 Kekwa di sekolah yang sama. Aku duduk depan sebab jadi Penolong Ketua Kelas atas lantikan majoriti. hehehe. Aku diturunkan kelas dari Dahlia ke Kekwa atas sebab-sebab tertentu. Walaupun aku berada di kelas paling hujung, aku seronok berada dalam kelas ni sebab semua budak-budak dalam kelas ni jenis boleh masuk kepala. Semua best-best. Nama guru kelas aku Cikgu Mek Limah. Garang tau. hehehe. 

Gambar atas masa tingkatan 4 Elektrik 1. Lepas PMR, dapat keputusan ok, aku sambung belajar di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor. Aku amik jurusan Pengajian Kejuruteraan Elektrik. Nama guru kelas Cikgu Rosnani. Dia sangat comel dan wangi. hehehe. Seronok belajar dengan dia. Tapi dia selalunya garang sebab aku kan jenis malas dan nakal. huhuhu. Masa tingkatan 4 ni la aku ada buat kes tu. Sejarah hitam dalam hidup aku terjadi masa tingkatan 4 ni la. Kalau nak tau kes apa, klik SINI dan SINI.  

Gambar atas masa di tingkatan 5 Elektrik 1. Guru kelas pun sama. Tapi layanan dia pada aku bertambah baik sebab aku agak rajin masa tingkatan 5 ni. Lepas dari buat kes masa tingkatan 4 tu, aku berubah sikit la menjadi lebih baik. SPM pun aku dapat ok la. Semua subjek utama Matematik Tambahan, Fizik, Kimia lulus. Padahal masa tingkatan 4, tak pernahnya lulus semua subjek tu, dari ujian sampai la peperiksaan akhir tahun. Sekolah ni banyak meninggalkan kenangan untuk aku sebab banyak pengalaman yang aku dapat masa kat sekolah ini. 

Gambar atas masa aku belajar Diploma di UiTM Sri Iskandar Perak. Gambar ni diambil masa kitorang semester 5. Banyak kenangan aku kat sini lebih-lebih lagi dengan ex-girlfriends aku. Ada dua orang ex-girlfriend aku dalam gambar ni. Yang mana orangnya??? Mana boleh bagitau.. hahaha. Yang tengah tu bukan lecturer ye. Dia member sekelas juga. Aku belajar kat UiTM Perak ni selama 3 tahun dari tahun 2007 hingga tahun 2010. Kira gambar ni masa hujung tahun 2009 la. Segak kan aku?? hahaha.










Ok la. Ini sahaja la gambar-gambar yang aku ada yang nak dikongsikan dengan rakan-rakan blogger.
Assalamualaikum dan selamat berblogging......
>>> Jerebu semakin hari semakin teruk kat tempat aku ni. Agak sesak nafas dan pedih mata dibuatnya. Yang peliknya, tengah jerebu macam ni pun masih ada yang membakar sampah lagi.

Friday, 7 June 2013

ROMEO KAH AKU ????

Assalamualaikum semua !!! Bertemu lagi kita dalam rancangan !!!!!!! SembangShahrazali... Clap18x... hahaha. 

Hari ni aktiviti aku pergi Hospital Kota Tinggi melawat makcik aku masuk wad hospital sana. Semoga dia cepat sembuh. Aminnnn. 

Tadi lepas Maghrib aku saja membongkar cari gambar konvo masa diploma, terjumpa plak 1 fail yang dipenuhi surat-surat cintan, kad-kad raya, dan gambar-gambar gadis yang aku kenal dulu. Aku keluarkan semua, baca satu persatu. Mula la nak teringat balik zaman-zaman dulu dikala aku sebagai romeo. hahaha. Romeokah aku??? Ada yang panggil 'abang' ada yang panggil 'abg shah', ada yang panggil 'abi', ada yang panggil 'sayang', dan lain-lain lagi. Semua tu surat-surat dan kad-kad raya antara tahun 2002 hingga 2007. Ketawa sorang-sorang aku baca. Kalau masa dulu-dulu, mana ada pakai handphone. Bergayut guna public phone jek, tak pun telefon rumah. Tapi kalau guna telefon rumah kadang-kadang je la kan. Bil melambung, kena bebel plak. hehe. Surat-menyurat tu biasanya sebab nak minta gambar jek. Dulu-dulu mana ada main facebook. Nak tengok gambar kena pos atau bagi masa dating.


Aku ada ramai gadis yang sayang aku dulu-dulu. Dulu asal jumpa perempuan cun jek, selamber jek mengorat sampai dapat no telefon. Bila dah dapat no phone, anggap jek la dah selesai sebab aku sangat manis bila berbicara kat dalam telefon. Memang perempuan akan cair dengan suara dan lenggok aku bercakap. Aku ni jenis matang awal pasal hati perempuan dan macamana nak cairkan hati perempuan. hehehe. Ada sesetengah perempuan ni yang jatuh cinta kat aku hanya dengan berbual di telefon tanpa pernah berjumpa. Ada yang sampai ke sudah, sampai putus hubungan tak pernah jumpa. Hanya berkasih dan bercinta di dalam telefon. Romeokah aku??? haha..

Dulu aku sangat suka mewakili sekolah dalam acara sukan. Sebabnya dapat cari awek sekolah lain. hahaha. Masa form 2, main bola tampar kat sekolah area Pontian, ada la jumpa sorang awek jaga papan markah ni. Muka dia sangat manis dan comel. Kecik jek orangnya. Sepanjang main, memang susah nak fokus sebab asyik nak tengok dia jek. Ada sekali, pasukan lawan serve lambung ke belakang, datang tepat kat aku. Tapi disebabkan aku asyik main mata dengan awek tu ( dia pun bagi respon baik), bola tepat menepek kat muka aku, dan pritttttt, wisel pengadil bertiup. Mata untuk pasukan lawan. hehehehe. Aku dikeluarkan sementara. Coach sound aku sebab main main-main. haha  Lepas game, terus jumpa dia kat papan markah, terus terang mintak no telefon sebab minat kat dia. Nombor macam biasa dapat, tapi umur 3 tahun lagi tua dari aku. huhu. Lepas tu dia jadi akak angkat, then terputus hubungan lepas 3 tahun. Romeokah aku ??? haha..

Masa form 5 pun ada dapat sorang awek masa wakil sekolah main bola tampar. Kat sekolah dalam JB la. Bila dah kenal-kenal, rupa-rupanya orang Iban, agama pun kristian. Tapi dia punya cun, memang superb la. hehehe. Hubungan tak kekal lama sebab janggal nak bercinta dengan orang bukan Islam. huhu. Romeokah aku??? huhuhu..


Dulu masa form 5, aku berulang -alik dari Pontian ke JB untuk ke sekolah. Budak 'baik' la katakan. Berulang -alik sebab kena buang asrama. (ikuti kisah di DISINI dan seterusnya DISINI). Selalu la lepak bustand larkin tu. Kalau ada nampak awek budak-budak sekolah, mesti aku akan tegur tanpa segan silu. Bagi ayat-ayat manis sket, sampai dapatkan no telefon. Kadang-kadang tak dapat, tapi kebiasaannya dapat la. hehehe. Layan dalam seminggu dua, bila dah bosan, cari perempuan lain. ( Masa ni tahun 2004, dah pakai handphone, jadi senang la nak ngorat perempuan kan). Romeokah aku????? hehehe..

Ada banyak lagi kisah romeo aku, tapi tak perlu nak nak bercerita lebih-lebih kat sini. Takut orang meluat plak baca. hahaha. Tapi ini semua dulu. Masa zaman muda remaja baru nak kenal dan ngorat awek. hahahaha. Kebanyakannya berlaku zaman sekolah menengah la. Pada aku la, hidup masa remaja, kalau tak nakal dan tak buat hal memang tak seronok. Kurang pengalaman dan cerita untuk diceritakan kepada orang lain. Kan tak best tu. hehehe. Sekarang ni memang dah tak la buat semua-semua ni. Aku berhenti menjadi mat Romeo masa umur aku masuk 18 tahun. Romeo kerrrrrrrrrrr??? hahaha....

Terima kasih kepada yang sudi baca. hehehe. Ini semua kisah-kisah aku bersama gadis-gadis. Kalau la dapat kongsi isi-isi surat cintan yang diberi kat aku, mesti lagi gempak kat sini. hahaha. Baru boleh nampak betapa Romeonya aku. hahaha. 

Akhir kata. SELAMAT JALAN ROMEO . hehe.
Assalamualaikum dan selamat berblogging.......................






Monday, 27 May 2013

GAMBAR-GAMBAR CUN ISTIADAT KONVOKESYEN UITM KE 78

Assalamualaikum semua. Di sini aku nak kongsikan sedikit beberapa gambar yang cun melecun masa konvo hari tu. hehehe. Banyak lagi gambar yang belum dapat sebenarnya, tapi aku upload dulu la mana yang ada. Konvokesyen UiTM ke 78 ni diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam pada 20 hb Mei 2013. Pendek betul masa yang ada untuk lepak-lepak ambil gambar macam ni. Ye la kan, masing-masing ada keluarga masing-masing dah tunggu nak balik. Termasuk ahli keluarga aku yang menunggu. So, terpaksalah kitorang bergambar cepat-cepat. Tapi yang pastinya, gambar-gambar kitorang tetap cun. hahaha.


My best girlfriends. Dari kiri Fira, Mimi, Amnah, Zati








Ibu tersayang

Sejak masuk uitm nak bergambar kat sini, last2 masa konvo jek jadi. hehe.

Sekian sahaja gambar-gambar cun istiadat kovokesyen uitm ke 78 ini.
Assalamualaikum dan selamat berblogging......................

Saturday, 18 May 2013

SEVEN RULES



Assalamualaikum semua. Sedang menelaah dinding facebook aku, ada terjumpa orang share ini. Jadi aku nak share kepada rakan-rakan blogger aku dan juga untuk menjadi tatapan sesiapa yang nak menerjah masuk ke dalam blog aku nih. Harap dapat difahami dengan jelas. Ingatkan nak buat rumusan pasal benda nih, tapi rasa macam malas plak. hehehe. 

Semua rules ni pada aku sangat berguna untuk manusia. Jika kita selalu mengingati rules ini, pastinya kehidupan kita akan jadi lebih mudah dan tenang. Bagi aku rules paling menarik adalah 2 dan 4........... pandangan korang plak???? hehehe...



SUMBER

LIKE kalau SUKA, SHARE jika BERGUNA

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...........
Hari khamis lepas dah amik jubah. Isnin ni aku konvo. Doakan majlis konvokesyen aku berjalan lancar ye kawan-kawan. Doakan juga agar perjalanan aku dan keluarga pergi dan balik selamat dan berjalan lancar. 
UiTM Dihatiku... hehehe.

Wednesday, 17 April 2013

APA AKU BUAT SEKARANG NI

Assalamualaikum pembuka bicara,
Kepada semua rakan blogger. hehehe.


Semenjak dua tiga empat menjak ni rasa malas betul nak menaip kat sini. Semangat berblogging agak berkurang sedikit. Bukan tak tak ada terus la, cuma kurang rajin jek sekarang ni nak menaip di sini. Kalau ada yang merindui hasil nukilan aku ni, terima kasih banyak-banyak ye. Aku pun rindu nak terjah blog korang, tinggalkan jejak sana-sini, cuma kurang rajin jek sekarang. Maafkan aku ye.

Lepas aku berhenti kerja dulu tu, aku duduk rumah jek besarkan badan. hahaha. Tak ada apa-apa aktiviti menarik yang boleh dikongsikan bersama pun. Cuma dalam 2, 3 minggu ni, aku selalu tolong pak cik (jiran aku) yang sakit. Umur dah tua dah dalam 60 tahun. Dia kena penyakit kulit dan lambat baik sebab dia ada kencing manis. Kakinya membengkak membuatkan dia tak boleh jalan dan bangun. Aku sebagai jiran yang prihatin ni cuba la tolong dengan sedaya upaya aku. Tolong angkat dari katil ke kerusi roda, dari kerusi roda ke kereta, dah sampai klinik, angkat dari kereta ke kerusi roda, dari kerusi roda ke katil kat klinik plak. Seminggu 3 kali aku tolong hantar dia ke klinik sebab nak cuci kaki dia yang bengkak dan luka tu. Sekarang alhamdulillah dia dah boleh bangun sendiri, cuma tak boleh jalan jek lagi. Sakit kulit dia pun dah semakin pulih. Kadang-kadang dia akan panggil aku kat rumah untuk tolong dia ke bilik air. Aku memang terus pergi la tolong dia. Aku bukan ada buat kerja apa-apa pun kan. Jadi memang tak ada masalah bagi aku untuk menolong.

Aku sentiasa doakan agar dia kembali pulih seperti dulu. Setiap kali aku tolong, dia selalu bagi aku upah sebab tolong dia. Walaupun aku menolak sekuat mungkin, dia tetap juga berkeras nak bagi upah. Buat beli rokok katanya. hehe. Aku sentiasa ikhlas nak menolong dia dan tak harapkan apa-apa upah. Tapi disebabkan dia berkeras juga nak bagi, aku ambil jek la. Aku ikhlas menolong sebab sekarang aku tolong orang, mudah-mudahan masa aku tua/sakit nanti, akan datang ada orang tolong aku juga kan. Buat baik dibalas baik, hari ini kita tolong orang, akan datang orang lain tolong kita kan.
Hari sabtu lepas 13/4 aku ambil exam kemasukan PTD kat GoodHope Hotel, Skudai Johor Bahru. PTD tu Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada yang tak tahu la. Exam mula pukul 900 hingga 945 bagi seksyen A, 1015 hingga 1100 bagi seksyen B, 1130 hingga 1230 bagi seksyen C, dan 1400 hingga 1500 bagi seksyen D. Seksyen A soalan pengetahuan am. Agak susah juga la, tapi disebabkan soalan objektif, jawapan dah bagi, tinggal pilih jek mana-mana yang kita rasa betul.Seksyen B soalan Matematik pada aku senang-senang la soalan dia. Aku kan budak Matematik, jadi tak ada masalah untuk aku kira dan jawab. Cuma ada masalah tak sempat jawab jek. cisssss. Seksyen C esei bahasa melayu. Senang sebab boleh goreng. haha. Seksyen D esei bahasa inggeris. Soalan senang, boleh fikir, cuma nak translate isi ke bahasa inggeris jek yang masalah sikit. hehe. Tapi alhamdulillah secara keseluruhannya aku boleh jawab la exam PTD untuk kali pertama ni.Harap-harap lulus. Amin................

Semalam 16/4 aku ada ujian kecergasan dan exam juga untuk jawatan Penolong Penguasa Penjara kat Penjara Kluang, tapi aku tak pergi sebab masalah kesihatan. huhuhu. Macamana nak lulus ujian kecergasan kalau diri tak cergas kan. Takpe la kan. Mungkin rezeki aku lain kali.

Weekend ni, sabtu 20/4 aku akan ke Teluk Intan, Perak sebab ada kenduri kahwin saudara belah mak. Aku dan mak aku tak pernah kenal pun diorang ni. Kira diorang-diorang ni terjumpa saudara-mara kat facebook la. Program jejak kasih di Facebook. hahaha. Inilah bagusnya Facebook ni. Mempertemukan balik saudara-mara yang jauh-jauh. hehehe. Malam sebelum majlis tu, akan diadakan majlis surah, maksudnya majlis bertemu saudara-mara, berborak-berborak sambil makan-makan kot. Dapatlah jumpa saudara-mara yang tak pernah jumpa sebelum ni. Harap-harap ada awek-awek cun yang boleh dijadikan menantu untuk mak aku. hahaha.


Sekian sahaja update dari aku. Nanti aku update lagi ye. Salam rindu dan sayang dari saya Shahrazali buat semua rakan blogger.
Assalamualikum dan selamat berblogging...........
>>>>> Tahniah buat JDT yang menang ke atas Selangor malam tadi. hehehe. Luaskan kuasamu !!! Pagi ni game Manchester United plak. Harap MU menang bergaya. hehehe. GGMU.



Sunday, 24 March 2013

KEMBALI MENANAM ANGGUR


Hai, assalamualaikum semua. Aku kembali menanam anggur. Dengan kata lainnya, aku kembali menganggur, dan dengan kata yang lebih senang lagi, aku dah berhenti kerja. Hari rabu lepas aku datang ofis, then aku mintak resign terus. Tandatangan dokumen berhenti kerja, then secara rasminya aku berhenti kerja. 

Sebenarnya, minggu pertama lagi aku rasa nak berhenti. Sebab aku tak minat sangat dengan cara kerja company ni dan juga sikap team leader aku yang menyakitkan hati. Tapi aku tabahkan hati jugak sampai masuk minggu ke 3, dan ambik keputusan untuk berhenti kerja. Aku bukan main berhenti jek tau. Aku dah fikir betul-betul dan masak-masak sebelum aku buat keputusan nak berhenti kerja. 


Aku keje dengan company xxx, dan menjadi wakil kepada badan NGO XXX untuk mencari dan mengajak orang awam untuk menderma secara berterusan untuk disalurkan kepada badan NGO yang berkenaan. Jadi aku dan kumpulan akan dihantar ke suatu tempat, buat event XXX dan mencari seberapa ramai orang untuk diberi pendedahan tentang badan NGO berkenaan dan mengajak mereka untuk memberi sumbangan kepada badan NGO tersebut la. 

Kerja ni perlukan kepetahan dan gaya bercakap yang meyakinkan, dan juga kerajinan yang tinggi. Aku agak pandai bercakap, cuma gaya dan kerajinan jek yang aku kurang. hehehe. Kerja ini memerlukan keyakinan yang tinggi sebab akan berjumpa dengan bermacam-macam orang tak kira la siapa mereka. Kerja ini pun 100% outdoor. Cuma kalau dah jadi manager jek kerja kat ofis sahaja. Pendapatan memang lumayan kalau kerja keras. Kerja nampak macam bebas dan seronok, tapi aku tak dapat nak enjoy dengan kerja aku. Jadi aku rasa memang kerja ini tak bersesuaian dengan aku. Aku ambil keputusan untuk berhenti kerja. Walaupun aku sepatutnya kena dapatkan kerja baru sebelum aku berhenti. tapi aku rasa keputusan untuk berhenti adalah yang terbaik untuk aku ni. Aku tak nak membuang masa dan duit belanja aku untuk buat kerja yang aku tak minat, dan juga tak nak membuang masa mereka-mereka yang melatih aku. 

Aku cukup berterima kasih kepada Big Boss company xxx tu kerana memberi peluang pada aku untuk mencari pengalaman kerja walaupun sekejap. Selama 2 minggu lebih tu, banyak juga yang aku pelajari sebab hari-hari mereka melatih dan mengajar aku tentang cara kerja mereka. Aku dapat bertahan sampai minggu ke 3 ni pun sebab aku ada minat dengan seorang pekerja kat company tu. CIk 'S' nama dia. hehehe. Tapi dia selalu pergi roadtrip sana-sini. Bila jarang nampak dia, aku jadi tak bersemangat nak kerja. Aku minat kat dia sampaikan aku ada cipta puisi untuknya. Aku ada post dalam FB sebelum ni. Kat bawah ni puisinya.  Hehehe. 


kerana 'dia' ,
aku dah mula suka nak datang kerja,
sebab bila datang kerja,
ada peluang nak tatap muka 'dia',
hari ni 1 hari penuh bekerja dengan 'dia',
hati sangat berbunga-bunga,
setiap kali memandangnya,
hati rasa tenang, sejuk, happy tak terkata,
senyumannya, 
ketawanya, 
suaranya,
masih terbayang di minda,
kutujukan puisi cinta ikhlas untuk 'dia',
agar dia dapat rasa, 
meskipun dia tak baca.

>>>untuk cik 'S' yang berada disana.
>>>yang akan buat tidurku tak lena.

~perghhhjiwangkaratakumalamni~

Jadi sekarang, aku akan mula sibuk mencari kerja kembali. Harap-harap aku akan dapat kerja yang aku boleh buat dan minat dengan setulus hati. hehehe. Kawan-kawan, doakan aku dapat kerja yang baik dan bagus ye.

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...............
---- Ada siapa-siapa pernah jumpa tak cincin macam ni kat kedai???????? Kalau ada, mintak tolong bagitau ye kat mana korang jumpa. Lama dah aku cari cincin ni.


Friday, 8 March 2013

MAAF. SAYA AGAK SIBUK. REHAT BLOGGING SEBENTAR.

Hai, assalamualaikum semua.....

Aku menghilang lagi kan. Sekarang aku dah kerja. Baru seminggu la. Esok sabtu pun aku kena kerja. Sekarang dah kurang masa dah nak online. Balik kerja dah penat nak online. Kalau boleh online kat rumah ok gak kan. Tapi rumah aku tak ada internet, jadi kalau nak online kena pergi cc. Minggu pertama ni agak stress bagi aku. Tapi biasa lah kan minggu pertama kerja. Rasa macam nak berhenti jek. huhuhu. Memandangkan aku dah ada banyak pengalaman jadi pekerja baru, aku boleh la handle sikit-sikit kan. Jadi, aku akan tabahkan je la hati ini untuk mengharungi minggu-minggu berikutnya sehinggalah aku jadi enjoy dengan kerja aku. Lepas dah rasa biasa dengan kerja, barulah aku akan kembali aktif berblogging kot. Kerja apa, aku tak nak bagitau. Malas plak nak terangkan pasal kerja aku ni kan.


Jadi, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan blogger yang sudi menjenguk blog aku ni walaupun dah jarang update. 

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.........



Sunday, 17 February 2013

AKTIVITI HARIAN - CERAMAH MAULIDUR RASUL

Assalamualikum semua.

Hari ni aktiviti aku selain makan dan tidur adalah menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di perkarangan tapak pasar malam berdekatan Masjid Jamek Pekan Nanas, Pontian Johor. Majlis katanya bermula pukul 800 pagi, tapi aku, mak, akak dan asak-anak saudara rilek-rilek jek pergi pukul 915 pagi. Seperti yang dijangka, majlis belum pun mula lagi. hehehe.


Majlis bermula dalam pukul 930 pagi dengan ucapan, selawat oleh kumpulan marhaban masjid, dan berzanzi oleh juara berzanzi terbuka peringkat zon Pekan Nanas. Dalam pukul 10 baru la penceramah jemputan datang. Penceramah ini memang ditunggu-tunggu la oleh masyarakat di sini. Namanya Dato' Dr Hasan Ali. (maaf kalau salah nama diberi).


Pada aku dia penceramah yang sangat bagus. Pandai buat kelakar, pandai ambil hati orang, kata-katanya penuh dengan isi yang berguna. Cara dan gaya ceramahnya sangat terang dan jelas. Ada la sesekali aku terlelap masa tengah dengar ceramah tu, tapi selalu sangat terkejut dan terjaga sebab secara tiba-tiba ton suaranya tinggi gila sehingga menyebabkan aku yang terlelap ni terjaga secara automatiknya. hehe. Banyak yang diperkatakan yang berguna kepada masyarakat lebih-lebih lagi dia banyak menyentuh aspek kekeluargaan dalam mendidik anak-anak muda masa kini. Selawat yang dia persembahkan pun sangat indah kedengaran dan doa penghabisan sebelum mengakhiri ceramahnya pun sangat menyentuh perasaan. Kakak aku cakap ramai orang perempuan yang menangis semasa doa dibacakan.

Majlis berakhir dalam jam 1215 tengahari, then ada jamuan makan. Kat sini makan Nasi Minyak tapi versi 'Ambeng'. Kalau tak tahu macamana 'Ambeng' ni, tanya pakcik Google ye. hehehe. Dato' Dr Hasan Ali ni president bagi JATI yang mempunyai prinsip menegakkan 3 perkara iaitu IMR. I untuk Islam, M untuk Melayu, dan R untuk Raja. Jati n ada jual juga barangan-barangan mereka seperti baju, sticker, dan macam-macam lagi. Aku ada juga la beli baju sehelai. Baju-baju macam ni mana ada ada jual kat kedai kan. Jadi rasa bangga dan berbaloi rasanya daapt memiliki baju Jati ni.

Kepada anak-anak muda sekalian, hadirkanlah diri anda ke ceramah-ceramah agama atau majlis-majlis ilmu yang berdekatan. Dapatlah kita mengisi masa terluang dengan perkara berfaedah kan. Pahala pun dapat.
Ok, la sekian sahaja untuk hari ni. Assalamualaikum dan selamat berblogging....

Friday, 15 February 2013

SELAMAT ULANG TAHUN UNTUK DIRI SENDIRI

Assalamualaikum semua !!!!!!!!!!!!! Apa khabar rakan-rakan blogger sekalian?? Lama dah aku tak menaip kat sini kan. Aku rindu dengan rakan-rakan blogger dan pembaca setia blog ini. Kali terakhir aku post entry 221212. Sekarang dah 150213.

Tarikh 150213 ni agak istimewa la buat aku. Sebab itu la aku rasa nak mula berblogging pada tarikh ni. Tarikh hari ni 150213 adalah tarikh ulang tahun kelahiran aku. Banyak wish yang aku dapat kt facebook. Kalau tak ada reminder birthday kat fb tu, aku tak rasa ramai yang ingat dan wish kat aku kan. Percayalah. hehehehe. Ada juga rakan-rakan blogger yang wish birthday aku kat facebook tu. Terima kasih banyak-banyak ye rakan-rakan blogger sekalian.

Selama aku berehat dari berblogging ni, aku memang jarang bukak blog. Bila aku on9, aku hanya bukak facebook, email dan iklan jawatan kosong jek. Aku agak sibuk mencari kerja sekarang ni. Belajar dah habis, jadi kena la cari kerja. Jadi, dah macam-macam kerja dah aku mohon secara online dan pos. Sekarang tengah sabar menunggu peluang untuk dapat kerja. Hari-hari aku check email sebab nak tengok kalau ada apa-apa jawapan dari permohonan kerja aku tu.

Setakat ni aku hanya mohon kerja di sekitar Johor Bahru sahaja. Aku memang nak kerja area Johor Bahru, jadi boleh la aku duduk sekali dengan mak aku kat rumah. Aku dah tak nak berjauhan dari mak aku. Mak sekarang dah tua, dah banyak sakit-sakit. Jadi aku sebagai anak yang bongsu dan belum berkahwin perlulah menunaikan tanggungjawab menjaga mak aku kan. Setiap malam, mak mesti akan rasa kebas kaki. Aku kena la jadi tukang urut kan. Kadang-kadang, 2 hari sekali aku urut mak aku kalau tak utur dia hari-hari. Aku bukanlah pakar sangat dalam bab mengurut kaki, tapi kira boleh la sikit-sikit melegakan kebas kaki mak aku tu.

Kerja nak kat Johor Bahru, kahwin pun kalau boleh dengan orang Johor juga. Kalau dapat jodoh orang negeri lain, pun kalau boleh nak menetap kat Johor. Aku tak nak berjauhan dengan mak aku. Kalau ada sesuatu terjadi, ada la aku di sisi mak kan. Ingat lagi dulu, aku tak sempat nak jumpa abah sebelum dia meninggal. Sebab masa abah meningggal dulu, aku berada jauh kat Perak sebab belajar kat sana.

Ok, panjang dah aku bercerita hari ni. hehehe. Umur dah semakin meningkat, jadi aku akan cuba menjadi orang dan anak yang lebih baik dan berguna. Hari ni hari ulang tahun kelahiran aku. Hari ini juga ulang tahun mak aku melahirkan aku kat dunia ini. Terima kasih mak kerana melahirkan aku.

Assalamualaikum dan selamat berblogging........................

Saturday, 22 December 2012

REHAT

Hai semua. Lama juga aku menyepi. Ada yang rindu??? haha. Kalau ada, bagitau la..... Nanti aku balas rindu korang ye. hehe. Sekarang tengah mood BEREHAT. hehehe.


Aku dah habis menjalani latihan industri di Jabatan Audit Negara Negeri Johor 14 Disember yang lepas. Lepas tu aku agak sibuk dengan kerja-kerja menyiapkan report praktikal. Nasib baik juga la Koordinator praktikal aku kat Shah Alam suruh post CD jek kat dia. Jadi tak perlulah aku ke Shah Alam kan. Supervisor dari Uitm Segamat pun tak jadi suruh aku ke sana untuk hantar report. Pun suruh pos CD jek kat dia.

Sekarang aku sedang berehat menghabiskan sisa-sisa tahun 2012 ni. Berehat sambil mohon kerja la. Maka bermulalah status aku sebagai Penganggur Berjaya. Wish me luck ok. haha.

Thanks kepada yang sudi jenguk blog ini. Nak dekat 100 lebih pageview untuk blog ini dalam sehari. Entah betul ke tidak tu. hehehe. Kepada rakan-rakan bloggerz,, ada masa nanti aku singgah blog korang ye.


Nak bersiap ni. Esok pagi nak ke Tanjung Balau. Ada hari keluarga. Keluarga aku je la. Mak, abang dan anak-anak, kakak 1, suami dan anak-anak, kakak 2, suami dan anak-anak, dan aku, tiada isteri, tiada la juga anak-anak. hehehe.

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.................
>>> Oh, mama... Saya mahu kahwin......

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA