Click here OK!

Followers

Friday 22 February 2013

AKU ADA RAMAI KAWAN. AKU RASA SUNYI, MANA MEREKA

"Hari ini aku rasa ramai kawan yang ambil berat pasal aku. Ramai orang ajak lepak sama-sama, ajak makan sama-sama, ajak tengok wayang sama-sama. Semua harapkan aku pergi bersama mereka kerana mereka rasa seronok dapat bersama aku. Mereka kata aku rakan yang baik dan best kalau lepak sama-sama."

"Hari ini aku rasa sunyi sangat. Rasa macam tak ada kawan-kawan yang ambil berat dan ambil tahu pasal aku. Tak ada pun orang nak ajak lepak minum-minum, borak-borak, ketawa-ketawa, gosip-gosip, tak ada pun kawan yang nak ajak tengok wayang, jalan-jalan. Diorang tak suka ke berkawan dengan aku?? Tak best ker lepak-lepak dengan aku??Aku ada buat salah ker dengan kawan-kawan aku??"

Ini adalah dua situasi dan pemikiran berbeza dari orang yang sama. Aku rasa ada di antara orang-orang di sekeliling kita rasa macam ini dan mungkin juga perkara seperti ini berlaku dalam hidup kita sendiri. Kadang-kadang kita rasa kita ramai kawan. Sampai tak terlayan dan sampai kena batalkan temujanji dengan kawan demi kawan yang lain. Masa itu, perasaan kita akan bercampur sedih dan bangga. Inilah realiti kehidupan. Kadang-kadang kita rasa hidup kita sunyi sangat. Macam tak ada kawan. Tak ada kawan yang ajak kita keluar makan, bersukan, tengok wayang, dan buat apa-apa aktiviti. Masa itu, perasaan kita hanyalah sedih dan berprasangka macam-macam. Kita akan rasa diri kita dipinggirkan. Kita akan rasa diri kita tidak diperlukan. Kita akan rasa diri kita serba kekurangan dan macam-macam lagi andaian yang muncul dalam pemikiran kita.

Bagi seseorang yang ego giler perangainya, mereka akan tetap dengan egonya dengan menunggu ajakan dari kawan-kawan mereka untuk di ajak keluar bersama. Mereka akan cuba cari kawan-kawan baru dan cuba pula menunjuk-nunjuk yang dia tak perlu tunggu ajakan dari kawan-kawan mereka untuk keluar buat apa-apa aktiviti. Ini berlaku dalam kehidupan kita.

Bagi seseorang yang berfikiran profesional dan positif, mereka akan cuba mula mengajak kawan mereka dahulu dan cuba untuk memulakan sesuatu perkara daripada terus menunggu ajakan kawan mereka. Jika tidak mengajak ke mana-mana, mereka mungkin akan cuba telefon dan mesej untuk bertanya khabar diri kawan-kawan mereka. 


Kadang-kadang kita rasa nak telefon atau mesej kawan kita, tapi kita akan rasa macam tiada topik untuk dibincangkan. Jadi kita akan menunggu perkara-perkara yang boleh dibuat topik untuk dibincangkan dalam perbualan. Tapi kadang-kadang, bila kita dah ada topik pun kita segan silu untuk memulakan bicara dan menunggu kawan-kawan kita juga yang mulakan dahulu. Manusia memang akan ada sifat malu dan ego yang tersendiri. Cuma terpulang dengan diri mereka sendiri macamana cara pemikiran mereka terhadap sesuatu perkara.

Memang kita rasa kadang-kadang ramai kawan, kadang-kadang sunyi tanpa kawan. Kalau tak ada kawan-kawan pun, kan kita masih ada keluarga kan. jadi tiada istilah kita sunyi, hidup seorang diri tanpa sesiapa di sisi kerana keluarga sentiasa bersama kita. Kawan-kawan pun sentiasa ada untuk kita, cuma kita perlu sedar akan kewujudan mereka.  


Fikirkanlah.

Jika kita rasa diri kita dipinggirkan, fikirkanlah semula, mungkin kita yang meminggirkan mereka.

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...........
Semua yang aku coretkan ini adalah dari pemikiran aku. Sekadar berkongsi dengan kawan-kawan blog. Tiada kena-mengena dengan sesiapa.


Sunday 17 February 2013

AKTIVITI HARIAN - CERAMAH MAULIDUR RASUL

Assalamualikum semua.

Hari ni aktiviti aku selain makan dan tidur adalah menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di perkarangan tapak pasar malam berdekatan Masjid Jamek Pekan Nanas, Pontian Johor. Majlis katanya bermula pukul 800 pagi, tapi aku, mak, akak dan asak-anak saudara rilek-rilek jek pergi pukul 915 pagi. Seperti yang dijangka, majlis belum pun mula lagi. hehehe.


Majlis bermula dalam pukul 930 pagi dengan ucapan, selawat oleh kumpulan marhaban masjid, dan berzanzi oleh juara berzanzi terbuka peringkat zon Pekan Nanas. Dalam pukul 10 baru la penceramah jemputan datang. Penceramah ini memang ditunggu-tunggu la oleh masyarakat di sini. Namanya Dato' Dr Hasan Ali. (maaf kalau salah nama diberi).


Pada aku dia penceramah yang sangat bagus. Pandai buat kelakar, pandai ambil hati orang, kata-katanya penuh dengan isi yang berguna. Cara dan gaya ceramahnya sangat terang dan jelas. Ada la sesekali aku terlelap masa tengah dengar ceramah tu, tapi selalu sangat terkejut dan terjaga sebab secara tiba-tiba ton suaranya tinggi gila sehingga menyebabkan aku yang terlelap ni terjaga secara automatiknya. hehe. Banyak yang diperkatakan yang berguna kepada masyarakat lebih-lebih lagi dia banyak menyentuh aspek kekeluargaan dalam mendidik anak-anak muda masa kini. Selawat yang dia persembahkan pun sangat indah kedengaran dan doa penghabisan sebelum mengakhiri ceramahnya pun sangat menyentuh perasaan. Kakak aku cakap ramai orang perempuan yang menangis semasa doa dibacakan.

Majlis berakhir dalam jam 1215 tengahari, then ada jamuan makan. Kat sini makan Nasi Minyak tapi versi 'Ambeng'. Kalau tak tahu macamana 'Ambeng' ni, tanya pakcik Google ye. hehehe. Dato' Dr Hasan Ali ni president bagi JATI yang mempunyai prinsip menegakkan 3 perkara iaitu IMR. I untuk Islam, M untuk Melayu, dan R untuk Raja. Jati n ada jual juga barangan-barangan mereka seperti baju, sticker, dan macam-macam lagi. Aku ada juga la beli baju sehelai. Baju-baju macam ni mana ada ada jual kat kedai kan. Jadi rasa bangga dan berbaloi rasanya daapt memiliki baju Jati ni.

Kepada anak-anak muda sekalian, hadirkanlah diri anda ke ceramah-ceramah agama atau majlis-majlis ilmu yang berdekatan. Dapatlah kita mengisi masa terluang dengan perkara berfaedah kan. Pahala pun dapat.
Ok, la sekian sahaja untuk hari ni. Assalamualaikum dan selamat berblogging....

Friday 15 February 2013

SELAMAT ULANG TAHUN UNTUK DIRI SENDIRI

Assalamualaikum semua !!!!!!!!!!!!! Apa khabar rakan-rakan blogger sekalian?? Lama dah aku tak menaip kat sini kan. Aku rindu dengan rakan-rakan blogger dan pembaca setia blog ini. Kali terakhir aku post entry 221212. Sekarang dah 150213.

Tarikh 150213 ni agak istimewa la buat aku. Sebab itu la aku rasa nak mula berblogging pada tarikh ni. Tarikh hari ni 150213 adalah tarikh ulang tahun kelahiran aku. Banyak wish yang aku dapat kt facebook. Kalau tak ada reminder birthday kat fb tu, aku tak rasa ramai yang ingat dan wish kat aku kan. Percayalah. hehehehe. Ada juga rakan-rakan blogger yang wish birthday aku kat facebook tu. Terima kasih banyak-banyak ye rakan-rakan blogger sekalian.

Selama aku berehat dari berblogging ni, aku memang jarang bukak blog. Bila aku on9, aku hanya bukak facebook, email dan iklan jawatan kosong jek. Aku agak sibuk mencari kerja sekarang ni. Belajar dah habis, jadi kena la cari kerja. Jadi, dah macam-macam kerja dah aku mohon secara online dan pos. Sekarang tengah sabar menunggu peluang untuk dapat kerja. Hari-hari aku check email sebab nak tengok kalau ada apa-apa jawapan dari permohonan kerja aku tu.

Setakat ni aku hanya mohon kerja di sekitar Johor Bahru sahaja. Aku memang nak kerja area Johor Bahru, jadi boleh la aku duduk sekali dengan mak aku kat rumah. Aku dah tak nak berjauhan dari mak aku. Mak sekarang dah tua, dah banyak sakit-sakit. Jadi aku sebagai anak yang bongsu dan belum berkahwin perlulah menunaikan tanggungjawab menjaga mak aku kan. Setiap malam, mak mesti akan rasa kebas kaki. Aku kena la jadi tukang urut kan. Kadang-kadang, 2 hari sekali aku urut mak aku kalau tak utur dia hari-hari. Aku bukanlah pakar sangat dalam bab mengurut kaki, tapi kira boleh la sikit-sikit melegakan kebas kaki mak aku tu.

Kerja nak kat Johor Bahru, kahwin pun kalau boleh dengan orang Johor juga. Kalau dapat jodoh orang negeri lain, pun kalau boleh nak menetap kat Johor. Aku tak nak berjauhan dengan mak aku. Kalau ada sesuatu terjadi, ada la aku di sisi mak kan. Ingat lagi dulu, aku tak sempat nak jumpa abah sebelum dia meninggal. Sebab masa abah meningggal dulu, aku berada jauh kat Perak sebab belajar kat sana.

Ok, panjang dah aku bercerita hari ni. hehehe. Umur dah semakin meningkat, jadi aku akan cuba menjadi orang dan anak yang lebih baik dan berguna. Hari ni hari ulang tahun kelahiran aku. Hari ini juga ulang tahun mak aku melahirkan aku kat dunia ini. Terima kasih mak kerana melahirkan aku.

Assalamualaikum dan selamat berblogging........................

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA