Click here OK!

Followers

Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Monday, 5 November 2012

REVIEW FILEM 007 JAMES BOND "SKYFALL"


Semalam aku bersama seorang sahabat pergi menonton wayang di TGV Bukit Indah, Johor Bahru. Minggu ni memang tak ada cerita lain la nak tengok kecuali filem terbaru 007, James Bond la. Memang aku rasa teruja la nak tengok sebab sebelum-sebelum ni memang aku layan filem-filem Bond.

Pada pendapat aku, filem Bond pada kali ini agak "kureng" sikit la kalau nak banding dengan sebelum-sebelum ini. Aksi luar biasa agak kurang dan babak "menyeramkan" antara hero dan heroin pun kurang (paham-paham la maksudnya ye. hehehe).


Prediction awal aku sebelum tengok filem ini adalah ejen 007 (daniel craig) ini kemalangan sewaktu operasi dan hilang ingatan serta hilang skill untuk menjadi ejen hebat. Sebab tu bos dia cari dia semula dan ingatkan dia kembali siapa dia sebenarnya dan dia kena berlatih semula untuk misi membalas dendam. Tapi apa yang aku agak salah la kan. Rupa-rupanya ejen 007 ditembak oleh rakan operasi dia sendiri dan dilaporkan hilang atau mati dalam operasi. Kemudian selepas beberapa ketika menyepikan diri kat tempat lain, dia kembali semula selepas jabatan dia kena bom. Sebelum kembali jadi ejen 007 semula, dia perlu berlatih dan lulus semua ujian kecergasan supaya dia dapat kembali beraksi.

"Skyfall" pula aku ingatkan nama misi 007 dalam filem ni. Rupa-rupanya nama tempat tinggal James Bond masa dia budak-budak dulu. Skyfall juga adalah tempat medan pertempuran terakhir antara hero dan penjahat yang berakhir dengan kemenangan hero (mestilah kan).

Ada babak yang best, ada babak yang mungkin kelakar (kelakar sebab orang-orang dalam panggung bantai gelak), ada babak yang tak berapa puas hati nak tengok, dan macam-macam lagi la.



My name is Bond, Monkey Bond. hahaha.

Kepada yang belum menonton filem ini, dan ingin menontonya, dinasihatkan jangan terlalu "expect" lebih-lebih sangat. Jangan lupa beli pop corn sebab anda mungkin rasa bosan dan rasa ingin menguyah. hehehe.

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging......................
>>> Kan dah cakap MANCHESTER UNITED menang. hehehe. Minggu yang agak menggembirakan sebab budak-budak aku main dengan baik. hahaha. Kepada fan Arsengal,, try your best next game..haha..

Sunday, 15 April 2012

LELAKI PANGGUNG SEMALAM


Aku baru tengok wayang semalam. Cerita Battleship. Ok la cerita tu. Yang hebatnya bahagian grafik jek kot. Sebab pada aku, banyak yang aku jangka dan harap tak ada dalam movie ni. Emm, aku ratingkan cerita Battleship ni 7/10. 

Semalam ada rasa geram juga la dengan mamat sebelah aku ni. Apa dia buat??
  •  Sibuk bercerita dengan perempuan sebelah dia pasal cerita tu. Sebab perempuan tu ada jek benda nak tanya lelaki tu kenapa itu, kenapa macam tu, siapa yang buat, siapa orang tu. Suara kuat pula tu. Kacau jek orang yang tengah concentrate tengok macam aku ni kan. 
  • Kaki dah masuk sikit kawasan aku, lepas tu suka betul goyang-goyang kaki dia. Aku jadi rimas sebab kaki dia kena kaki aku. ( kalau awek cun buat macam tu takpe gak. hahaha). Bila dah rasa rimas sangat, aku tepuk kaki dia. Dia terkejut dan pandang aku muka pelik. Aku cuma bagi isyarat tangan suruh ke sana sikit. Ok la kan daripada aku bagi tangan terus kat dia. haha.
  • Sibuk nak mengagak apa jadi seterusnya. Cakap kuat pula tu. Kalau ya pun nak jadi tukang tilik cerita, cakap dalam hati je la. Tak yah nak beritahu semua orang kau tahu nak agak apa jadi lepas tu. Paling tidak pun bisik-bisik kat perempuan tu sudah la.

Ini apa yang jadi untuk semalam dan lelaki sebelah aku je la. Sebelum-sebelum ni banyak jek ragam-ragam manusia yang menggeramkan dalam panggung yang berlaku di depan, belakang, kanan dan kiri aku. Sabar je la. 

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging..................................

Tuesday, 6 December 2011

Untung la kau Aaron Aziz

Semalam aku bersama kawan-kawan pergi tengok wayang dekat Jusco Bukit Raja, Klang. Sampai Klang tgok wayang. hehe. Ye la, dekat Shah Alam ni mana ada panggung wayang. (kot). Tapi tak jauh mana pun Jusco tu dengan rumah sewa aku. Ada la dalam 10 minit. Kitorang berlima, 3 perempuan, 2 lelaki termasuk aku. Tiket pukul 245 petang, sampai sana awal, lepak kerusi urut dulu. hehe. 

Tengok cerita apa ??? Cerita yang heboh sangat diperkatakan sekarang ni. OMBAK RINDU. Katanya hari pertama dah mencecah 750000. Aku memang tunggu juga cerita ni. Wayang kalau adaptasi dari novel, biasanya cerita dia mantap. Sebab tu aku semangat nak tengok. Sebab lain aku nak tengok adalah pelakon-pelakon dia. Aaron Aziz dengan Bront Palare berlakon confirm hebat, Maya Karin cantik dan mantap, hehe, Lisa surihani plak cantik. Kata orang novel jauh lebih hebat dan menyedihkan berbanding filem. Emm, ye la kot. Sebab aku tengok pun jalan cerita dia terlalu cepat. Dah 2 jam pun aku rasa kurang lagi cerita ni. Padahal bontot dah kebas duduk dalam tu 2 jam. Macam-macam posisi dah aku punya duduk.


Aku jeles betul la tengok Aaron Aziz dalam cerita ni. Dapat peluk Maya Karin. Memang la Maya Karin tu berlakon sebagai 'isteri simpanan' dalam cerita tu, tapi entah la. Berlakon babak atas katil plak tu. hehe. (Isteri Aaron Aziz ni memang penyabar betul orangnya kan). Untung la kau Aaron Aziz. dapat berlakon macam tu. hehe. Sebelum ni dapat Nora Elena, sekarang dapat Izah plak. Untung la....




Lagi sorang artis lelaki yang 'Untung la' adalah Farid Kamil........Cuba singkap kembali lakonan dan watak-watak dia. hehe. Untung la. 
Memang semua pelakon kena macam tu kan. Ikut kata pengarah. Aku bukan nak menyalahkan sesiapa sebab aku pun bukan baik pun. Teringin juga nak jadi macam diorang. hahaha.. Maya Karin tu !!





Ikut seronok dunia memang 'untung la'... Tapi bila difikirkan akhirat nanti, 'jawab la'.....
Aduhhh...Insaf sekejap....

Friday, 21 October 2011

first post

assalamualaikum.......nama sy shahrazali bin sahlan......lahir tahun 1987...ini adalah post pertama sy di blog ini...
emmm....x tau nk sembang pe lagi.....mlm td bru lepas tgok wayang cite REAL STEEL......rasa teruja tgok cite tu......sumenyer best dari start cite smpai abis.......jarang tgok movie rasa puas cmni....rase nyer lg best cite ni dari TRANSFORMER...............selamat menonton........

sembangshahrazali

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA