Click here OK!

Followers

Monday 30 April 2012

SUDAH CUKUP SUDAH

Lagu ni dah jadi mainan bibir aku untuk menyanyi. Aku ni jenis tak kisah dari mana lagu ini, siapa yang nyanyi, rentak apa pun lagu tu asalkan sedap didengar telinga aku sendiri, aku suka la. Lagipun lirik lagu ini ada maksud dan mesej untuk sang pencinta dan untuk orang perempuan Payers. Mesti korang paham kan maksud perempuan players tu. Aku tak tujukan lagu ni untuk sesiapa, tapi cuma aku nak kongsikan lagu kegemaran aku sekarang ni. hehehe. 

Muzik mula-mula dah macam lagu rock kapak dah. hehe. Suara pun best, lagu best. Video klip diorang pun best. Kalau korang tengok komen-komen kat ruang komen video ni kat youtube, macam -macam hal diorang gaduhkan. Tak paham aku mentaliti orang kita ni. Kalau rasa suka, dengar je la kan. Dan kalau rasa tak suka, its ok, tak payah dengar la kan. Tak perlu kot nak membahaskan pasal lagu tu. Aku bukan nak banggakan lagu dari negara luar. Tapi aku cuma kongsi apa yang aku suka. Aku suka apa sahaja lagu yang aku suka dengar tak kira la siapa yang nyanyi, genre apa pun muzik tu, dari mana penyanyi tu. 

Bila la lagu ni nak ada kat karaoke ek. hehehe. Kalau aku dijemput perform lagi untuk malam dinner, nak nyanyi lagu ni la. hahahaha. 

Enjoy this music video ok. Sudah Cukup Sudah by Nirwana Band. 



Ada sesiapa yang sama macam aku suka lagu ni???? Kalau ada bagus la. Kalau takde pun takpe. hehehehe.



Ada lagi satu video lagu ni tapi ini hasil buatan peminat diorang sendiri kot. Ini bukan Offical Video macam kat atas ni. Tapi agak menarik la. Aku ingat video cerita korea, tapi bila aku baca komen-komen video ni kat youtube, ini cerita Taiwan katanya. Tajuk cerita ni "Romantic Princess".. Lebih sejuta view kot video diorang buat ni. Bukan video ni cerita Taiwan ni jek, cerita Hindustan Kuch Kuch Ho Ta Hai pun diorang ada buat juga. hehehe. 

Lagu sama, tapi video lain. 



Ok. assalamualaikum dan selamat berblogging.....
(Aku on9 guna laptop member aku. Laptop aku rosak !!!! HUUWAAAAAAAA !!!!)

Friday 27 April 2012

KIAMAT TIDAK AKAN BERLAKU JIKA ..........................


Masih ingat andaian kiamat 2012 ?
Tahun ni kan??
JANGAN percaya lagi !!!!!
Sebab Kiamat menurut Agama Islam

... ... ... ... ... ... ... ...

- Kemunculan Imam Mahdi

- Kemunculan Dajjal

- Turunnya Nabi Isa (AS)

- Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj

- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur

- Pintu pengampunan akan ditutup

- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya

- Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya

- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,

- Pemusnahan Kabah,

- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,

- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh

- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."

(Klik share or LIKE ok)

Kita selalu kirim ribuan bende kat facebook, tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berfikir-fikir.

Allah berfirman : "Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari SyurgaKu"



Sumber : Islam Iman Ihsan (facebook)

Teringat iklan shampoo yang dia mula-mula kata "2012 dunia berakhir?"..hehe..
sekadar berkongsi. Kepada yang dah pernah baca, bagus lah. Yang baru baca, renung-renungkan lah.

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...................................

Saturday 21 April 2012

PENDAPAT SHAHRAZALI - RAGAM LELAKI BILA TERPIKAT DENGAN PEREMPUAN LAIN

Entri untuk perempuan :


Korang ada boyfriend?? Pernah merasai perubahan diri dan sikap mereka dengan tiba-tiba??
Lelaki mudah berubah sikap jika mereka terpikat dengan perempuan lain. Sebabnya lelaki memang jujur mengenai perasan mereka. hehehe. Dan sesetengah lelaki ada memegang prinsip bahawa lelaki bebas memilih pasangan mereka dan berhak memilih yang PALING  sesuai untuk mereka jadikan pasangan hidup selagi mereka tidak ada apa-apa ikatan. So, berjaga-jaga lah. Jangan terlalu taksub dengan pasangan anda selagi mereka tidak menjadi pasangan hidup anda yang sah. 


Maksud taksub di atas merujuk kepada terlalu sayangkan boyfriend sehingga sanggup serahkan apa sahaja kepada mereka, ataupun terlalu melebihkan boyfriend berbanding keluarga sendiri dan terlalu memuja boyfriend korang (cinta mati, cinta jiwa dan raga, cinta buta).

Emm, ok. Back to our topic. Apa ragam boyfriend bila mereka terpikat dengan perempuan lain??
  • Mereka banyak termenung dari bercakap kalau tengah dating.
  • Kalau berbual pun topik dah semakin berkurang.
  • Kalau keluar makan, menu makan mereka akan lain daripada biasa.
  • Selalu tengok jam masa dating
  • Phone tak kan terkeluar dari poket mereka. Phone akan sentiasa dalam poket jek la.
  • Keprihatinan semakin berkurang. Banyak sebut "tak kisah la apa-apa, mana-mana".
  • Selalu sibuk bila korang ajak keluar. Kalau keluar pun bukan weekend, tapi hari biasa.
  • Mereka akan ada minat baru. 
  • Fesyen rambut betukar dengan tiba-tiba. 
  • Kritikan pada korang berkurang or mungkin dah xde. 
  • Aktiviti bersama kawan semakin banyak.
  • Selain minat baru, mereka akan ada aktiviti baru.
  • Selalu ungkit kesilapan korang 
  • Selalu cari gaduh. Kadang-kadang sampai buat korang benci.
  • Mereka tiba-tiba tanya masa depan korang dengan mereka.



Ini berdasarkan pendapat sendiri, pengalaman sendiri, dan kisah orang-orang yang saya kenal dan tidak mencilok mana-mana sumber. Sekadar berkongsi. 

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.......................................

Friday 20 April 2012

VIDEO PERSEMBAHAN (LAGU KEDUA DAN KETIGA) MALAM ANUGERAH DEKAN

AMBIL PERHATIAN !!!!!!!!!!! ENTRI KALI NI AGAK BERAT...... SEBAB POST DUA VIDEO... KEPADA PEMBACA SETIA BLOG INI, DIHARAP DAPAT BERSABAR MENUNGGU VIDEO LOADING DULU OK. KERJASAMA ANDA AMATLAH SAYA HARGAI.. TAPI KEPADA SESIAPA YANG TAK DAPAT MENYAKSIKAN VIDEO PERSEMBAHAN KAMI, MAAF DIPINTA..... (DOWNLOAD DULU LA BARU TENGOK...HEHEHE)




Video yang aku post sebelum ni tak sangka plak banyak viewnya. hehehe. Klik <SINI> untuk ke video lagu pertama sebelum ni. Kali ni nak post video lagu kedua dan ketiga persembahan kitorang masa Malam Anugerah Dekan minggu lepas. Kepada yang masih belum tengok gambar-gambar cun Malam Anugerah Dekan dan ingin nak tengok, klik <SINI> plak ye. (klik saja sebab akan open new window)...

Enjoy this video ok.
Lagu kedua : Sesal Mendua by Klangit (cover) Emergency Lift
Lagu ketiga : Babak Pertama by Drama Band (cover) Emergency Lift




Lagu Sesal Mendua ditujukan buat Linda sebab dia komen sebelum ni dia suka lagu tu. Jangan marah kalau tak best. hehehe. Lagu Babak Pertama ada kesilapan sket, tapi kitorang buat tak tahu jek. hahahaha.. Aku dan Iz (kiz garden) menyanyi memang agak kaku sket. Nervous la katakan. hehehe. Sebab tu yang pakai cermin mata hitam tu. Tak nampak sangat audience perhatikan kita. Video ni lain sket dari yang lepas sebab yang ni aku dapat dari classmate aku yang dapat anugerah dekan malam tu.




Video ni plak video lagu yang sama dengan entri yang lepas, cuma lain kamera.. Yang ni ok sket sebab rakam dari dekat kan. 

Lagu Suara Ku Berharap by Hijau Daun (cover) Emergency Lift





Kepada Cik Farhana, yang ini lebih jelas sket kalau nak dengar lagi. hehehe.
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging..................................


Thursday 19 April 2012

BAWANG OH BAWANG

Korang suka makan bawang besar?? Aku suka jek. Tapi bawang dalam masakan la. Takde la nak makan bawang mentah-mentah tu. Tapi ada ker orang makan bawang mentah-mentah ek?? hehehe. Entah la. Di sini aku nak kongsikan fungsi sebenar bawang untuk kita. Masa aku kat hospital, aku banyak la baca majalah kat sana. Aku ada terjumpa pasal bawang besar ni. 




"Di sebalik kesedapan rasanya serta berfungsi sebagai penambah perisa, bawang besar sebenarnya dapat membantu membersihkan sisa dari sel tubuh. Selain itu, memakan bawang akan menurunkan tekanan darah, membantu mengelakkan jangkitan, menghalang asma, mengurangkan risiko kanser, sebagai ubat, melawaskan buang air kecil, melancarkan haid dan menyingkirkan batu karang. "

Sumber : Majalah REMAJA

Mesti ada di antara korang yang dah tahu pasal ni. Kalau dah tahu, bagus la. Bagi yang belum tahu, dan baru tahu lepas baca ni, selamat berkongsi ilmu ok.

HATI GELISAH MAK MASUK HOSPITAL



Dah lebih kurang 3,4 hari aku tak online. Ada korang perasan aku menghilang ?? Ada korang perasan aku tak terjah blog korang?? Kalau pembaca setia aku, mesti perasan punya la. huhuhu. Aku minta maaf tak berkesempatan nak online dan blogwalking kat blog korang ok. Jadual aku untuk 3 hari ni terlalu sibuk ulang alik dari rumah ke hospital dan berjaga di hospital. 

Hati aku gelisah sangat 2,3 hari ni. Sebab mak aku kena masuk wad di Hospital Pontian. Mak aku masuk wad hari sabtu malam ahad lepas. Hari ahad pagi tu la aku bergegas balik ke Johor. Naik bas pukul 9 pagi dari Shah Alam, sampai JB pukul 2 petang, lepas tu naik bas dari JB pukul 3 petang sampai ke Pontian pukul 4 petang. Pukul 430 petang aku sampai ke Hospital Pontian untuk berjumpa Ibu tercinta. Ok la sampai sana pukul 430 petang sebab memang waktu melawat pesakit kan. 

Hari pertama aku stay sampai 9 malam. Esoknya isnin aku datang kol 11 pagi, jumpa mak aku kejap, then tunggu waktu melawat baru masuk. Waktu melawat pukul 1230 - 2 petang dan 430 petang sampai 7 malam. Pukul 10 malam baru aku balik rumah. Sampai rumah terus tidur. Hari kedua pun sama, tapi malam rabu tu aku kena tunggu kat hospital sebab kakak aku kena balik Pasir Gudang, kakak lagi sorang siang kerja, malam kena jaga baby plak. So malam rabu tu aku berjaga la kat hospital menunggu kat luar wad in case jadi apa2 kan. Lelaki tak boleh berjaga dalam wad perempuan, tapi perempuan boleh berjaga dalam wad lelaki. Pagi rabu dalam pukul 7 pagi aku balik rumah lepas masuk dalam wad jumpa mak aku kejap. Tengahari tadi(rabu) aku datang balik, dan aku dengar berita baik dari doktor yang mak aku dibenarkan balik rumah. 

Alhamdulillah. Aku dah risau giler tadi. Sebab memang hari ni aku akan balik ke Shah Alam sebab hari khamis ni ada test ENT. Jadi tak ada oang nak tunggu kat hospital malam-malam. Lepas dengar jek berita tu, terus aku menghela nafas lega yang amat sangat. Tak ada la aku risau sangat kan sebab mak dah boleh balik rumah walaupun keadaan mak masih lemah lagi. 4 hari duduk dalam wad hospital kan, memang la badan jadi lemah.

Mak aku ada sakit macam-macam juga. Darah tinggi, kencing manis tu memang ada. Hari tu mak aku masuk hospital sebab demam dia teruk sangat. Badan menggigil dan dia tak kenal orang. Sebab tu bawak pergi hospital tu. Sampai jek hosptial, doktor kata ada jangkitan kuman pada saluran kencing. Bila keputusan x-ray dah keluar, doktor kata plak ada tanda-tanda paru-paru berair sebab ada lendir-lendir pada paru-paru mak. Apa yang merisaukan aku hari pertama masa masuk hospital tu mak aku meracau-racau macam orang hilang ingatan. Kandungan gula dalam badan rendah sangat. Tekanan darah pun rendah. Doktor ingatkan kat kitorang adik beradik yang dia pun tak pasti apa jadi 2,3 hari lepas ni (doktor cakap masa hari ahad). Cuma doktor kata kitorang kena bersedia untuk apa2 kemungkinan dan pastikan mesti ada waris terdekat sentiasa ada bersama mak. Memang la aku gelisah habis masa tu kan.huhuhu. Sekarang ni alhamdulillah. Kesihatan mak aku dah semakin baik dan stabil. Sebab tu doktor bagi balik rumah. Sekarang mak aku ada kat rumah la. Duduk rumah senang kakak aku nak tengok kan. Jiran-jiran sebelah pun ada boleh tolong tengok-tengok kan. Kadang-kadang bagus ada jiran yang busybody macam jiran-jiran aku ni. Diorang sangat ambil berat pasal kejiranan mereka.




Aku sekarang dah ada kat Shah Alam. Malam ni nak study untuk test esok dan siapkan assignment Islamic Business jumaat nak kena hantar (kena tulis tangan plak tu). huhu. Semoga mak semakin pulih dan dijauhkan daripada penyakit merbahaya. Walaupun mak aku dah balik rumah, aku tetap rasa risau dan gelisah ni. Sebab mak masih kelihatan lemah. Aku akan selalu doakan mak aku. Korang pun doakan sekali k. Love you all. 




Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging..................................

Sunday 15 April 2012

LELAKI PANGGUNG SEMALAM


Aku baru tengok wayang semalam. Cerita Battleship. Ok la cerita tu. Yang hebatnya bahagian grafik jek kot. Sebab pada aku, banyak yang aku jangka dan harap tak ada dalam movie ni. Emm, aku ratingkan cerita Battleship ni 7/10. 

Semalam ada rasa geram juga la dengan mamat sebelah aku ni. Apa dia buat??
  •  Sibuk bercerita dengan perempuan sebelah dia pasal cerita tu. Sebab perempuan tu ada jek benda nak tanya lelaki tu kenapa itu, kenapa macam tu, siapa yang buat, siapa orang tu. Suara kuat pula tu. Kacau jek orang yang tengah concentrate tengok macam aku ni kan. 
  • Kaki dah masuk sikit kawasan aku, lepas tu suka betul goyang-goyang kaki dia. Aku jadi rimas sebab kaki dia kena kaki aku. ( kalau awek cun buat macam tu takpe gak. hahaha). Bila dah rasa rimas sangat, aku tepuk kaki dia. Dia terkejut dan pandang aku muka pelik. Aku cuma bagi isyarat tangan suruh ke sana sikit. Ok la kan daripada aku bagi tangan terus kat dia. haha.
  • Sibuk nak mengagak apa jadi seterusnya. Cakap kuat pula tu. Kalau ya pun nak jadi tukang tilik cerita, cakap dalam hati je la. Tak yah nak beritahu semua orang kau tahu nak agak apa jadi lepas tu. Paling tidak pun bisik-bisik kat perempuan tu sudah la.

Ini apa yang jadi untuk semalam dan lelaki sebelah aku je la. Sebelum-sebelum ni banyak jek ragam-ragam manusia yang menggeramkan dalam panggung yang berlaku di depan, belakang, kanan dan kiri aku. Sabar je la. 

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging..................................

Saturday 14 April 2012

VIDEO PERSEMBAHAN (LAGU PERTAMA) MALAM ANUGERAH DEKAN

Aku segan sebenarnya nak upload video ni. Tapi tak kisah la kan. hehehe. Bukan best sangat pun kitorang perform. hehehe. Aku nebes giler kot masa nyanyi ni. Awal-awal aku dah salah lirik masa baris kedua rangkap pertama lepas orang ramai tepuk. hehehe. Kalau korang perasan la. Kitorang buat persembahan berempat. Dua nyanyi, dua main gitar. Yang menyanyi aku dan Iz (Kiz Garden), main gitar Along dan Alai.

Abaikan kalau korang ada dengar suara-suara yang tengah bercakap tu. Itu suara kawan aku yang rakam video ni.

Ini video persembahan untuk lagu pertama malam tu. Lagu kedua dan ketiga akan datang. hehehehe... Enjoy this video, but jangan gelak ok. hahaha.

Suara Ku Berharap by Emergency Lift.( Kitorang la tu. hehehe)





Maaf kalau persembahan kitorang tak best ( walaupun ramai yang puji best..hehehehe.agaknya la). Memang nervous sangat kot masa ni. Perform atas pentas yang besar dan luas depan orang ramai dan betul-betul depan meja dekan. huhuhu.



Untuk Cik Farhana : Dah post video dah. Farhana suka kan lagu ni. Sebab farhana ada beritahu sebelum ni farhana minat lagu Suara Ku Berharap. Tapi maaf kalau tak best ok. hehehe.

klik <SINI> untuk video lebih jelas dan kuat...

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging............

PERTAMA KALI DENGAR TERUS SUKA

Hari ini aku nak post pasal lagu baru adik Najwa Latif feat Sleeq. Mesti ada antara korang yang dah tahu lagu ni, dan ada yang baru kali ni dengar. Tak kisah la mana-mana kan. hehehe. Suara Najwa Latif comel. hehe. Ada komen-komen kat video ni kata suara Najwa Latif macam Justin Bieber. Aku pun tak tahu nak cakap macamana. hehe. Mari kita layan UNTUK DIA. Video offical tak ada lagi rasanya. Tunggu la akan datang kat youtube ok.


Kalau korang nak tahu, housemate aku merangkap roomate aku sekali ni, sepupu Najwa Latif. hehehe. So, aku tahu la juga sedikit sebanyak pasal Najwa Latif dari roomate aku ni. 


Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging..................

Friday 13 April 2012

GAMBAR - GAMBAR CUN MALAM ANUGERAH DEKAN


Selesai sudah malam yang membuat hati aku gelisah. Selesai sudah aku dan kawan-kawan buat persembahan. Jom kita layan gambar-gambar sekitar majlis.

Kiri dewan
Kanan dewan
Practice kat belakang pentas sebelum perform (muka risau)
Kitorang ada nama band yang di beri Emergency Lift. Hahaha. Ini membe aku la letak ni. Emcee majlis tiba-tiba minta nama band kitorang, dan dia nak cepat. Itu nama yang terlintas di fikiran membe aku. Aku layan je la. hehe. 
Kitorang perform betul-betul depan meja Dekan. (lagu pertama)
(lagu kedua)

(lagu ketiga)
Maka berakhir lah persembahan kitorang...... Overall ok la walaupun ada buat silap sikit masa nyanyi. hehehe.

Lepas kitorang nyanyi, makan la apa lagi kan. Lauk biasa-biasa jek sebab majlis makan malam ni percuma untuk yang diraikan dan percuma untuk artis-artis macam kitorang.hahaha. (artis la SANGAT). Tau-tau la kalau benda percuma ni kan. Memang biasa-biasa je la. Tapi, alhamdulillah kenyang juga kan.


Makan buffet jek. Bajet rendah. hehe. Takpe la, asalkan free
Selepas persembahan kitorang, baru la penyampaian sijil anugerah dekan bermula. 

fuhhhhhhh
Selepas penyampaian sijil untuk beberapa kos, tibalah masa persembahan kedua daripenyanyi jemputan dari kos pendidikan. Diorang nyanyi lagu "I GO", "CARTA HATI", dan apa ntah lagi satu. hehe. Tak remember plak.


Not bad la performance diorang

 Kemudian, sambung semula upacara penyampaian sijil anugerah dekan kepada kos-kos selebihnya. 

fuhhhhhhh

Mula daripada sini, kamera dah kat tangan aku. So, aku snap la gambar-gambar ikut suka aku. Ada jek budak-budak berkumpul nak ambil gambar, aku snap juga. hehe.




 
Mencari barang???

Jumpa pun. Muka lega selepas persembahan

My guitarist, and photographers

Gambar klasik. (lain ler muka aku.haha) - Lokasi : bilik persalinan belakang pentas
Thanks sudi tatap gambar-gambar cun sekitar malam anugerah dekan ni. hehehe. 
Video???? Tengok la dulu macamana. hehehehe. 

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.................


Mood : Masih tension sebab banyak assignment dan banyak kerja untuk Final Year Project. Arrghhhh !!!!!!! Emm, biasa la tu kan. Nama pun student. hehehe. Think positive !!!!

Thursday 12 April 2012

HATI RESAH GELISAH NI


Hari ni khamis, 12 April hari yang agak membuatkan hati aku gelisah. Malam ni ada Malam Anugerah Dekan FSKM (Fakulti Sains Komputer dan Matematik). Aku dan kawan-kawan dijemput hadir malam ni. Bukan sebab aku dapat anugerah dekan ye. Aku tak dapat pun result dekan sem lepas. huhu. Tapi dijemput untuk buat persembahan nyanyian. Walaupun aku dah 2 kali buat persembahan atas pentas masa makan malam diploma dulu dan paling terbaru buat persembahan masa malam pra graduan (MPG) sem lepas, aku tetap rasa gelisah ni. Klik <SINI> kalau nak tengok gambar-gambar MPG sem lepas.

Tengahari ni kitorang ada rehearsel pukul 1230. Dah la hari ni kelas penuh. 830-1030 pagi dan 2 petang hinggga 7 malam. Malam Anugerah Dekan tu plak start pukul 8 malam. Macam kelam kabut jek aku rasa. Tapi disebabkan kitorang dah setuju nak buat persembahan tu, kitorang gagahkan juga la diri ni nak buat persembahan malam ni. 

Sekarang pukul 530 pagi dan aku tengah menghafal lirik-lirik lagu yang nak dinyanyikan. Kitorang pilih lagu Suara Ku Berharap (Hijau Daun), Sesal Mendua (Klangit), dan Babak Pertama (Drama Band). Malam ni aku nyanyi berdua dengan kawan aku dan diiringi dengan dua pemain gitar handalan. Rasa goyang plak nak nyanyi sorang. huhu. Dan yang paling meresahkan aku, malam ni perform kat DATC ( Dewan Agung Tuanku Canselor ). Nebesssss gilerrr ni. hehe.

 

Hati aku tengah berdebar-debar ni sekarang. Tension pun ada. Tension sebab nak perform malam ni, tension sebab kerja/assignment tengah banyak, dan baru tadi tension sebab Manchester United kalah tadi. cetttttttttttttt... Tension jek tengok game budak-budak aku tu tadi. 




Harap-harap malam ni semuanya berjalan lancar. Korang doakan aku dapat buat persembahan dengan baik ye. 

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging..............................

Tuesday 10 April 2012

BLOG CUTEST LANDRORD

Siapa Cutest Landrord ni????

 Aku sangat suka gambar dia yang ni. hehehe

Ni la dia Alyn Adnan, aku panggil dia alyn jek. Dia panggil aku Abg Shah. Ehem-ehem. Lemah sekejap. hehehe. Dia hormat pada yang tua kan. Mas (maya mustwany) pun dia panggil kakak. Ramai jek blogger-blogger perempuan panggil aku Abg Shah macam Alyn ni, contohnya O Cik Teddy (This Is Cik Teddy Corner), Kyra (Cinta Untuk Kita), dan lain-lain lagi.

Kepada sesiapa yang tak pernah ke blog Alyn, dan nak mengenali dia dengan lebih lagi, terjah blog dia tau. Blog dia banyak tutorial ala-ala cik Lyssa tu. Terjah jangan tak terjah ok. Ini dikira blog baru dia juga. Start bulan Mac lepas. Blog lama, tak tahu cerita plak aku. hehehe.

Comel kan gambar dia atas tu. hehehe. Aku suka. Lagi-lagi dia pakai tudung bawal jek. Aku paling suka tengok perempuan pakai tudung bawal simple-simple macam ni. Nampak lebih ayu, nampak lebih kemelayuan dan matang.  


Blog dia kemas, tak menyakitkan mata. Dulu-dulu aku susah gak nak baca kat blog dia. Aku tegur la dia, sekarang dia dah tukar background. hehehe. Aku dah naik hafal rentak lagu blog dia tau. haha. Sebab aku selalu pergi blog dia. Kenapa aku panggil dia Cutest Landrord ek???
sebab..................






































Dia memang cute. hehehe. Dan dia yang mengaku sendiri. Klik gambar untuk ke blog dia ok.


To Alyn : Permintaan Alyn sudah Abg Shah tunaikan. hehehe. 
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging........................

Monday 9 April 2012

GAME SUPER SUNDAY


Aku baru lepas tengok bola di Restoran Hakim Sek 7 ni. Tengok dua game hari ni. Mula-mula Manchester United vs Queen Park Rangers, lepas tu Arsenal vs Manchester City. 

Anton Ferdinand with Wayne Rooney

Malam yang sungguh puas hati sebab Manchester United kalahkan QPR 2-0, dan Arsenal kalahkan Manchester City 1-0. Dengan tiba-tiba aku jadi penyokong Arsenal kejap tadi. hahaha. Saja nak panaskan hati penyokong-penyokong Manchester City. Sokong Arsenal dengan memakai baju Manchester United. 

Penjaring gol tunggal Arsenal (Mikel Arteta)

 Dengan kemenangan Manchester United dan kekalahan Manchester City ni malam ni, memang berkemungkinan besar Manchester United bakal mendapat takhta Liga Perdana Inggeris yang ke-20. Ok, mood aku malam ni sangat baik. Mari kita saksikan table terkini liga perdana inggeris..



Apa pendapat anda Roberto Mancini???? Adakah anda rasa ini mungkin musim terakhir anda bersama Manchester City???



Ok, maaf. Mungkin anda mengalami tekanan ye. Apa pula kata Sir Alex Ferguson???



Yeahhh.. Itu dia. Gelaran juara liga perdana inggeris yang ke-20 dalam genggaman. 



Mesti korang ada yang tak paham kan apa yang aku rasa sekarang ni. hehehe. Saja melalut sorang-sorang. Esok (isnin) ada test weyhhhhh pukul 2 petang. Test 1 Islamic Business. Ada 3 chapter wa cakap lu. Tapi aku masih rilek lagi ni tak start apa-apa lagi. Bak kata membe aku,, "test jek kot", rilek-rilek sudah". Haaa... lagi satu kerja. Assignment Internatinal Busibess pun nak kena hantar ni esok. Adoiyai, malas btul la. Tapi terpaksa juga buat dan terpaksa juga study untuk test. 


Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.................................

Saturday 7 April 2012

JOM FOLLOW BLOG ANIS


Hari ni aku nak menolong seorang blogger comel yang bernama Anis Adila Aris. Hehehe. Walaupun aku rasa aku tak berapa membantu sangat sebab blog aku ni agak kurang dikenali dan disinggah berbanding blogger-blogger yang lain, tapi aku tetap ikhlas nak membantu dia.  Sebab dia rakan blogger aku. Aku selalu singgah blog dia (blog lama), dia pun selalu singgah blog aku.

Anis ni berblogging dah lama, cuma yang ini blog baru dia. Sebab dia buat blog baru, blog dia kena hack dengan seseorang. Ada juga orang buat macam ni kan. Kenapa la orang tu dengki sangat. Ish..Ish..Ish.. Kisah dia macam kat bawah ni




Aku rasa korang pun kenal anis ni. Kepada rakan-rakan blogger, mari kita terjah blog baru anis, tinggalkan jejak, dan follow dia sekali ok. Klik gambar header dia kat bawah ini atau klik nama penuh dia kat atas nun untuk ke blog baru anis.  






Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...................

Friday 6 April 2012

PERMAINAN NOMBOR. CUBA LA.



ANDA MUNGKIN MEMERLUKAN KALCULATOR. JADI SEDIAKAN KALKULATOR ANDA UNTUK MENGIRA YE.


TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA. 
MESTI KORANG INGAT NOMBOR KORANG KELUAR KAN LAST-LAST. HEHEHE. 
(KALAU AKU, MACAM TU LA AKU PIKIR MASA AKU TERKENA)
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...............................

Thursday 5 April 2012

AKU TAK SUKA MEREKA-MEREKA NI


Aku tak suka mereka. Siapa mereka ?? Mereka-mereka ini adalah pemandu-pemandu yang suka buang sampah keluar dari kenderaan mereka. Apa salahnya sampah-sampah seperti tin minuman, botol air atau plastik makanan disimpan dulu dalam kereta sendiri dan dibuang bila dah sampai ke tempat yang dituju. 

Adakah mereka-mereka tidak tahu apa itu menjaga kebersihan semasa memandu di jalan raya?? Aku sangat tak paham mereka-mereka yang berperangai macam ni. Tidakkah mereka tahu ada kemungkinan sampah yang mereka buang sesuka hati di jalan raya boleh mengakibatkan kemalangan kepada pemandu dan penunggang lain di jalan raya??

Antara contoh sampah-sampah yang pernah mereka-mereka buang di depan aku semasa memandu atau menunggang di jalan raya adalah :






 Apa salahnya sampah-sampah ini dikumpul dan dibuang di tong sampah kan. Lagi bagus buang dalam tong kitar semula. Dapatlah jaga kebersihan jalanraya kita dan kawasan sekeliling kan. Bila negara kita bersih, rakyat hidup sihat, pelancong ramai datang, ekonomi negara pun akan berkembang. Berceramah plak aku. hehehe. 

Baru-baru ni aku hampir tergelincir masa bawak motor sebab terlanggar botol air mineral yang orang dari kereta depan buang. Series bahaya. Nasib baik aku penunggang berpengalaman. Kalau tidak, memang jatuh la. Lagi satu kes, terlanggar tin minuman yang dengan selamberrr mereka-mereka ni buang ke jalanraya melalui tingkap kereta. Aku berjaya mengelak, tapi hampir terbabas. Kalau jumpa dengan mereka-mereka ni, aku akan cuba memotong kenderaan mereka dan memberi satu jelingan maut dengan muka marah pada mereka. Kalau yang rasa bersalah tu, memang mereka akan angkat tangan tanda maaf la. Ada yang jenis tak makan saman, diorang buat bodoooo jek. 

Cerita pasal dulu, aku pernah marah 'awek' aku sendiri sebab dia buang sampah (bekas minuman plastik) ikut tingkap kereta. Masa tu dia merajuk sakan, aku biarkan jek sebab dah pesan banyak kali jangan buang sampah keluar dari kereta. Lepas dah lama sikit, aku 'slow talk' la dengan dia, baru dia minta maaf kat aku. hehehe.

Kepada rakan-rakan blogger ku sekalian. Jangan lah amalkan tabiat buruk ni ok. Jangan buang sampah keluar dari kenderaan masing-masing. Kat dalam bas selalu ada amaran macam ni ~~Jangan membuang sampah keluar dari kenderaan ini~~.. kan??kan??

Budak kecik pun tau nak buang kat mana. 

Ok,, assalamualaikum dan selamat berblogging............
Thanks sudi baca. Cerita la sikit kalau korang ada pengalaman yang sama macam aku.. Aku tak suka mereka-mereka. Korang?? 

BILA AKU MENANGIS???



Bila lelaki manangis, ramai orang akan cakap lelaki itu berhati lembut, macam perempuan, tak macho. Lelaki juga ada air mata. Ada hati dan perasaan. Cuma kebanyakan lelaki akan menangis untuk perkara-perkara yang berat di mana perempuan akan meraung gila-gila untuk perkara tu. Apa maksudnya?? Fikir-fikirkan la.
 Lelaki ada air mata, tapi susah untuk keluar sebagaimana perempuan. Mungkin itu sifat lelaki atau ego lelaki semata-mata. Tapi bila air mata lelaki keluar, itu adalah air mata yang betul-betul menampakkan kesedihan mereka. Bukan sebab sikap mereka yang kuat menangis.
Bila aku betul-betul menangis???

  • Aku pernah menangis teruk. Kali pertama masa sekolah rendah sebab kena bantai dengan mak aku guna getah paip. Menangis sebab menyesal dan sakit. Bayangkan la kena libas dengan getah paip. Aku masa kecik memang cukup nakal. Biasa la budak lelaki lasak kan. Tapi sekali tu je la aku kena bantai teruk dan menangis teruk. Lepas tu insaf la sekejap.

  • Kali kedua masa sekolah rendah juga. Menangis sebab kena bantai dengan bapak aku. Macam-macam aku kena. Sebabnya aku terlalu degil dan melawan cakap. Aku punya menangis dan merajuk sampai nak lari rumah. Tapi nak pergi mana kalau lari rumah?? Hehe…

  • Kali ketiga masa sekolah menengah( Teknik JB). Ada satu malam aku kena tahan dekat balai polis Sentral JB dengan kawan-kawan aku seramai 17 orang. Mak, abah dan abang aku datang balai nak tengok aku. Mak aku nampak aku terus menangis. Tanya aku macam-macam. Aku menangis sebab mak aku menangis. Sebab kena tahan??? Emmmmm….. nanti la aku cerita…..

  • Kali keempat masa aku diploma sem 6 tahun 2010. Abah aku meninggal dunia. Aku betul-betul sedih sebab aku tak sempat jumpa abah masa abah meninggal. Kakak-kakak dan abang aku lambat beritahu aku yang abah dah tenat. Abah meninggal masa aku dalam perjalanan balik ke Johor dari Perak. Ni yang paling teruk aku menangis setakat ni. Sampai kering air mata aku. Rasanya la. Emmmmm… nanti la aku cerita lebih panjang. Sedih plak. 


Bila aku menaip part last tu, aku teringat kat arwah abah aku............................... 
Assalamualaikum dan selamat berblogging............................................................

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA