Click here OK!

Followers

Monday, 12 March 2012

LIN DAN JUARA ALL ENGLAND 2012 (KESIAN DATUK)


Aku baru lepas tengok All England Final ni. Nasib baik game Datuk Lee Chong Wei lepas game Manchester United. So dapat la tengok kedua-duanya kan. Tadi aku dan member2 bagi sokongan padu kat Datuk Lee Chong Wei kita. Walaupun dia kalah sebab tarik diri daripada perlawanan, kitorang tetap sokong dia. Kesian kot tengok Datuk Lee Chong Wei berhempas pulas dalam kecederaan. Datuk Lee Chong Wei dapat kecederaan pada bahu kanannya yang menyebabkan dia menarik diri dari perlawanan akhir tu. 

Masa set pertama, Datuk Lee Chong Wei bagi saingan sengit juga la walaupun dia tak main smash lansung. Lin Dan menang 21-19. Aku tengok Lin Dan pun main tak all out macam biasa. Dia pun paham Datuk Lee Chong Wei cedera dan tak boleh main smash. Masa set kedua Datuk Lee Chong Wei menarik diri masa point 6-2. Aku rasa dia memang dah tak boleh tahan sakit dah tu. Daripada dia cedera lagi teruk, baik dia tarik diri kan. Bahu nak pakai lama tu. 

Tak mengapa la Datuk Lee Chong Wei. Berehatlah untuk seketika dan tumpukan pada saingan sukan Olimpik nanti. Pastikan emas untuk perseorangan badminton milik Malaysia. MALAYSIA BOLEH. 






Walaupun aku sedih dengan kekalahan Datuk Lee Chong Wei dalam Final All England, aku tetap puas hati dengan perlawanan bola sepak sebelumnya. Manchester United menang 2-0 dengan West Brom dan Man Shitty kalah kepada Swansea 1-0. 
Ni dia penjaring kedua-dua gol untuk Manchester United

YEEEAAAAAHHHHHHHHHHHHHH...... Sekarang Manchester United mengungguli takhta liga perdana inggeris dengan kelebihan 1 mata. GLORY-GLORY MAN UNITED...


Akhirnya dapat memotong kedudukan Manchester City. Manchester United atas sekali tu. Harap-harap kekal sampai penghujung musim.

OK, assalamualakum dan selamat berblogging..............

10 comments:

محمد شهريل القنيطري said...

x per jnji tetap no 1 dunia..hehe..alamh mcm mna MC blh jatuh ni..hihi

shahrazali said...

dalca - btol2....tetap no 1..lagi mau tnye mcmana...sebab MC kalah la smlm,,MU menang....hahaha...

AdaM Hawa said...

rasanya ni 1st time dgr Datuk tarik diri.. Lin Dan dah biasa beno rasanya.. kan²..

LiNda said...

yeay...dapat gak MU potong MC..tapi sedih tengok datuk lee chong wei. Takpe, next time boleh lawan lagi kan

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

Datuk Lee Chong Wei tetap hebat... :)

yg lagi best.. MU menang... yeyeyyy

CekbOlat-bOlat said...

chong weii !ggogogogo.. agagag

c'axoera ヅ said...

itu ajer yang hadoooooo hehe

shahrazali said...

adam hawa - first tme la ni Datuk tarik diri.... tu pun tetap main walaupun sparuh game..klu lin dan dah sllu...sakit skit terus xnk main..


linda - tu la pasal...sronok x abis2 lg aku ni...hehe....tunggu olimpik nnti..hrp2 dpt jumpa lin dan lg..


C.M.A - MU menang dan potong kedudukan MC,,msti la best..hehe..dah sakit kn,,kena la tarik diri..


cik bolat - gogogogo cik bolat juga..


c'axoera - nasib baik hadooo dr tak hadooo pape kn..hehe..

~SaL IjOu~ said...

kira suka dlm duka la ni..~ ^^

shahrazali said...

SaLljOu - duka x sangat...sbb Datuk kalah pun sebab cedera...part suka tu mmg x hilang2 lg sampai skrg ni..hehe...

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA