Click here OK!

Followers

Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Wednesday, 10 July 2013

SELAMAT BEKERJA DI BULAN PUASA


Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam tidak kira di mana anda berada. Mari lah kita sama-sama rasa bersyukur kerana dapatlah kita berjumpa lagi Ramadhan yang mulia tahun ini. Semoga semua amalan kita diterima Allah dan mendapat keberkatan dariNya.

Hari ini, Rabu, 10 Julai 2013 adalah hari pertama puasa. Raya dijangka pada hari Khamis, 8 ogos 2013. Ye ker ni?? hehehe. Baru hari pertama puasa dah cakap pasal raya kan. Malam tadi malam pertama Solat Terawih. alhamdulillah dapat buat penuh 20 rakaat bersama Solat witir 3 rakaat. Malam pertama terawih memang ramai yang amat Masjid Pekan Nanas tu. Siap ada 2 bas budak asrama dari sekolah menengah meramaikan jemaah.

Tapi biasalah tu kan. Minggu pertama memang ramai macam tu. Nanti makin lama makin berkurang saf kat masjid tu. Sepatutnya 10 malam terakhir la kita kena memenuhkan masjid untuk berterawih. Tapi orang kita ni, 10 malam terakhir la sibuk buat persiapan itu dan ini, shopping sana sini, dan macam-macam lagi aktiviti. Malam tadi baru malam pertama Ramadhan, tapi dah berbunyi dah mercun sana-sini. Itu mesti dah gian sangat nak membakar kan. Takpe lah, asalkan tak memudaratkan diri dan orang lain.


Aku dah lama tak update blog aku ni kan. Sebabnya aku dah mula sibuk kerana dah mula bekerja. Aku sekarang sedang bekerja di Kumpulan Perbadanan Johor atau Johor Corporation. Ada yang tahu pasal company Johor Corporation ni, tapi ada juga yang tak tahu. Kalau nak tahu lebih, layarilah laman web Johor Corporation ye. hehehe. Aku mendapat jawatan Eksekutif Pelatih merangkap PA kepada bos jabatan. Aku bekerja di Jabatan Bisnes Amal yang terletak di Komtar. Jabatan Bisnes Amal ini adalah jabatan yang menguruskan kebajikan NGO-NGO kat Malaysia ni dan juga menyumbang dan menolong rakyat Johor dari segi membuat majlis untuk mereka atau memberi sumbangan kewangan contohnya kepada anak-anak yatim. Itulah secara ringkasnya. hehehe. Contohnya
buat majlis tahlil dan yassin di surau di JB, dan jemput sekali ADUN kat situ. Dan majlis berbuka puasa bersama Sultan Johor dan rakyatnya bertempat di sekian-sekian.

Aku lapor diri sama dengan pengurus Manchester United yang baru iaitu David Moyes pada 1 Julai 2013. Esok dah 11 Julai 2013 masuk hari ke 8 aku bekerja. Baru sangat lagi. Bak kata omputih, 'new born baby' lah dalam JCorp tu. hehehe. Masih mentah dan hijau lagi. Sekarang aku cuba untuk belajar selok-belok suasana bekerja di sana dan belajar tentang kerja-kerja kat sana. Aku harap aku cepat belajar macamana nak buat kerja dengan betul.

Inilah bangunan Komtar tempat aku bekerja (tingkat 10)

Aku bekerja di Komtar, JB bersebelahan dengan City Square. Bangunan Komtar ni bangunan lama dan sedang di renovate. Naik lif dia punya la seram bunyi. Rasa macam nak runtuh jek rasa. huhu. Pejabat aku di tingkat 10, surau tingkat 18, cafe di tingkat 21. Tinggi kan nak makan. hehehe. Tak lama lagi siaplah bangunan Komtar ni nanti. Akan datang bangunan tu akan dipanggil JBCC (Johor Bahru City Centre). Lebih kurang macam KLCC la juga. hehe.
Komtar akan datang. Dipanggil JBCC ( Johor Bahru City Centre)

Baru masuk bekerja dah merasa kerja di bulan puasa. Aku harap aku dapat jek bertahan bekerja sambil berpuasa kat sana. Aku juga harqap aku cepat menyesuaikan diri kat tempat aku bekerja ni. Tahun ni alhamdulillah aku beraya dengan gaji aku sendiri. hehehe. Banyak benda nak kena beli dan bayar ni. huhu.

Ok la. Sampai di sini sahaja. Di bulan mulia ini, aku ingin mengucapkan


Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging................
>>> Harap dapat kuruskan badan bulan puasa ni... huhuhu..



Sunday, 24 March 2013

KEMBALI MENANAM ANGGUR


Hai, assalamualaikum semua. Aku kembali menanam anggur. Dengan kata lainnya, aku kembali menganggur, dan dengan kata yang lebih senang lagi, aku dah berhenti kerja. Hari rabu lepas aku datang ofis, then aku mintak resign terus. Tandatangan dokumen berhenti kerja, then secara rasminya aku berhenti kerja. 

Sebenarnya, minggu pertama lagi aku rasa nak berhenti. Sebab aku tak minat sangat dengan cara kerja company ni dan juga sikap team leader aku yang menyakitkan hati. Tapi aku tabahkan hati jugak sampai masuk minggu ke 3, dan ambik keputusan untuk berhenti kerja. Aku bukan main berhenti jek tau. Aku dah fikir betul-betul dan masak-masak sebelum aku buat keputusan nak berhenti kerja. 


Aku keje dengan company xxx, dan menjadi wakil kepada badan NGO XXX untuk mencari dan mengajak orang awam untuk menderma secara berterusan untuk disalurkan kepada badan NGO yang berkenaan. Jadi aku dan kumpulan akan dihantar ke suatu tempat, buat event XXX dan mencari seberapa ramai orang untuk diberi pendedahan tentang badan NGO berkenaan dan mengajak mereka untuk memberi sumbangan kepada badan NGO tersebut la. 

Kerja ni perlukan kepetahan dan gaya bercakap yang meyakinkan, dan juga kerajinan yang tinggi. Aku agak pandai bercakap, cuma gaya dan kerajinan jek yang aku kurang. hehehe. Kerja ini memerlukan keyakinan yang tinggi sebab akan berjumpa dengan bermacam-macam orang tak kira la siapa mereka. Kerja ini pun 100% outdoor. Cuma kalau dah jadi manager jek kerja kat ofis sahaja. Pendapatan memang lumayan kalau kerja keras. Kerja nampak macam bebas dan seronok, tapi aku tak dapat nak enjoy dengan kerja aku. Jadi aku rasa memang kerja ini tak bersesuaian dengan aku. Aku ambil keputusan untuk berhenti kerja. Walaupun aku sepatutnya kena dapatkan kerja baru sebelum aku berhenti. tapi aku rasa keputusan untuk berhenti adalah yang terbaik untuk aku ni. Aku tak nak membuang masa dan duit belanja aku untuk buat kerja yang aku tak minat, dan juga tak nak membuang masa mereka-mereka yang melatih aku. 

Aku cukup berterima kasih kepada Big Boss company xxx tu kerana memberi peluang pada aku untuk mencari pengalaman kerja walaupun sekejap. Selama 2 minggu lebih tu, banyak juga yang aku pelajari sebab hari-hari mereka melatih dan mengajar aku tentang cara kerja mereka. Aku dapat bertahan sampai minggu ke 3 ni pun sebab aku ada minat dengan seorang pekerja kat company tu. CIk 'S' nama dia. hehehe. Tapi dia selalu pergi roadtrip sana-sini. Bila jarang nampak dia, aku jadi tak bersemangat nak kerja. Aku minat kat dia sampaikan aku ada cipta puisi untuknya. Aku ada post dalam FB sebelum ni. Kat bawah ni puisinya.  Hehehe. 


kerana 'dia' ,
aku dah mula suka nak datang kerja,
sebab bila datang kerja,
ada peluang nak tatap muka 'dia',
hari ni 1 hari penuh bekerja dengan 'dia',
hati sangat berbunga-bunga,
setiap kali memandangnya,
hati rasa tenang, sejuk, happy tak terkata,
senyumannya, 
ketawanya, 
suaranya,
masih terbayang di minda,
kutujukan puisi cinta ikhlas untuk 'dia',
agar dia dapat rasa, 
meskipun dia tak baca.

>>>untuk cik 'S' yang berada disana.
>>>yang akan buat tidurku tak lena.

~perghhhjiwangkaratakumalamni~

Jadi sekarang, aku akan mula sibuk mencari kerja kembali. Harap-harap aku akan dapat kerja yang aku boleh buat dan minat dengan setulus hati. hehehe. Kawan-kawan, doakan aku dapat kerja yang baik dan bagus ye.

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...............
---- Ada siapa-siapa pernah jumpa tak cincin macam ni kat kedai???????? Kalau ada, mintak tolong bagitau ye kat mana korang jumpa. Lama dah aku cari cincin ni.


Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA