Lagi kisah cinta tak jadi dari pengalaman aku. Kali ni 3.5 sebab situasi ni terjadi di antara cinta ketiga dan cinta keempat. Singgah la baca sekali. Klik saja di situ. hehe. Jangan lupa baca sekali Cinta tak jadi 2.5 yek. hehe. Kisah ini bermula kerana rasa kesunyian yang amat selepas putus dengan yang ketiga. Masa ni aku baru lepas habis matrikulasi yang mana dapat keputusan yang sangat teruk !!!. Jadi aku pun cari la kerja berdekatan dengan rumah. Dapat kerja dekat kilang buat basikal. Jadi operator biasa je la sebab itu jek kerja yang senang dapat.
Aku kerja kat kilang buat basikal, tapi selalunya aku disuruh jaga mesin yang sebesar van (department lain). Wahhh, besar tu. Kerja senang jek. Bukak pintu mesin, masukkan something( aku pun tak tau apa nama dia), tutup pintu, tekan button Start, then tunggu mesin abis proses, buka pintu mesin, keluarkan, ganti yang baru. Kerja senang, tapi yang lecehnya kena buat beratus, beribu.
Skip part kerja aku buat........ Selama 2 bulan aku kerja, aku ada ngorat juga la sorang dua awek kilang tu, tapi yang aku nak mesti orang punya. Kadang-kadang aku try juga, tapi x dapat. Yang dapat pun sebab nak kikis aku jek. Aku bukan kaya pun diorang nak kikis. haha. Sengal punya perempuan pisau cukur. Then satu hari tu ada sorang perempuan dari kilang lain datang tengok aku buat kerja. Sebab barang yang aku buat ni untuk kilang tempat dia kerja. Nama dia "N". Orang nyer kurus, tinggi, manis, dan sedap mata memandang la singkatannya. Aku berkenalan la dengan dia. Tanya dia macam-macam, dia tanya aku macam-macam. Aku dah mula suka kat dia. Tapi ada juga lelaki lain yang satu kilang dengan aku suka juga kat dia. Tapi aku lagi cepat bertindak la sebab satu hari tu dengan selamba aku bagi dia kertas ada no telefon aku. Suruh dia call bila-bila dia free. Then, malam tu juga dia call. hehehehe..... Sebenarnya dia memang tertunggu-tunggu juga bila aku nak mula. Kalau dah suka, try je la kan. Semakin cepat kita bertindak, semakin cepat kita diterima or ditolak. Pembolehubah dimanipulasikan(kot) untuk subjek sains. hahaha.
![]() |
| Siapa kata perempuan lebih tua x bahgia??emm...bahgia ker diorg ni?? |
Kami berdua belum declare couple lagi(bahasa zaman dulu-dulu) sebenarnya sebab masing-masing nak kenal lebih rapat lagi. Tapi gaya dah macam orang bercinta. Kami rasa bahagia jek bila bersama. Keluar jalan-jalan, selalu gi tengok wayang (selalu dia la belanja sebab gaji dia besar dari aku, gaji aku sikit kot, operator jek kan. Cukup-cukup makan jek.huhu), gi makan-makan, dan lain-lain lagi. Kalau nak keluar pergi mana-mana memang naik motor aku je la. Save bajet. hehe.
Nampak bahagia jek kan??? tapi kenapa tak jadi??? Sebab pertama mak dia tak suka dia berkawan dengan aku. Mak "N" kata aku budak-budak lagi, 19 tahun, muda la kalau nak banding dengan "N" yang dah 24 tahun, aku pun kerja kilang jek. Aku tak pernah jumpa dengan mak dia "face to face" sebab aku segan atau boleh cakap juga seram. Ye la kan, ingat senang ke nak berdepan dengan orang yang tak suka dengan kita??. Emm, selalu nampak mak dia kat tingkap jek la skodeng-skodeng aku masa aku amik "N" kat depan rumah kalau nak pergi mana-mana. Mak dia pun memang tak nak jumpa aku sebenarnya. Pernah juga "N" nak bawa aku jumpa keluarga dia, tapi mak dia tak nak. Orang dah tak suka kan. hmmmm...
![]() |
| Gambar hiasan - Ibu menjadi penghalang. Jgn kata aku perasan aku aril plak..haha.. |
![]() |
| Gambar hiasan - Wajah Sarip Dol watak dlm Bujang Lapok |
![]() |
| Gambar hiasan - Sarip Dol berucap dgn basikalnya.. |
![]() |
| Cinta tak kesampaian |
Pada mulanya memang susah kami berdua nak terima perpisahan ini (masuk lagu aizat n 1st edition plak ni. hehe), tapi kami terpaksa juga sebab halangan dari mak "N" dan lelaki yang bernama "A". Hal ni keluarga aku memang tak tahu lansung. Baik punya cover. hehe. Kalau mak aku tahu, mungkin dia pun tak setuju kot. Entah la.
Lepas aku berhenti kerja tu, sekali jek aku pernah terserempak dengan dia dan mak dia, tapi masa tu aku tengah drive kereta, jadi tak dapat nak tegur. Dia pun ada nampak aku, dia senyum, aku pun senyum. Tapi senyuman dia nampak penuh kesedihan. Mana aku tau?? Aku agak jek. hmmmmmm... Sejak kisah tu (tahun 2006) sampai sekarang (2012) memang dah x pernah jumpa lansung. Harap-harap "N" dapat kebahgiaan yang dia cari. Sekian,,,, thanks sudi baca..
Dah baca, tinggalkan la komen... Klik "like" kalau suka baca cerita ni..


















