Click here OK!

Followers

Saturday 1 June 2013

IDRIS (KILAUAN EMAS 3) - KU KEJAR BAYANG + LIRIK LAGU

Assalamualaikum. Korang tengok kilauan emas?? Aku layan tau dari minggu pertama sampai minggu akhir. Disebabkan mak aku minat dan nak tengok, aku pun layan la sekali. Sambil tengok sambil jadi juri dari rumah. Lepas diorang-diorang nyanyi, mak aku, aku dan abang aku(kadang2) akan memberi komen sendiri atas nyanyian mereka. Mak aku kalau tengok telatah Kak Ros mesti dia gelak. Mak aku sokong Idris. Sama la aku sokong Pak Deris juga. Kawan aku Mukminah Wahab pun sokong Pak Deris juga.

Kilauan Emas musim ke 3 dah berakhir. Musim pertama dan kedua tak pernahnya nak tengok. haha. Kali ni plak mak aku tiba2 nak layan. Nasib baik musim ni best-best. Ada Rock Brader, ada Blues Brader, ada Pak Deris dan Kak Ros dengan telatah selambanya. Kak Ros orang Johor, Pontian plak tu. Patut la perangai sempoi. hahaha.

Masa minggu akhir tu, semua calon finalist diberi lagu baru atau lagu mereka sendiri. Aku agak suka dengan semua lagu-lagu baru tu, tapi yang aku paling suka ialah lagu Pak Deris. Tajuk lagu dia KU KEJAR BAYANG. Yang tulis lagu Ayai dari Kumpulan Illusi. Lagu Pak Deris ni memang jenis lagu yang sedap didengar di telinga aku nih. Berkali-kali dah dengar kat Youtube ni tadi. Aku nak kongsikan bersama untuk didengar berkali-kali. hehehe. Jom kita layan lagu baru oleh Pak Deris - Ku Kejar Bayang-



Di sini akan aku selitkan dengan liriknya sekali. Sumber dari BLOG LOVE BUNGA QUERIDA. Pujian diberikan kepadanya kerana bersusah -payah menaip lirik hanya dengan mendengar.

 Mencari bayang-bayang
Yang menghuni ruang fikiran
Sejuta rasa dalam jiwa lara
Berbekas tanpa ada luka
Ohhh…
Kau semakin menjauh
Walau dekat mata memandang
Cuba ku gapai dalam kepayahan namun biarkan seketika
chorus/
Ku bicara dengan bayanganmu
Walau tutur kata kosong membisu
Akan ku mengulang  bicara biar pun untuk selamanya
Diriku tetap setia
Walau jauh kembara perjalanan dimanakah nokhtahnya
Tanpa ku gelisah
Ku kejar bayangmu…
ulang chorus/

Mungkinkah sia-sia sayang
Segala yang aku korbankan
Tapi tak mengapa ku berserah saja
Tuhan sajalah yang menentukan dimanakah cinta
Ku kejar bayangmu…

Ok, Assalamualaikum dan selamat berblogging..........................
>>>lirik merah tu x sure..

6 comments:

Domu-kon said...

kwn misz domu pun minat Kilauan Emas.. Beliau minat Kak Rose but Kka rose xsempt ke final..

HanisLazimAndTheShaklee said...

hai..lama xjenguk sini..makin macho woo...haha

love bunga querida said...

terima kasih :'D

Hafiz Fizz said...

Bila lagi nk record lagu ni kat Studio..bapak saya teringin sangat nk dengar versi "Real"..

Unknown said...

Tingat lagu niyh mse tunang nynyikan..

Unknown said...

Tingat lgu niyh mse tunanng nyanyikan..

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA