Click here OK!

Followers

Showing posts with label masalah kita. Show all posts
Showing posts with label masalah kita. Show all posts

Friday, 22 February 2013

AKU ADA RAMAI KAWAN. AKU RASA SUNYI, MANA MEREKA

"Hari ini aku rasa ramai kawan yang ambil berat pasal aku. Ramai orang ajak lepak sama-sama, ajak makan sama-sama, ajak tengok wayang sama-sama. Semua harapkan aku pergi bersama mereka kerana mereka rasa seronok dapat bersama aku. Mereka kata aku rakan yang baik dan best kalau lepak sama-sama."

"Hari ini aku rasa sunyi sangat. Rasa macam tak ada kawan-kawan yang ambil berat dan ambil tahu pasal aku. Tak ada pun orang nak ajak lepak minum-minum, borak-borak, ketawa-ketawa, gosip-gosip, tak ada pun kawan yang nak ajak tengok wayang, jalan-jalan. Diorang tak suka ke berkawan dengan aku?? Tak best ker lepak-lepak dengan aku??Aku ada buat salah ker dengan kawan-kawan aku??"

Ini adalah dua situasi dan pemikiran berbeza dari orang yang sama. Aku rasa ada di antara orang-orang di sekeliling kita rasa macam ini dan mungkin juga perkara seperti ini berlaku dalam hidup kita sendiri. Kadang-kadang kita rasa kita ramai kawan. Sampai tak terlayan dan sampai kena batalkan temujanji dengan kawan demi kawan yang lain. Masa itu, perasaan kita akan bercampur sedih dan bangga. Inilah realiti kehidupan. Kadang-kadang kita rasa hidup kita sunyi sangat. Macam tak ada kawan. Tak ada kawan yang ajak kita keluar makan, bersukan, tengok wayang, dan buat apa-apa aktiviti. Masa itu, perasaan kita hanyalah sedih dan berprasangka macam-macam. Kita akan rasa diri kita dipinggirkan. Kita akan rasa diri kita tidak diperlukan. Kita akan rasa diri kita serba kekurangan dan macam-macam lagi andaian yang muncul dalam pemikiran kita.

Bagi seseorang yang ego giler perangainya, mereka akan tetap dengan egonya dengan menunggu ajakan dari kawan-kawan mereka untuk di ajak keluar bersama. Mereka akan cuba cari kawan-kawan baru dan cuba pula menunjuk-nunjuk yang dia tak perlu tunggu ajakan dari kawan-kawan mereka untuk keluar buat apa-apa aktiviti. Ini berlaku dalam kehidupan kita.

Bagi seseorang yang berfikiran profesional dan positif, mereka akan cuba mula mengajak kawan mereka dahulu dan cuba untuk memulakan sesuatu perkara daripada terus menunggu ajakan kawan mereka. Jika tidak mengajak ke mana-mana, mereka mungkin akan cuba telefon dan mesej untuk bertanya khabar diri kawan-kawan mereka. 


Kadang-kadang kita rasa nak telefon atau mesej kawan kita, tapi kita akan rasa macam tiada topik untuk dibincangkan. Jadi kita akan menunggu perkara-perkara yang boleh dibuat topik untuk dibincangkan dalam perbualan. Tapi kadang-kadang, bila kita dah ada topik pun kita segan silu untuk memulakan bicara dan menunggu kawan-kawan kita juga yang mulakan dahulu. Manusia memang akan ada sifat malu dan ego yang tersendiri. Cuma terpulang dengan diri mereka sendiri macamana cara pemikiran mereka terhadap sesuatu perkara.

Memang kita rasa kadang-kadang ramai kawan, kadang-kadang sunyi tanpa kawan. Kalau tak ada kawan-kawan pun, kan kita masih ada keluarga kan. jadi tiada istilah kita sunyi, hidup seorang diri tanpa sesiapa di sisi kerana keluarga sentiasa bersama kita. Kawan-kawan pun sentiasa ada untuk kita, cuma kita perlu sedar akan kewujudan mereka.  


Fikirkanlah.

Jika kita rasa diri kita dipinggirkan, fikirkanlah semula, mungkin kita yang meminggirkan mereka.

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...........
Semua yang aku coretkan ini adalah dari pemikiran aku. Sekadar berkongsi dengan kawan-kawan blog. Tiada kena-mengena dengan sesiapa.


Tuesday, 6 November 2012

NASIHAT SAYA : MARI MENCEGAH DIABETIS

Nasihat ini adalah untuk aku sendiri dan aku nak kongsikan/ingatkan kepada rakan-rakan blogger sekalian. Harap dapat ambil masa sikit baca ye. Terima kasih daun betik, lepas baca LIKE jangan lupa klik.


Apakah Diabetis ???
Satu keadaan di mana kandungan gula dalam darah seseorang melebihi paras normal untuk jangkamasa yang panjang. Diabetis terjadi apabila pankreas gagal menghasilkan insulin yang mencukupi atau tubuh tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan. Jika dibiarkan, diabetis akan menyebabkan komplikasi yang serius.
Jenis-jenis diabetis yang utama
Jenis 1
Ø  Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja
Ø  Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman
Jenis 2
Ø  Selalu berlaku di kalangan orang dewasa berusia 40 tahun ke atas dan individu yang mempunyai berat badan berlebihan
Ø  Biasanya boleh dikawal hanya dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubat
Ø  Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetis
Jenis 3
Ø  Keadaan ini adalah sementara
Ø  Berlaku disebabkan perubahan hormone semasa mengandung ( untuk perempuan sahaja)

Faktor risiko
Ø  Sejarah keluarga yang menghidap diabetis – jika salah seorang daripada ibu bapa atau adik beradik mengidap diabetis, kebarangkalian seseorang indivdu mendapat penyakit itu adalah tinggi
Ø  Berat badan berlebihan – diabetis kerap berlaku di kalangan mereka yang berlebihan berat badan/obes
Ø  Mengamalkan pemakanan tidak sihat – mengambil makanan yang tinggi lemak dan gula, serta pengambilan serat yang tidak mencukupi meningkatkan risiko mendapat diabetis
Ø  Umur – umur yang meningkat
(Yang Bold tu terjadi kat aku. Seram meyh. Memang tengah berjaga dah sekarang ni)
Gejala diabetis
Ø  Sentiasa merasa dahaga
Ø  Kerap membuang air kecil
Ø  Merasa letih dan lesu
Ø  Susut berat badan walaupun berselera makan
Ø  Luka dan kudis yang lambat sembuh
Ø  Gatal-gatal terutama di bahagian kemaluan
Komplikasi diabetis
Ø  Penyakit buah pinggang
Ø  Serangan jantung
Ø  Kebutaan
Ø  Koma atau tidak sedar diri
Ø  Tekanan darah tinggi
Ø  Strok (angin ahmar)
Ø  Penyakit saraf
Ø  Gangren (tisu mati) dan kudis yang menular menyebabkan kaki terpaksa dipotong
(Diabetis punca segala penyakit. Seram meyh.)
Diabetis tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal dengan :
Ø  Mengawal pemakanan
Ø  Bersenam setiap hari
Ø  Mengambil ubat/insulin mengikut jadual
Ø  Mengekalkan berat badan unggul, Indeks Jisim Badan (BMI) antara 18.5 dan 23.0 kg/m


Sumber info : Risalah Hospital Pontian
Sumber gambar : GOOGLE

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...................................
>>>> Ingatlah! Setiap yang berlaku ditentukan olehNya. Kita sebagai hambaNya, mestilah berusaha untuk menjadi lebih sihat. CONTROL YOUR DIABETIS FOR LIFE.
(Pesanan ni dibawakan khas oleh saya, Shahrazali Sahlan)


Saturday, 3 November 2012

LAKUKANLAH DEMI ORANG TERSAYANG

Ingatlah orang tersayang, maka kita akan lebih berhati-hati

Kita menggunakan jalanraya setiap hari. Betul atau tidak?? Sememangnya betul sebab kita menggunakan jalanraya untuk pergi ke mana-mana kan. Pergi kerja, balik kerja, pergi kedai, pergi mana-mana sahaja. Lainlah ada yang duduk dan hidup di hutan belantara kan. hehehe.

Jadi, bila kita dah menggunakannya setiap hari, kita mesti dah tau tentang perangai atau sikap pemandu-pemandu di jalanraya kan?? Macam-macam perangai pemandu yang boleh kita jumpa dalam seumur hidup kita berada di jalanraya.

Tentang sikap dan perangai buruk orang lain, tak perlu sangat kita nak smbil berat. Sikap dan perangai orang susah kita nak kawal kan. Apa yang penting, sikap kita sendiri yang perlu kita jaga demi keselamatan diri sendiri dan orang lain.

Kita yang memandu di jalanraya seharusnya tahu akan peraturan-peraturan di jalanraya. Sebab kita boleh memandu adalah kerana kita mepunyai lesen memandu kan. Semasa proses mendapatkan lesen memandu, kita telah "di sekolahkan" oleh penceramah tentang peraturan jalanraya. Semasa menjawab soalan pun kita dapat tahu tentang undang-undang jalanraya. Jadi apa sebabnya kita melanggar peraturan??? Adakah sebab kita tak tahu peraturan?? atau adakah sebab kita tak suka kan peraturan?? atau adakah kita sudah lupa peraturan di jalanraya??

Aku pernah terfikir, kenapa ujian lesen memandu ni tidak dijalankan setahun sekali jek. Setiap kali nak perbaharui lesen, kena amik ujian terlebih dahulu, dan kena lulus dengan markah 42 dan ke atas macam masa ambil ujian L. Sebelum ambil ujian, terlebih dahulu kita wajib datang ceramah berkenaan undang-undang jalanraya. Barulah orang kita sentiasa diberi pendedahan tentang undang-undang jalanraya kan.

Ada lagi 1 cadangan. Warga asing yang datang dari negara lain, "TERISTIMEWANYA" buat warga Singapura juga haruslah diberi pendedahan lebih tentang undang-undang jalanraya di negara Malaysia ini. Mereka haruslah ambil ujian dan lulus cemerlang jika nak memandu di jalanrya di Malaysia ini. Ini kerana mereka sangat ambil remeh tentang peraturan di jalanraya di Malaysia ini. Sebagai contoh kuat, warga Singapura, mereka sangat ikut peraturan jika berada di negara mereka, tetapi, jika di Malaysia, mereka adalah antara pemandu-pemandu "kurang ajar".

Gambar hiasan


Membe aku ada cakap, "orang Singapura kena setelkan semua saman trafik di negara mereka sebelum mereka hendak ke Malaysia, kalau tak, mereka tak dapat masuk keluar dari negara mereka, tapi bila mereka nak balik semula ke Singapura (dengan barang-barang shopping yang banyak), kita tak ada pun nak periksa saman trafik mereka. Main lepas macam tu jek. Sebab tu mereka tak berapa nak kisah jika mereka di saman kat Malaysia". Membe aku cakap la, bukan aku cakap.

Kita dah tahu kita menggunakan jalanraya setiap hari, kita kena la jaga tingkahlaku kita semasa di jalanraya. Memandu ikut peraturan bukannya menyusahkan pun. Biar orang lain langgar peraturan, tapi kita jangan. Pastikan sentiasa memandu di lorong yang betul supaya tidak membahayakan diri sendiri dan orang lain. Jangan memandu ikut sedap rasa jek dan menyusahkan orang lain. Sentiasa awas dengan kenderaan sekeliling kita. Cermin dah ada, gunakan la sepatutnya. Cermin pandang belakang dan sisi untuk melihat kenderaan lain ye, bukan untuk perhatikan muka kita jek.

Sentiasa la ikut nasihat papan tanda di setiap bahu jalan ok.

Akhir kata, pandulah dengan cermat, ingatlah orang tersayang... Selain kita sendiri berhati-hati, sentiasa la awas dengan pergerakan kenderaan lain. Kadang-kadang kita dah cukup berhati-hati dan cermat memandu, tapi orang lain tidak. Berlaku juga kemalangan kan. Sentiasalah fokus ketika memandu, jangan asyik berangan jek ye. hahaha.

Gambar : GOOGLE
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...........................
>>> Malam ni Man Utd lawan Arsenal. Best3x....Harap Man Utd menang bergaya.. GGMU..



 PANDU DENGAN CERMAT, INGATLAH ORANG TERSAYANG

Saturday, 13 October 2012

BERFIKIRAN POSITIF INI PATUT, TAPI,,,,,,

Kita haruslah sentiasa berfikiran positif.......... Ok, semua tahu pasal ni kan....

Tapi pada aku, bukan semua benda kita boleh fikir secara positif. Berfikir secara positif kena la ikut pada tempat dan keadaannya. Jika ada sesuatu yang terjadi pada kita atau orang sekeliling, kita tak boleh la terus berfikir positif sentiasa. Kena la berfikir secara mendalam. Fikir pasal diri sendiri dan orang lain. Ada orang yang sentiasa cakap dia ni berfikiran positif. Tapi sebenarnya dia berfikiran cetek, dan tak sukar fikir panjang. Bila ada apa-apa masalah berlaku, dia bagaikan tidak berfikir kenapa dan macamana masalah itu boleh terjadi, apa kesan-kesan daripadanya, dan siapa yang terlibat dan penyebab kepada masalah tersebut. Untuk orang yang cetek pemikirannya, dia akan anggap semua benda senang jek. Cara penyelesaian pun cepat sangat diputuskan tanpa berfikir panjang. Mereka bagaikan tidak fikir panjang adakah keputusan mereka akan memberi kesan baik atau buruk kepada mereka di masa akan datang, ataupun adakah keputusan mereka memberi kesan baik atau buruk kepada orang lain. Apa yang mereka fikir hanyalah di dalam kotak pemikiran mereka dan tidak meluas.

Aku minta maaf kalau apa yang bakal aku ungkapkan ini mengecilkan hati orang lain. Mereka-mereka yang berfikiran ala positif (maksudnya sentiasa berfikiran cetek) ini selalunya adalah perempuan. Orang kata otak perempuan memang lebih kecil daripada lelaki kan. Jadi, tak hairan la kan. Tapi aku rasa perempuan memang dijadikan untuk malas berfikir panjang. Selalu buat keputusan hanya ikut perasaan dan pengaruh orang lain, dan bukan buat keputusan dengan berfikir panjang. Ini mungkin kerana hati perempuan lebih lembut dari lelaki. Lelaki ni pula jenis banyak berfikir demi kesenangan mereka dan orang lain. Sebab itu dalam dunia ini banyak lelaki yang kuat menipu dan lelaki buaya darat, sebab lelaki ni lebih pandai berfikir punca, alasan, sebab dan cara mengatasi masalah. Yang baiknya lelaki ni juga pandai berfikir untuk menguruskan rumah tangga mereka, menguruskan perbelanjaan mereka, dan juga menguruskan kehidupan mereka lebih daripada perempuan. 



Hadoiiiii, apa yang aku merepek panjang ni. hahaha.......

Kesimpulannya, kita sememangnya digalakkan untuk sentiasa berfikiran positif, tapi mesti la kena pada tempat dan keadaan kan. Kita kena berhati-hati sebab orang yang selalu berfikiran positif ini senang dan selalu ditipu oleh orang lain. Untuk bukti, ramai perempuan ditipu dan diperdaya oleh kaum lelaki. Ini kerana perempuan selalu berfikiran positif dan lelaki pula selalu berfikir secara mendalam dan meluas. 

INGAT !!!!!!! AKU TAK MAKSUDKAN SEMUA PEREMPUAN DAN TAK MAKSUDKAN SEMUA LELAKI SEPERTI YANG DIBEBELKAN INI YE.....HANYA SESETENGAH SAHAJA...

Jika ada apa-apa kesalahan, harap dimaafkan dan dapat diperbetulkan..
So, apa pendapat korang???????

Ok, assalamualikum dan selamat berblogging.....................
-LIKE DAN SHARE JIKA MAHU-


>>>> Ntah apa la dalam kepala aku nih...huhu...Tengah berfikir apa yang sudah terjadi dan bakal terjadi...

Monday, 17 September 2012

PENANGAN LAMPU 'SIGNAL'




Kadang-kadang geram tengok kalau ada orang yang tidak ambil berat pasal lampu signal ni. Signal ke kanan adalah untuk belok ke kanan atau menukar ke lorong kanan atau ingin memotong kenderaan di hadapan. Signal kiri adalah untuk belok ke kiri atau menukar ke lorong kiri atau ingin berhenti di bahu jalan. Semua orang dewasa tau kot pasal ni. 

Kadang-kadang orang lupa untuk memberi signal untuk membelok. Menyusahkan pada orang yang berada di simpang. Katakanlah kita berada di simpang jalan, then ada sebuah kenderaan datang dari arah kanan. Oleh kerana mereka di jalan utama, maka kita kena la menunggu mereka berlalu dulu, baru kita keluar simpang. Tapi semakin dekat, kereta mereka semakin perlahan dan dengan tidak disangka-sangka mereka membelok ke kiri. Kan dah membuang masa kita tunggu kan.

Menyusahkan juga bagi yang sedang mengekori di belakang. Katakanlah kita sedang mengekori kenderaan dari belakang. Kat depan ada simpang, tapi oleh kerana tak ada lampu signal diberikan, maka dalam kepala kita, kenderaan di depan nak terus je lah kan. Tapi dengan tiba-tiba kenderaan di depan kita brek dan terus membelok ke kiri. Dah membahayakan kenderaan di belakang mereka.

Ihsan Google - Sekadar hiasan


Ada juga sesetengahnya yang lupa untuk memadamkan lampu signal mereka. Bagi yang tidak padam secara automatic selepas membelok la. Ini juga menyusahkan dan membahayakan orang lain. Katakanlah kita berada di simpang jalan, then ada sebuah kenderaan datang dari arah kanan dengan lampu signal ke kiri yang menyala. Dalam kepala kita, mesti la fikir kenderaan tersebut nak membelok ke kiri, jadi setelah tengok jalan belah kiri kita CLEAR, kita pun meneruskan perjalanan kita dengan membelok ke kanan dan BAMMMMMMMMMMM kenderaan tersebut melanggar kita kerana dia nak terus, tetapi kerana lupa untuk mematikan lampu signalnya, bertembung la kenderaan dia dengan kenderaan kita. Kan dah jadi satu kemalangan. 

Banyak lagi kerenah orang pasal lampu signal di jalan raya ni. Tapi aku cuma bebelkan pasal ni je la. Aku membebel panjang kat sini pasal ni sebab aku dah banyak kali kena dengan orang yang tak ambil berat pasal signal ni. Tapi tak pernah la sampai kemalangan, cuma hampir-hampir jek. Secara jujurnya, aku pun kadang-kadang terbuat juga secara tak sengaja. Perkara ini sangat penting bagi pemanduan yang selamat, tapi kita sebagai manusia biasa ni selalu melakukan kesilapan. Dengan itu, marilah kita sama-sama mengingatkan rakan, keluarga dan orang sekeliling kita supaya ambil berat dengan lampu signal kenderaan masing-masing ye. Hehehe. 

Pandu dengan cermat, ingatlah orang tersayang.

Ok, Assalamualaikum dan selamat berblogging................
Habis dah cuti 3 hari. Esok nak masuk pejabat balik.

Wednesday, 20 June 2012

MOHON SEBARKAN!!

PENTING DAN HARUS DIBACA!


Pada Hari Minggu yang lalu Satu Keluarga bersiar² dengan membawa beberapa minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di 'Bilik Intensive Care Unit.'
...
Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas/cawan. Hasil test menunjukkan tin tersebut telah terkena (dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering yg mengandung leptospira.

kita dinasihatkan agar membilas secara rata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Kebiasaanya tin² minuman ini disimpan dalam gudang dan terus dihantarkan ke kedai² runcit, tanpa dibersihkan.

Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua minuman tin lebih tercemar jika dibandingkan dengan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.)

Jadi, bersihkan tin minuman terlebih dahulu dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan.


SHARE & SEBARKAN!
 
SUMBER
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging..... Lama aku tak update. Sibuk sangat dengan assignment. huhuhu. Final year student la katakan. Malam ni aku nak blogwalking blog pilihan dan blog pembaca setia aku. Tunggu !!! 

Sunday, 15 April 2012

LELAKI PANGGUNG SEMALAM


Aku baru tengok wayang semalam. Cerita Battleship. Ok la cerita tu. Yang hebatnya bahagian grafik jek kot. Sebab pada aku, banyak yang aku jangka dan harap tak ada dalam movie ni. Emm, aku ratingkan cerita Battleship ni 7/10. 

Semalam ada rasa geram juga la dengan mamat sebelah aku ni. Apa dia buat??
  •  Sibuk bercerita dengan perempuan sebelah dia pasal cerita tu. Sebab perempuan tu ada jek benda nak tanya lelaki tu kenapa itu, kenapa macam tu, siapa yang buat, siapa orang tu. Suara kuat pula tu. Kacau jek orang yang tengah concentrate tengok macam aku ni kan. 
  • Kaki dah masuk sikit kawasan aku, lepas tu suka betul goyang-goyang kaki dia. Aku jadi rimas sebab kaki dia kena kaki aku. ( kalau awek cun buat macam tu takpe gak. hahaha). Bila dah rasa rimas sangat, aku tepuk kaki dia. Dia terkejut dan pandang aku muka pelik. Aku cuma bagi isyarat tangan suruh ke sana sikit. Ok la kan daripada aku bagi tangan terus kat dia. haha.
  • Sibuk nak mengagak apa jadi seterusnya. Cakap kuat pula tu. Kalau ya pun nak jadi tukang tilik cerita, cakap dalam hati je la. Tak yah nak beritahu semua orang kau tahu nak agak apa jadi lepas tu. Paling tidak pun bisik-bisik kat perempuan tu sudah la.

Ini apa yang jadi untuk semalam dan lelaki sebelah aku je la. Sebelum-sebelum ni banyak jek ragam-ragam manusia yang menggeramkan dalam panggung yang berlaku di depan, belakang, kanan dan kiri aku. Sabar je la. 

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging..................................

Thursday, 5 April 2012

AKU TAK SUKA MEREKA-MEREKA NI


Aku tak suka mereka. Siapa mereka ?? Mereka-mereka ini adalah pemandu-pemandu yang suka buang sampah keluar dari kenderaan mereka. Apa salahnya sampah-sampah seperti tin minuman, botol air atau plastik makanan disimpan dulu dalam kereta sendiri dan dibuang bila dah sampai ke tempat yang dituju. 

Adakah mereka-mereka tidak tahu apa itu menjaga kebersihan semasa memandu di jalan raya?? Aku sangat tak paham mereka-mereka yang berperangai macam ni. Tidakkah mereka tahu ada kemungkinan sampah yang mereka buang sesuka hati di jalan raya boleh mengakibatkan kemalangan kepada pemandu dan penunggang lain di jalan raya??

Antara contoh sampah-sampah yang pernah mereka-mereka buang di depan aku semasa memandu atau menunggang di jalan raya adalah :






 Apa salahnya sampah-sampah ini dikumpul dan dibuang di tong sampah kan. Lagi bagus buang dalam tong kitar semula. Dapatlah jaga kebersihan jalanraya kita dan kawasan sekeliling kan. Bila negara kita bersih, rakyat hidup sihat, pelancong ramai datang, ekonomi negara pun akan berkembang. Berceramah plak aku. hehehe. 

Baru-baru ni aku hampir tergelincir masa bawak motor sebab terlanggar botol air mineral yang orang dari kereta depan buang. Series bahaya. Nasib baik aku penunggang berpengalaman. Kalau tidak, memang jatuh la. Lagi satu kes, terlanggar tin minuman yang dengan selamberrr mereka-mereka ni buang ke jalanraya melalui tingkap kereta. Aku berjaya mengelak, tapi hampir terbabas. Kalau jumpa dengan mereka-mereka ni, aku akan cuba memotong kenderaan mereka dan memberi satu jelingan maut dengan muka marah pada mereka. Kalau yang rasa bersalah tu, memang mereka akan angkat tangan tanda maaf la. Ada yang jenis tak makan saman, diorang buat bodoooo jek. 

Cerita pasal dulu, aku pernah marah 'awek' aku sendiri sebab dia buang sampah (bekas minuman plastik) ikut tingkap kereta. Masa tu dia merajuk sakan, aku biarkan jek sebab dah pesan banyak kali jangan buang sampah keluar dari kereta. Lepas dah lama sikit, aku 'slow talk' la dengan dia, baru dia minta maaf kat aku. hehehe.

Kepada rakan-rakan blogger ku sekalian. Jangan lah amalkan tabiat buruk ni ok. Jangan buang sampah keluar dari kenderaan masing-masing. Kat dalam bas selalu ada amaran macam ni ~~Jangan membuang sampah keluar dari kenderaan ini~~.. kan??kan??

Budak kecik pun tau nak buang kat mana. 

Ok,, assalamualaikum dan selamat berblogging............
Thanks sudi baca. Cerita la sikit kalau korang ada pengalaman yang sama macam aku.. Aku tak suka mereka-mereka. Korang?? 

Sunday, 1 April 2012

AKU ADA ALAHAN MAKANAN. KORANG HADOO??


Tau apa itu alahan makanan (alergi)?? Mengikut fakta yang aku rasa-rasa sendiri, alahan makanan adalah kita tak boleh makan sesetengah makanan tu. Kalau kita makan juga, ada la sesuatu terjadi pada kita. Nak tau lebih lanjut atau secara fakta (kot), klik SINI.

Macam aku ni, aku alergi dengan makanan laut. Makanan laut seperti sotong, udang, kerang, kupang, dan macam-macam lagi. Tapi semua ni la yang aku suka makan tau. Aku tak boleh tahan nafsu makan kalau ada lauk-lauk makanan laut depan mata. Asyik rasa nak makan jek. Kenapa lah benda yang kita tak boleh la kita suka kan. Lauk mak aku yang aku feveret adalah Sambal Sotong. Masyuk beb. 

Doktor pernah cakap kat aku, makanan berminyak pun aku kena kurangkan macam telur goreng, ayam goreng, dan semua makanan laut yang bergoreng. Habis apa aku nak makan??? Doktor kata " you kena makan banyak sayuran, ikan pun yang kukus or rebus punya, telur pun rebus punya". Sedih aku mendengarnya. Macam orang dalam pantang. Dah lama dah sebenarnya doktor pesan ni. Sejak aku dewasa la. Dalam lingkungan umur 18-19 aku mula tau.

Apa akibatnya kalau aku makan makanan laut dalam kuantiti yang banyak?? (dua,tiga ketul dah dikira banyak ok, doktor tak bagi lansung kalau boleh, tapi dia kata "rasa satu sajalah")

Badan aku akan rasa kegatalan, muka aku gatal. Kalau dibiarkan, nanti akan jadi merah-merah. So, setiap kali aku makan makanan laut dalam kuantiti yang banyak, aku akan sapu ubat tiap-tiap malam bagi mengelakkan kegatalan. Ubat dah la mahal, ubat krim satu RM12 kalau kat tempat aku, tapi RM14.50 kalau kat Shah Alam. Beza betul harga tempat aku dengan Shah Alam ni. huh. 

Lagi satu, aku ada alahan dengan makanan kekacang. Kacang Ngan Yin, kuaci, macam-macam kacang lagi la aku allergi kalau makan banyak. Benda pertama yang gatal adalah hidung aku yang tak mancung ni. Ini semua mungkin sebab aku ada resdung yang kuat. Semua orang akan ada resdung kan, cuma kuat tak kuat jek. (agaknya la). Tapi aku degil. Makanan kekacang ni la jadi feveret aku lebih-lebih lagi bila depan tv tengok bola. Nak buat macamana kan, aku ni degil. 



Mak aku punya sambal sotong terbaik, kakak aku punya sambal udang pun terbaik, aku suka gilerrr makan kuaci dan kacang depan tv. Ini semua salah disisi kesihatan aku, tapi aku tetap berdegil. Kenapa perkara yang tak boleh la kita suka nak buat kan. Lumrah manusia biasa. Tapi aku punya allergi ni takde la sampai tahap kritikal yang boleh membawa maut or sewaktu dengannya. Tapi masih ditahap yang boleh dikawal. Alhamdulillah. 





Korang ada alahan makanan macam aku?? Kalau ada cerita la sikit. 

Friday, 30 March 2012

Tak reti la auto, manual boleh la



"Tak reti la auto, manual boleh la"

Haaaaa. Pernah dengar orang cakap macam ni?? Berkenaan apa ayat ni?? Mesti la mengenai memandu kereta. Aku kadang-kadang rasa pelik kalau ada orang yang tak pandai bawak kereta auto, tapi pandai pula bawak kereta manual. Sebenarnya bukan mereka tak pandai nak memandu kereta auto, cuma diorang tak biasa memandu kereta tanpa cluth dan gear pulas-pulas… hehe.
Masa belajar memandu kat sekolah memandu pun, mana ada belajar memandu dengan kereta auto kan, so, rasa janggal la bila orang suruh bawak kereta auto. Tapi kalau tak silap aku, kat negara lain macam Singapura diorang belajar memandu guna kereta auto. Kalau tak silap la kan. Kalau silap, mintak maaf la. Haha. Aku dengar-dengar hari tu kat Malaysia pun akan ada belajar dan ujian memandu guna kereta auto dengan syarat kereta yang akan diorang beli dan pandu mesti kereta auto. 

Pada aku, ini tak menjadi masalah. Tak ada istilah tak reti nak bawak kereta auto. Samada tak biasa atau tak pernah jek. Hehe. Aku selesa jek bawak kereta tak kisah la manual ke auto. Kalau aku lagi suka bawak kereta auto sebab lagi rilek bawak kereta. Kalau jalan sesak pun kurang la sikit penat kan. Tapi kadang-kadang rasa bosan juga. Hehe. Kereta auto sesuai untuk perjalanan yang jauh (ini member aku cakap). Betul la kot. Sebab perjalanan yang jauh mengambil masa yang lama dan lebih penat kan, jadi bila bawak kereta auto, kita boleh rilek sedikit.

Jadi kalau ada dengar orang cakap macam ini, boleh la terangkan kepada mereka “bukan kau tak reti nak bawak kereta auto, cuma korang tak biasa jek nak bawak”. Lagi senang apa, masuk kat D, turun handbrek, tekan minyak dah boleh jalan. Tekan brek kalau nak perlahan atau berhenti. Masuk kat N kalau berhenti lama. Kalau dah parking masuk kat P. Kalau nak gostan (reverse), masuk kat R. Senang kan?? Hehe. 
2 dengan L tu kalau tak silap untuk memandu naik bukit yang curam untuk lebih power lg kereta tu naik. hehehe.
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...... Kalau ada salah silap, betulkan la ye. 

Tuesday, 27 March 2012

EMMMM. SIAPA NAMA EK?? TAK INGAT LA

 Kemana sahaja kita pergi biasanya kita akan dapat kawan kan. Disebabkan aku ni belajar kat banyak tempat, aku pun dapat kenal ramai orang, especially perempuan. Hehehe. Aku pun pernah kerja kat banyak tempat,jadi ramai la orang yang aku jumpa dan kenal. Ada yang jadi rapat, jadi awek, ada yang jadi musuh, ada yang kenal gitu-gitu jek.
Aku pasti semua orang akan jadi macam ni kalau mereka selalu pergi ke banyak tempat. Semua orang pastikan suka kenal ramai orang dan suka berkawan kan melainkan korang suka sorang-sorang jek. Kadang-kadang terjumpa kawan-kawan lama yang kita kenal masa sekolah rendah or sekolah menengah, mesti nak terkeluar cerita masa dulu-dulu kan. Lebih-lebih lagi diorang tu kawan rapat masa dulu-dulu. Kalau jumpa kawan yang kerja sama-sama dulu, mesti ada keluar juga cerita-cerita best dan panas, tanya khabar kawan-kawan kerja yang lain, macam-macam lagi la.

Tapi pernah tak korang ada masalah tak ingat nama diorang????? Macam aku ni kadang-kadang ada masalah sikit, ingat muka tapi tak ingat nama. Ada yang aku ingat nama panggilan kat sekolah/asrama (nama agak pelik la sampai malu nak panggil lagi), tapi tak ingat nama betul dia. Pernah sekali aku jumpa kawan lama masa sekolah menengah, aku panggil la dengan nama panggilan dia kat asrama, terus malu muka dia di tengah orang ramai. Hahaha. Lepas tu dia sound aku panggil la nama betul dia.
Bila terjumpa kawan-kawan lama yang aku tak ingat nama diorang, aku dengan cepat akan cuba ingat masa dulu-dulu, mana tau ingat nama dia kan. Fikir secara pantas la nama diorang apa kan. Bila dah tak ingat nama, memang tegur tak panggil nama la. Contohnya, “Eh ko”, “weiii ko”, “ Eh mat, pe cer”, “woi bro”, “alo kawan”, “alo geng”. Ada teguran yang nampak macam friendly, tapi sebenarnya tak ingat nama. Hahaha.
  
 Selalunya aku tanya jek nama diorang siapa kalau aku tak ingat lansung. Bagi jek alasan lupa. Lepas tu mesti la kena perli kejap kan lagi-lagi kalau diorang ingat nama aku. Haha. Tapi ada juga yang aku tak tanya sebab segan. Berbual je la macam biasa. Ada sekali tu aku terjumpa kawan lama sekolah menengah, kenal muka tapi tak ingat nama. Aku pun tegur la “alo kawan, buat apa kat sini”, dia pun balas “eh ko, saja jalan-jalan”. Lepas tu kitorang borak la sikit. Then masa nak blah tu, dia mintak no telefon sebab dia kata no aku dah hilang sebab tukar phone. Ye ye jek kan. Ntah-ntah memang tak pernah ada no aku. Haha. Aku miscall dia masa tu jugak. Lepas tu dengan muka tak malu aku tanya, “ Errrr…. Nak save apa nama ko ek?? Aku tak ingat la”. Lepas dia cakap nama dia, dia plak tanya aku nama siapa. Hahaha. Dua-dua tak ingat nama kawan lama. Ok la kan macam tu sebab dua-dua tak ingat. Ada yang aku segan nak tanya nama aku buat bodo jek. Save nama unknown or LupaNama. Haha. Lepas tu kalau lain kali dia ada call, buat-buat tanya la siapa yang telefon ni. Lepas dah tau nama contoh Ahmad, tanya lagi Ahmad yang mana, mesti dia akan beritahu tempat terakhir berjumpa. Jadi kita tahu la nama kawan kita tu. Bila diorang tanya kenapa tak ada nombor phone diorang, beritahu diorang yang kita tukar phone/phone lama hilang.   
Tapi masalah ini terjadi biasanya bila terjumpa kawan-kawan yang tak berapa nak rapat la, kawan-kawan masa sekolah rendah yang dah lebih 10 tahun tak jumpa, kawan-kawan yang kita tak biasa nak panggil nama betul dia dulu dan kawan-kawan kerja yang kita selalu berbual tanpa tanya nama diorang.
Macam aku ni nama perempuan senang la aku ingat. Hehehe. Lagi-lagi yang aku suka tengok dan berbual. Biasa yang aku lupa ni nama kawan-kawan lelaki. Kita pun terjumpa kawan-kawan lama ni secara kebetulan dan tiba-tiba kan, sebab tu kadang-kadang terlupa nama.



Nak senang tegur kawan lama, tegur kat facebook jek. Hehehe. Kan dah ada nama diorang melainkan diorang letak nama glamour or pelik-pelik. Haha.


Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA