Click here OK!

Followers

Showing posts with label video nyanyi. Show all posts
Showing posts with label video nyanyi. Show all posts

Friday, 14 June 2013

SAHABAT - BY AMERICANS


Hai, assalamualaikum. Semalam aku ada terjumpa orang share video kat facebook. Aku sangat berminat tengok video ni. Orang amerika nyanyi lagu Najwa Latif -  Sahabat. Agak sedap dan lancar la suara mereka. Orang putih nyanyi lagu melayu kan, tak boleh la nak expect banyak sangat. hehehe. Aku kagum juga la dengan mereka. Diorang berlatih bersungguh-sungguh la juga kan sampai boleh nyanyi sampai macam ni sekali. Ada orang-orang yang komen tak berapa nak elok kat video ni semua tu dengki jek lebih. hehehe.
Antara mereka pun ada yang comel-comel. Lagi la aku suka dengar. hehehe.

Pujian harus diberikan kepada anak Malaysia kita yang belajar di sana dan seterusnya merakam video ini. Namanya Ana Najia. Manis orangnya. Dia ni exchange student dari Malaysia ke USA. Dia la yang mengajar kawan-kawan US ni nyanyi lagu Najwa Latif. Tahniah untuk dia. Di harap dapat la ajar lagi kat diorang lagu-lagu lain yang popular dan bermakna dari artis-artis Malaysia kita. Untuk yang tak tahu, video ni dah masuk berita dah. Kat astro Awani. Aku pun tak tahu bila video ni masuk berita. Aku tahu pun sebab ada kat youtube ni cerita pasal video ni masuk berita Awani. Dengar cerita,cikgu dia menangis bila tahu maksud lagu Sahabat ni. Menakjubkan kan.







Sebelum aku buat entry pasal video ni, aku dah pun minta kebenaran dari Ana Najia. Dia pun dengan senang hati dan baik hatinya bagi kebenaran pada aku untuk mengulas dan berkongsi pasal video ni. Respon dia sangat baik dan sopan. Bagus la. Dah la cantik, baik pula tu. hehehe. Enjoy la video ni ok. Bagi yang dah pernah tengok, tak pe la.

Cuba fikirkan bagaimana lagu Malaysia boleh dinyanyikan di sana hingga kan ada yang menangis dengan lagu tersebut??? Ini semua sebab liriknya yang ada makna tersendiri. Jadi kalau nak lagu kita dikenali serata dunia, kena la ada lirik yang penuh makna kan. Baru la orang luar berminat nak pelajari lagu kita.

Ada orang cakap, kita dapat nyanyi lagu orang puteh tak ada orang nak kecoh pun, tapi orang puteh nyanyi lagu Malaysia, nak kecoh sekampung. Aku tak tahu apa yang orang ni pikir cakap macam ni. huhu. Mungkin dia bergurau kot. Anggap je la dia bergurau cakap macam tu. hehehe.

Ok, la. Assalamualaikum dan selamat berblogging............... Enjoy this video ok.
>>> Selasa lepas temuduga kat Jcorp. Harap-harap ada la rezeki aku. huhuhu. Doakan aku ye kawan-kawan. Lama dah menganggur ni..

Wednesday, 5 June 2013

AKU SUKA LAGU MEREKA


Assalamualaikum semua. Sihat?? Macam tak ada yang jawab jek. huhuhu. Aku sekarang ni dah jarang nak blogwalking macam dulu-dulu. Bukan aku tak nak, tapi masa tak mengizinkan. Tapi percayalah cakap Kak Ton, walaupun aku tak blogwalking blog kawan-kawan, tapi aku tetap ingat korang tau. Dalam ingatan aku, bukan hanya ada nama korang jek, wajah-wajah korang pun sentiasa aku ingat dalam kepala aku nih. Sebab korang la kawan-kawan blog aku dari dulu, kini dan selamanya. Orang-orang yang aku maksudkan adalah ahli2 blog pilihan Shahrazali tu la. Aku kalau bukak blog pun tak lama, online sekejap, update, then terus tutup. Online FB jek lama. Sebab aku lebih aktif berfacebook sekarang ni. Ok, tutup cite pasal aku.

Sekarang aku nak kongsi sikit lagu-lagu kegemaran aku masa kini. Lagu yang akan aku dengar berkali-kali setiap kali mendengarnya. Aku ni jenis tak memilih genre lagu. Asalkan sedap didengar kat telinga aku nih, pasti ianya akan jadi lagu tip top pilihan Shahrazali. hehehe.

Lagu pertama adalah dari Kumpulan Hyper Act - Hanya aku. Sedap jek dengar bila suara,rentak dan iramanya menusuk ke dalam telinga ni. hahaha. Ditambah lagi dengan muka wawa zainal yang super manis tu. Memang best la kan. hehehe.. Jom layan berkali-kali ok. haha..

HYPER ACT - HANYA AKU



Lagu kedua dari Lempar Cakera. hahaha. Bukan-bukan, nama dia Cakra Khan, adik beradik lain mak, lain bapak kepada Shah Rukh Khan dan Shah Raz Ali Khan. Tajuk lagu dia Harus Terpisah. Suara dia bagi aku memang best, power lagi berkesan.. Haha.. Irama-ramanya memang jenis yang boleh sangat dilayan. Liriknya ada makna-makna tersendiri. Jom layan lagu sambil melayan perasaan...

CAKRA KHAN - HARUS TERPISAH



Ok, Assalamualaikum dan selamat berblogging..............
>>> Asyik post pasal lagu jek aku ni kan. Maaf la kalau ada yang bosan jenguk sini. huhuhu...

Saturday, 1 June 2013

IDRIS (KILAUAN EMAS 3) - KU KEJAR BAYANG + LIRIK LAGU

Assalamualaikum. Korang tengok kilauan emas?? Aku layan tau dari minggu pertama sampai minggu akhir. Disebabkan mak aku minat dan nak tengok, aku pun layan la sekali. Sambil tengok sambil jadi juri dari rumah. Lepas diorang-diorang nyanyi, mak aku, aku dan abang aku(kadang2) akan memberi komen sendiri atas nyanyian mereka. Mak aku kalau tengok telatah Kak Ros mesti dia gelak. Mak aku sokong Idris. Sama la aku sokong Pak Deris juga. Kawan aku Mukminah Wahab pun sokong Pak Deris juga.

Kilauan Emas musim ke 3 dah berakhir. Musim pertama dan kedua tak pernahnya nak tengok. haha. Kali ni plak mak aku tiba2 nak layan. Nasib baik musim ni best-best. Ada Rock Brader, ada Blues Brader, ada Pak Deris dan Kak Ros dengan telatah selambanya. Kak Ros orang Johor, Pontian plak tu. Patut la perangai sempoi. hahaha.

Masa minggu akhir tu, semua calon finalist diberi lagu baru atau lagu mereka sendiri. Aku agak suka dengan semua lagu-lagu baru tu, tapi yang aku paling suka ialah lagu Pak Deris. Tajuk lagu dia KU KEJAR BAYANG. Yang tulis lagu Ayai dari Kumpulan Illusi. Lagu Pak Deris ni memang jenis lagu yang sedap didengar di telinga aku nih. Berkali-kali dah dengar kat Youtube ni tadi. Aku nak kongsikan bersama untuk didengar berkali-kali. hehehe. Jom kita layan lagu baru oleh Pak Deris - Ku Kejar Bayang-



Di sini akan aku selitkan dengan liriknya sekali. Sumber dari BLOG LOVE BUNGA QUERIDA. Pujian diberikan kepadanya kerana bersusah -payah menaip lirik hanya dengan mendengar.

 Mencari bayang-bayang
Yang menghuni ruang fikiran
Sejuta rasa dalam jiwa lara
Berbekas tanpa ada luka
Ohhh…
Kau semakin menjauh
Walau dekat mata memandang
Cuba ku gapai dalam kepayahan namun biarkan seketika
chorus/
Ku bicara dengan bayanganmu
Walau tutur kata kosong membisu
Akan ku mengulang  bicara biar pun untuk selamanya
Diriku tetap setia
Walau jauh kembara perjalanan dimanakah nokhtahnya
Tanpa ku gelisah
Ku kejar bayangmu…
ulang chorus/

Mungkinkah sia-sia sayang
Segala yang aku korbankan
Tapi tak mengapa ku berserah saja
Tuhan sajalah yang menentukan dimanakah cinta
Ku kejar bayangmu…

Ok, Assalamualaikum dan selamat berblogging..........................
>>>lirik merah tu x sure..

Monday, 13 August 2012

AKU SUKA LAGU NI


Lagu ni dah menjadi siulan aku setiap masa aku rasa nak nyanyi. Aku agak lambat la tahu lagu ni sebab aku jarang dengar radio. Kawan aku (mimi) la yang bagi aku dengar lagu ni bulan lepas. First dengar terus aku rasa masuk dalam jiwa aku. hehe. Seperti biasa lagu-lagu dari Edry Kru ni memang senang masuk dalam kepala. Tiap kali balik dari terawih, aku akan nyanyi lagu ni sambil bawak motor. Nyanyi kuat-kuat plak tu. hahaha. Sampai nak dekat sama dah dengan suara Aweera (perasan jek ni). haha. 

Lagu ni dinyanyikan oleh Mojo jojo. hehe. Silap tu. Mojo jek. Nak tau pasal Mojo ni, klik <SINI>
Kepada rakan-rakan bloggerz, mari kita layan lagu ni. Sambil layan, nyanyi sekali tau. Dah siap ada lirik tu. hehe...



Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda
Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh
Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih 
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda
Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati 
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni 
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda 


Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.........
>>>> Teringin nak karok lagu ni. Rindu plak nak karok dengan geng-geng karok kat Shah Alam.

Thursday, 10 May 2012

VIDEO LAGU PENUH MAKNA

Tengah ronda-ronda kat YouTube, aku ada terjumpa video ni. Sebelum ni memang tak pernah dengar la lagu ni, bila try dengar, lagu ni biasa jek, tapi video dia penuh makna. Lirik pun ada makna dan maksud yang menarik. 

Kalau korang dah pernah tengok, bagusla. Kalau yang belum tengok, jom tengok sama-sama ok. Video klip dari kumpulan Indonesia ni kadang-kadang memang menarik sebab jalan cerita dia yang bermakna dan sangkut paut dengan kisah manusia. 

Enjoy this video ok. Hargai Aku by Armada



Ada lagi satu video ni. Cerita dia menarik, tapi bila aku pandang dari segi lain, maksud nya akan jadi "Perempuan memang senang kembali ke cinta lamanya or senang kembali ke kekasih lamanya, sebab perempuan sukar melupakan cinta pertama mereka". So, berjaga-jaga lah para lelaki dan renung-renungkan la para perempuan. hehehe.

Ni la video nya. Cinta Bersemi Kembali by Dadali


Ok. Assalamualaikum dan selamat berblogging...........................

Friday, 20 April 2012

VIDEO PERSEMBAHAN (LAGU KEDUA DAN KETIGA) MALAM ANUGERAH DEKAN

AMBIL PERHATIAN !!!!!!!!!!! ENTRI KALI NI AGAK BERAT...... SEBAB POST DUA VIDEO... KEPADA PEMBACA SETIA BLOG INI, DIHARAP DAPAT BERSABAR MENUNGGU VIDEO LOADING DULU OK. KERJASAMA ANDA AMATLAH SAYA HARGAI.. TAPI KEPADA SESIAPA YANG TAK DAPAT MENYAKSIKAN VIDEO PERSEMBAHAN KAMI, MAAF DIPINTA..... (DOWNLOAD DULU LA BARU TENGOK...HEHEHE)




Video yang aku post sebelum ni tak sangka plak banyak viewnya. hehehe. Klik <SINI> untuk ke video lagu pertama sebelum ni. Kali ni nak post video lagu kedua dan ketiga persembahan kitorang masa Malam Anugerah Dekan minggu lepas. Kepada yang masih belum tengok gambar-gambar cun Malam Anugerah Dekan dan ingin nak tengok, klik <SINI> plak ye. (klik saja sebab akan open new window)...

Enjoy this video ok.
Lagu kedua : Sesal Mendua by Klangit (cover) Emergency Lift
Lagu ketiga : Babak Pertama by Drama Band (cover) Emergency Lift




Lagu Sesal Mendua ditujukan buat Linda sebab dia komen sebelum ni dia suka lagu tu. Jangan marah kalau tak best. hehehe. Lagu Babak Pertama ada kesilapan sket, tapi kitorang buat tak tahu jek. hahahaha.. Aku dan Iz (kiz garden) menyanyi memang agak kaku sket. Nervous la katakan. hehehe. Sebab tu yang pakai cermin mata hitam tu. Tak nampak sangat audience perhatikan kita. Video ni lain sket dari yang lepas sebab yang ni aku dapat dari classmate aku yang dapat anugerah dekan malam tu.




Video ni plak video lagu yang sama dengan entri yang lepas, cuma lain kamera.. Yang ni ok sket sebab rakam dari dekat kan. 

Lagu Suara Ku Berharap by Hijau Daun (cover) Emergency Lift





Kepada Cik Farhana, yang ini lebih jelas sket kalau nak dengar lagi. hehehe.
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging..................................


Saturday, 14 April 2012

VIDEO PERSEMBAHAN (LAGU PERTAMA) MALAM ANUGERAH DEKAN

Aku segan sebenarnya nak upload video ni. Tapi tak kisah la kan. hehehe. Bukan best sangat pun kitorang perform. hehehe. Aku nebes giler kot masa nyanyi ni. Awal-awal aku dah salah lirik masa baris kedua rangkap pertama lepas orang ramai tepuk. hehehe. Kalau korang perasan la. Kitorang buat persembahan berempat. Dua nyanyi, dua main gitar. Yang menyanyi aku dan Iz (Kiz Garden), main gitar Along dan Alai.

Abaikan kalau korang ada dengar suara-suara yang tengah bercakap tu. Itu suara kawan aku yang rakam video ni.

Ini video persembahan untuk lagu pertama malam tu. Lagu kedua dan ketiga akan datang. hehehehe... Enjoy this video, but jangan gelak ok. hahaha.

Suara Ku Berharap by Emergency Lift.( Kitorang la tu. hehehe)





Maaf kalau persembahan kitorang tak best ( walaupun ramai yang puji best..hehehehe.agaknya la). Memang nervous sangat kot masa ni. Perform atas pentas yang besar dan luas depan orang ramai dan betul-betul depan meja dekan. huhuhu.



Untuk Cik Farhana : Dah post video dah. Farhana suka kan lagu ni. Sebab farhana ada beritahu sebelum ni farhana minat lagu Suara Ku Berharap. Tapi maaf kalau tak best ok. hehehe.

klik <SINI> untuk video lebih jelas dan kuat...

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging............

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA