Click here OK!

Followers

Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Friday, 14 June 2013

SAHABAT - BY AMERICANS


Hai, assalamualaikum. Semalam aku ada terjumpa orang share video kat facebook. Aku sangat berminat tengok video ni. Orang amerika nyanyi lagu Najwa Latif -  Sahabat. Agak sedap dan lancar la suara mereka. Orang putih nyanyi lagu melayu kan, tak boleh la nak expect banyak sangat. hehehe. Aku kagum juga la dengan mereka. Diorang berlatih bersungguh-sungguh la juga kan sampai boleh nyanyi sampai macam ni sekali. Ada orang-orang yang komen tak berapa nak elok kat video ni semua tu dengki jek lebih. hehehe.
Antara mereka pun ada yang comel-comel. Lagi la aku suka dengar. hehehe.

Pujian harus diberikan kepada anak Malaysia kita yang belajar di sana dan seterusnya merakam video ini. Namanya Ana Najia. Manis orangnya. Dia ni exchange student dari Malaysia ke USA. Dia la yang mengajar kawan-kawan US ni nyanyi lagu Najwa Latif. Tahniah untuk dia. Di harap dapat la ajar lagi kat diorang lagu-lagu lain yang popular dan bermakna dari artis-artis Malaysia kita. Untuk yang tak tahu, video ni dah masuk berita dah. Kat astro Awani. Aku pun tak tahu bila video ni masuk berita. Aku tahu pun sebab ada kat youtube ni cerita pasal video ni masuk berita Awani. Dengar cerita,cikgu dia menangis bila tahu maksud lagu Sahabat ni. Menakjubkan kan.







Sebelum aku buat entry pasal video ni, aku dah pun minta kebenaran dari Ana Najia. Dia pun dengan senang hati dan baik hatinya bagi kebenaran pada aku untuk mengulas dan berkongsi pasal video ni. Respon dia sangat baik dan sopan. Bagus la. Dah la cantik, baik pula tu. hehehe. Enjoy la video ni ok. Bagi yang dah pernah tengok, tak pe la.

Cuba fikirkan bagaimana lagu Malaysia boleh dinyanyikan di sana hingga kan ada yang menangis dengan lagu tersebut??? Ini semua sebab liriknya yang ada makna tersendiri. Jadi kalau nak lagu kita dikenali serata dunia, kena la ada lirik yang penuh makna kan. Baru la orang luar berminat nak pelajari lagu kita.

Ada orang cakap, kita dapat nyanyi lagu orang puteh tak ada orang nak kecoh pun, tapi orang puteh nyanyi lagu Malaysia, nak kecoh sekampung. Aku tak tahu apa yang orang ni pikir cakap macam ni. huhu. Mungkin dia bergurau kot. Anggap je la dia bergurau cakap macam tu. hehehe.

Ok, la. Assalamualaikum dan selamat berblogging............... Enjoy this video ok.
>>> Selasa lepas temuduga kat Jcorp. Harap-harap ada la rezeki aku. huhuhu. Doakan aku ye kawan-kawan. Lama dah menganggur ni..

Wednesday, 5 June 2013

AKU SUKA LAGU MEREKA


Assalamualaikum semua. Sihat?? Macam tak ada yang jawab jek. huhuhu. Aku sekarang ni dah jarang nak blogwalking macam dulu-dulu. Bukan aku tak nak, tapi masa tak mengizinkan. Tapi percayalah cakap Kak Ton, walaupun aku tak blogwalking blog kawan-kawan, tapi aku tetap ingat korang tau. Dalam ingatan aku, bukan hanya ada nama korang jek, wajah-wajah korang pun sentiasa aku ingat dalam kepala aku nih. Sebab korang la kawan-kawan blog aku dari dulu, kini dan selamanya. Orang-orang yang aku maksudkan adalah ahli2 blog pilihan Shahrazali tu la. Aku kalau bukak blog pun tak lama, online sekejap, update, then terus tutup. Online FB jek lama. Sebab aku lebih aktif berfacebook sekarang ni. Ok, tutup cite pasal aku.

Sekarang aku nak kongsi sikit lagu-lagu kegemaran aku masa kini. Lagu yang akan aku dengar berkali-kali setiap kali mendengarnya. Aku ni jenis tak memilih genre lagu. Asalkan sedap didengar kat telinga aku nih, pasti ianya akan jadi lagu tip top pilihan Shahrazali. hehehe.

Lagu pertama adalah dari Kumpulan Hyper Act - Hanya aku. Sedap jek dengar bila suara,rentak dan iramanya menusuk ke dalam telinga ni. hahaha. Ditambah lagi dengan muka wawa zainal yang super manis tu. Memang best la kan. hehehe.. Jom layan berkali-kali ok. haha..

HYPER ACT - HANYA AKU



Lagu kedua dari Lempar Cakera. hahaha. Bukan-bukan, nama dia Cakra Khan, adik beradik lain mak, lain bapak kepada Shah Rukh Khan dan Shah Raz Ali Khan. Tajuk lagu dia Harus Terpisah. Suara dia bagi aku memang best, power lagi berkesan.. Haha.. Irama-ramanya memang jenis yang boleh sangat dilayan. Liriknya ada makna-makna tersendiri. Jom layan lagu sambil melayan perasaan...

CAKRA KHAN - HARUS TERPISAH



Ok, Assalamualaikum dan selamat berblogging..............
>>> Asyik post pasal lagu jek aku ni kan. Maaf la kalau ada yang bosan jenguk sini. huhuhu...

Saturday, 1 June 2013

IDRIS (KILAUAN EMAS 3) - KU KEJAR BAYANG + LIRIK LAGU

Assalamualaikum. Korang tengok kilauan emas?? Aku layan tau dari minggu pertama sampai minggu akhir. Disebabkan mak aku minat dan nak tengok, aku pun layan la sekali. Sambil tengok sambil jadi juri dari rumah. Lepas diorang-diorang nyanyi, mak aku, aku dan abang aku(kadang2) akan memberi komen sendiri atas nyanyian mereka. Mak aku kalau tengok telatah Kak Ros mesti dia gelak. Mak aku sokong Idris. Sama la aku sokong Pak Deris juga. Kawan aku Mukminah Wahab pun sokong Pak Deris juga.

Kilauan Emas musim ke 3 dah berakhir. Musim pertama dan kedua tak pernahnya nak tengok. haha. Kali ni plak mak aku tiba2 nak layan. Nasib baik musim ni best-best. Ada Rock Brader, ada Blues Brader, ada Pak Deris dan Kak Ros dengan telatah selambanya. Kak Ros orang Johor, Pontian plak tu. Patut la perangai sempoi. hahaha.

Masa minggu akhir tu, semua calon finalist diberi lagu baru atau lagu mereka sendiri. Aku agak suka dengan semua lagu-lagu baru tu, tapi yang aku paling suka ialah lagu Pak Deris. Tajuk lagu dia KU KEJAR BAYANG. Yang tulis lagu Ayai dari Kumpulan Illusi. Lagu Pak Deris ni memang jenis lagu yang sedap didengar di telinga aku nih. Berkali-kali dah dengar kat Youtube ni tadi. Aku nak kongsikan bersama untuk didengar berkali-kali. hehehe. Jom kita layan lagu baru oleh Pak Deris - Ku Kejar Bayang-



Di sini akan aku selitkan dengan liriknya sekali. Sumber dari BLOG LOVE BUNGA QUERIDA. Pujian diberikan kepadanya kerana bersusah -payah menaip lirik hanya dengan mendengar.

 Mencari bayang-bayang
Yang menghuni ruang fikiran
Sejuta rasa dalam jiwa lara
Berbekas tanpa ada luka
Ohhh…
Kau semakin menjauh
Walau dekat mata memandang
Cuba ku gapai dalam kepayahan namun biarkan seketika
chorus/
Ku bicara dengan bayanganmu
Walau tutur kata kosong membisu
Akan ku mengulang  bicara biar pun untuk selamanya
Diriku tetap setia
Walau jauh kembara perjalanan dimanakah nokhtahnya
Tanpa ku gelisah
Ku kejar bayangmu…
ulang chorus/

Mungkinkah sia-sia sayang
Segala yang aku korbankan
Tapi tak mengapa ku berserah saja
Tuhan sajalah yang menentukan dimanakah cinta
Ku kejar bayangmu…

Ok, Assalamualaikum dan selamat berblogging..........................
>>>lirik merah tu x sure..

Monday, 13 August 2012

AKU SUKA LAGU NI


Lagu ni dah menjadi siulan aku setiap masa aku rasa nak nyanyi. Aku agak lambat la tahu lagu ni sebab aku jarang dengar radio. Kawan aku (mimi) la yang bagi aku dengar lagu ni bulan lepas. First dengar terus aku rasa masuk dalam jiwa aku. hehe. Seperti biasa lagu-lagu dari Edry Kru ni memang senang masuk dalam kepala. Tiap kali balik dari terawih, aku akan nyanyi lagu ni sambil bawak motor. Nyanyi kuat-kuat plak tu. hahaha. Sampai nak dekat sama dah dengan suara Aweera (perasan jek ni). haha. 

Lagu ni dinyanyikan oleh Mojo jojo. hehe. Silap tu. Mojo jek. Nak tau pasal Mojo ni, klik <SINI>
Kepada rakan-rakan bloggerz, mari kita layan lagu ni. Sambil layan, nyanyi sekali tau. Dah siap ada lirik tu. hehe...



Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda
Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh
Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih 
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda
Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati 
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni 
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda 


Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.........
>>>> Teringin nak karok lagu ni. Rindu plak nak karok dengan geng-geng karok kat Shah Alam.

Thursday, 10 May 2012

VIDEO LAGU PENUH MAKNA

Tengah ronda-ronda kat YouTube, aku ada terjumpa video ni. Sebelum ni memang tak pernah dengar la lagu ni, bila try dengar, lagu ni biasa jek, tapi video dia penuh makna. Lirik pun ada makna dan maksud yang menarik. 

Kalau korang dah pernah tengok, bagusla. Kalau yang belum tengok, jom tengok sama-sama ok. Video klip dari kumpulan Indonesia ni kadang-kadang memang menarik sebab jalan cerita dia yang bermakna dan sangkut paut dengan kisah manusia. 

Enjoy this video ok. Hargai Aku by Armada



Ada lagi satu video ni. Cerita dia menarik, tapi bila aku pandang dari segi lain, maksud nya akan jadi "Perempuan memang senang kembali ke cinta lamanya or senang kembali ke kekasih lamanya, sebab perempuan sukar melupakan cinta pertama mereka". So, berjaga-jaga lah para lelaki dan renung-renungkan la para perempuan. hehehe.

Ni la video nya. Cinta Bersemi Kembali by Dadali


Ok. Assalamualaikum dan selamat berblogging...........................

Monday, 30 April 2012

SUDAH CUKUP SUDAH

Lagu ni dah jadi mainan bibir aku untuk menyanyi. Aku ni jenis tak kisah dari mana lagu ini, siapa yang nyanyi, rentak apa pun lagu tu asalkan sedap didengar telinga aku sendiri, aku suka la. Lagipun lirik lagu ini ada maksud dan mesej untuk sang pencinta dan untuk orang perempuan Payers. Mesti korang paham kan maksud perempuan players tu. Aku tak tujukan lagu ni untuk sesiapa, tapi cuma aku nak kongsikan lagu kegemaran aku sekarang ni. hehehe. 

Muzik mula-mula dah macam lagu rock kapak dah. hehe. Suara pun best, lagu best. Video klip diorang pun best. Kalau korang tengok komen-komen kat ruang komen video ni kat youtube, macam -macam hal diorang gaduhkan. Tak paham aku mentaliti orang kita ni. Kalau rasa suka, dengar je la kan. Dan kalau rasa tak suka, its ok, tak payah dengar la kan. Tak perlu kot nak membahaskan pasal lagu tu. Aku bukan nak banggakan lagu dari negara luar. Tapi aku cuma kongsi apa yang aku suka. Aku suka apa sahaja lagu yang aku suka dengar tak kira la siapa yang nyanyi, genre apa pun muzik tu, dari mana penyanyi tu. 

Bila la lagu ni nak ada kat karaoke ek. hehehe. Kalau aku dijemput perform lagi untuk malam dinner, nak nyanyi lagu ni la. hahahaha. 

Enjoy this music video ok. Sudah Cukup Sudah by Nirwana Band. 



Ada sesiapa yang sama macam aku suka lagu ni???? Kalau ada bagus la. Kalau takde pun takpe. hehehehe.



Ada lagi satu video lagu ni tapi ini hasil buatan peminat diorang sendiri kot. Ini bukan Offical Video macam kat atas ni. Tapi agak menarik la. Aku ingat video cerita korea, tapi bila aku baca komen-komen video ni kat youtube, ini cerita Taiwan katanya. Tajuk cerita ni "Romantic Princess".. Lebih sejuta view kot video diorang buat ni. Bukan video ni cerita Taiwan ni jek, cerita Hindustan Kuch Kuch Ho Ta Hai pun diorang ada buat juga. hehehe. 

Lagu sama, tapi video lain. 



Ok. assalamualaikum dan selamat berblogging.....
(Aku on9 guna laptop member aku. Laptop aku rosak !!!! HUUWAAAAAAAA !!!!)

Saturday, 14 April 2012

PERTAMA KALI DENGAR TERUS SUKA

Hari ini aku nak post pasal lagu baru adik Najwa Latif feat Sleeq. Mesti ada antara korang yang dah tahu lagu ni, dan ada yang baru kali ni dengar. Tak kisah la mana-mana kan. hehehe. Suara Najwa Latif comel. hehe. Ada komen-komen kat video ni kata suara Najwa Latif macam Justin Bieber. Aku pun tak tahu nak cakap macamana. hehe. Mari kita layan UNTUK DIA. Video offical tak ada lagi rasanya. Tunggu la akan datang kat youtube ok.


Kalau korang nak tahu, housemate aku merangkap roomate aku sekali ni, sepupu Najwa Latif. hehehe. So, aku tahu la juga sedikit sebanyak pasal Najwa Latif dari roomate aku ni. 


Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging..................

Saturday, 31 March 2012

CINTA MUKA BUKU NYANYIAN ZIZAN???

Dah pernah tengok??? Ok, takpe. Belum pernah tengok?? Tengok la sendiri ye. hehe. 




Walaupun aku tak berapa nak dengar lirik-lirik Zizan tu, tapi aku rasa nak ketawa juga sebab tengok Najwa ketawa jek. hehehe.

KONSERT 6IXTH SENSE DI UITM


Semalam petang aku dan kawan-kawan pergi ke konsert sixth sense kat Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam. Aku pergi pun sebab dapat pas msuk percuma dari kawan aku. Kalau tak kena bayar RM10. Benda free, siapa tak nak kan. hehehe. So, kitorang pergi je la. Mula-mula kata mula pukul 4 petang. Pukul 415 petang kitorang sampai tak mula lagi. 430 pula katanya mula. Konsert belum start, kitorang dah masuk dewan tengok diorang test2 mic dan gitar. Orang lain tak masuk lagi, kitorang dah masuk dulu. Last-last kena keluar juga sebab diorang suruh masuk ikut pintu utama pakai pas. 




Konsert nak bermula aku duduk belakang-belakang jek. Orang yang datang takde la ramai sangat. Buat hati jumaat petang, susah sket kot orang nak pergi. Mungkin ramai yang balik kampung. 

Dalam pukul 5 petang baru bermula. Pengacara petang tu Azizi Zakaria. Korang kenal?? Aku pun tak kenal siapa ni. hahaha. Dah balik rumah, aku try Google nama dia rupanya dia DIGI superstar. Ada blog gak dia ni. Klik la <sini>

Azizi Zakaria (gambar Google)
Persembahan pembukaan dari kumpulan Sleeq dari Singapura. Kenapa lah tak jemput Ramlah Ram sekali. Kalau tak boleh dengar lagu hits diorang live. hahaha. 

Kumpulan Sleeq
 
Persembahan kedua dipersembahkan oleh Amir Jahari. Yang ni pun aku tak kenal mula-mula. Membe aku cakap dia nyanyi soundtrack untuk cerita BFF. Sedap suara dia ni. Gambar dia membe aku tak ambil. So, ambil kat google je la. 

Amir Jahari
 Lepas tu pengacara tu plak nyanyi. Ok la suara dia. Persembahan last mesti la dari kumpulan 6ixth Sense kan. Menjerit-jerit budak-budak UiTM masa 6ixth Sense keluar. hahaha. Peminat-peminat fanatik la kot yang jerit-jerit macam tu. Aku layan jek dari belakang. 6ixth Sense nyanyi, aku pun ikut nyanyi sekali. Aku banyak hafal lagu-lagu 6ixth Sense ni. Sebab lagu-lagu diorang selalu jek kedengaran kat radio dan selalu jadi soundtrack drama.
6ixth Sense
Habis jek konsert ada seisi autograph bersama 6ixth Sense. Punya la berebut peminat-peminat diorang ni beratur. Masa tu aku terus balik la. Takde maknanya aku nak beratur panjang-panjang kan memandangkan perut dah meragam tak makan dari pagi. 

Konsert ini diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor. Kat sini la aku masa nak berkonvo nanti. Salah satu sebab aku pergi tadi pun sebab nak tengok persekitaran dalam dewan tu. First time la tu aku masuk dalam. Lawa tu dalam dia. Tak sabar aku nak konvo degree aku ni. 
Permandangan luar DATC
Permandangan dari dalam

OK, assalamualaikum dan selamat berblogging..........

Saturday, 5 November 2011

Favorite Cover Artist (Sam Tsui)

Nama mamat ni Sam Tsui. Nama penuh dia Samuel "Sam" Tsui. Dilahirkan pada 2 Mei 1989. Sekarang umur dia 22 tahun. Dia ni famous kat youtube dengan medleys dan mashups dia. Partner dia Kurt Schneider yang tolong dia arrangement muzik. Suara dia memang best. Power "giler" la senang cakap. Tapi ada orang cakap dia banyak edit suara dia. Lantak la kan, asalkan sedap didengar. hehe. 

Ni la partner dia Kurt Schneider

 

Ada aku baca-baca dia ni gay. hahaha. Lantak la kan, aku suka dengar dia mashups kan lagu. Suara dia pun best. Dia ni graduan dari Yale University tahun 2011. Power gak kan mamat ni punya education. Ni antara video-video dia yang aku suka

Firework and Grenade      Love The Way You Lie (mashup)    Rolling In The Deep


Friday, 4 November 2011

Favorite Cover Artist (Alyssa Bernal)

Ni lagi sorang artis cover kegemaran aku. Orangnya sangat la cantik bagi aku. Dengan lesung pipit dia yang comel tu. Geram tu. Nama dia Alyssa Bernal. Dilahirkan pada 22 Disember 1989. Sekarang umur dia 22 tahun. Aku dah lama dah layan Alyssa Bernal ni dari diploma lagi aku dah layan. Muka cantik, suara best. Apa lagi yang tak cukup kan. hehe. 



Lawanya lah Alyysa Bernal ni. hehe. Lagi-lagi time pakai topi tu. Muka pun kacuk. Yang ni pun aku subscribe juga. Dia ni dah ada 555046 subscriber dah sekarang termasuk aku la kan. hehe. Total upload views dia plak 122,810,338. Dia pun dah ada lagu sendiri dah.
Antara lagu-lagu dia yang aku selalu tengok dan dengar

Clumsy      Hey Soul Sister       I'm Yours
 

Thursday, 3 November 2011

Favorite Cover Artist (Megan Nicole)

Hari ni aku nak cerita pasal artis cover kegemaran aku. Nama dia Megan Nicole. Aku sangat-sangat suka dengan suara dia. Orangnya sangat comel bagi aku. Lagi-lagi masa video klip "Move Like Jagger". Dia dilahirkan pada 23 September 1991. So sekarang umur dia 20 tahun la. 




Comel kan dia ni. Geram je aku tengok. Aku subscribed channel dia kat YouTube. Dia sangat berbakat. Dah boleh jadi artist sebenar dah aku tengok. Subscriber dia dah ada 509204. Total upload views dah 125,577,380. Ramai tu view dia. Antara lagu-lagu cover yang aku selalu tengok dan dengar. 

Move Like Jagger  The Lazy Song   Who Says


Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA