Click here OK!

Followers

Showing posts with label aktiviti harian. Show all posts
Showing posts with label aktiviti harian. Show all posts

Wednesday, 9 December 2015

TIBA-TIBA RASA NAK MENAIP DI SEMBANGSHAHRAZALI

Assalamualaikum w.b.t


Gambar Raya Tahun 2015


Kehadapan pembaca-pembaca blog SEMBANGSHAHRAZALI yang aku tidak pasti masih ada atau tidak.

Apa khabar semua??? 

Tiba-tiba aku rasa nak update blog setelah sekian lama sangat dah tak update blog ni. 

Memang bersawang dah laman sesawang SEMBANGSHAHRAZALI ni.

Terasa kekok untuk menaip sebenarnya ni.

Kali terakhir aku post di blog ini adalah pada 16 Disember 2014. 

Sudah hampir setahun.

Baru tadi aku baca-baca balik blog-blog pilihan Shahrazali.

Baru tadi juga aku baca balik komen-komen kawan-kawan blogger. 

Teringat kawan-kawan blog yang aku rasa cukup rapat dulu.

Dulu sangat rajin menaip dan post cerita kat sini. 

Masa zaman belajar dulu-dulu la. 

Ada sahaja topik yang ingin aku kupaskan, pengalaman yang ingin diceritakan, pendapat dan pandangan aku mengenai sesuatu dan macam-macam lagi.

Kadang-kadang baca balik apa yang aku post di blog sendiri, rasa macam bukan diri sendiri yang menaip. hehehe..

.................................................

Aku sekarang berada di meja ofis aku sendiri, di tingkat 10, Bangunan KOMTAR, JBCC, Johor Bahru. 

Sedang berehat kerana kepeningan dalam bekerja. hehehe. 

Aku memang tak pasti ada atau tidak orang akan baca post aku ni. 

Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau tak ada, takpe la jugak. hehehe.

Sekian sahaja untuk hari ini.

Nak sambung kerja 







ngantuk.....ngantuk.....zzzzzzZZZZZZ









Sedikit perkongsian Mutiara Kata:


Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Janganlah kamu menjadikan rumahmu itu seperti kubur (tidak pernah kamu sembahyang sunat ataupun membaca Quran dan ibadat lain di dalamnya). Sesungguhnya syaitan akan lari dan menjauhkan diri daripada mana-mana rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah”. (Hadis riwayat Muslim)

Monday, 29 April 2013

LAWATAN KERJA PERDANA MENTERI KE PARLIMEN TANJUNG PIAI

Assalamualaikum semua.


Ni la kereta yang Dato Seri Najib naik
Hari ini 29 April 2013 Pekan Nanas didatangi oleh pemimpin Malaysia iaitu Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak. Dato Seri Najib datang untuk lawatan kerja di Parlimen Tanjung Piai dan Dun Pekan Nanas. Turut hadir bersama Dato Seri Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Dato Seri Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor, Dato Seri Hishamuddin, serta calon-calon dari Parlimen Tanjung Piai, Dun Kukup dan Pekan Nanas.


Pengunjung berebut nak baju BN, dan barang BN yang percuma
Aku, abang dan mak aku pun pergilah ke tapak pasar lambak Pekan Nanas tu untuk join sekali. Sambutan memang meriah la kat Pekan Nanas ni. Biasalah kan, Johor kan kubu kuat Barisan Nasional. Dikatakan rombongan Perdana Menteri ini datang dalam jam 10 pagi, tapi mungkin atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan, mereka sampai dalam jam 1100 pagi. Kedatangan rombongan Perdana Menteri ini disambut dengan sorakan dan jeritan daripada orang ramai.

Antara yang hadir. Ni baru snap dari tengah ni.


Selepas menyampaikan ucapan, rombongan dibawa ke khemah sebelah untuk menjamu selera di meja makan yang siap tersedia makanan yang sedap dan lazat. Orang ramai yang hadir pula terpaksa berebut sakan hanya untuk mendapatkan sebungkus nasi berlauk. Aku pelik kenapa diorang-diorang ni tidak menjaga adab masing-masing. Ada yang berebut sampaikan berterabur nasi atas meja. Masa aku nak ambil nasi pun dah hampir nak berebut. Aku cuma 'sound' diorang, "Manusia,manusia, jadilah macam manusia", lepas aku ambil sebungkus, aku terus blah. Ambil sebungkus jadi la untuk mak aku. Geram juga kepada segelintir yang ambil sampai 6,8,10 bungkus sekaligus. Pentingkan diri sendiri. huh.

Dalam pada ramai-ramai orang kat situ, aku ada nampak 2 orang artis. Diorang bagi baju percuma kepada orang ramai. Kalau dah nama percuma tu, paham-paham je la macamana diorang punya berebut. Ish3. Penat brader-brader kat situ bagi arahan supaya ikut barisan. Aku pergi depan diorang, tapi bukan untuk ambil baju la. Sebab nak ambil gambar jek. Artis yang datang, Amy Search dan Erma Fatima . Kalau ada yang lain yang aku tak perasan, tak tahu la kan. Masa aku nak ambil gambar tu, aku siap jerit 'phewwwittttttt'. Tapi malangnya suara aku tak masuk la dalam gambar tu. hahaha.


Dalam 1230 tu, kitorang pun balik la ke rumah. Kesian dengan mak aku yang kepenatan. Mak aku tu sakit-sakit pun tetap nak datang bagi sokongan pada Barisan Nasional. Aku sebagai anak yang prihatin, bawa la mak aku ke sana. Mak dan arwah abah aku penyokong UMNO dan Barisan Nasional sejak dari dulu lagi. Kalau abah aku masih hidup, mesti dia pun nak datang tengok Perdana Menteri berucap juga.

Lagi seminggu hari mengundi untuk pilihanraya. Kepada yang dah boleh mengundi tu, keluarlah mengundi, tunaikan kewajipan pada negara kita.Undi adalah rahsia. Jadi undilah ikut keikhlasan korang ye. LAIN KALILAH !!!


Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging............
>>> Tak sabar nak tunggu keputusan pilihanraya kali ni. Sebab kali ni nampak agak sengit, tak macam dulu-dulu.

Wednesday, 17 April 2013

APA AKU BUAT SEKARANG NI

Assalamualaikum pembuka bicara,
Kepada semua rakan blogger. hehehe.


Semenjak dua tiga empat menjak ni rasa malas betul nak menaip kat sini. Semangat berblogging agak berkurang sedikit. Bukan tak tak ada terus la, cuma kurang rajin jek sekarang ni nak menaip di sini. Kalau ada yang merindui hasil nukilan aku ni, terima kasih banyak-banyak ye. Aku pun rindu nak terjah blog korang, tinggalkan jejak sana-sini, cuma kurang rajin jek sekarang. Maafkan aku ye.

Lepas aku berhenti kerja dulu tu, aku duduk rumah jek besarkan badan. hahaha. Tak ada apa-apa aktiviti menarik yang boleh dikongsikan bersama pun. Cuma dalam 2, 3 minggu ni, aku selalu tolong pak cik (jiran aku) yang sakit. Umur dah tua dah dalam 60 tahun. Dia kena penyakit kulit dan lambat baik sebab dia ada kencing manis. Kakinya membengkak membuatkan dia tak boleh jalan dan bangun. Aku sebagai jiran yang prihatin ni cuba la tolong dengan sedaya upaya aku. Tolong angkat dari katil ke kerusi roda, dari kerusi roda ke kereta, dah sampai klinik, angkat dari kereta ke kerusi roda, dari kerusi roda ke katil kat klinik plak. Seminggu 3 kali aku tolong hantar dia ke klinik sebab nak cuci kaki dia yang bengkak dan luka tu. Sekarang alhamdulillah dia dah boleh bangun sendiri, cuma tak boleh jalan jek lagi. Sakit kulit dia pun dah semakin pulih. Kadang-kadang dia akan panggil aku kat rumah untuk tolong dia ke bilik air. Aku memang terus pergi la tolong dia. Aku bukan ada buat kerja apa-apa pun kan. Jadi memang tak ada masalah bagi aku untuk menolong.

Aku sentiasa doakan agar dia kembali pulih seperti dulu. Setiap kali aku tolong, dia selalu bagi aku upah sebab tolong dia. Walaupun aku menolak sekuat mungkin, dia tetap juga berkeras nak bagi upah. Buat beli rokok katanya. hehe. Aku sentiasa ikhlas nak menolong dia dan tak harapkan apa-apa upah. Tapi disebabkan dia berkeras juga nak bagi, aku ambil jek la. Aku ikhlas menolong sebab sekarang aku tolong orang, mudah-mudahan masa aku tua/sakit nanti, akan datang ada orang tolong aku juga kan. Buat baik dibalas baik, hari ini kita tolong orang, akan datang orang lain tolong kita kan.
Hari sabtu lepas 13/4 aku ambil exam kemasukan PTD kat GoodHope Hotel, Skudai Johor Bahru. PTD tu Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada yang tak tahu la. Exam mula pukul 900 hingga 945 bagi seksyen A, 1015 hingga 1100 bagi seksyen B, 1130 hingga 1230 bagi seksyen C, dan 1400 hingga 1500 bagi seksyen D. Seksyen A soalan pengetahuan am. Agak susah juga la, tapi disebabkan soalan objektif, jawapan dah bagi, tinggal pilih jek mana-mana yang kita rasa betul.Seksyen B soalan Matematik pada aku senang-senang la soalan dia. Aku kan budak Matematik, jadi tak ada masalah untuk aku kira dan jawab. Cuma ada masalah tak sempat jawab jek. cisssss. Seksyen C esei bahasa melayu. Senang sebab boleh goreng. haha. Seksyen D esei bahasa inggeris. Soalan senang, boleh fikir, cuma nak translate isi ke bahasa inggeris jek yang masalah sikit. hehe. Tapi alhamdulillah secara keseluruhannya aku boleh jawab la exam PTD untuk kali pertama ni.Harap-harap lulus. Amin................

Semalam 16/4 aku ada ujian kecergasan dan exam juga untuk jawatan Penolong Penguasa Penjara kat Penjara Kluang, tapi aku tak pergi sebab masalah kesihatan. huhuhu. Macamana nak lulus ujian kecergasan kalau diri tak cergas kan. Takpe la kan. Mungkin rezeki aku lain kali.

Weekend ni, sabtu 20/4 aku akan ke Teluk Intan, Perak sebab ada kenduri kahwin saudara belah mak. Aku dan mak aku tak pernah kenal pun diorang ni. Kira diorang-diorang ni terjumpa saudara-mara kat facebook la. Program jejak kasih di Facebook. hahaha. Inilah bagusnya Facebook ni. Mempertemukan balik saudara-mara yang jauh-jauh. hehehe. Malam sebelum majlis tu, akan diadakan majlis surah, maksudnya majlis bertemu saudara-mara, berborak-berborak sambil makan-makan kot. Dapatlah jumpa saudara-mara yang tak pernah jumpa sebelum ni. Harap-harap ada awek-awek cun yang boleh dijadikan menantu untuk mak aku. hahaha.


Sekian sahaja update dari aku. Nanti aku update lagi ye. Salam rindu dan sayang dari saya Shahrazali buat semua rakan blogger.
Assalamualikum dan selamat berblogging...........
>>>>> Tahniah buat JDT yang menang ke atas Selangor malam tadi. hehehe. Luaskan kuasamu !!! Pagi ni game Manchester United plak. Harap MU menang bergaya. hehehe. GGMU.



Friday, 8 March 2013

MAAF. SAYA AGAK SIBUK. REHAT BLOGGING SEBENTAR.

Hai, assalamualaikum semua.....

Aku menghilang lagi kan. Sekarang aku dah kerja. Baru seminggu la. Esok sabtu pun aku kena kerja. Sekarang dah kurang masa dah nak online. Balik kerja dah penat nak online. Kalau boleh online kat rumah ok gak kan. Tapi rumah aku tak ada internet, jadi kalau nak online kena pergi cc. Minggu pertama ni agak stress bagi aku. Tapi biasa lah kan minggu pertama kerja. Rasa macam nak berhenti jek. huhuhu. Memandangkan aku dah ada banyak pengalaman jadi pekerja baru, aku boleh la handle sikit-sikit kan. Jadi, aku akan tabahkan je la hati ini untuk mengharungi minggu-minggu berikutnya sehinggalah aku jadi enjoy dengan kerja aku. Lepas dah rasa biasa dengan kerja, barulah aku akan kembali aktif berblogging kot. Kerja apa, aku tak nak bagitau. Malas plak nak terangkan pasal kerja aku ni kan.


Jadi, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan blogger yang sudi menjenguk blog aku ni walaupun dah jarang update. 

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.........



Sunday, 17 February 2013

AKTIVITI HARIAN - CERAMAH MAULIDUR RASUL

Assalamualikum semua.

Hari ni aktiviti aku selain makan dan tidur adalah menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di perkarangan tapak pasar malam berdekatan Masjid Jamek Pekan Nanas, Pontian Johor. Majlis katanya bermula pukul 800 pagi, tapi aku, mak, akak dan asak-anak saudara rilek-rilek jek pergi pukul 915 pagi. Seperti yang dijangka, majlis belum pun mula lagi. hehehe.


Majlis bermula dalam pukul 930 pagi dengan ucapan, selawat oleh kumpulan marhaban masjid, dan berzanzi oleh juara berzanzi terbuka peringkat zon Pekan Nanas. Dalam pukul 10 baru la penceramah jemputan datang. Penceramah ini memang ditunggu-tunggu la oleh masyarakat di sini. Namanya Dato' Dr Hasan Ali. (maaf kalau salah nama diberi).


Pada aku dia penceramah yang sangat bagus. Pandai buat kelakar, pandai ambil hati orang, kata-katanya penuh dengan isi yang berguna. Cara dan gaya ceramahnya sangat terang dan jelas. Ada la sesekali aku terlelap masa tengah dengar ceramah tu, tapi selalu sangat terkejut dan terjaga sebab secara tiba-tiba ton suaranya tinggi gila sehingga menyebabkan aku yang terlelap ni terjaga secara automatiknya. hehe. Banyak yang diperkatakan yang berguna kepada masyarakat lebih-lebih lagi dia banyak menyentuh aspek kekeluargaan dalam mendidik anak-anak muda masa kini. Selawat yang dia persembahkan pun sangat indah kedengaran dan doa penghabisan sebelum mengakhiri ceramahnya pun sangat menyentuh perasaan. Kakak aku cakap ramai orang perempuan yang menangis semasa doa dibacakan.

Majlis berakhir dalam jam 1215 tengahari, then ada jamuan makan. Kat sini makan Nasi Minyak tapi versi 'Ambeng'. Kalau tak tahu macamana 'Ambeng' ni, tanya pakcik Google ye. hehehe. Dato' Dr Hasan Ali ni president bagi JATI yang mempunyai prinsip menegakkan 3 perkara iaitu IMR. I untuk Islam, M untuk Melayu, dan R untuk Raja. Jati n ada jual juga barangan-barangan mereka seperti baju, sticker, dan macam-macam lagi. Aku ada juga la beli baju sehelai. Baju-baju macam ni mana ada ada jual kat kedai kan. Jadi rasa bangga dan berbaloi rasanya daapt memiliki baju Jati ni.

Kepada anak-anak muda sekalian, hadirkanlah diri anda ke ceramah-ceramah agama atau majlis-majlis ilmu yang berdekatan. Dapatlah kita mengisi masa terluang dengan perkara berfaedah kan. Pahala pun dapat.
Ok, la sekian sahaja untuk hari ni. Assalamualaikum dan selamat berblogging....

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA