Click here OK!

Followers

Showing posts with label blogger-blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger-blogger. Show all posts

Wednesday, 21 November 2012

MARI SINI BACA, DAH BACA MESTI NAK PUNYA


Apa yang lepas baca mesti nak?? Tunggu jap... Nak bermukadimah dulu.. hehe..
Kenapa saya jarang update?? Sebab saya sangat sibuk bekerja. hehehe. Gaya macam dah kerja betul dah kononnya. Aku bukan apa, kat rumah kan tak ada internet. Nak online kena pergi cybercafe. Kadang-kadang malam nak keluar dah penat sebab siang penat bekerja,,, chewahhh. hahaha.

Aku selalu online kat pejabat jek. Dua minggu ni pula aku selalu buat kerja luar pejabat. Ikut geng-geng audit buat pengauditan baucar bayaran dan penyata pemungut di jabatan-jabatan kerajaan. Jadi, sekejap-sekejap je la dapat online. Sempat la baca-baca blog-blog pilihan aku tu, cuma komen-komen mana yang sempat jek.

Hari ni aku free sket kat pejabat sebab ada jabatan yang tak dapat sediakan apa yang audit nak, jadi terpaksa tangguh ke hari jumaat ni.

Hari ni aku nak mempromosikan sesuatu. Aku nak promosikan bakat yang ada pada seorang sahabat blogger merangkap classmate, housemate, dan roomate sekali masa kat Shah Alam. Namanya Syaizzal Salvatore (nama fb dia), atau lebih dikenali sebagai IZZ (Kiz Garden).

Apa yang dia buat???
Semua gambar-gambar di bawah ini adalah hasil bakatnya membuat Doodle. Mari kita saksikan. hehehe.



Gambar pemilik bakat, Iz (gambar asal)
 
Gambar selepas didoodlekan. Boleh tahan

 
Ni gambar masa hari persandingan Izz bersama Kecik (gambar asal)



Gambar selepas didoodlekan. Boleh tahan lagi


Ni gambar aku (gambar asal)


Gambar selepas didoodlekan. Yang ni tak boleh tahan. hahaha.
 Ni sekadar suka-suka jek. Aku puas hati la dengan hasil kerja dia. Yang menariknya ada poster Manchester United kat situ. hehehe. Saja jek budak ni nak ambil hati aku. hahaha. Kepada yang berminat, sila lah menuju blog dia. Klik saja pada link blog dia tu. Korang boleh ke KIZ GARDEN, atau ke KIZ DESIGN. Banyak yang korang boleh jumpa kat situ selain dari tempahan doodle ni. Selamat singgah dan selamat membuat tempahan ye kawan-kawan. Percayalah, banyak yang anda boleh jumpa kat KIZ DESIGN TU.

LIKE KALAU SUKA, SHARE JIKA MAHU.
Pesanan penaja. hehheh...

BERMINAT?
Kepada sesape yang jugak berminat nak tempah doodle ngan Kiz dipersilakan. Senang je, Email Kiz kat heischenta@gmail.com pastu jangan lupa attach gambar yang nak Kiz 'doodle'kan. Harganya tak mahal jangan risau, RM20 je per person. Kiz akan buat sedetails yang boleh.



Kiz Design
Sebuah blog yang menawarkan pelbagai servis design
seperti buat/edit blog, header, logo, bisnes kad dll.
www.kizdesign.blogspot.com


Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.........
>>> Marilah kita sama-sama mendoakan saudara-saudara Islam kita di Gaza. Sangat terharu dan sedih melihat penderitaan mereka. huuuuuuuuu.




Thursday, 1 November 2012

MARI BACA NASIHAT SAYA

Hai semua !!!! Ada yang merindui aku update blog??? hehehe. Syukur la kalau ada ye. Kalau tak ada pun, tetap bersyukur ada yang menjenguk blog ini. Aku banyak jek menaip, tapi tak ada kesempatan nak post jek. hehehe. Jadi semua yang aku taip, aku save kat dalam laptop jek. Hari ni aku agak lapang. Kat ofis ni pun tengah tak ada kerja, jadi aku amik sedikit masa la untuk menaip dan update blog ni.

Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan blogger yang bagi respon dan pendapat tentang wajah baru blog sembangshahrazali ni. Aku hargai sangat-sangat. Ramai juga yang bergurau tentang logo Manchester United aku tu. hahaha. Takpe la kan.

Background hitam tu aku dah cukup puas hati, cuma header tu nampak poyo sket la. hahaha. Aku rasa macam nak tukar. Tengok la malam nanti aku godeh-godeh header macamana nak letak. hehehe. Tapi yang penting, mesti nak ada logo Man United tu. hahaha.



Di sini aku nak selitkan sedikit nasihat buat rakan-rakan blogger aku. Jangan cepat percaya kepada khabar angin dan berita-berita yang dibaca di internet. Perkara ni bukan khusus untuk sesuatu perkara, tapi melibatkan semua perkara. Banyak cerita yang dilaporkan di  internet yang menceritakan tentang individu-individu tertentu, lebih-lebih lagi individu yang dikenali ramai.

Kini semua benda boleh dibaca dan diketahui di internet. Kita seharusnya sentiasa ambil tahu tentang perkembangan dunia, tapi hendaklah bersesuaian dengan peringkat kita. Selepas mendapat info atau ilmu di internet, janganlah terus percaya bulat-bulat, ataupun kotak-kotak. hehe. Tapi kita kena siasat lebih mendalam lagi atau mencari sumber-sumber lain yang berkaitan.

Pada aku, tak perlulah nak share something kat FB tentang sesuatu yang kita pun tak pasti tentangnya. Lebih elok kalau kita share something berkenaan pengajaran hidup dan agama kita. Kalau ada sesuatu berita menarik perhatian kita, mesti kita akan baca kan. Yang baik dijadikan pedoman, yang buruk dijadikan sempadan.

Pesanan ini dibawakan khas oleh saya sendiri, Shahrazali bin Sahlan.
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.................................

Monday, 22 October 2012

SELAMAT ULANGTAHUN YANG PERTAMA

Hari ni 22 oktober 2012. Itu menandakan semalam adalah 21 Oktober 2012. Memang la kan. Tak kan semalam 17 Oktober plak.  Ada apa dengan 21 Oktober 2012???????????????????

Tarikh 21 Oktober adalah hati ulangtahun kelahiran blog sembangshahrazali ni. Saja nak beritahu kepada yang tak tau. hehe. Diam tak diam, dah setahun aku berblogging ni. Termasuk post pada kali ini, dah 188 entri yang sudah dipostkan untuk tatapan pembaca. 14656 pageviews dan 366 followers.

Aku sangat berterima kasih kepada rakan-rakan blogger aku yang tak jemu-jemu berkunjung ke blog ini walaupun kadang-kadang jarang aku update. Terutama kepada blogger-blogger di blog pilihan Shahrazali tu. Ramai kalau nak mention. Tapi yang paling aku berterima kasih adalah kepada IZ ( THE KIZ'S GARDEN) kerana dia la yang banyak mengajar aku dalam dunia blog, banyak bagi nasihat masa aku awal-awal berblogging.

 Kenapa aku pilih 21 Oktober sebagai hari ulangtahun??? Sebab 21 Oktober 2011 adalah tarikh first post aku dalam blog ini. Klik "first post" kalau korang nak tengok kali pertama aku menaip kat sini. hehehe.

Dengan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT ULANGTAHUN KEPADA BLOG SEMBANGSHAHRAZALI, SEMOGA TERUS BERKARYA DALAM DUNIA BLOG INI.

Korang pun wish la juga kat blog ini ye. Doakan blog sembangshahrazali ni terus kekal dalam dunia blog untuk jangka masa yang panjang ok. Mari kita makan kek !!!! hehheh...


Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging............teruskan berblogging, dan teruskan menyokong SEMBANGSHAHRAZALI.

>>>>> Dah ulangtahun pertama ni, rasa nak tukar la kaler and header blog ni. Ada siapa-siapa nak buatkan or bagi idea???? hehehe...

Thursday, 6 September 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU KIZ



1 September lepas aku dan member-member pergi Felda Air Tawar, Kota tinggi. Ada apa kat sana?? Ada orang kahwin la. Member aku merangkap classmate, housemate dan roommate masa kat rumah sewa kat Shah Alam kahwin. Aku rasa ramai juga yang kenal member aku ni sebab dia pun blogger juga. Nama blog dia Kiz Garden. 

Member aku, Iz nama dia. Budak Terengganu dapat jodoh orang Johor. Jauh gak kan. Aku tumpang gembira la dia dah kahwin. Bini dia aku kenal la juga. Sama-sama budak UiTM Shah Alam kan. Blog Kiz Garden tu blog diorang berdua la. 

Ucapan setinggi tahniah buat mereka. Semoga hubungan suami isteri berkekalan mereka kekal hingga ke anak cucu dan ke akhir hayat. Kena doakan hingga ke akhir hayat atau hingga ke syurga. Kalau doakan hingga ke anak cucu jek, ada plak kang cerai lepas dapat cucu. Hehehe. Gurau jek. 

Masa kat sana kira puas hati la layanan yang diberikan. Makan pun puas sebab kitorang dapat makan lauk sedap. Hehe. Lauk makanan untuk makan berdamai. Kira lauk pengantin la. 
Yang sempoinya, gaya pengantin lelaki tak macam Raja Sehari. Muka tak neves lansung. Hahaha. Macam pelakon tengah shooting berlakon jadi pengantin bak kata member aku. 

Kat bawah ni ada la gambar sikit-sikit masa hari persandingan diorang. 




Kitorang tetamu istimewa, dapat makan sedap. hehe.



Ok. assalamualaikum dan selamat berblogging.................
Lama sangat dah aku tak update blog. bz sket. huhu...

Friday, 17 August 2012

UCAPAN UNTUK BLOGGERS


Sempena hari raya yang bakal menjelma ini, aku ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua rakan-rakan bloggers yang selama ini menyokong blog sembangshahrazali. Aku ingin meminta maaf kalau ada terkasar bahasa semasa berblogging, semasa memberi komen, dan post entri. Jika ada kesilapan dan kesalahan secara sengaja atau tidak sengaja, harap dimaafkan. 


Terima kasih kepada rakan-rakan baik aku dalam dunia bloggers ini terutama Dalca dan Linda. Juga kepada semua rakan-rakan bloggers di blog pilihan Shahrazali tu dan semua followers kesayangan aku. Halalkan ilmu-ilmu dan pengetahuan yang dikongsi bersama sesama kita. 

Harap kita semua dapat bertemu bulan Ramadhan lagi pada tahun depan. Aku doakan semua rakan-rakan bloggers aku sentiasa sihat, panjang umur, murah rezeki, dan berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat.

Aminnn...



Assalamualaikum dan selamat berblogging..........
>>> Malam ni sambung ngecat rumah lagi.... harap dapat habiskan malam ni juga. huhu. penat2..

Thursday, 16 August 2012

TERIMA KASIH LINDA

Entri kali ni khas untuk Linda. Linda adalah kawan baik aku dalam dunia blogger ni. Kami adalah geng Dalca Corporation. hehehe. 


Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak buat Linda kerana sudi memberi satu-satunya kad raya untuk aku untuk tahun ni. Dulu-dulu masa sekolah dan lepas sekolah, banyak juga dapat kad raya dari awek-awek. Sekarang ni dah tak ada orang nak bagi kad raya kan. Maklum la, sekarang orang wish raya guna message or fb jek. 

Untuk tahun ni, aku hanya dapat 1 kad raya jek. Dari Linda tu la. Korang-korang yang selalu datang blog aku pun mesti kenal punya la dengan Linda tu. Dalam dunia blog ni, kawan-kawan aku, kawan-kawan Linda tu juga. 

To Linda ::::: Terima kasih sekali lagi. Aku tak dapat nak balas kad raya tu, jadi aku buat entri khas untuk ko ye. huhu. 





Sweet kan dia bagi kad raya. hehehe. Korang ada dapat???


Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging................
>>>> 2,3 hari ni badan lepak jek sebab ngecat rumah. huhu. 

Tuesday, 10 April 2012

BLOG CUTEST LANDRORD

Siapa Cutest Landrord ni????

 Aku sangat suka gambar dia yang ni. hehehe

Ni la dia Alyn Adnan, aku panggil dia alyn jek. Dia panggil aku Abg Shah. Ehem-ehem. Lemah sekejap. hehehe. Dia hormat pada yang tua kan. Mas (maya mustwany) pun dia panggil kakak. Ramai jek blogger-blogger perempuan panggil aku Abg Shah macam Alyn ni, contohnya O Cik Teddy (This Is Cik Teddy Corner), Kyra (Cinta Untuk Kita), dan lain-lain lagi.

Kepada sesiapa yang tak pernah ke blog Alyn, dan nak mengenali dia dengan lebih lagi, terjah blog dia tau. Blog dia banyak tutorial ala-ala cik Lyssa tu. Terjah jangan tak terjah ok. Ini dikira blog baru dia juga. Start bulan Mac lepas. Blog lama, tak tahu cerita plak aku. hehehe.

Comel kan gambar dia atas tu. hehehe. Aku suka. Lagi-lagi dia pakai tudung bawal jek. Aku paling suka tengok perempuan pakai tudung bawal simple-simple macam ni. Nampak lebih ayu, nampak lebih kemelayuan dan matang.  


Blog dia kemas, tak menyakitkan mata. Dulu-dulu aku susah gak nak baca kat blog dia. Aku tegur la dia, sekarang dia dah tukar background. hehehe. Aku dah naik hafal rentak lagu blog dia tau. haha. Sebab aku selalu pergi blog dia. Kenapa aku panggil dia Cutest Landrord ek???
sebab..................






































Dia memang cute. hehehe. Dan dia yang mengaku sendiri. Klik gambar untuk ke blog dia ok.


To Alyn : Permintaan Alyn sudah Abg Shah tunaikan. hehehe. 
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging........................

Saturday, 7 April 2012

JOM FOLLOW BLOG ANIS


Hari ni aku nak menolong seorang blogger comel yang bernama Anis Adila Aris. Hehehe. Walaupun aku rasa aku tak berapa membantu sangat sebab blog aku ni agak kurang dikenali dan disinggah berbanding blogger-blogger yang lain, tapi aku tetap ikhlas nak membantu dia.  Sebab dia rakan blogger aku. Aku selalu singgah blog dia (blog lama), dia pun selalu singgah blog aku.

Anis ni berblogging dah lama, cuma yang ini blog baru dia. Sebab dia buat blog baru, blog dia kena hack dengan seseorang. Ada juga orang buat macam ni kan. Kenapa la orang tu dengki sangat. Ish..Ish..Ish.. Kisah dia macam kat bawah ni




Aku rasa korang pun kenal anis ni. Kepada rakan-rakan blogger, mari kita terjah blog baru anis, tinggalkan jejak, dan follow dia sekali ok. Klik gambar header dia kat bawah ini atau klik nama penuh dia kat atas nun untuk ke blog baru anis.  






Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...................

Monday, 2 April 2012

DAPAT DOODLE LAGI

Oleh kerana aku cukup pantas menjawab soalan blogger Nur dekat entri dia, maka aku diberi hadiah doodle hasil tangan dia sendiri. Ini kali kedua la dia buatkan aku doodle. hehehe. Terima kasih kali kedua nur. Kalau nak tengok doodle pertama, tengok kat SINI.



Hasil kerja nur amatlah saya hargai. Klik gambar header comel atas ni untuk ke blog dia.

Dia suruh buat permintaan sendiri gambar mana nak didoodlekan. So, aku suruh la doodlekan gambar header aku tu jek. Ini lah hasilnya. 

Macho kan doodle dia buat???hahaha.

GLORY-GLORY MAN UNITED.........(tibe2..hahaha)

Terima kasih tau nur. 
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...................

Thursday, 22 March 2012

TERIMA KASIH NUR


Hari tu aku ada komen kat entri seorang blogger Nur_za. Klik gambar kt atas untuk ke entri dia ok kawan-kawan,



Then, selang 2 hari, dia komen kat entri aku plak,

Pada mulanya aku gurau-gurau jek suruh dia buat. Tapi dia buat betul-betul. hehe. Ni kali pertama aku didoodlekan. Hehehehe. Thanks banyak-banyak Nur_za. Usaha nur amatlah saya hargai.

Gambar asal

Selepas didoodlekan
Haaaaaaaa... ok x??? hehehe.

Monday, 12 March 2012

PLEASE PROVE YOU'RE NOT A ROBOT

 "PLEASE PROVE YOU'RE NOT A ROBOT"

Pernah tengok statement atas ni??? Ni la yang keluar kalau kita nak komen kat sesetengah blog. Aku dulu masa awal-awal guna juga benda ni. Tapi secara tak sengaja la. Sebab aku tak tau nak setting lagi. Lepas kawan aku tegur, baru aku buang verification code ni.

Ni contoh sahaja...

Pernah tak korang rasa tak selesa dan malas nak komen kalau statement ni selalu keluar??? Kadang-kadang aku cancel jek apa yang aku nak komen tu sebab dua kali nak prove aku bukan robot tak lepas.. hehehe. Kadang-kadang code dia susah-susah la. Bukan la sebab aku tak tau nak membaca code tu, tapi code-code tu kadang-kadang mengelirukan. Dah try another text pun kadang-kadang tak lepas. Dah susah aku nak tinggalkan komen walaupun aku nak sangat komen. Tapi kalau aku dah taip panjang-panjang tu, aku akan usahakan juga sampai boleh. Tak kisah la sampai nak kena tanya member sebelah perkataan apa yang ada tu. hehehe. (banyak plak 'kadang-kadang' aku ni..hehehe)

Aku bukan nak salahkan sesiapa ye. Harap jangan ada yang terasa. Aku harap sangat-sangat. Kalau ada yang terasa, aku minta maaf sangat-sangat. Aku dulu pun macam tu juga,,tapi lepas kena tegur, aku dah buang verification code tu. Walaupun ada verfication code ni kalau nak komen, aku tetap akan komen di blog mereka sebab aku memang suka komen lepas baca.Sebab aku tak anggap ianya menyusahkan aku, cuma menyukarkan aku nak tinggalkan komen.


ok,, assalamualaikum dan selamat berblogging..................




 Gambar semua ambil kat GOOGLE..
 

Saturday, 10 March 2012

PENING KEPALA BACA BLOG

 Aku baru lepas blogwalking tadi. Saja nak mencari entri-entri menarik untuk dibaca. Aku kan suka membaca dan mengomen. hehe. Dah lepas selongkar bloglist aku, aku terjah la blog-blog lain yang aku rasa aku first time masuk. Tapi ada la satu dua blog tu aku jadi pening masa baca. Bukan sebab entri tak menarik, tapi disebabkan penggunaan bahasa dan perkataan yang mereka gunakan kadang-kadang buat aku tak paham. hehehe. Kebanyakannya blog adik-adik la. Blog-blog mereka yang masih bersekolah. Cerita mereka menarik, tapi aku jadi susah nak membacanya sebab singkatan dan ejaan yang digunakan buat aku jadi tak paham.

Mungkin ini la bahasa budak-budak sekarang kan. Macam aku masa budak-budak dulu selalu jek gunakan singkatan, tapi tak la sehebat budak-budak zaman sekarang. hehehe. Terasa tua dan kolot pula aku sebab tak paham penulisan mereka kat blog. hahaha. Rilek la. Baru 25 kot. 

Di antara mereka, aku sangat kagum kepada adik-adik yang buat entri dalam bahasa inggeris. Keep it up ok. Jadikan penulisan blog sebagai latihan dalam berbahasa inggeris sebab ianya amat penting bila adik-adik melangkah ke IPTA atau IPTS nanti. Kalau power dalam English, insyaAllah senang paham pelajaran dan senang nak buat assignment nanti.

Ini bukan kritikan ye. Ini luahan hati pembaca blog jek. hahaha. Jangan pula ada yang salah paham dan terasa hati. Kalau ada, minta maaf ok. Bukan aku nak salahkan sesiapa, tapi sekadar memberi pendapat. Ini semua pun ingatan untuk diri aku sendiri. Masa mula-mula aku berblogging pun aku selalu buat singkatan perkataan mcm taip mesej, tapi sekarang dah kurang la. Iz la yang nasihat aku supaya jangan guna banyak singkatan, nanti orang susah nak baca. Memang betul la kan??

Ok.. Assalamualaikum dan selamat berblogging...................
  

Malam ni sambung
 
 



Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA