Click here OK!

Followers

Tuesday, 27 March 2012

EMMMM. SIAPA NAMA EK?? TAK INGAT LA

 Kemana sahaja kita pergi biasanya kita akan dapat kawan kan. Disebabkan aku ni belajar kat banyak tempat, aku pun dapat kenal ramai orang, especially perempuan. Hehehe. Aku pun pernah kerja kat banyak tempat,jadi ramai la orang yang aku jumpa dan kenal. Ada yang jadi rapat, jadi awek, ada yang jadi musuh, ada yang kenal gitu-gitu jek.
Aku pasti semua orang akan jadi macam ni kalau mereka selalu pergi ke banyak tempat. Semua orang pastikan suka kenal ramai orang dan suka berkawan kan melainkan korang suka sorang-sorang jek. Kadang-kadang terjumpa kawan-kawan lama yang kita kenal masa sekolah rendah or sekolah menengah, mesti nak terkeluar cerita masa dulu-dulu kan. Lebih-lebih lagi diorang tu kawan rapat masa dulu-dulu. Kalau jumpa kawan yang kerja sama-sama dulu, mesti ada keluar juga cerita-cerita best dan panas, tanya khabar kawan-kawan kerja yang lain, macam-macam lagi la.

Tapi pernah tak korang ada masalah tak ingat nama diorang????? Macam aku ni kadang-kadang ada masalah sikit, ingat muka tapi tak ingat nama. Ada yang aku ingat nama panggilan kat sekolah/asrama (nama agak pelik la sampai malu nak panggil lagi), tapi tak ingat nama betul dia. Pernah sekali aku jumpa kawan lama masa sekolah menengah, aku panggil la dengan nama panggilan dia kat asrama, terus malu muka dia di tengah orang ramai. Hahaha. Lepas tu dia sound aku panggil la nama betul dia.
Bila terjumpa kawan-kawan lama yang aku tak ingat nama diorang, aku dengan cepat akan cuba ingat masa dulu-dulu, mana tau ingat nama dia kan. Fikir secara pantas la nama diorang apa kan. Bila dah tak ingat nama, memang tegur tak panggil nama la. Contohnya, “Eh ko”, “weiii ko”, “ Eh mat, pe cer”, “woi bro”, “alo kawan”, “alo geng”. Ada teguran yang nampak macam friendly, tapi sebenarnya tak ingat nama. Hahaha.
  
 Selalunya aku tanya jek nama diorang siapa kalau aku tak ingat lansung. Bagi jek alasan lupa. Lepas tu mesti la kena perli kejap kan lagi-lagi kalau diorang ingat nama aku. Haha. Tapi ada juga yang aku tak tanya sebab segan. Berbual je la macam biasa. Ada sekali tu aku terjumpa kawan lama sekolah menengah, kenal muka tapi tak ingat nama. Aku pun tegur la “alo kawan, buat apa kat sini”, dia pun balas “eh ko, saja jalan-jalan”. Lepas tu kitorang borak la sikit. Then masa nak blah tu, dia mintak no telefon sebab dia kata no aku dah hilang sebab tukar phone. Ye ye jek kan. Ntah-ntah memang tak pernah ada no aku. Haha. Aku miscall dia masa tu jugak. Lepas tu dengan muka tak malu aku tanya, “ Errrr…. Nak save apa nama ko ek?? Aku tak ingat la”. Lepas dia cakap nama dia, dia plak tanya aku nama siapa. Hahaha. Dua-dua tak ingat nama kawan lama. Ok la kan macam tu sebab dua-dua tak ingat. Ada yang aku segan nak tanya nama aku buat bodo jek. Save nama unknown or LupaNama. Haha. Lepas tu kalau lain kali dia ada call, buat-buat tanya la siapa yang telefon ni. Lepas dah tau nama contoh Ahmad, tanya lagi Ahmad yang mana, mesti dia akan beritahu tempat terakhir berjumpa. Jadi kita tahu la nama kawan kita tu. Bila diorang tanya kenapa tak ada nombor phone diorang, beritahu diorang yang kita tukar phone/phone lama hilang.   
Tapi masalah ini terjadi biasanya bila terjumpa kawan-kawan yang tak berapa nak rapat la, kawan-kawan masa sekolah rendah yang dah lebih 10 tahun tak jumpa, kawan-kawan yang kita tak biasa nak panggil nama betul dia dulu dan kawan-kawan kerja yang kita selalu berbual tanpa tanya nama diorang.
Macam aku ni nama perempuan senang la aku ingat. Hehehe. Lagi-lagi yang aku suka tengok dan berbual. Biasa yang aku lupa ni nama kawan-kawan lelaki. Kita pun terjumpa kawan-kawan lama ni secara kebetulan dan tiba-tiba kan, sebab tu kadang-kadang terlupa nama.



Nak senang tegur kawan lama, tegur kat facebook jek. Hehehe. Kan dah ada nama diorang melainkan diorang letak nama glamour or pelik-pelik. Haha.


18 comments:

LiNda said...

hehe..ape daaa..lelaki memang selalu tak ingt name kawan ke? sebb aku rase prempuan jrang yg ade masalah nk ingt name kawan2 dia..:)

AdaM Hawa said...

hehehe.. selalu gak alami situasi ni.. lupa nama.. tapi ingat rupe.. ;)

CINTA UNTUK KITA said...

hehe prnah gk jd cm tu.. tp x lme pas tu ingt blk ;p

Lysa said...

sama camtu gak. kadang2 tu muka cam, tapi nama alamak lupa lah. haih haha betul baik jumpa balik kat fb je. :)

J.Syazwana said...

nama aku senang.
kau kene ingat. hahahaha !

btw rupa orang pontian macam mana?
hahaha !

LubLy said...

haha..wa kan br0..kalu chat chot dgn member pun leh lupa nama..apa kes??wakaka

shahrazali said...

linda :
bukan aku kte semua lelaki,,,tp cuma aku kdg2 ada masalh cmni...hehehe..


adam hawa :
kawan dah ramai kn,,kdg2 konfius nama2 diorg ni..


cinta untuk kita :
tp take time jgk kan kalau nak ingat balik...


lisa :
segan kan nak gtau kita lupa nama diorg...lg2 time tukar2 no fon dgn kawan yg dah lama x jumpa..


j.syazwana :
ye...aku ingat..aku jarang jumoa nama ko ni..hehe..walaupun nama syazwana tu ramai,,tp syazwana yang aku kenal,,ko je la...

aku pun x tau mcmana nak gtau...haha..tgok la muka akram tu,,cmtu la..


lubly :
kes berat ni lubly.....hahaha...tu mmg fikiran ke lain la masa chat chot..

~Cik Sweety~ said...

sya pun mengalami masalah yg sama..tolongla saya..ngeee~

Anis Adila Aris said...

good idea kalau lupa nama orng nie..
hahaha

simpan , nnti die kol bru tnye sape..haha

shahrazali said...

sweet honesty :
nak tolong cmne...hehehe...kena cuba ingt la jgk kn..tp klu dah x ingt,,xleh buat pape la..tnye jek tanpa segan silu..hehe..


anis adila aris :
haha....buat cmtu jek selamt sket kn drpd cover kn yg kita x ingt nama diorg..

ch000tz said...

biasa ajer....tapi u hengat tak nama ai ekkk hahaha

shahrazali said...

c'axoera :
nama btul u pun i x tau....dulu i pernah tnye,,tp u x bgtau..

nur_za said...

btoi2..nur penh jgk la..nk tegur org tu..tpi nur xtaw dia nama ap..erk..sma la kitew
kmu mesti ske mkn semut ni

shahrazali said...

nur_za :
semut jgk yg kena...hehehe....kalau dah ramai sgt kenalan dari kecik sampai besar,,mmg susah la nk ingt semua nama..

Anonymous said...

hahahah propa ..dh lupa nama control.hihih

tpi memang kdg2 muka knal tpi bila part nama lupa.macam mas mana yg biasa2 cpt lupa nama.

shahrazali said...

maya mustwany :
btol tu....bukan kita rancang pun nk terjumpa kwn2 lama...kdg2 tibe2 jek muncul depan kita,,mmg susah la nk ingt time tu kn..

Juliet_iRa~" said...

heeee...

btol2..pnh gak tlupa..hee..

pastu ira tnye dia..eh kita lupa la nama..apa ek?pastu dia gelak n btau nama..hihi

jujur lagi baik..keke drpd tsalah jln..;p

shahrazali said...

juliet ira :
klu org tu jenis x kisah xpe la...klu yg jenis tersa hati,,jenis mengata,,,terus dia megata pasal kita kt org lain...
"ko tau,,td aku jumpa ira,,dia x ingt nama aku..sampai hati dia" contoh la..hehe..

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA