Orang lelaki pun sangat suka diberi hadiah. Jangan ingat orang lelaki ni suka beri hadiah pada perempuan je. Tapi ramai orang cakap susah nak cari hadiah untuk lelaki tak kisah la sama ada boyfriend, abang, adik, ayah, atau kawan lelaki. Kalau ada perempuan yang cakap macam ni, maknanya dia belum betul-betul kenal lelaki tu dan belum tahu sepenuhnya apa kehendak lelaki tu.
Banyak sebenarnya hadiah yang sesuai untuk kaum lelaki ni. Saya boleh berikan beberapa contoh hadiah yang lelaki nak dan suka untuk harijadinya.
Barang sukan - seperti kasut sukan, jersey bola, dan peralatan bersukan. Barang-barang ni mungkin nampak biasa, tak menarik, tak romantik, tapi barang-barang macam ni la lelaki lebih suka terima malah akan dipakai selalu. Cuma jangan tersilap pilih warna la. hehe. Biar la lelaki nak pakai untuk bersukan, untuk lasak-lasak, biarlah kotor sebab pakai hari-hari. Sebab itu menunjukkan lelaki menghargai barang pemberian perempuan walaupun kadang-kadang bukan itu niat kaum lelaki. hehe.
Barang keperluan harian - seperti set minyak wangi, set minyak rambut, set mandian atau apa-apa je la yang lelaki pakai hari-hari. Yang bagusnya setiap kali lelaki tu pakai secara tak lansung ingat kat perempuan tu. Lagipun kalau untuk boyfriend, contohnya minyak wangi, lelaki tu pakai untuk perempuan tu jugak. Sekurang-kurangnya perempuan tu boleh kawal macamana bau yang dia nak dari boyfriend dia.
Aksesori lelaki - seperti jam tangan, wallet, key chain atau apa-apa yang lelaki tu selalu guna atau pakai. Cuma kena sesuai la design and color dia. Jangan bagi yang pelik-pelik yang sampai kena kutuk sudah. Kalau lelaki tu tak guna, perempuan juga yang terasa. Lagi satu kena dengan peringkat umur lelaki tersebut. Kalau untuk warga tua, beri la jam warga tua. hehe. Kalau untuk adik-adik, yang up to date la. Kalau untuk boyfriend, cukup la sekadar sedap mata memandang dan SESUAI. Kalau untuk ayah, jam mahal-mahal takpe, tapi kalau untuk boyfriend, biasa-biasa sudah. hehe. Tak kisah la kalau duit belanja pun masih ayah yang bagi, tapi apa salahnya simpan sikit duit tu untuk beli hadiah kat ayah. Insyallah ayah akan rasa gembira dan bermakna.
Barang yang berkenaan dengan motor atau kereta - seperti sport rim atau helmet mahal. hehe. Yang ini sekiranya betul-betul mampu la. Cuba bayangkan betapa terujanya boyfriend kalau bagi hadiah Sport Rim cantik kat dia. hehe. Memang dia akan terima sangat-sangat lebih-lebih lagi sport rim idaman. Ini contoh je la. Sebab nanti kereta tu juga la yang membawa perempuan tu jalan-jalan kan. hehe.
terjah Link TOP dan menarik bawah ni sekali
PENDAPAT SHAHRAZALI - BILA SESEORANG ITU DIKATAKAN MATANG
APA YANG MEMBUATKAN LELAKI CARI PEREMPUAN(KEKASIH) LAIN
22 comments:
0uhhh..tp cari hadiah utk prmpuan jgk yg lg snang..hehe
btol tu...hadiah untuk perempuan senang nak pikir nak bagi ape walaupun byk kali nak kena bagi...hehe
hahah demanding betul! hehehehe
bukan demanding la...cuma lelaki sllu nak dapt hadiah yg sesuai.. kdg2 perempuan bagi mmg cantik di mata dia, tapi x sesuai di mata lelaki..
sy pernah dapat teddy bear.. tersimpan jek dlm kotak..hehe..
entri yg bgus..mcm taw2 je i tgh cri hdiah utk bfdy si dia next week...
areniez - beli yang sesuai k..
sume mahal2..haish..heh..
sume jnis mhal la.. baik pompuan la.. mcm2 hadiah blh bagi kt dia.. :)
aeryn :
mahal2 ker???hehe...ada jek yg murah2...hehe..
wahh dulu punyelah pening pkir.. sekarang dah tahu dah.. bagus jugak ea.. :)
alyn adnan :
bagus la kalau dah tau...byk lg sebenarnya...ikut keperluan di dia dan kemampuan kita la..
betul-betul cukur nieh..huahuahua
lubly :
mne de cukur sgt...hehe....xpe la kan...hadiah utk lelaki bukan sllu nk bagi mcm pompuan kan..
Minyak wangi-done
Wallet-done
Kasut sukan boleh tukar pada selipar jepun tak??
Sport Rim - tak mampu lagi la..
Selain tu apa lagi ek??
Tak lama lagi beday mr asbend ni..
Fenin2..
linda wahed :
bagi jam...hehe...bg topi,,xpun kopiah ker..hehe..
Hadiah untuk lelaki paling susah nak cari sebab semua pun mahal-mahal. kalau beli yang murah tak berkualiti pula nampak.. huhu
miss N @ nadia :
sbb awk x biasa beli barang2 utk lelaki....lgpun bukan awk yg pakai..klu utk barang sendiri,,kdg2 kita x nmpk pun benda tu mahal kn..hehe...
thx idea. mmg ngah survey nak bagi present pun
nak bagi sport rim tapi tak takut tak berkenan pula. Ada cara ker? ke minta je dia pilh kita bayar?
dating kereta masing-masing TT
princess momoy :
ckp nk bg suprise kt dia..dtg kedai sport rim sme2,,ckp abg/ayah u soh survey sport rim....then soh dia pilih mne2 yg dia suka,,then u bayar la.. hehehe...
Boleh juga beli JAM TAWAF sebagai hadiah..
http://www.muslimchoices.com/?li=27&p=jam_tawaf_iftinan
Tgah pening nak bg hadiah apa utk si dia . Dia berjiwa jiwang
memang nak bagi hadiah pada orang lelaki ni susah.... tapi takpe..saya ada byk koleksi hadiah yang sesuai utk dihadiahkan pada orang lelaki. salam singgah disini..
www.kedaihadiahonlineku.com
Post a Comment