Click here OK!

Followers

Monday 7 November 2011

cinta kedua

Gambar hiasan
Kisah cinta ke 2 bermula masa aku form 5. Umur masa tu msti la 17 tahun. Dia bukan budak sekolah aku, sekolah dia jauh gak la dari sekolah aku, tapi dalam area JB la gak. Dia muda setahun dari aku. Maknanya umur dia 16 tahun la masa tu.

Ok, aku kenal dia melalui seorang kawan perempuan yang aku kenal sebab salah nombor. haa !! macamana tuh?? Begini ceritanya, ada seorang awek ni nama dia "A". Dia tersalah nombor call aku. Then kitorang pun berkenalan, pastu kitorang jadi rapat. "A" ni penari kebudayaan kalau x silap. Dah lupa2 sket la.hehe.

Kitorang kawan jek masa tu. Aku x tau sebenarnya dia suka kat aku. Aku masa tu memang anggap dia kawan jek. Aku ni walaupun x berapa nak "hensem", tapi aku memilih gak orangnya.hehe. So, aku xde simpan perasaan la kat dia. Bukan dia x cantik, cuma aku x berapa nak minat la. Ada satu masa aku gi jumpa dia. Dia bawak kawan perempuan, dan, dan, dan, aku pun terpikat kat kawan dia. Dengan tanpa rasa bersalah, aku pun mintak no telefon kawan dia tu yang namanya "S". Sebab aku x tau yang "A" ni suka kat aku. Kalau aku tau pun, aku tetap mintak no gak la, cuma mungkin cover2 sket.hehe. Dah dapat no, aku pun selalu la contact "S" ni sampai kitorang "declare couple".

Sejak aku couple dengan "S", si "S" ni selalu mengadu kat aku "A" dah x layan dia. "A" asyik marah2 dia, sedangkan diorang berdua kawan baik kat sekolah. Rupa-rupanya "A" cemburukan "S" dan aku. Masa tu la baru aku tau "A" sukakan aku. Dia geram la sebab dia yang kenal aku dulu, tapi "S" yang dapat aku. Masa tu aku gelabah ada, bangga pun ada.hehe. Sebab ade 2 awek berebut aku. Tapi aku jelaskan elok2 la dengan "A" yang aku x pernah anggap dia lebih dari kawan. "A" kata dia paham dan dia beralah. Tapi aku dengar cerita diorang terus x berbaik. "S" la cerita kat aku. Aku pun teruskan la hubungan bahagia dengan "S".
 
Lepas SPM aku dapat tawaran pergi matrik. Nasib jek tu kot dapat masuk sana.hehe. Aku dapat kat matrik Melaka. Dia pun sokong aku masuk matrik, walaupun dia risau aku berubah bila masuk sana. Dia selalu cakap aku mungkin akan berubah hati, dan, dan, dan masin mulut dia aku memang berubah hati kat dia. Aku sebenarnya x leh jauh dengan awek, so hubungan aku dengan dia makin hari makin dingin jek. Aku pun risau gak tinggal awek. Takut kena kebas orang. Memang selalu la dia kena bebel kalau dia cerita pasal laki lain.

Aku dah makin kurang layan dia sebab aku sibuk kat matrik. Sibuk belajar n sibuk nak tackle perempuan lain. Tapi aku x pernah terlikir nak putus dengan dia. Aku tetap msg and call dia hari2. Satu hari tu, dia call aku dan dia cakap nak putus dengan aku. Aku pun gelabah la dia nak mintak putus. Aku try pujuk dia macam2, tapi dia kata tetap dengan keputusan dia sebab dia dah pikir masak2. Dia xnk dibebankan dengan masalah aku dengan dia, and dia nak tumpukan perhatian pada pelajaran. Sebab ade exam besar tahun tu SPM. Setelah lama berbincang, aku pun buat keputusan putuskan hubungan dengan dia........

Sejak putus, dia terus xde contact aku. Kalau aku contact dia pun dia selalu kata dia sibuk sebab SPM dah dekat. Tapi kitorang x bermusuh la. Walaupun dah putus, kitorang putus cara baik, tak bermasam muka. Alhamdulillah SPM dia berjaya. Lepas tu aku dah xde contact dia, dia pun xde contact aku.(dia dah ada bf baru kot masa tu).
Aku pun teruskan hidup aku macam biasa. (nanti ada la kisah sambungan nya ni).hehe. 2 tahun lepas aku ada jumpa fb dia. alhadulillah dia sihat n masih belajar kt universiti mane ntah. Boyfriend dia pun boleh tahan la gak.huhu. Tiba2 sedih.hehe.

Ok, itu lah saja cerita cinta ke 2 aku. akan datang cerita cinta ke 3 plak...

2 comments:

Erra Fazleen Mohamed Adnan said...

haiiyak, bersambung2 lak

shahrazali said...

sambung awek lain plak...hehehe..

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA