Click here OK!

Followers

Tuesday 22 November 2011

Cinta tak jadi 2.5

Aku rasa semua orang ada pengalaman cinta tak jadi kan. Melainkan tak pernah rasa nak bercinta. Ada jek kan orang jenis macam tu. Yang aku maksudkan ni cinta antara lelaki dan perempuan ye. 
Cinta tak kesampaian

Aku ada kisah cinta tak jadi. Kenapa 2.5?????? 2.5 sebab kisah ini terjadi antara cinta kedua dan cinta ketiga. Ini bukan skandal ye, sebab kisah ni terjadi masa lepas putus dengan cinta kedua dan sebelum cinta ketiga. Kira masa ni aku single la. 

Masa ni aku kat matrikulasi. Nama dia "N", orang KL. Kos "N" sama dengan aku Sains Fizik, tapi lain kelas la. Aku tak ingat macamana aku boleh kenal "N", hehe. Aku rasa aku minta nombor telefon "N" dari seseorang yang kenal "N" kot. Aku jatuh cinta dengan "N" masa tu sebab muka dia comel, bentuk badan menarik, hehe. Ye la kan, nampak dengan mata, memang dari segi luaran je la aku nampak. Orangnya tak kenal dan sebab tu la aku nak berkenalan dengan "N".

Awal-awal mesej mesti la kena 'pancing' lebih kan. hehe. Ayat-ayat aku pula manis belaka, so "N" pun berminat berkawan dengan aku. Kitorang pun mesej la berhari-hari, call tiap-tiap malam (awal-awal kenal je la). Tapi aku je yang call. Dia nak call aku memang jarang-jarang la. Oleh kerana aku yang nak kan dia, aku la kena berusaha lebih kan. Biasa la tu lelaki yang berusaha lebih. 

Masa aku mula 'ngorat' "N" dah nak dekat-dekat bulan puasa. Jadi masa bulan puasa tu banyak juga la usaha yang aku tunjukkan pada "N". Aku selalu juga la belanja makan berbuka puasa dan call "N" untuk kejut "N" bangun sahur hari-hari. Diulang, aku kejut "N" bangun sahur HARI-HARI sepanjang puasa dekat matrik tu. Dia seronok berkawan dengan aku sebab aku 'caring' pasal dia, selalu buat dia ketawa, selalu nyanyi untuk dia masa call. Lagu yang dia suka masa tu lagu Sampai by KRU. Masa tu memang aku hafal la lagu ni sebab dia. hehe. Kitorang jumpa tak selalu sebab dia selalu sibuk (alasan dia la). Kalau nak dating pun dekat dalam kelas time cuti hujung minggu.

Aku selalu belikan makanan untuk dia. Kalau aku keluar gi pekan Masjid Tanah, aku mesti tanya dia nak makan apa. Yang selalu aku belikan KFC la. Dia pun ada juga belikan aku makanan, tapi jarang-jarang la. Kitorang jarang makan bersama masa dekat dalam matrik tu sebab bila aku ajak, macam-macam alasan dia. 

Kitorang tak 'couple' pun lagi masa ni, tapi aku layan dia macam 'girlfriend' dah. Aku banyak kali melamar dia jadi 'girlfriend' aku, tapi dia kata tak sampai masa lagi. Setiap kali aku luahkan perasaan, setiap kali tu la dia suruh aku bersabar. Dia kata kalau ada jodoh tak kemana. Memang la betul macam tu, tapi........ Aku pun sabar je la. Kitorang meneruskan hubungan macam biasa atas nama kawan. Aku layan dia baik sangat sebab aku mengharap dekat dia.

Kemudian pada satu malam tiba-tiba ada sorang lelaki ni call aku. Dia marah-marah aku kacau awek dia. Aku marah la balik sebab masa tu memang aku takde kacau awek orang. Rupa-rupanya perempuan yang dimaksudkan adalah "N". Masa tu aku tak tau nak cakap apa. Terkejut ada, marah ada, malu pun ada. Aku tak pernah tahu yang "N" ni dah ada boyfriend a.k.a bakal tunang dia (lelaki tu yang cakap la). Setiap kali aku tanya "N", "N" cakap dia single dan takda siapa-siapa yang istimewa dalam hati dia. Lepas tu lelaki tu gertak aku macam-macam dan nak jumpa aku esoknya. Aku setuju je la sebab aku nak bagi penjelasan dekat lelaki 'hampeh' tu.

Masa ni "N" memang tak ada kat Melaka. Dia balik KL. Kemudian aku fikir, patut la dia cakap kelam kabut jek masa aku call dia sebelum tu dan terus off phone. Rupa-rupanya dengan lelaki lain. Macam-macam dalam kepala aku masa tu. Seram pun ada juga. Bukan apa, takut kena bergaduh, bertumbuk esok. Malas betul aku nak lebamkan muka (sebab kena tumbuk) dan lebamkan tangan (sebab tumbuk lelaki tu) nanti. 
Gambar hiasan

Esoknya aku keluar la ke pekan Masjid Tanah tu. Aku keluar dengan member2 aku sebab nak pergi main snooker. Memang aku nak keluar pun masa tu. Petang tu masa tengah main snooker, lelaki tu call aku tanya aku dekat mana. Aku cakap la aku dekat pusat snooker, then dia pun datang. Aku tunggu dekat luar sorang jek. Lelaki tu sampai, keluar dari kereta, terus datang kat aku. "N" pun ada sekali, cuma dia tak keluar dari kereta. Mula-mula dia gertak aku juga, tanya-tanya kenapa aku kacau awek a.k.a bakal tunang dia. Aku terus jek jawab aku tak pernah tahu "N" ada boyfriend or bakal tunang. Selama ini " tu cakap dia single dan takda siapa-siapa punya. Lepas lelaki tu tengok aku macam melawan cakap dia dan cakap dengan penuh yakin dia pun mula cakap baik sikit. Dia tanya betul ker semua tu dan dengan penuh yakin aku cakap ya. 

Lepas tu lelaki tu cakap dengan nada sedih dan mengeluh pula, " "N" tu memang susah nak berubah la. Dulu dia dah pernah buat macam ni jugak, sekarang pun dia nak buat lagi". Pulak dah. Then dia cakap lagi " sekarang dah nak dekat tunang pun dia nak layan lelaki lain ". Aku malas nak layan lelaki tu, aku terus cakap " aku minta maaf sebab tak sengaja kacau awek kau. Kalau aku tahu dia dah nak tunang, tak ada la aku 'try' dia.". Lepas tu aku suruh lelaki tu balik dan pesan kat lelaki tu jaga bakal tunang dia baik-baik. Lelaki tu pun minta maaf dekat aku jugak sebab cakap kasar dengan aku. Then diorang balik. 

Patut la susah betul hati dia nak terima aku masa aku melamar dia jadi awek dulu. Kalau ajak keluar pun banyak alasan. Dah ada yang punya rupanya. Sebenarnya aku macam perasan dia dah ada boyfriend. Muka cantik dan 'body market' macam tu tipu kalau tak ada boyfriend. Tapi reaksi dia bila dengan aku nampak yang dia suka dekat aku juga. 

Lepas kejadian tu dia ada contact aku minta maaf sebab tak pernah beritahu aku. Aku tanya dia kenapa, then dia jawab "saya takut kehilangan awak kalau saya beritahu". Masa dia kenal aku memang dia tengah tak berapa baik dengan lelaki tu, so aku ni jadi pengubat duka dia la. Dia terpaksa cerita pasal aku dekat boyfriend dia sebab lelaki tu baca mesej-mesej aku dan family diorang dah merancang pertunangan diorang masa dia balik KL tu. Aku cakap aku maafkan dia dan tak nak berhubung dengan dia lagi. Bagi salam, dia jawab, aku terus letak. 

Gambar hiasan

Mula-mula aku rasa bodoh dan dipergunakan. Aku rasa "N" tu saja nak mainkan aku. Aku rasa dia jenis perempuan yang perlukan layanan baik daripada lelaki setiap masa dan di mana jua. Tapi lama-lama aku 'think positive' je. Aku anggap "N" memang ada hati dekat aku tapi dia terpaksa juga pilih lelaki tu. Bila aku pikir positif, aku pun jadi lega kan. Aku cakap macam tu sebab aku dapat rasa keikhlasan dia bila bersama aku (kot).  Nak sedapkan hati sendiri.

Lepas dia call last tu, terus tak contact lagi. Sampai sekarang la. Cuma kalau terjumpa masa nak pergi kelas tu senyum-senyum je la dari jauh. Habis matrik, memang dah tak ada jumpa lansung dah. Aku teruskan hidup macam biasa sampai aku bertemu dengan cinta ketiga aku.

19 comments:

محمد رازيق said...

wah.. susah yer nak cari awek bro.. takut dapat yang macam N ni.. huhu.. dah ada tunang nak cari lain kan..

ko matrik melaka ek bro??? sama lah ngan aku.. aku btch 2006-2007

shahrazali said...

oooo...ue ker...aku batch 2005-2006...

shahrazali said...

*ye

محمد رازيق said...

hehe.. ko awal stahun der.. hikhik..

LURZAN TAZA LIMAJ said...

xpayah la nk layan org mcm tu, ok!

nazirah said...

wah menarik cite ni huhu tp tu la N tu pn tk ptt la wat cmtu kan aih dia nak dua2.. spttnye die kene pilih salah satu nasb bek la tak trlmbt kan u dpt taw .kalau tak ssh gak huhu ;)

J.Syazwana said...

wah sedihnya cerita.
huhuhu.

sabar je lah kan.
anggap dugaan hidup supaya lebih berhati-hati :)

FarHANa aZwA said...

mmg ssh nk dpt yg terbaik...sbr jela..

ch000tz said...

xyah cari biar datang sendiri ;]

ch000tz said...

biar datang denagn sendiri...

erleena said...

wahh gini huhu , bes jugak bace cite llaki nieh , bkn rmay ad crite cenggini , mase mtrik ek ? mtrik mane? dlu el mtrik perak , knal bf fes pun kat situ :)

xbaek la pmpan tu , tp xpe da lame kan , eh btw cinta ke3 baru jmpe , y nie cnta kedua ? cnta pertame?

shahrazali said...

NAZRUL AZAT - Memang dah x layan la kalau jumpa lagi mcm ni…

nazirah - Yang patutnya bukan dia kena pilih…..tapi yg patutnya kalau dia dah ada boyfriend, tak payah layan lelaki lain macam tu…kan??hehehe….


J.Syazwana - sedih la jgk masa ni…tp ni semua cite lama..


FarHANa aZwA - betul tu farhana…. Susah kan dpt yang terbaik..


c'axoera – nk tunggu perempuan datang dulu??hehe… lepas kes ni sy memang tunggu perempuan yg start dulu. Baca la cinta ketiga dan keempat..


erleena - Sy matrik Melaka dulu… batch 2005-2006…..jangan lupe baca kisah-kisah sy kt label love story yek..hehe

erleena said...

ouhhh baik ! :)

cik pinaz said...

memang best la .. tapi kalo alami betul2 mcm2 rasa ada ..

Mia Meymi said...

memang hebatla kisah cinta awk ni.. HEHE..boleh wat drama ni...best2..

shahrazali said...

cik pinaz - minta dielakkan la jadi mcm ni.. jaga2...lelaki yg perangai macam N ni lebih ramai kat luar sana..

Mia Meymi - baik buat buku drpd drama...hehe...

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

banyaknya cinta dia!
pilih satu yang terbaik sudah!
Goodluck for the future.

shahrazali said...

saya x memilih...cuma belum jumpa yg terbaik jek.. hehe..

nur_za said...

sian nye awak..=) cita ni penuh tragis pun ada..sedih2

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA