Click here OK!

Followers

Monday, 28 November 2011

APA YANG MEMBUATKAN LELAKI CARI PEREMPUAN(KEKASIH) LAIN


  1. Kekasih terlalu mengongkong - Selalu SANGAT tanya apa lelaki sedang buat, dekat mana, dengan siapa. Kadang-kadang itu yang membuatkan lelaki rimas dengan perangai perempuan. Pantang ada rasa curiga sikit, terus kata nak datang. Kalau sekarang ini, terus nak 3G. (Ini yang tahap melampau ye).
  2. Kekasih takut nak kenalkan lelaki dengan keluarganya - Bila ditanya bila nak kenalkan lelaki dengan keluarga, selalu bagi alasan tak bersedia atau takut nak beritahu keluarga pasal hubungan. Kalau macam tu lelaki senang nak tinggalkan perempuan tu.
  3. Kekasih terlalu sibuk dengan kawan-kawan - Ajak pergi mana-mana, bagi alasan dah janji dengan kawan, kena tepati janji. Then salahkan lelaki tak cakap awal-awal. Takkan sesama kita pun nak kena berjanji bagai kot. Contoh "Malam ni janji dengan saya tau kita pergi makan sama-sama". Ish3.. 
  4. Kekasih yang tak pandai jaga hati lelaki - Selalu berlagak depan kawan-kawan perempuan dia, selalu tunjuk yang dia boleh kawal boyfriend dia sesuka hati, dan selalu malukan lelaki depan orang ramai. Bila ada apa-apa masalah berlaku, mesti nak salahkan lelaki walaupun salah dia sendiri. Ayat famous "Ni semua berpunca dari awak la". Kalau ada perkara baik berlaku, ayat famousnya " Nasib baik saya ada sekali dengan awak".
  5. Kekasih yang cemburu melampau - Pantang tengok perempuan sikit dah marah-marah dan merajuk. Dah memang perempuan tu lalu depan kita, siap senyum lagi, takkan kita nak tunjuk muka masam kot. hehe. Perempuan tu pun tau kita dah ada girlfriend kat sebelah kan. Lagi satu kes cemburu dengan keluarga lelaki lebih-lebih lagi mak. Memang la lelaki akan lebihkan mak dari kekasih. Walaupun dah kahwin, lelaki tetap ada tanggungjawab untuk mak ayah dia. Kalau dengan mak pun nak cemburu, selamat tinggal je la.
  6. Kekasih yang merajuk melampau - Benda sekecik anak semut jek, tapi merajuk sebesar bapak gajah. Mana nak tahan kan. Ini yang jenis susah nak tolak ansur. Susah nak beralah. Dia saja yang betul. Merajuk sebesar bapak gajah yang macam seminggu tak nak jumpa, tak nak jawab call dan tak nak reply message. Paling series dia suruh kawan dia balas message lelaki tu. Tak takut ker lelaki tu couple dengan kawan sendiri kan. hehe. Then kalau dah berjaya pujuk, boleh pula ugut lelaki tu " Ini baru sikit tau, jangan sampai saya merajuk lagi teruk". Ish3..... Macam-macam..
  7. Kekasih yang suka banding-bandingkan lelaki - Lelaki pun macam perempuan juga tak suka dibandingkan. Ini yang jenis pantang nampak couple mewah dan bahgia sikit, mula la nak banding dengan dia dan lelaki tu. Dan lelaki pun tak suka kekasih selalu menyebut dan memuji nama lelaki lain depan dia. Lebih-lebih lagi budak kelas perempuan tu.
  8. Banyak lagi sebenarnya. hehe. Tanya la boyfriend anda sendiri. hehe.
Segala penulisan ini dari pengalaman sendiri dan orang sekeliling. Takde tiru mana-mana yek. hehe. Semua sikap ni lelaki pun ada juga, cuma kurang sikit la dari perempuan kan. hehe.
Selamat membaca.









13 comments:

✿ Cik Nisa ✿ said...

betul2 . setuju dengan semua diatas . hee :)

~AmyLiana86~ said...

doakan sy jd perempuan terbaik tuk tunang sy..heheh..

nice info;;

私の名前はMrs Lanun Daratです。 said...

kalo kekasih yg kuat membebel cane plak ye huhuhu

ILA HonEyBuNNy said...

hehhehehhe...

terasa la...adehhhh....benar apa yang di katakan..huhu

Lai Qma said...

hahaha..
bt0l3..tp bkn lai,exbf lai..hmm laki n pmpn same jewrrr.. :P

Anonymous said...

hai...sy nk komen yg no1 tu..kutuk bro gua nmpak..hahahaaha..MM(",)

Ms. LaLA said...

betul2... perempuan pon same je, tak suke pakwe buat mcam ape awak cakap kan nie..

shahrazali said...

jaga pakwe cik lala baik2 ye...hehehe... apa yg penting paham satu sama lain...

Fara Zakaria said...

Setuju neh, 100% ! Kalau bf bersikap semua dia atas, gf pulak yg akan tinggalkan, haha.

shahrazali said...

mmg lelaki pun ada cmni..tp perempuan kalau dah bercinta,, mesti dia syg giler2 kt boyfren dia kan.. so perempuan susah la nk tnggalkan lelaki walaupun seteruk mana lelaki tu...
lelaki plak senang nk tinggalkan perempuan kalau perangai teruk cmni..
ini semua realiti zaman skrg..

Fara Zakaria said...

Kalau mcm tuh, dah kira a bit unfair lah kat situ kan. Mungkin, tuh mmg naluri hati msg2. Lelaki dan perempuan diciptakan tak same :)

shahrazali said...

naluri mmg berbeza... kita kena terima segala ketentuanNya... kan??
masing2 ada kelebihan dn kekurangan kalau bercinta... perempuan plak x semua berperangai mcm ni.. ada sesetengah jek.. sama gk mcm lelaki.. x semua mcm ni..

tp yg pasti fara bukan jenis cmni..kan??kan??hehe...

Fara Zakaria said...

Nope, bukan and hope will never be :)

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA