Click here OK!

Followers

Wednesday 16 November 2011

Aku kena langgar lori

Gambar Hiasan


Di sini ada satu kisah yang bila cakap tajuknya orang akan cakap " Eh, biar betol ko ni". hehe. Mana tak nya, bila kena langgar dengan lori mesti lah teruk kan, mati pun boleh. Tapi disebabkan ajal tak sampai lagi, aku terselamat dari maut. 

Aku pernah eksiden kena langgar dengan lori kat simpang empat. Masa tu umur aku 19 tahun. So kisah ni berlaku 5 tahun lepas la kan. Masa ni aku baru habis matrik dan kerja kat kilang dekat Pekan Nanas, Pontian. 

Hari apa aku tak ingat la, tapi yang pasti hari bekerja la sebab masa tu memang aku ponteng kerja. hehe. Ponteng sebab aku kena pergi interview sambung belajar ke GMI (German Malaysia Institute). Aku malas la nak pergi sorang, jadi aku ajak kawan aku ponteng sekali teman aku gi JB. Nama dia "F" (lelaki). 

Interview habis dalam pukul 2 petang la, lepas makan, minum, kami pun balik la ke rumah. Kami pergi naik motor, motor lagenda Z aku la yang baru 3 bulan keluar kedai. Masa on the way balik tu tiba-tiba aku rasa mengantuk sangat. Jadi aku suruh la "F" ni bawa motor pula. Aku duduk belakang la. 

Lebih kurang besar ni la lori tu


Kejadian ni berlaku dekat area taman rumah "F" dekat Pekan Nanas juga la. Masuk jek area taman tu aku terus buka helmet sebab kepala dah panas. Tangan sebelah pegang helmet, lagi sebelah pegang handphone balas mesej awek. "F" ni bawa slow jek macam biasa. Bila sampai je satu simpang 4, dengan tiba-tiba aku dengar bunyi brek yang kuat (tayar bergeser dengan jalan). Bila aku toleh jek belah kanan aku, lori tu betul-betul depan mata dan BAAAMMMMMMMMMMM !!!!!

Aku tercampak dari motor sejauh 5 meter lebih kurang. Dah la tak pakai helmet masa ni. Dengan handphone aku tercampak entah ke mana. Ish3. Aku terbaring atas jalan menghadap langit yang cerah masa tu. Selang beberapa saat aku kena langgar, aku angkat kepala meraba-raba atas jalanraya. Nak cari handphone. Dalam kepala aku cuma fikir mesej tadi tak send lagi. hehe. Entah apa-apa kan. Aku tak jumpa handphone aku, lepas tu terus nampak "F" tersidai dekat rimbunan pokok bunga. Dia tak gerak-gerak aku tengok. Lepas tu aku nampak ada orang keluar dari lori dan terus menuju ke arah aku. Dia tanya " awak ok ker??". Bangang betul soalan macam tu. Aku tak layan pun dia. Tiba-tiba orang ramai kerumun kitorang macam kitorang ni artis. 

Dalam ramai-ramai yang datang tu tiba-tiba ada seorang lelaki terus datang dan terus pegang aku. Sepupu aku rupanya. Rasa lega la sikit. Lepas tu aku tanya la dia " tengokkan membe tu bang, dari tadi tak gerak-gerak". Lepas tu dia jawab kawan aku "F" tu dah pengsan. Tak sedarkan diri. Ada darah keluar dari helmet dia. Aku punya la takut masa tu. Aku terus bangun, berdiri, dan berjalan terus ke kawan aku. Selang 3 tapak aku melangkah, aku jatuh tiba-tiba. Masa tu la aku baru rasa sakit. Kaki kanan aku terseliuh teruk. Masa tu la aku baru perasan kepala aku berdarah sikit. Tadi macam tak rasa apa-apa. Mungkin tengah terkejut lagi tadi. Sepupu aku terus call orang untuk amik aku bawak gi hospital. Lepas tu ada sorang nyonya bagi handphone kat aku, " ini u punya ka?", aku terus ambil simpan dalam poket. 

Selang beberapa minit, "F" sedarkan diri dan terus ada orang bawa pergi hospital Pontian. Aku dihantar ke klinik Pekan Nanas je. Masuk bilik kecemasan. Sampai je klinik doktor kelam kabut check keadaan aku. Dia kata tak ada apa-apa kecederaan serius, cuma kaki bengkak, terseliuh, rusuk kanan aku pun bengkak, kepala calar balar (sebab tak pakai helmet). Tapi dia risaukan tulang rusuk belah kanan aku sebab bila dia tekan sikit, aku dah jerit. Kuat pula tu. So, dia suruh aku pergi hospital Pontian juga untuk X-ray. Abang ipar aku yang bawa. Masa tu mak dan abah aku dah ada dah kat klinik. 

Ada cerita sikit masa dekat klinik tu. Aku cerita kat abah aku macamana boleh eksiden. aku cakap "F" yang bawa motor masa tu dan dia tak ada lesen. Masa tu ada la sorang pak cik ni sibuk nak mendengar juga. Aku ingat risaukan aku yang tengah terbaring ni. Tapi rupa-rupanya dia pak cik kepada orang yang melanggar aku tu. Bila dia dapat tau yang bawa motor tak ada lesen, terus dia salahkan kitorang. Dia kata perkara ni tak boleh buat report polis sebab yang bawak tak ada lesen, kalau buat report, nanti jadi panjang berjela kat mahkamah. Memang betul la tu. Pak cik tu datang hanya untuk korek cerita untuk selamatkan anak saudara dia. Cehhh..
Aku baru nak kelentong polis cakap aku yang bawak sebab yang langgar aku pun tak perasan mana satu bawa motor. (nampak sangat laju dia bawak). Dekat jalanraya ada kesan warna hitam, kesan brek sepanjang 1 meter. Kalau la orang tu tak sempat brek, arwah dah aku kot. Nasib baik jugak lori tu lori kecik jek, lori 3 tan. Besar gak tu ek??


Aku terus dibawa ke hospital untuk x-ray. Naik wilcha kot masa tu. Sebab kaki aku tak boleh jalan. Lepas x-ray, alhamdulillah tak ada tulang yang retak. Cuma bengkak jek dekat kaki dan rusuk aku.Malam tu juga aku balik rumah. "F" kena tahan wad 1 malam sebab dia ada pengsan tadi. Langkah berjaga-jaga sebab kepala dia terhantuk kuat masa kena langgar tu.



Sampai je rumah aku terus baring kepenatan. Rehat cukup-cukup. Penat gila kot. Aku mesej awek aku masa tu yang tengah marah aku tak balas-balas mesej dia. Bila beritahu aku eksiden, terkejut beruk dia. hehe. Terus dia nak datang rumah, tapi aku tak bagi. Aku cakap aku nak rehat. Bertongkat la aku sekejap masa duduk rumah. Bengkak habis kaki aku. Tak bole gerak banyak sebab rusuk aku bengkak. 

Lepas beberapa hari, bila kaki aku dah baik sikit, aku dengan bapak aku pergi balai polis untuk buat report. Tapi tak ada masukkan pun aku kena langgar lori. Cuma aku beritahu polis aku terjatuh sendiri sebab jalan licin. Semata-mata untuk claim insuran motor. Nak cakap kena langgar lori boleh, tapi pak cik tu ugut nak beritahu "F" yang bawak motor dan tak ada lesen. Polis pekan masa tu pun sengal gi kaw tim dengan pak cik tu. Sabar je la.

Sampai sekarang aku tak boleh lupa muka yang melanggar aku dan muka pak cik tu. Dah la tak nak mengaku salah. Lepas kejadian tu tak pernah sekali pun nak jenguk kitorang yang sakit ni. Itu semua nasib je dia sempat brek, kalau tak sempat tak namanya bunuh orang. huh!
 
Tapi macamana pun aku tetap bersyukur kepada Tuhan kerana memanjangkan umur aku lagi. Aku bersyukur kerana masih di beri peluang untuk hidup bersama orang-orang tersayang. Dah 5 tahun kisah ni, tapi masih segar dalam ingatan.

4 comments:

ch000tz said...

pernah kena langgar dengan kete, koma almost 1bulan peluang utk hodup 50-50.....masa dalam wad emergency seolah dapat lihat tubuh sendiri terlantar atas katil tapi alhamdullilah idup lagi smpai skrg :D

shahrazali said...

wahhhh...pengalaman awk lagi bermakna kan...syukur alhamdulillah kan sebab masih diberi peluang banyakkan amalan..

ch000tz said...

happen tahun 98-99 kot mcm tu....xingat dah...tapi i can see clearly ada doctor buat and whois around me at tht time. ..

shahrazali said...

ye ker.... ada ape2 kesan tak drpd eksiden tu smpai skrg??

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA