Click here OK!

Followers

Thursday 17 November 2011

Jatuh depan mata

Gambar hiasan

Petang tadi ada orang jatuh motor depan mata aku je. Kisahnya budak ni brek mengejut sebab terkejut. hehe. Kejadian ni berlaku di hadapan fakulti dentist dekat UITM Shah Alam. Dalam pukul 3 petang tu, aku nak pergi kelas la dengan kawan aku.

Aku bawa motor macam biasa je. Slow sikit la daripada biasa sebab jalan licin sebab hujan. Hujannya renyai jek tapi besar-besar. macamana tu?? hehe. Aku baru nak masuk simpang dekat parking motor fakulti aku, tiba-tiba ada motor jatuh depan kitorang. Dalam 5 meter la jarak aku dengan motor tu. Aku pun apa lagi. Tak jadi masuk simpang, terus je ke arah motor yang jatuh tu. Nak tolong la kan. Tapi sampai jek kat situ, orang dah ramai bergegas datang tolong.

Bila tengok dekat-dekat, perempuan rupanya. Patut lah ....... Eh aku ni,, kenapa pula "patut lah". hehe. Budak-budak UITM memang bagus-bagus. Semua rasa ringan tulang nak tolong termasuk aku. Tapi dah ramai tolong angkat budak tu dan motornya, aku tolong tengok je la. 

Lepas tu ada seorang perempuan muka arab-arab sikit menuju ke arah lokasi kejadian dengan keretanya. Yang bagusnya dia datang sebab nak tolong. Yang kurengnya dia boleh tanya "awak nak pergi klinik ker?". Apa salahnya terus pelawa masukkan dalam kereta dia dan hantar terus ke klinik UITM. 

Teruk gk la budak tu. Sebab separuh badan dan kaki dia tertindih motor dia sendiri. Lemah je badan masa orang tolong angkat. Ye la kan, baru lepas jatuh. Tambah pula dengan terkejut. Nasib baik tak ada kereta dari arah belakang. Kalau tak, ngeri juga memikirkannya. Sebab eksiden dia hilang kawalan motor dia masa dia brek mengejut depan simpang. Mungkin terkejut dengan 1 kereta putih dari arah bertentangan yang nak masuk simpang tu. Kereta sempat brek, dia pun sempat brek. Kereta tu rilek jek, tapi motor tu jatuh..

Begitu lah ceritanya. Kepada penunggang-penunggang motorsikal di luar sana, berhati-hati la semasa menunggang motorsikal di jalan licin. Tunggang cermat jiwa selamat.

6 comments:

私の名前はMrs Lanun Daratです。 said...

seb bek aku reti bawak kapal jer..terbrek ke,terbabas ke,bumper dpn jer berlobang...hehehe

shahrazali said...

haha....bagus betul reti bwk kapal jek...x kisah la klu bwk kapal sekalipun, yang penting hati-hati ye..hehe..

Erra Fazleen Mohamed Adnan said...

bahaya pompuan bawak moto kan

shahrazali said...

alyn adnan :
klu x hati2 mmg bahaya la...

Erra Fazleen Mohamed Adnan said...

yup betul

shahrazali said...

alyn adnan :
alyn terer x bwk moto??hehehe..

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA