Click here OK!

Followers

Friday, 4 November 2011

Salam Aidiladha n Selamat Balik kampung


Dengan ini saya mengucapkan Salam Aidiladha buat semua blogger-blogger yang beragama Islam. Korang balik kampung tak? Mesti la balik kan. Aku pun balik juga. Kampung aku kat Pontian, Johor. Tak sabar rasanya nak balik rumah jumpa mak. Aku rindu kat mak aku. Dengan abah pun rindu, tapi abah dah takda. Hanya al-fatihah dapat disedekahkan padanya. 

Hari jumaat jam 12 tengahari tiket aku. Confirm-confirm la tak sembahyang jumaat kan. Aku jadi musafir hari tu. Jalan jauh tu dari Shah Alam ke Johor Bahru. Dalam 5 jam perjalanan. Ini pun kira dekat kalau nak banding dengan masa diploma dulu. Dulu diploma aku kat Sri Iskandar, Perak. 8 jam perjalanan.

Balik macam biasa naik bas. Selama aku naik bas balik kampung ni, alhamdulillah tak ada masalah timbul contohnya eksiden atau bas rosak. Takut la juga kan sebab dah banyak sangat dah kejadian berlaku lagi-lagi masa raya macam ni. Banyak kes berlaku masa perjalanan tengah malam. Aku memang selalu balik malam kalau dari Johor Bahru. Tapi kali ni aku balik tengahari. Kalau balik tengah malam sampai sana pagi buta, tak ada bas nak balik Pekan Nanas. So, balik la tengahari. Pagi tak boleh sebab aku ada test. 

Balik ni boleh la tengok lembu kena sembelih ye tak. Kalau kat Masjid Jamek Pekan Nanas tu confirm ada tiap-tiap tahun. Kalau ada masa, memang kena tengok tu. Kepada sesiapa yang ada rasa kasihan pada binatang yang kena sembelih, tak boleh tengok. Sebab kita tak boleh makan daging tu kalau kita rasa kasihan kat dia masa dia kena sembelih. Ada orang pernah cakap kat aku. Betol la kan???
 

Selamat menyambut Hari Raya Korban. 

 

2 comments:

ch000tz said...

apakah lembu cute itu akan terkorban jugeee :p

shahrazali said...

lembu cute tu x la...die ade kontrak modelling lg..

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA