Click here OK!

Followers

Tuesday, 8 November 2011

APA YANG LELAKI NAK - pada kekasih lamanya


Ini adalah pendapat saya sendiri berdasarkan pengalaman.

APA YANG LELAKI NAK - pada kekasih lamanya


  1. Jangan contact selalu kalau dah tau lelaki tu dah ada kekasih lain. Kadang-kadang kekasih lama ni sengaja nak call or message masa lelaki tengah dating supaya lelaki tu bergaduh dengan kekasih baru.
  2. Beritahu secepat yang mungkin jika dah jumpa pengganti. Memang la hati lelaki tu akan terguris kalau dapat tau, tapi itu lebih baik dari masih mengharap kat kekasih lamanya. Ini juga akan mengelakkan lelaki tu kena marah dengan kekasih baru perempuan tu. Tiba-tiba lelaki tu contact, dia tengah dating dengan kekasih baru. Dah sah-sah kena maki sebab masih contact lagi walaupun dah putus. 
  3. Jangan ungkit kisah-kisah lama yang manis-manis sedangkan dia yang beriya sangat minta putus dulu atau dia yang buat hal dulu (curang ada lelaki lain). Masa minta putus dulu takda pun nak ingat kenangan-kenangan manis, yang dia ingat semua kesalahan lelaki tu.
  4. Jangan nak mengadu pasal kekasih baru kat lelaki tu. Dulu kata lelaki tu tak pernah memahami dia, tak menghargai dia, tak ambil tau masalah dia. Tapi bila dah ada kekasih baru, pada lelaki tu la dia nak mengadu macam-macam. 
  5. Pikir masak-masak kalau nak berbaik dengan lelaki tu. Pikirkan keadaan sekeliling dan keadaan lelaki tu. Lelaki juga ada perasaan ye. hehe.. Pikir bagaimana keadaan hubungan akan datang kalau berbaik semula. Semakin baik atau semakin buruk.
  6. Jangan ada ugut-mengugut atau sumpah menyumpah antara dua-dua pihak. Ini tidak, bila dah putus mula la tak puas hati, nak ugut untuk beritahu kekasih baru lelaki tu pasal macam-macam. Kalau tak pun menyumpah lelaki tu supaya tak kan dapat jodoh ke apa ke...Macam-macam...
  7. Jangan sombong dengan lelaki yang pernah jadi kekasih ni. Bila dah berjaya, mula la cakap "saya lebih berjaya tanpa awak". Tak pun cakap kekasih baru dia 10x lebih bagus daripada lelaki tu.. Padahal lelaki tu la tempat dia bergantung dulu.
  8. Jangan asyik salahkan lelaki je bila dah berjaya dalam hidup. Jangan cakap " sebab awak la dulu saya tak belajar tau, sekarang saya rajin jek", tak pun " sebab awak dulu la saya asyik gaduh dengan family saya tau, nasib baik sekarang kami dah rapat kembali".
  9. Jangan terlampau jual mahal kalau bila tiba masa lelaki tu dipertemukan kembali. Ataupun jangan terlalu mengada-ngada kalau satu masa nanti berbaik semula dan letakkan syarat macam-macam supaya dia setia dengan lelaki tu. 
 Bukan semua perempuan macam ini. Cuma ada segelintir jek. Apa yang saya tulis ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan juga pengalaman-pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya. 

2 comments:

saffiya_aleesya @ echa said...

dulu ex-boy selalu poyo ckp besar condam2 org smpai clash konon2 nak yg lg baik..tapi takpe sy sabar sbb pada sy Tuhan belum bagi jalan rezeki yang ada mcm skrg ni masa tu..

saya bkn nak sombong cuma nak tunjuk sikit depan mata ex-boy, yang saya boleh capai apa yang saya nak dan apa yg sy ada skrg ni dah melebihi dia..

alyn adnan said...

suke no.1 tu, ahahahha :D

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA