Click here OK!

Followers

Friday 25 November 2011

KISAH RUMAH SEWA AKU DIPECAH MASUK

Kisah ni berlaku masa aku belajar kat UiTM Sri Iskandar, Perak. Pertengahan part 6. Rumah sewa aku terletak kat Bandar Universiti dalam 5 kilometer dari Uitm. Aku menyewa bersama 5 orang kawan sekelas. 
Gambar Hiasan

Rumah aku masa tu tak ada la kena pecah betul-betul. Cuma kena masuk dengan orang luar la. Orang yang masuk tu buka pintu rumah guna kunci yang melekat kat pintu. Cara nak buka, masuk kan tangan ikut tingkap untuk capai kunci yang melekat kat tombol pintu, then bole buka. Memang kitorang sengaja tinggal kunci kat tombol tu sebab senang nak buka pintu kalau orang lain balik. Mana nak tahu kan jadi pula kejadian macam ni. 

Malam sebelum kejadian, aku tak tidur malam sebab siapkan assignment yang kena hantar keesokkan harinya. (biasa la buat lst minit). Pagi dalam pukul 10 kitorang pergi hantar assignment, tengahari lepas makan, balik rumah, nak tidur la kan. Tapi masa tu aku bukan tidur lagi kot, pengsan terus. hehehe.

Tidur, tidur, tidur, dan aku terjaga dalam pukul 640 petang. Lama betul tidur tu. Macam biasa la tangan meraba-raba mencari handphone. Mata pejam lagi tu. Bila tak jumpa-jumpa, baru buka mata cari dengan mata, tak jumpa-jumpa jugak. Aku terus kejut member aku yang tidur sebelah untuk tanya dia mana handphone aku. Dia pun tak tau sebab dia tidur jugak. Masa ni aku bertiga jek dalam rumah. 2 orang tidur kat ruang tamu termasuk aku, sorang tidur dalam bilik. 
Macam ni kot aku tido
Cari handphone tak jumpa-jumpa, aku dah risau dah. Aku tengok pintu rumah terbuka sikit. lagi la rasa risau. Setiap pelosok rumah aku cari tetap tak jumpa. Pinjam handphone member aku untuk call handphone aku, tak dapat dihubungi. Lepas tu terus keluar rumah pergi jumpa jiran sebelah yang kebetulan tengah bergosip kat luar rumah. Makcik tu cakap dia ada nampak sorang budak lelaki masuk rumah, keluar balik tergesa-gesa dengan helmet tak berbuka dan motor tak mati enjin. Detail betul makcik tu bagi. Tapi bagus la kan, dengan maklumat dari makcik tu dah sah la rumah aku kena masuk orang. Memang hati kering betul budak ni. Dah la buat 'kerja' siang hari. Masa tuan rumah ada kat rumah pula tu. Aku pun tidur 'mati' pula kan masa tu. Mana nak tahu kan benda macam ni nak jadi.

Aku terang kat makcik tu handphone aku hilang. Makcik tu kesian la kat aku. Dia tak tau pun budak lelaki tu nak curi barang. Dia ingat kawan-kawan kitorang yang datang. Tak apa la makcik, anda dimaafkan. 

Aku tak berhenti call handphone aku sampai ke malam. Pinjam handphone member aku untuk call awek aku yang pastinya risau aku tak contact2 dia dari tengahari sampai malam. Aku suruh dia jangan berhenti call handphone aku tu. Lepas tu start motor, terus pergi jumpa awek aku. (dengan tak mandinya. hehe). Dengan tiba-tiba no aku berjawab, ada sorang budak lelaki yang jawab. Dengan pantas aku suruh awek aku berlakon nak cari someone. aku suruh awek aku pancing lelaki tu dengan suara manja untuk nak berkenalan dengan lelaki tu. Aku topup handphone awek aku untuk lelaki tu dah dekat RM20. Geram jek kan. Dah la awek aku bergayut dengan lelaki lain yang pakai nombor aku. Cettttt...

Telinga panas jek dengar suara gatal lelaki tu, aku suruh awek aku ajak lelaki tu jumpa malam tu memandangkan aku tak sabar nak belasah orang. Tapi agak susah la sebab lelaki tu bagi alasan ada hal. Pancing punya pancing, lelaki tu setuju nak jumpa esoknya. Awek aku cakap kat dia, dia ada bagi pinjam handphone kat kawan dia, then handphone tu hilang. Lepas tu dia nak minta balik la handphone dan nombor kat lelaki tu sebab handphone dan nombor tu ada dengan lelaki tu. Lelaki tu setuju sebab dia cair kot dengan awek aku tu. cissss... Tapi dia kata dia ada sim card nombor tu jek, handphone dia tak ada. Aku dah pelik dah. Takpe2, asalkan dapat jumpa, boleh siasat lagi kan. Malam tu sekali lagi aku tak tidur malam. Mana nak tidur beb, hati tengah panas. Nasib baik tengah malam tu hujan. Sejuk sikit hati aku ni. Lepas hantar awek aku balik, aku balik rumah buat perancangan untuk hari esok dengan budak-budak rumah. 
Panas telinga beb

Pagi-pagi lagi aku dah pinjam kereta member, pergi ambil awek aku, then bertolak bersama 4 lagi member rumah aku. Kitorang pergi dua kereta. Plan nak jumpa kat area Batu Gajah. Kitorang cari tempat tertutup sikit dan senang nak sembunyi. Awek aku tunggu dalam kereta, parking sebelah kedai. Kitorang pecah dua group, sembunyi tapi masih nampak kereta tu lagi la. Lepas tu awek aku call lelaki tu suruh jumpa kat tempat parking kereta tu. Dengan panas tengahari, badan berpeluh, aku sabar menunggu kelibat lelaki yang nak datang. Tiba-tiba aku nampak dua orang budak lelaki menghampiri kereta tu dan terus masuk ke dalam. Tunggu dalam 10 saat, kitorang pun terus serbu mengejut kereta tu. 

Muka masing-masing terkejut beruk masa kitorang datang. Yang kelakarnya, aku datang-datang, buka pintu terus minta IC. Dah macam polis dah. hehe. Lepas tu aku minta handphone diorang. Sorang keluar 2 handphone. Tapi handphone aku tak ada. Aku tengok muka masing-masing muda belia lagi. Baru 16 tahun rupanya. Member aku nak belasah jek diorang, tapi aku kata sabar dulu. Lagipun dua2 budak lagi. Bila aku tanya, dia tak tau pape pasal handphone tu. Dia jumpa sim card tu jek kat rumah dia. Aku terus ajak budak dua orang tu pergi rumah diorang. Jumpa mak bapak diorang. Sampai sana (lebih kurang setengah jam perjalanan..jauh betul diorang ni berjalan semata-mata jumpa perempuan), budak tu nak berhenti jauh dari rumah sebab dia tak nak kecoh depan rumah. 

Aku turunkan dia, then dia jalan kaki balik rumah untuk tanya mak dia pasal handphone aku tu. Member dia aku tahan dulu sebagai tebusan. hehe. termasuk IC dan handphone diorang. Selang 15 minit, dia datang dengan mak dia. Siap bawak adik dia yang kecil pula. Kat tangan mak dia aku nampak handphone aku. Haaaaaa,, tu dia.. Mak dia sampai-sampai terus tanya handphone yang dia pegang ni siapa punya. Aku pun terus menyahut la tu aku punya. Makcik terus bagi kat aku dan minta maaf segala. Makcik tu tak tau handphone tu handphone curi. Makcik tu cerita suami dia balik rumah petang tadi bawak handphone yang dibeli dari sorang budak dengan harga cuma RM35. Hey,, aku beli handphone tu dulu RM700 la. Itu pun beli second dah harga macam tu. Masa dulu memang mahal handphone tu. Aku beli akhir tahun 2007 kalau tak silap. 
Ini la handphone aku yang kena curi tu.


Maknanya budak lelaki tu memang tak salah la. Dia tak tau pun sim card yang dia guna tu sim card handphone curi pada mulanya. Tapi kira bagus la, kalau tak, tak jumpa balik phone aku. Aku macam tak percaya aku dapat jumpa balik handphone kesayangan aku yang telah dibawa sejauh 40 kilometer dari rumah sewa aku. 

Lepas tu aku tanya la siapa yang jual dekat suami dia sebab budak tu la pencurinya. Makcik tu pun tak tahu siapa, cuma dia ada cakap mungkin budak-budak rumah flat kat situ yang jenis dah berhenti sekolah dan hisap dadah. Logik la tu kalau budak0budak macam tu jadi pencuri. Ada ker jual RM35. Buat malu aku jek. Aku pun malas nak panjang-panjang cerita sebab dah dapat bakik handphone aku. Makcik tu berkali-kali minta maaf sebab dia memang betul-betul tak tahu. Dia kata dia sekeluarga tak cuit lansung handphone aku. Ye la tu makcik. Kalau tak bercuit handphone tu, macamana pula contact dalam tu semua hilang, siap ada gambar-gambar diorang lagi. hahaha. Sempat juga diorang ambil gambar pakai handphone aku ye. Ish3...sabar je la.

Satu benda aku pelik kat pencuri tu. Dalam rumah tu ada dua laptop yang terpampang luas, dia tak curi pun. Handphone aku juga dia nak. Laptop aku taknak pula. Nasib baik juga dia tak curi. Kalau dia curi gak, memang tak kan jumpa la laptop kesayangan aku ni. Nampak sangat budak tu tak berani nak curi barang-barang besar dan lebih mahal. Asalkan lepas duit 'ubat' dia, kira ok la tu. 


Aku tak cari pun pencuri tu sebab malas nak panjang cerita. Nak buat police report pun tak jadi sebab dah jumpa dah pun handphone aku. Kitorang pun balik ke rumah sewa. Aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kat member rumah aku yang menolong aku. Aku belanja makan kat kedai mamak jek. Nak belanja lebih, bajet dah lari dengan topup dan duit minyak kereta. hehe.

Sekarang handphone tu ada lagi aku simpan walaupun dah rosak. Kenangan dan pengalaman yang masih tersimpan.



8 comments:

KizZ said...

haha..siap ada gambar handphone tu...

shahrazali said...

itu la handphone yg hilang...kt gmbr ade tarikh 21 feb 2008..tp masa ni cantik lg la..

nur_za said...

best tul la cita ni..boleh wat novel..hek2

shahrazali said...

hehe.... ntah sape la nk beli kan nnti..hehe..

ILA HonEyBuNNy said...

hehehhe...tetiba teringat hp abah...kena curi gak..tapi xdapat balik..

tu mst budak2 g curi..yala sbb dia juai murah ja rm35.heheh

shahrazali said...

mmg budak2 yg amik tu... makcik tu cakap budak2 yg dah berenti skolah..

nur_za said...

hehe..ada yg beli 2 nanti..baiki sikit2 je penulisan..okey la

shahrazali said...

crite ringkas jek ni..tu pun dah pnjg..hehe...
insyallah sy baiki penulisan sy..
terima kasih atas nasihat...

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA