Click here OK!

Followers

Saturday, 12 November 2011

cinta keempat

Tahun 2006 aku habis belajar kat matrikulasi Melaka. Duduk rumah je la kan nak rehat-rehat sikit. Lepas rehat-rehat sikit, aku mintak kerja. Dapat la kerja kat kilang jadi operator. Mintak guna SPM tu je la dapat kan. Takkan nak mintak jadi Manager. hehe. Aku kerja la macam biasa. Pergi pagi, balik petang. Kalau overtime, balik malam. Dekat tempat aku kerja ramai gila awek2 yang menarik. hehe. Masa mula-mula kerja tu malu-malu juga la. Tapi bila dah lama sikit kerja dekat situ, mula la naik belang. haha. 

Aku baik dengan semua orang kat kilang tu. Semua orang selesa berkawan dengan aku. Ye la kan, aku kan baik, peramah pula tu. Ada je lawak yang aku buat untuk buat diorang ketawa. Dalam ramai-ramai yang suka berkawan dengan aku tu ada pula yang jatuh cinta dekat aku. haha. Jatuh cinta bukan sebab rupa aku yang macho ni (macho ker??..haha). Jatuh cinta sebab sikap aku yang prihatin, ambil berat dan caring giler. hehe. Ini lah yang dinamakan cinta di tempat kerja. hehe.

Macamana aku boleh tau dia jatuh cinta dekat aku???? Dia lah yang cerita. hehe. Nama dia "M". Kecik comel jek orangnya. Aku memang suka sangat dengan orang yang kecik comel walaupun aku ni besar orangnya. hehehe. Tapi ada satu masalah antara kami berdua. Masalahnya dia dah ada boyfriend. huhu. Aku mula-mula memang susah nak terima dia lebih dari kawan, tapi disebabkan "M" ni nak kat aku, aku terima la dia sebagai kekasih aku dan madu boyfriend dia. OPPPSSSS...

Jahat ker aku ni?? Aku tak rampas dia dari boyfriend dia, tapi dia yang nak couple dengan aku senyap-senyap. Dia kata aku berbeza sangat dengan boyfriend dia. Aku ni kira jauh lebih baik la melayan dia dari boyfriend dia. Dah memang sikap aku macam tu kan, nak buat macamana. Aku memang caring gila kat perempuan walaupun kawan. Lagi la kalau awek kan. hehe. 
Aku dia dan "M" (Gambar hiasan)
So, kami berdua pun declare couple. Maknanya "M" tu ada dua boyfriends la kan. Buat kali pertama aku jadi orang ketiga dalam cerita. Pengalaman juga tu kan. Percintaan aku mula-mula kat kilang jek. Lepas tu selalu la keluar sama-sama. Kalau nak keluar sama-sama, aku ambil dia kat simpang jalan rumah dia. Gila nak ambil dari rumah. Dah la family dia kenal boyfriend dia. hehe. Rumah boyfriend dia pun dekat jek dengan rumah dia, tapi hati dah kering, dah tangkap cintan, selamba je la. 

Aku pernah suruh dia putus dengan boyfriend dia. Tapi dia tak sampai hati. Maklum lah, dah 4 tahun couple, family pun dah kenal. Jahat ker aku?? Bukan apa, aku tak nak la berkongsi kasih sayang dengan orang lain, walaupun aku orang ketiga. Aku pun pernah nak tarik diri dan nak putus, tapi dia pula tak sanggup nak berpisah dengan aku. Sepanjang kitorang couple dia rasa serba salah. Aku pernah menjauhkan diri dari dia, tapi dia kata tak boleh nak hidup tenang tanpa aku. WOW. hehe. Aku ni dah la jenis prihatin, so aku bersabar je la. Sakit juga tau jadi orang ketiga ni. Orang yang pernah alami jek akan paham. Kita tau kita ada madu, tapi madu kita tak tau kehadiran kita. 
Couple senyap2 xde la sampai belakang pokok ni.hehe

 Lebih kurang sebulan kitorang couple senyap-senyap, aku berhenti kerja sebab aku dapat tawaran sambung belajar. Bukan dari result matrik, tapi aku apply guna SPM. Result matrik aku hancusss. Dapat tawaran sambung belajar kat UITM Shah Alam, tapi aku tolak. Sebab apa tau, sebab kos yang ditawarkan serba salah nak terima. Aku dapat kos Diploma Seni Lakon. Aku ada juga berlatih skrip-skrip yang dia bagi dengan surat tawaran, tapi entah la. haha. Setiap orang yang aku cakap pasal benda ni mesti akan ketawa besar punya. haha. 

Lepas tu aku tanam anggur sekejap. Tu la pasal, siapa suruh berhenti kerja dulu. hehe. Masa tu hubungan aku dengan "M" dah kureng sikit. Dah jarang jumpa, jarang keluar (sebab takda duit). Aku banyak kali tanya dia apa kesudahan hubungan dia dan aku. Tapi setiap kali tu la dia tak tau nak jawab. Dia sayang dua2. Semakin hari aku banyak bagi dia tekanan untuk pilih antara aku atau boyfriend dia. Dia tak pernah jawab pun. Tension aku. hehe. 

Satu hari tu tiba-tiba dia buat keputusan. Dia beritahu aku dia dah tak nak bebankan aku lagi. So, dia pilih boyfriend dia bukan aku. Aku terima dengan tenang sebab aku dah bersedia dengan pilihan dia tu. Lagipun aku rasa itu keputusan yang betul untuk dia. Dia tak sampai hati nak hampakan boyfriend dan keluarga dua-dua pihak. Rupa-rupanya masa tu keluarga dua-dua pihak dah rancang nak tunagkan diorang. Patut la kan, huhu. Sedih juga aku masa tu. Tapi aku cakap kat dia aku akan selalu doakan kebahgiaan dia. 

Lepas tu dia selalu juga contact aku. Mungkin sama-sama tak boleh hilangkan lagi perasaan cinta kan. hehe. Lepas tu aku dapat kerja lain. Kilang juga, tapi bukan yang lama la. Masa tu kitorang dah jarang contact dah. Dia pun tengah belajar setia dengan bakal tunang dia. Selang beberapa bulan lepas tu aku dapat tawaran lagi UITM Perak pula, kos Sains Matematik. Aku terima tawaran tu dan merantau la aku ke Perak membawa semangat baru walaupun otak dah tepu dah masa tu nak belajar. hehe.

Masa kat Perak, aku dah tak contact dia. Masing-masing sibuk. Dia pun dah tunang masa tu. Tak ingat pula bila. Aku pun terus dengan kehidupan aku sebagai seorang pelajar. 

Masa aku masuk sem 5 kalau tak silap. Dia pernah cari aku lagi. Masa tu dia dah putus tunang. HAAAA. Terkejut aku masa tu. Dia kata tak tahan dengan perangai tunang dia yang dia dah lama kenal tu. Dia nak balik kat aku, nak couple balik dengan aku. Tapi cakap kat phone je la masa tu. Kebetulan masa tu cuti sem, so aku pergi la jumpa dia untuk berbincang. 

Aku beritahu dia elok-elok yang aku tak boleh nak terima dia sebab masa tu aku dah ada kekasih dan aku setia dengan kekasih aku. Fulamak. hehe. Masa tu dia betul-betul berharap kat aku. Dia kata dia tak pernah lupakan aku. Aku dengan tenang menolak permintaan dia. Lama-lama dia pun paham dan mintak maaf dekat aku sebab mendesak aku. 
"M" dan suaminya

Lepas tu tak ada contact dah. Bulan lepas aku dapat kad jemputan daripada "M". Alhamdulillah dia nak berkahwin dengan lelaki pilihan hati dia. Aku tak dapat pergi sebab aku takde kat kampung masa tu. Seminggu sebelum hari kahwin dia aku ada balik kampung, so aku singgah le ke rumah dia untuk beri hadiah. Berdebar juga masa tu. Nasib baik masa aku datang dia takde kat rumah. hehe. 

"M"..Zali doakan "M" bahgia hingga ke anak cucu dan ke akhir hayat. aminnn.. 

4 comments:

Miss Eiza said...

bagusnyee dpt terima kenyataan..kalau sy tak kuat rasanya nk pegi tgk dia kawin segala...

shahrazali said...

kenangan lepas tu lepas je la kan...bila kita sayang orang tu,,msti la kita nak tgok org tu bahgia kan???

Miss Eiza said...

hahaha...kalau sy tak boleh kut..huhuhu..pedih....

shahrazali said...

memang la pedih...tapi jodoh pertemuan di tangan Tuhan kan..

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA