Click here OK!

Followers

Tuesday, 8 November 2011

cinta ketiga

Kisah cinta bersambung yang ketiga. Cinta ketiga berputik masa pertengahan matrikulasi. Kira masa semester 2 matrik la. Nama dia "A". Ok, macamana kitorang boleh kenal?? 

Kisah bermula masa aku dan roomate aku "Z" nama dia pergi pekan Masjid Tanah. Masa tu kitorang keluar sebab nak beli stock rokok.hehe. Ye la, kat dalam matrik tu nak beli kat mana. Dah la awal-awal semester kan, "tokan rokok" pun tak beroperasi lagi. 

Sampai jek kat pekan Masjid Tanah, Melaka, kitorang pun terus ke kedai nak beli rokok. Masa dekat kaunter nak bayar, dua2 terdiam sekejap, pandang satu sama lain, lepas tu senyum-senyum. Perempuan kat kaunter tu pun senyum kat kitorang.haha. Keluar jek dari kedai "Z" pun terus sound aku "lawa la awek cashier tadi, body mantap plak tu". Aku mengiyakan jek la. Pada aku dia tak la lawa sangat, tapi kalau masuk bab body mantap tu memang aku setuju sangat la.haha. 

Then, "Z" ajak aku masuk dalam balik, nak minta no telefon katanya. Aku cakap tak nak dan suruh dia pergi sendiri. Dia boleh pula cakap malu, segan. Oleh kerana nak menjaga hari kawan dan oleh kerana aku memang pandai bercakap dengan perempuan, hehe, aku pun masuk la balik kedai tu dan terus jumpa perempuan tu. "Z" menyorok kat belakang.haha. Aku bagi ayat-ayat manis sket, terus dia bagi no telefon.hehe. Power tak aku??hehehe. 
Gambar hiasan jek. Kalau ni awek nyer, memang x tinggal la.hehe..
Then, bila dah dapat no telefon, aku ucap la "terima kasih, no awak ni kawan saya yang ni mintak". Lepas tu kitorang cepat-cepat keluar sebab bos kedai tu dah jeling-jeling. Biasa la, kacau pekerja dia kan. Aku terus bagi kat "Z" kertas bertulis no telefon perempuan tu yang bernama "A". Lepas tu aku tak ambil tau pasal diorang. Yang aku tau "Z" asyik bergayut je dengan "A". Dah bercinta agaknya. Itu pun sebab "Z" yang bagitau aku. Aku memang tak nak try pun "A" tu sebab aku ada awek lagi masa tu. 

Selang beberapa minggu, aku pindah blok dari A ke C. Bukan aku jek, tapi semua budak blok A1 kena pindah ke blok C. Sebab blok C memang untuk lelaki, blok A untuk perempuan. Kira sebelum tu menumpang jek kat blok A1. Perempuan takde haa kat blok A1 tu, jangan pikir lain. Perempuan kat blok A2-A5 jek. Aku pun terpisah dengan "Z" dan dapat duduk sebilik dengan kawan lama aku. 

Selang beberapa minggu lagi( aku pun tak ingat berapa minggu), ada satu hari tu aku pergi lagi kedai tu nak beli rokok. Kedai lain ada je jual rokok, tapi saja nak menggatal kan.haha. Saja nak tegur-tegur "A" tanya khabar pasal dia dengan "Z". Masa nak bayar tu aku terus la tanya pasal hubungan diorang. Dengan muka sedih, "A" terus bagitau diorang dah putus. Aku tak tau nak cakap apa dah lepas tu, terus mintak diri la. Then dia panggil aku balik. Dia minta no telefon aku. Aku bagi je la sebab dia kata nak cerita macam-macam kat aku.


 Sejak hari tu dia selalu la call aku cerita masalah dia. Masalah dia dengan "Z" dan masalah-masalah lain. Maklum la, aku ni pendengar yang baik.hehe. Untuk pengetahuan, masa ni aku dah putus dah dengan awek aku yang cinta kedua tu (refer to entri cinta kedua). Bukan "A" penyebabnya ye, harap maklum. 

Dia pernah cakap dia dari dulu suka kat aku, masa first jumpa mintak no telefon lagi, (alahai,bangga plak aku).hehe. Tapi dia cakap masa tu "Z" yang nak kat dia, jadi dia terima la "Z". Aku dengan macho nya cakap "bukan saya tak nak dengan awak dulu, tapi saya terpaksa beralah dengan "Z" sebab "Z" yang cakap dulu dia nak kat awak. Lagipun dia yang cakap  dulu nak minta no telefon awak, jadi saya diamkan la hasrat saya masa tu". Terus berjujuran air mata dia. Opsss.. 



Lepas beberapa minggu, aku setuju untuk couple dengan dia sebab aku terharu dengan sikap dia yang sangat ambil berat pasal aku. SETIAP malam dia akan call aku. Selalunya lepas pukul 12 la. Aku yang suruh macam tu sebab sebelum kol 12 aktiviti aku bersama membe2. Aku call dia boleh kira dengan jari la masa tu. Siang-siang jarang call kecuali ada benda penting sebab dia kerja. Mesej-mesej tu ada la. Bila malam jek phone aku akan berbunyi menandakan dia dah balik kerja. Kalau aku sibuk, dia akan tunggu kol 12, kalau aku free, kitorang bergayut la. Gayut lama plak tu. Setiap malam gayut minimum 30 minit, maksimum 4 jam. Tapi selalu nya sejam la tiap-tiap malam. 

Cinta aku dan "A" berlarutan sampai aku habis matrik. Aku dan "A" bahagia sepanjang aku kat matrik tu. Selalu dating sana sini. Melaka kan banyak tempat nak dating.hehe. Aku terlalu hangat bercinta sampai belajar entah ke mana. Keputusan akhir aku sangat teruk masa tu. Sampai takde peluang nak sambung degree terus. Sedih gak la. Tapi nak buat macamana kan, dah aku yang tak nak belajar betul-betul. Sibuk sangat bercinta. 


Dah abis matrik, aku pun balik kampung, kat Pontian, Johor. Meninggalkan cinta aku kat sana dan pengalaman belajar kat matrik. Bila aku dah balik Johor, aku kerja part time kat kilang. Nak cari duit belanja. Aku kerja shift, maksudnya seminggu siang, seminggu malam. Penat beb kerja kilang ni. Mesin semua besar-besar, main minyak, badan berbau.. ha.ha..haaccheemm!.haha.
Gambar hiasan jek. Tak sama lansung dengan tempat kerja aku
Bila aku dah sibuk sangat kerja, masa aku dah makin kurang dengan "A". Dia selalu mengadu aku dah tak sama macam dulu. Dah kurang melayan dia. Lagi la kalau aku kerja malam. Malam aku kerja, siang tido, dia plak siang kerja, malam nak call, aku kerja. Kalau kerja siang, malam dah penat. Selalu aku habiskan call cepat sebab mengantuk dan penat. Bukan aku tak layan dia, cuma dah kurang sebab kerja. Dia selalu tekan aku suruh datang Melaka jumpa dia kalau weekend. Aku mana la ada duit sebab belum gaji. Lagipun apa nak cakap kat mak ayah aku tiba-tiba nak gi pinjam duit nak pergi Melaka. Sebab diorang tak tahu pasal "A" ni. Aku tak boleh beritahu sebab bila nanti result keluar, then diorang tahu aku bercinta kat sana, masak beb aku.  


Lama-lama "A" ni putus asa dengan aku sebab dia tak tahan hubungan macam ni walaupun aku suruh dia bersabar. Aku pun sebenarnya tak boleh couple jauh-jauh ni. Couple dalam telefon jek. Apa barang beb. Dia selalu risaukan aku ada perempuan lain kat tempat kerja, dan aku pun risaukan dia dengan lelaki lain. Dah la dia senang jatuh cinta. Masa kat sana, dengan aku jek nak dekat hari-hari dia jatuh cinta.hehe. 
Gambar hiasan

Aku bawak berbincang perkara tu dekat dia. Dia pun paham dan dia mintak putus dulu dari aku sebab dia tak nak diputuskan. wahhh. Aku dengan "A" dengan rasa berat hati pun putuskan hubungan kitorang. Aku cakap dekat dia aku akan doakan kebahgiaan dia dunia akhirat. Lepas tu kitorang tak contact dalam beberapa minggu. Terpaksa sebab tak nak bagi harapan lagi. 


Dah lepas beberapa minggu, aku contact dia tanya khabar. Dia alhamdulillah sihat jek, tapi masih single. Dia masih tak boleh lupakan aku. Aku pun tak boleh lupakan dia lagi. Tapi putus tetap putus, kawan tetap kawan. Result matrik aku keluar. Teruk giler. Tapi aku tak beritahu dia. Takut dia rasa bersalah sebab masa kat sana aku lebih pentingkan dia dari belajar. Asyik ponteng kelas jek. huhu. Beberapa minggu lepas tu, aku try contact dia, tapi nombor dia dah takde dalam perkhidmatan. Aku pun tak tau kenapa sebab dia takde beritahu apa-apa.


Macam tu la berakhirnya kisah cinta ketiga aku. Akan datang sambungan cinta keempat. Cinta dengan awek orang. Menarik tu..hehe..













5 comments:

KizZ said...

A Z A Z A Z...hihi..

shahrazali said...

Z A Z A Z A Z A

alyn adnan said...

haha mcm2, seronok plak bace

shahrazali said...

alyn adnan :
teruskan dgn cinta ketiga plak..hehe..

shahrazali said...

alyn adnan :
silap2....ini cinta ketiga...truskan ke cinta keempat plak..

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA